Catatan Popular

Jumlah Paparan Halaman


Jumaat, 17 September 2010

Lawatan Menteri Pelajaran Ke SMK.Tandek KM

Salam satu Sabah/ satu Malaysia yang Asli.

Sesungguhnya kita perlu melihat perubahan di Sabah terutama sekali Kemajuan Pendidikan di semua peringkat. Lawatan Menteri Pelajaran

Rabu, 7 Julai 2010

Semangat Perjuangan Pelajar SEMEKTA

Salam Sejahtera buat semua pelajar PMO/ warga semekta, perjuangan masih diteruskan untuk merahi cita-cita murni itu. Ingat nasihat ibu bapa yang tersayang. Jangan persiakan harapan mereka, harapan diri kalian, kita datang ke sekolah ada matlamat, bukan untuk angan-angan kosong, bukan untuk mengurat, ponteng kelas, ponteng sekolah, melanggar peraturan sekolah atau cuba membuli pelajar lain yang lemah. Bukan pula merosakan harta benda sekolah, atau harta kerajaan di luar sekolah itu.
Ingat nasihat guru-guru yang baik-baik. Kalau ada guru yang kurang ajar tu, jangan ambil ilmu sesat dari mereka. Mungkinkah mereka itu bergurau tetapi cukup cerdik untuk menjatuhkan diri pelajar ke lembah yang hina sehingga masa depan anda gelap.
Ingat pesan pemimpin kita yang baik-baik..peluang masih terbuka luas jika anda kita ingin berjuang terus. Ini bukan nasihat peribadi tetapi nasihat yang diajar oleh mereka yang lebih berpengalaman dari kita. Maaf jika tersentuh perasaan, fikiran, dan tingkah lakumu. Hal ini sudah banyak yang berlaku tetapi antara sedar atau tidak itu lah masalahnya kita orang selalu pandai lupa.
Murid-murid kita semuanya boleh, apa yang penting usaha yang lebih untuk terus bersiang dengan dunia globalisasi ini.Murid-murid mesti mesti mesti berani bertanya dan minta bimbingan dengan siapa saja yang boleh dipercayai dan ada pengetahuan untuk membimbing kita. Percayalah pada diri sendiri(keyakinan diri yang tinggi) sangat penting untuk berjaya dalam semua aspek kehidupan.
Murid-muridku jangan mudah mengalah dengan cabaran diri sendiri, cabaran hidup sebagai seorang remaja...perlu dan mesti banyak mendekati dengan TUHAN .
IMAN yang kuat senjata yang sangat paling ampuh. Kalau kita belajar ilmu mesti kuat iman dan yakin pada orang yang mengajar kita.
Hormatilah mereka yang mencurahkan ilmu pada anda, baru kita senang mendapat berkat dan reziki yang berlimpah. Galilah rahsia ilmu lain daripada nenek-nenek dan orang yang lebih berpengalaman dari kita supaya mantaplah diri kita yang sebenar-benarnya. Bersambung....

Ahad, 4 Julai 2010

Projek Management

----ialah proses menggunakan pengetahuan, kemahiran, alat, teknik untuk merangka aktiviti bagi memenuhi keperluan dan objektif projek.

Elemen2 penting dalam rangka kerja projek ialah pemegang saham, projek management area, dan kemahiran-kemahiran manusia.

Segitiga Pengurusan Projek

Rintangan/ kakangan/ kualiti pengurusan projek selalunya dikaitkan dengan segitiga SCS, iaitu Scope, Cost, Schedule pelaksanaan projek. Bagi menjayakan sesuatu projek, projek manager perlu meneliti ketiga-tiga aspek ini dan membuat keseimbangan Kos, skop, kualiti dan Jadual.

skop; ialah "apakah sempadan tugas yang perlu dilakukan? Apakah produk, perkhidmatan atau keputusan yang klein atau penaja ingin capai dari projek ni?

