Ucapan seorang pemimpin (N0.1) Bumi ini milik Tuhan yang wajar kita tadbir dengan penuh berhemah. Bumi ini akan kita wariskan kepada genarasi akan datang. Jagalah bumi ini agar kita tidak dipersalahkan oleh genarasi akan datang.
Huraikan dua nilai yang ingin disampaikan oleh pemimpin tersebut. Jawapan anda hendaklah disokong dengan penerangan dan contoh atau huraian yang sesuai.
Contoh Jawapan
Anggota masyarakat harus mengamalkan nilai menyayangi dan menghargai alam sekitar. Mereka perlu mempunyai kesedaran tentang perlunya memelihara alam sekitar untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem. Contohnya, mereka tidak membuang sampah seperti kertas, botol kaca dan plastik di merata-rata tempat.
Mereka juga perlu memulihara alam sekitar untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem. Contohnya, mereka membersihkan kawasan persekitaran mereka atau menggunakan bahan-bahan terbuang untuk keggunaan lain.
Mereka juga harus mengamalkan nilai peka terhadap isu-isu alam sekitar. Mereka perlu prihatin terhadap persoalan alam sekitar. Contohnya, mereka mengambil tahu tentang bahan buangan yang mencemarkan alam sekitar kita. Mereka perlu berusaha untuk menyelesaikan persoalan alam sekeliling. Contohnya, mereka mengambil bahagian dalam aktiviti kempen kitar semula.
Soalan
Maklumat seorang bapa pelajar di sebuah kolej.
Nama: Risalah Majalah
Umur: 50 tahun
Pekerjaan: Pekebun
Pendapatan: RM1,500.00
Tanggungan: 5 orang
Catatan: Saya harap anak saya akan berjaya dalam bidang pelajaran dan berjaya dalam bidang yang diceburi.
Soalan
Huraikan dua nilai yang ditunjukkan oleh penjaga tersebut. Jawapan anda hendaklah disokong dengan penerangan dan contoh atau huraian yang sesuai.
Bapa tersebut menunjukan nilai bertanggungjawab. Beliau menunjukkan kesanggupan diri untuk memikul tugas sebagai bapa dengan sempurna. Contohnya, beliau memberikan pendidikan kepada anak dengan menghantarnya belajar ke Kolej. Beliau menunjukkan kesanggupan diri melaksanakan kewajipan dengan sempurna. Contohnya, beliau menyara lima anaknya dengan bekerja sebagai pekebun.
Bapa tersebut juga mengamalkan nilai tanggungjawab terhadap keluarga. Beliau melaksanakan kewajipan terhadap keluarga untuk melahirkan keluarga yang bahagia. Contohnya, beliau menhantar anaknya ke Kolej untuk kejayaan, kebahagiaan mereka pada masa yang akan datang. Beliau juga melaksanakan kewajipan sebagai bapa untuk meningkatkan imej keluarga. Contohnya, sebagai pekebun beliau ingin memberikan peluang anaknya mendapat pendidikan tinggi untuk mencapai matlamat hidup atau mencapai kerjaya yang lebih baik.
soalan
Poster Kempen Kitar Semula:
Logo Kitar semula
Huraikan dua nilai yang harus diamalkan oleh anggota masyarakat untuk menjayakan kempen tersebut . Jawapan anda hendaklah disokong dengan penerangan dan contoh atau huraian yang sesuai.
Jawapan:
Anaggota masyarakat mestilah mengamalkan nilai menyayangi dan menghargai alam sekitar. Mereka perlu mempunyai kesedaran tentang perlunya memelihara alam sekitar untuk mengekalkan kebersihan kawasan tempat kita tinggal serta masyarakat hendaklah berusaha mengekalkan keseimbangan ekosistem yang baik. Contohnya jangan membuang sampah sarap di merata-rata tempat.
Masyarakat kita juga perlu mengamalkan nilai peka terhadap isu-isu alam sekitar. Masyarakat prihatin terhadap persoalan isu-isu pencemaran alam sekitar dan masalah kesihatan penghuni di bumi. Contohnya, masyarakat mengambil tahu tentang pembaungan sisa-sisa toksik dari ladang atau kilang yang boleh mencamar alam serta menjejaskan kehidupan manusia. Masyarakat perlu berusaha untuk menyelasaikan persoalan alam sekitar. Contohnya, masyarakat mengambil bahagian dalam kempen kitar semula secara menyeluruh.
Catatan Popular
-
KERJA AMAL 2 (Contoh Laporan kerja Amal) Bidang 2: Kekeluargaan Tajuk: Membantu ibu bapa menjaga adik MATLAMAT 1. Membantu meringankan beban...
-
pembuangan bayi-punca,langkah mengatasi dan kesan PENGENALAN Kes-kes pembuangan bayi bukanlah sesuatu yang asing didengari dan berlak...
-
TUGASAN HARIAN (ESEI) i. Bentuk tugasan -bentuk karangan biasa -menulis hasil kerja amal (boleh diambil kira) -mendapat maklumat dari pusat ...
-
Ucapan seorang pemimpin (N0.1) Bumi ini milik Tuhan yang wajar kita tadbir dengan penuh berhemah. Bumi ini akan kita wariskan kepada genaras...
-
Tugasan Harian Pendidikan Moral Kertas 1225/2 (Tingkatan 4&5) Calon dikehendaki memilih 8 daripada tajuk-tajuk harian berikut. Calon W...
-
ISI KANDUNGAN FOLIO PENDIDIKAN MORAL ( KERJA KURSUS) TAJUK MUKA SURAT Tugasan 1 Tugasan 2 Tugasan 3 Tugasan 4 Tugasan 5 Tugasan 6 Tugasan 7 ...
-
Makluman dan tindakan anda... Hantar kerja kursus Pendidikan Moral (Kertas 2) dengan kadar yang segera. Pentaksiran sedang dibuat dan markah...
-
SELAKU PEGAWAI DI JABATAN ALAM SEKITAR, ANDA TELAH DIJEMPUT UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN DAN MERASMIKAN PROGRAM GOTONG-ROYONG MEMBERSIHKAN KAWA...
-
Laporan Kerja Amal 1 ( Ini adalah contoh sahaja ) Bidang I Perkembangan Diri (Tulis bidang) Tajuk (contoh Membimbing murid Tahun 6 di SK.Tan...
-
Contoh Tugasan Harian Tajuk: Kitar semula adalah antara langkah yang boleh diambil bagi menangani masalah pencemaran alam sekitar yang semak...
Jumlah Paparan Halaman
Khamis, 12 Januari 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan