Terdapat ralat dalam alat ini

Catatan Popular

Amazon Music

Yahoo News: Top Stories

Terdapat ralat dalam alat ini

Follow by Email

Jumlah Paparan Halaman

Selasa, 12 Mei 2015

Skema Pendidikan Moral ,Pep.SM.1 (2015)

SKIMA MARKAH PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 5 PEPERIKSAAN SEMESTER 1, 2015 SMK.TANDEK KOTA MARUDU 088 661 173/ FAX: 088 663 180 Salan 1. i. Warganegara Malaysia harus mengamalkan Nilai Keadilan.Mereka yang layak membayar cukai pendapatan harus bertindak dengan adil. Contohnya, membayar cukai dengan telus untuk membantu meningkatkan ekonomi Negara. ii.Warganegara Malaysia harus mengamalkan nilai bertanggungjawab. Mereka yang layak membayar cukai metilah melaksanakan tugas dengan baik. Misalnya, tidak mengelakkan diri dari membayar cukai pendapatan. Nilai lain yang boleh diterima: -Rasional, - mematuhi peraturan dan undang-undang, -Amanah -penglibatan diri dalam pembangunan Negara -Cinta akan Negara. b. Maksud nilai keadilan ialah tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah. -Maksud nilai bertanggungjawab ialah kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna. c.i.cukai perkhidmatan ii.cukai jualan iii. cukai pengangkutan/jalan iv.cukai duti kastam eksport/ import v. cukai eksais d. Tujuan kerajaan mengenakan cukai. - menggunakan hasil cukai untuk membiayai perbelanjaan kerajaan. -merapatkan jurang perbezaan pendapatan. -melindungi industry baru -mengurangkan permintaan terhadap barangan tertentu seperti minuman keras, rokok,dan tembakau Soalan 2. a.Kita harus mengamalkan nilai mengekalkan tradisi kekeluargaan. Manusia harus menerima dan mengamalkan kebiasaaan adat dan kepercayaan yang diwarisi keluarga kerana ia sebagai khazanah yang sangat bernilai.Contohnya, masyarakat mempelajari dan mengamalkannya dalam kehidupan harian. b.-Ibu bapa mendidik anak tentang amalan tradisi.Misalnya, tarian sumazau kaum Kadazan. - Ibu bapa menggalakkan anak mengikuti pertandingan kebudayaan dalam mana-mana peringkat. c-.Amalan tradisi warisan nenek moyang akan pupus. -Hilang identiti kaum tertentu. -Tidak ada lagi tradisi kaum yang boleh dijadikan tarikan pelancong dalam dan luar Negara. d.- Adat merisik diamalkan untuk mempastikan si gadis masih perawan, atau tiada lelaki lain yang lebih dulu merisik/ menawan hatinya. Disamping itu hendak mengetahui bahawa gadis itu suka atau cinta pada si pemuda yang datang merisik. Soalan 3. a.Dua langkah pengurusan yang terancang ; i.menyediakan laporan penilaian kesan alam sekitar ii.mempastikan perancangan dibuat secara teliti dan bertanggungjawab. iii.memanfaatkan bentuk muka bumi yang sedia ada seperti batu-batan. b.peranan masyarakat dalam memastikan sumber semulajadi sentiasa berkekalan. i.membuat penyelidikan cara penjagaan . ii.membuat kajian kepentingan sumber tersebut kepada manusia iii.menyediakan kawasan yang khas yang mencukupi untuk sumber tersebut.dll jawapan yang munasabah. c. i.Jabatan Perhutanan ii.Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) d. i.Melaksanakan’ Program Kempen Sayangi Alam Semulajadi’ secara berterusan. ii.Memberi Ceramah di semua peringkat dan lapisan masyarakat. Soalan 4. a-.Nilai Cinta Akan Negara -Nilai Taat Setia kepada Raja dan Negara -Nilai Sanggup Berkorban Untuk Negara. b.tiga usaha kerajaan untuk memupuk semangat patriotik. i.Menggalakkan rakyat menyertai organisasi kesukarelawanan untuk berbakti kepada masyarakat dan Negara. ii.Melibatkan diri dalam pembangunan Negara. iii.mengharumkan nama Negara seperti menyertai aktiviti yang mencabar..mendaki gunung yang tertinggi di dunia. Dll yang jawapan yang munasabah. c. i. Berkhidmat dalam bidang tertentu untuk membantu memajukan Negara.Misalnya, bertugas sebagai doktor walau di mana kawasan di tempatkan. ii.Berjuang hingga ketitisan darah yang terakhir untuk mempertahankan Negara daripada ancaman musuh. Setiap rakyat Malaysia mesti mempertahankan kedaulatan Negara. Soalan 5. a.Perasaan saya sangat sedih.Ini disebabkan sikap masyarakat tertentu yang tidak perikemanusiaan, tidak bertanggungjawab sehingga sanggup membunuh manusia. -terima jawapan yang munasabah. b.dua sebab kanak-kanak perlu diberi perlindungan. i.kanak-kanak adalah aset Negara ii.supaya kanak-kanak mempunyai kesihatan yang baik iii.supaya kanak-kanak mempunyai masa depan yang cerah iv.supaya kanak-kanak mendapat kasih saying yang cukup. v.supaya kanak-kanak mendapat mendidikan yang sempurna vi.supaya kanak-kanak mendapat keselamatan berterusan. Dan lain-lain jawapan yang munasabah. c.dua hak kanak-kanak i.hak mendapat keperluan asas, seperti makan, minum, pakaian ii.hak mendapat tempat tinggal yang selesa iii.hak mendapat kasih sayang iv.hak mendapat pendidikan yang seimbang terima mana-mana jawapan yang munasabah. d.cara melindungi kanak-kanak daripada didera. i.memberikan kasih sayang, penjagaan yang sempurna untuk menjamin pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak yang seimbang. ii.kanak-kanak dilindungi oleh akta Perlindungan Kanak-kanak 1991 pindahan 2001. -Terima mana-mana jawapan yang munasabah. Soalan 6 a.i.Ahli Kelab x mengamalkan nilai penglibatan diri dalam pembangunan Negara. Mereka melibatkan diri untuk membantu memajukan Negara dalam pelbagai bidang.Contohnya, menjalankan program penyediaan makanan berzat untuk pelajar kurang berkemampuan. ii.Ahli Kelab x mengamalkan nilai menghormati hak golongan kurang berupaya. Mereka perlu member layanan yang sopan kepada golongan yang kurang berkemampuan. Misalnya, memberi bantuan kerusi roda . -nilai lain: nilai Bertanggungjawab, nilai saling membantu dan bekerjasama, b. dua kesan khidmat sukarelawan terhadap masyarakat; i.membantu meringankan beban tugas kerajaan memajukan masyarakat. ii.membantu menjaga kebersihan alam sekitar iii. mmbantu mengawal keselamatan iv.membantu menjaga kesihatan masyarakat v.membantu menjalankan aktiviti ekonomi masyarakat. c.contoh badan sukarela yang ada di Malaysia; i.Persatuan Pengakap Malaysia ii.Kadet Remaja Sekolah iii.Kadet Polis iv.Kadet Bomba v.Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia vi.Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA) Soalan 7 a.Huraikan dua tindakan yang boleh dilakukan oleh rakyat Malaysia untuk menyokong kempen di atas. i.Menghantar pasukan pengaman dibawah Pertubuhan bangsa-bangsa bersatu (PBB) untuk meringankan penderitaan mangsa perang. ii.Rakyat Malaysia boleh menghulurkan derma khas membeli makanan mangsa perang. Dan terima lain-lain jawapan yang munasabah. b.dua kesan terhadap sesebuah Negara yang menghadapi serangan bersenjata. i. keamanan Negara akan terjejas ii.keselamatan rakyat akan terancam dan terima mana-mana jawapan yang munasabah. c.Terangkan dua cara bagi mengelakkan berlakunya konflik antara Negara; i.Menempatkan duta di sesebuah Negara supaya mudah menyelesaikan sebarang konflik. ii.Mengamalkan nilai saling menghormati antara Negara, tidak mencampuri urusan pentadbiran luar Negara. Dan terima mana-mana jawapan yang munasabah. Soalan 8. a.Toleransi adalah sikap dan tindakan yang menghargai perbezaan agama, kaum, budaya dan kepercayaan, pendapat dan tindakan orang lain yang berbeza dari dirinya. b. i.amalan kebebasan beragama……. ii.amalan kebebasan berpolitik……. iii.amalan kebebasan menjalankan aktiviti ekonomi dan sebagainya…terima jawapan yang munasabah. c.dua kesan sekiranya sikap toleransi tidak diamalkan……. i.keamanan dan keharmonian hidup dalam masyarakat akan terjejas. ii.menggagalkan perpaduan kaum iii. kemajuan Negara dalam pelbagai bidang akan terbantut. Terima mana-mana jawapan yang munasabah. d.cadangan dua aktiviti yang dapat meningkatkan amalan toleransi dalam kalangan masyarakat majmuk. i.mengamalkan konsep rumah terbuka…. ii.menjalankan aktiviti gotong-royong membersih kawasan kampong, taman perumahan dan sebagainya. iii.menjayakan program sukan rakyat….. Bahagian B.Esei. Soalan 1. Lima alasan pihak mahkamah membenarkan orang ramai mengikuti perbicaraan terbuka di mahkamah. 1.Mendidik masyarakat kepentingan tentang peraturan dan undang-undang Negara. 2.Supaya orang ramai dapat menilai secara adil tentang kes-kes yang dibicarakan di mahkamah. 3.Supaya orang ramai dapat memberi kerjasama kepada mahkamah mengenal pasti saksi-saksi yang ada secara bijaksana. 4.Supaya orang ramai mendapat pengalaman dan pengetahuan tatacara sidang di mahkamah. 5.supaya hubungan mahkamah dengan masyarakat akan bertambah erat dan keadilan senang ditegakkan. -terima mana-mana jawapan yang munasabah. Soalan 2. Pilihan nilai adalah seperti berikut; 1.Nilai Cinta Akan Negara 2.Sanggup Bekorban Untuk Negara 3.Nilai Bertanggungjawab 4.Nilai Rasional 5.Nilai penglibatan diri dalam pembangunan Negara 6.Nilai mematuhi peraturan dan undang-undang -berikan penilaian terhadap huraian dan contoh yang sesuai. Soalan 3 Jelaskan Tiga tindakan yang perlu diambil oleh pengguna bagi mengelakkan diri mereka daripada teripu. 1.Pengguna harus mempelajari ilmu kepenggunaan 2.Pengguna mesti lebih peka dalam memilih dan meneliti barangan 3.Pengguna mesti mengetahui indeks harga pengguna 4.Pengguna bertindak berdasarkan hak sebagai pengguna -terima mana-mana jawapan yang munasabah…..berikan penilaian terhadap huraian dan contoh yang sesuai.