Kos; ialah apakah jumlah kos (kewangan) yang diperlukan untuk melengkapkan projek ini?. Apakah bajet projek ini?

Jadual- berapa lama masa diperlukan untuk melengkapkan projek ini? Apakah jadualnya?

Keseimbangan ketiga-tiga faktor ini merupakan titik kejayaan sesuatu projek.

Pengurusan Projek

Projek adalah disiplin merancang, membuat kordinasi, menyelaras dan mengurus sumber bagi mencapai objektif dan matlamat projek.

Fungsi Pengurusan Projek;
1. Kawalan yang lebih baik berkaitan kewangan, fizikal, tenaga manusia.
2. Meningkatkan hubungan dengan klien
3. Menjimatkan masa membuat sesuatu projek
4. Menjimatkan sumber (masa, wang, tenaga)
5. Meningkatkan kualiti dan kepercayaan
6. Meningkatkan keuntungan
7. Meningkatkan Produktiviti
8. Penyelarasan yang lebih berkesan
9. Moral pekerja yang lebih tinggi.

Apakah Projek?
Projek adalah tugas yang dicipta untuk menghasilkan sesuatu matlamat dan akan ditamatkan apabila sudah seleai.

Ciri-ciri projek

a. Projek mempynyai matlamat yang ingin dicapai.
b. Projek bersifat semantara (time frame)
c. Projek dibangunkan melalui beberapa tahap; initiantion, planning, executing, monitoring, controling, closing.
d. Projek memerlukan sumber dari pelbagai sudut dan aspek
e. Projek mempunyai klien atau penaja
f. Projek berhadapan dengan resiko

Sentuhan memoriku

Ku kenang lagi bertumbuh
ku lupa lagi bererti
ku biarkan lagi bersedih
apa yang terdaya akan menjadi
cabaran mendatang..pasti
ada yang berjaya dan berjaya.....
Cubalah ...dekati DIA ...pasti
akan membantu kita..
jangan menagis lagi...
Tangisan buatmu kalah dan tak berdaya..
berbuallah dengan mereka yang memahami isi hatimu....Tq

Kerja Kursus Pendidikan Moral

Makluman dan tindakan anda...

Hantar kerja kursus Pendidikan Moral (Kertas 2) dengan kadar yang segera.
Pentaksiran sedang dibuat dan markah akan dihantar ke Meja Setiausaha
SPM.

Terima kasih kerana anda memberi kerjasama.

Isnin, 28 Jun 2010

Pentaksiran PM di Sekolah

Makluman
1. Kepada semua guru PM Penyelaras Pentaksiran Kerja Kursus Pendidikan Moral di bawah bidang kuasa Penolong Kanan 1.
2. Semua Pelajar yang mengambil Mata Pelajaran Pendidikan Moral wajib melaksanakan Kerja Kursus mengikut jadual yang ditetapkan.
3. Sebarang masalah sila berhubung dengan guru untuk mendapatkan bimbingan atau tunjuk ajar.
4. Pastikan semua kerja Kursus PM hendaklah dihantar selewat-lewatnya bulan jun 2010.
5. Terima kasih kerana memberi kerjasama.

