Catatan Popular

Jumlah Paparan Halaman


Sabtu, 15 Ogos 2009

Guru Pendidikan Moral

PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL
2.1.1 Penyampai Ilmu Pendidikan Moral - Peranan utama
guru-guru Pendidikan Moral dalam memastikan
perkembangan moral para pelajar adalah dengan membantu
mereka membentuk satu pandangan moral yang
menyeluruh dan relevan bagi kedua-dua institusi, iaitu
rumah dan juga sekolah.
- Dalam kemahiran belajar, terdapat beberapa kemahiran
kecil seperti mengesan balik maklumat, menginterpretasi
bahan, membuat catatan, membuat rujukan, menguruskan
masa dengan baik dan menggunakan pusat sumber.
- Seseorang guru terpaksa memainkan pelbagai peranan di
sekolah. Dia adalah pengajar, ahli metodologi, kerani,
penyebar nilai masyarakat, penasihat kelab, pengadil,
penilai, pendisiplin dan kaunselor. Ketika memainkan
peranan sebagai pendisiplin, guru hendaklah bersifat tegas
manakala ketika berfungsi sebagai kaunselor, dia hendaklah
bersifat mudah dihampiri.
2.1.2 Teladan Insan Moral
(a) Ramah-memudahkan guru memahami masalah pelajarpelajarnya.
(b) Adil- membolehkan guru menjalankan pemeriksaan
latihan dan penilaian tugasan pelajar-pelajar secara objektif.
(c) Fleksibel- mengubah bahan pengajaran mengikut
keupayaan dan keperluan pelajar-plajar.
(d) Tegas- dapat menjamin aktiviti pengajaran dan
pembelajaran berjalan dengan teratur.
(e) Gemar berjenaka- dapat mewujudkan suasana
pengajaran dan pembelajaran yang riang,tenang serta
menyeronokkan.
(f) Utuh-Keutuhan merujuk kepada ketekalan tingkah laku
seseorang gurumembolehkan setiap kegiatan akademik dan
kokurikulum dijalankan dengan teratur serta memenuhi
objektif-objektif yang ditentukan.
(g) Berdedikasi- kerap kali bekerja mlebihi apa yang
diharapkan daripadanya.
(h) Peka-Guru yang berkesan hendaklah peka terhadap
minat, kebolehan serta keperluan-keperluan pelajarnya.
(i) Inovatif-sentiasa memperkenalkan sesuatu strategi atau
bahan pengajaran yang baru.
(j) Berwibawa-Seseorang guru yang berwibawa dapat
memastikan segala aktiviti di dalam dan di luar bilik darjah.

Kurikulum Pendidikan Moral

1.2 KURIKULUM PENDIDIKAN MORAL
(a) Kandungan Kurikulum - Peranan kurikulum dalam
pendidikan adalah untuk membina perkembangan murid
yang lengkap dari segi jasmani, rohani, akal dan emosi serta
menyemai, menanam dan memupuk nilai-nilai akhlak yang
diingini, di samping menyampaikan ilmu pengetahuan.
(b) Fokus– kurikulum
ı kemahiran berfikir secara kritikal dan kreatif
ı kemahiran berkomunikasi secara berkesan
ı kemahiran menikmati keindahan ciptaan dan seni
ı kemahiran membuat pilihan dan membuat keputusan
ı kemahiran mencari, menginterpretasi dan mengaplikasi
maklumat
ı kemahiran bergaul dan bekerjasama dengan orang lain
ı kemahiran kepimpinan dan pengurusan
sambungan.....akan dtg

Pekebangan Pendidikan Moral 2

1.1.2 keagamaan dan kerohanian yang kukuh dan
bersikap toleransi.
Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam telah dirancangkan
untuk mendorong perkembangan rohani pelajar-pelajar.
- Di Tahap Satu - pembentukan nilai-nilaimurni dan tingkah
laku yang baik
- Tahap Dua - pemikiran rasional dan perbincangan tentang
isu-isu moral.
1.2.1 Latar Belakang Pendidikan Moral
1. Pendidikan Moral dijadikan mata pelajaran wajib bagi
pelajar-pelajar bukan Islam.
2. Pendidikan Moral diajar secara berasingan.
3. Peperiksaan dan penilaian diadakan untuk Pendidikan
Moral.
1.2.2 Sejarah Perkembangan Mata Pelajaran Pendidikan
Moral
konsep-konsep moral yang dikenalpasti telah pun
dimasukkan dalam pelajaran Sivik – 1974.
Draf Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral tahun 1978 cuba
memberi definisi pendidikan moral serta menyatakan
objektif-objektif am mata pelajaran Pendidikan Moral di
sekolah-sekolah di Malaysia. Draf 1978 ini juga
mengenalpasti 16 nilai teras kebersihan, baik hati,
kesederhanaan, kerajinan, kesyukuran, kejujuran, keadilan,
kasih sayang, hormat-menghormati dan semangat
bermasyarakat. Tiga lagi nilai teras diperkenal, iaitu nilai
kebebasan, hemah tinggi dan kerjasama pada tahap kedua
sekolah rendah.
20 Julai 1981 - Dua belas nilai yang dimasukkan ke dalam
Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral Kurikulum Baru
Sekolah Rendah adalah seperti berikut:
(a) Sikap bersih dari segi fizikal dan mental
(b) Sikap belas kasihan (c) Sikap sederhana
(d) Sikap rajin (e) Sikap berterima kasih
(f) Sikap jujur (g) Sikap adil
(h) Sikap kasih saying (i) Sikap hormat-menghormati
(j) Sikap bermasyarakat (k) Sikap tidak angkuh
(l) Kebebasan

Pekebangan Pendidikan Moral 1

Topik 1 Sejarah Perkembangan Pendidikan Moral
1.1.1 Definisi Pendidikan Moral
Pendidikan Moral ialah satu program yang mendidik murid
supaya menjadi insan yang bermoral atau berakhlak mulia
dengan menekankan aspek perkembangan pemikiran moral,
perasaan moral dan tingkah laku moral.
Prinsip-prinsipmelahirkan insan JERI adalah:
ı Bertanggungjawab pada diri, keluarga dan orang lain;
ı Berpegang teguh pada ajaran agama;
ı Prihatin kepada alam sekitar;
ı Mengekalkan keamanan dan keharmonian hidup;
ı Bersemangat patriotik;
ı Menghormati hak asasi manusia; dan
ı Mengamalkan prinsip demokrasi dalam kehidupan.

Khamis, 13 Ogos 2009

Filosa & Manuel minta gambar scout

Hari ini dua orang budak pengakap datang ke rumah minta gambar -gambar program pengakap yang dulu-dulu dan terbaru.


"SCOUT ALWAYS IN OUR MINE" together-gether....3NFMR6



"TIADA PENGORBANAN TIADA KEJAYAAN"berpengkap dalam hidup....23.7.

"SEMEKTA BOLEH"

Rabu, 12 Ogos 2009

Kursus Dalaman Headcount

Kursus ini diajalnkan di Smk Tandek Kota Marudu Sabah. Bilik Gerakan
Disampaikan oleh Dayang Kursiah.

Selasa, 11 Ogos 2009

Dibelasah oleh Bos

Andai aku tahu nasib ini tak seindah yang disangka, aku tak akan pergi memberi ceramah di sana. Namun demi pelajar yang dikasihi kita masih ada jiwa yanag perlu dibantu. Terima kasih atas penghinaan yang diberi... mudah-mudahan ..... reziki disebalik itu semua.. wahai teman hati-hati bila melayan orang menyakiti hatimu..... teruskan perjuanganmu.