Peringkatan Kepada Calon yang mengambil Subjek Pendidikan Moral 2015

Salam Sejahtera, Sila siapkan semua tugasan Kerja Kursus Pendidikan Moral Kertas 2, bagi tahun 2015. Tarikh Akhir Penghantaran: Bulan Jun 2015 Harap Maklum Sekian Terima kasih.

Jumaat, 9 Mei 2014

Isu-isu Pendidikan Global

Isu-Isu Pendidikan Global Dewasa ini terdapat pelbagai isu mengenai pendidikan di dunia. Isu-isu itu meliputi masukan (input)pendidikan, proses pendidikan (throughput), dan keluaran/produk (output) pendidikan.Pertama ialah berkaitan dengan masukan/input pendidikan. Pada amnya masukan pendidikan berkait dengan tiga komponen utama: ilmu, kemahiran dan nilai. Namun, apa yang ketara sekali ialah bahawa ilmu (maklumat) telah bercambah dengan hebat hingga menyebabkan kurikulum pendidikan menjadi padat dan sendat. Kemahiran-kemahiran juga telah berkembang dan bercapah, termasuk kemahiran-kemahiran terkini hingga membolehkan para pelajar .Sesungguhnya di mana-mana negara sahaja terdapat keghairahan untuk membangunkan modal insan dengantujuan untuk membangun dan memajukan ekonomi. Kedua-duanya, ilmu (maklumat) dan kemahiran serta ketrampilan, merupakan ciri-ciri utama modal insan. Sehubungan itu sistem pendidikan telah digunakan sepenuhnya untuk menjayakan matlamat tersebut. Namun apa yang telah menjadi semakin terpinggir, terabai, malahan tersingkir ialah komponen nilai. Nilai yang dimaksudkan di sini merujuk kepada nilai-nilai moral/akhlak kerana nilai-nilai intrinsik setiap subjek itu masih kekal. Pada hakikatnya nilai merupakan komponen yang sangat penting dan crucial dalam usaha membina jati diri, keperibadian dan perwatakan bangsa. Sehubungan itu E.F.Schumaker (1987:8) menegaskan: “The essence of education is the transmission of values, but values do not help us to pick our way through life unless they have become our own, so to say, of our mental make-up.” Nilai memang telah dikesampingkan dalam pendidikan moden kerana apa yang dikatakan ilmu (ilmu-ilmumoden) tertakluk kepada empat nilai tara: rasional, objektif, saintifik, dan bebas nilai (value-free). Justeru itu bukan sahaja sains tulen dan sains gunaan, malahan sains sosial dan sains kemanusiaan tertakluk kepada nilai tara ini. Akibatnya, betapa lamapun seseorang itu belajar, betapa banyakpun ilmu/maklumat yang diperolehi, betapa luas dan kemahiran-kemahiran yang dikuasai, kesemuanya tidak menjurus kepada pemupukan dan penyuburan hati nurani dan kesedaran keinsanan. Kedua merujuk kepada proses pendidikan. Dalam hal ini Ivan Illich (1972:1) telah mengkritik dengan keras mengatakan bahawa pendidikan telah mengecut atau bertukar menjadi proses penyekolahan. Menurutnya: “The pupil is thereby „schooled‟ to confuse teaching with learning, grade advancement with education, a diploma with competence…His imagination is schooled to accept service in place of value..” Kenyataan Ivan Illich jelas menunjukkan bahawa yang penting anak-anak telah dihantar ke sekolah, telah meningkat dari satu gred ke gred berikutnya, dan telah tamat sekolah, namun mereka masih tidak terdidik. Pendek kata yang berlaku ialah penyekolahan, bukan pendidikan. Akibatnya ramai yang belajar dan mendapat pelajaran, dan mereka mungkin telah menjadi celik huruf dan celik angka serta boleh membaca dan boleh menulis, namun mereka masih belum menjadi celik akal dan celik budaya, dan lebih-lebih lagi mereka belum menjadi celik hati. Ketiga ialah berkaitan dengan produk pendidikan. Bagaimanakah rupa bentuk manusia yang dihasilkan dari sistem seumpama ini? Berhubung isu ini Brenda Watson (1987:1) dari Universiti Oxford menegaskan: Sekolah dan universiti melahirkan „penyangak berilmu‟ (knowledgeable barbarians) . Manakala presiden Universiti John Hopkins (USA) pula merujuk produk tersebut sebagai „penyangak berketrampilan‟ (skilled barbarians) (Huston Smith,1982:164). Kedua-dua kritikan ini dianggap melampau, namun jika dilihat kepada permasalahan dan bencana yang sedang menimpa kehidupan manusia kini, terdapat kebenaran di dalam kedua-dua kenyataan tersebut. Walaupun seseorang itu telah memiliki ilmu/maklumat yang banyak dan pelbagai kemahiran, namun kelemahan yang paling ketara sekali ialah kekurangan atau ketiadaan kebijaksanaan (wisdom). Menurut Mortimer J. Adler (1985) ilmu pengetahuan bukanlah barangan intelektual yang terbaik kerana yang lebih tinggi lagi nilainya ialah pemahaman dan, selepas itu pula hikmah. Selain itu, Nicholas Maxwell (1984) pula mengkritik dengan keras apa yang diungkapkannya sebagai „bencana intelektual‟ akibat daripada kemajuan ilmu pengetahuan sains dan teknologi yang ketandusan nilai dan merosakkan. Beliau menegaskan manusia perlu beranjak daripada ilmu kepada hikmah. Pada hakikatnya maklumat/informasi dan ilmu itu bukan hikmah. Hikmah merujuk kepada kegunaan maklumat dan ilmu secara bermanfaat. Hikmah ialah maklumat dan ilmu yang diresapi oleh tujuan-tujuan dan prinsipprinsip yang tinggi dan mulia. Hikmah juga menurut Shaykh Muhammad al-Ghazzali (1994:134) meletakkan sesuatu perkara pada tempatnya