Khamis, 15 April 2010

Lima Kategori faktor yang memjejaskan integriti

1. Kelemahan Individu- lemah didikan agama dan penghayatan nilai-nilai murni dalam Pendidikan Moral, lemah disiplin diri dan etika kerja, tamak, dan pentingkan diri sendiri.Kemorosotan integriti - individu hanya melihat kelemahan orang lain, engan memeriksa kelemahan diri sendiri--jauh sekali untuk mengakui atau mengatasinya.
Tekanan hidup--hidup mudah terjerumus ke dalam kancah rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa dan gejala tidak bermoral.
2. Kepimpinan- Iltizam yang lemah akan merosotnya integriti. arahan yang bercangah dengan peraturan dan undang-undang akan menjejaskan integriti.
3. Sistem dan Prosedur - Merangkumi pelbagai demensi. 6 aspek sistem dan prosedur;
a. Kurang ketelusan dalam urusan -melibatkan kepentingan awam..cth urusan tender
b. Kelemahan sistem, prosedur dan garis panduan bagi menjalankan tugas.-kesannya; berlaku ketidakcekapan, kecelaruan dan perselisihan pendapat di kalangan petugas.
c. Penguatkuasaan yang tidak berkesan-- ada yang pilih kasih
d. Kurang pemantauan dan penilaian--
e. Keupayaan sumber yang terhad ( sumber manusia atau material)- boleh menjejaskan keupyaan penguatkuasaan
f. Kerangka undang-undang yang tidak kemaskini, lapuk dan kurang jelas.
4. Struktur dan intitusi- komponen yang penting dalam menjamin kelancaran pentadbiran kerajaan dan swasta dan masyarakat umum.- jika tidak kemas atau matlamat tidak jelas, akan melemahkan integriti .
5. Budaya- Persekitaran yang baik mampengaruhi individu-membentuk nilai dan tingkah lakunya. Budaya dipengaruhi oleh sejarah, dan perkembangan semasa.
Kesimpulannya..semua faktor tersebut perlu ditangani secara menyeluruh, bersepadu dan bersistematik dalam Interiti Nasional- memantapkan integriti.

Rabu, 24 Mac 2010

Kursus dalaman 23-25.Mac2010

Taklimat diberikan oleh PK1 SMK.Tandek Kota Marudu.
Perkara yang diberi:
a. Penilaian Berasaskan Sekolah
b. Excel
c. KPI-NKRA

Tahniah kepada PKI. Harap KB dan KP dan semua guru dapat mencipta kecemerlangan untuk IMalaysia.

Isnin, 1 Februari 2010

Inovasi Pemarkahan Tugasan Harian & Kerja Amal

PENDAHULUAN

Pendidikan Moral merupakan mata pelajaran yang wajib diambil oleh calon mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Mata pelajaran ini menarik bila kita mengajar dengan penuh tanggungjawab. Peranan guru, pihak pentadbir sekolah, jabatan pelajaran daerah dan negeri, pelajar, ibu bapa dan masyarakat sangat penting.
Hakikatnya 3P, iaitu Pemikiran Moral, Perasaan Moral dan Perlakuan Moral itu mestilah benar-benar difahami, dihayati dan diamalkan dalam kehidupan kita seharian. Masalahnya pelajar atau guru –guru baru yang bukan opsyen Pendidikan Moral kurang memahami konsep nilai-nilai moral itu. Sesungguhnya masih banyak kekurangan dalam perancangan dan pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Moral. Saya ingin berkongsi pengalaman dan sedikit inovasi yang telah saya buat dalam sistem pentaksiran mata pelajaran ini. Dengan adanya inovasi ini, saya harap guru-guru pendidikan moral dapat menilai dan memberikan markah yang lebih rasional, adil dan saksama kepada pelajar tingkatan 4 & 5. Sumbangan dan kerjasama semua pihak hendaklah digalakkan untuk meningkatkan prestasi akademik pelajar kita.


Pengurusan Mata Pelajaran

Guru-guru mata pelajaran mestilah mengurus subjek (Pengajaran dan Pembelajaran) dengan bijaksana. Cadangan pengurusan Mata Pelajaran Pendidikan Moral.
a. Sistem Fail guru dan pelajar lengkap
b. Rancangan Tahunan dan Rancangan Pengajaran Harian disediakan sesuai keperluan pelajar dan jabatan pelajaran.
c. Membentuk carta organisasi pengurusan Pendidikan Moral mengikut kelas yang diajar.
d. Matlamat atau objektif dibincang bersama dengan pelajar.
e. Pentaksiran secara individu, dan berkumpulan.
f. Pentaksiran semasa guru mengajar dalam kelas dan kegiatan yang dirancang di luar waktu persekolahan.