Selasa, 23 Julai 2013

Tanggungjawab sebagai rakyat mengamalkan Saling Membantu Dan Bekerjasama.

Sebagai seorang rakyat Malaysia, kita haruslah; 1. mengamalkan nilai toleransi, sikap bertolak ansur antara kaum 2. Menanamkan dan mengamalkan sikap saling memahami antara kaum 3. Menyemai dan mengamalkan sikap kerjasama atara sesama manusia, tanpa mengira bangsa, agama dan budaya. 4. mengamalkan sikap rendah hati dan tidak sombong. 5. Bersama merealisasikan Dasar-dasar kerajaan atau Wawasan 2020. 6. Membantu negara dalam menuju era globalisasi...dunia tanpa sempadan. 7. Menjadi rakyat yang bertanggungjawab dan mempunyai kejujuran yang tinggi. 8. Sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang negara . 9. Bersama menjaga, memelihara dan mengekalkan kedaulatan negara Malaysia. 10.Melakukan inovasi dalam kehidupan..melihat kejayaan bangsa lain sesuatu yang positif untuk lebih bersemanggat berusaha memajukan diri, keluarga, masyarakat ,rakyat dan negara.

Kesan Mengamalkan nilai saling membantu dan bekerjasama.

1. Masyarakat hidup aman damai. 2. Perpaduan kaum terjamin 3. Kestabilan ekonomi, politik akan wujud 4. Negara akan cepat maju dalam pelbagai aspek pembangunan 5. Wujud hubungan yang sihat dan kerjasama yang padu dengan negara jiran 6. Wujud persefahaman serantau dan keamanan sejagat. 7. Peningkatan ekonomi dan pembangunan negara ke arah lebih berdaya saing. 8. Dapat menghargai hak asasi kemanusiaan.

Penghantaran kerja Kursus PM

Salam hormat buat semua pelajar yang dikasihi. Tarikh akhir penghantaran kerja kursus Pendidikan Moral tinhgkatan 5 bagi Pelajar SMK.Tandek ialah 26 Julai 2013. Harap maklum dan dapat bekerjasama dengan guru dan phak sekolah. Terima kasih.

Rabu, 9 Januari 2013

Sebab-sebab melakukan Rasuah

1.Ingin cepat kaya 2.ingin mendapatkan sesuatu perkara dengan cepat (tanapa usaha yang halal) 3.ingin mengelakkan daripada dikenakan hukuman 4.perasaan tamak terhadap harta dunia 5.tidak mengamalkan nilai-nilai murni.. 6.tidak pentingkan pendidikan agama dalam kehidupan harian.