Pendidikan Moral SPM (1225)

Calon perlu menduduki peperiksaan Kertas 1 pada bulan November/Disember dan Kertas 2 (kerja kursus) wajib dilaksanakan bermula dari tingkatan 4 hingga bulan jun tahun tingkatan 5.


Inovasi Pentaksiran Kerja Kursus

1. Sahsiah . Penilaian dibuat berdasarkan pemerhatian, bertulis,laporan terhadap penghayatan nilai dan amalan nilai moral semasa berkomunikasi, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah atau sesuatu perkara. Contohnya isu-isu semasa .
2. Iltizam. Penglibatan pelajar secara bersungguh-sungguh, bijaksana mengurus masa dan bertanggungjawab dalam melaksanakan aktiviti Tugasan Harian dan Kerja Amal
3. Laporan Tugasan Harian dan Kerja Amal dikompilasi dan didokumentasikan sebagai Folio.
4. Calon dinilai melalui proses masa yang lama dan berterusan dan dinilai secara bertulis, pemerhatian, bahan bukti (dokumentasi) hasil kerja pelajar, dan melihat rekod tingkah laku pelajar.
5. Bantuan guru-guru kelas, guru disiplin, guru kaunselor sekolah, dan guru-guru mata pelajaran, serta ibu bapa pelajar adalah digalakkan.
6. Proses pentaksiran:
a. Guru merancang proses dan aktiviti bagi semua calon di bawah kawalannya, disesuaikan dengan keperluan wajib dan keupayaan atau tahap IQ/EQ pelajar.
b. Pentaksiran hendaklah mengikut format yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.
c. Proses pentaksiran bermula semasa tingkatan 4 dantingkatan 5.
d. Borang Penilaian Individu digunakan untuk merekodkan pencapaian pelajar yang sebenar. Sijil Pelaporan Pencapaian Pelajar akan disediakan oleh Pentadbir sekolah.
e. Keputusan pentaksiran akan dilaporkan kepada Lembang peperiksaan melalui Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing.
f. Lembaga Peperiksaan boleh pada bila-bila masa meminta hasil kerja kursus calon daripada pihak sekolah bagi tujuan pengesanan dan pemantauan.
g. Pengetua akan mengeluarkan surat pelantikan ketua pentaksir dan pentaksir kerja kursus Pendidikan Moral SPM


Aktiviti Tugasan Harian
Markah Penuh Satu Tugasan Harian

Bil Item Yang Dinilai Markah
1 Ada nilai yang sesuai (minimum 5 nilai) 5
2 Kefahaman tentang nilai 15
3 Penghayatan tentang nilai 15
4 Kesedaran 17
5 Pemikiran yang rasional dan pertimbangan Moral 20
6 Dikaitkan dengan isu-isu semasa 10
7 Tulisan tangan sendiri 5
8 Dibuat pada kertas A4 dengan kemas 5
9 Panjang karangan lebih kurang 250 patah perkataan 5
10 Lampiran (sumber bahan rujukan) 3
Jumlah 100

Aktiviti Kerja Amal
Markah Penuh Satu Kerja Amal

Bil Item Yang Dinilai Markah
1 Kefahaman tentang nilai 8
2 Penghayatan tentang nilai (kesan) 10
3 Pemikiran yang rasional dan pertimbangan moral 18
4 Dikaitkan dengan isu-isu semasa 10
5 Tulisan tangan sendiri 5
6 Dibuat pada kertas A4 5
7 Bahan Bukti disertakan 6
8 Tajuk kerja amal 5
9 Ada Matlamat 5
10 Ada objektif 5
11 Tarikh aktiviti dijalankan 5
12 Masa pelaksanaan aktiviti 5
13 Orang Yang Terlibat 5
14 Peranan Pelajar 5
15 Cadangan Pelajar 3
Jumlah 100