Catatan Popular

Jumlah Paparan Halaman


Isnin, 16 Mei 2011

Pemupukan Kemahiran Menerusi Pendidikan Moral

Kemahiran Utama
Pelajar diberi peluang menguasiai pelbagai kemahiran ,misalnya
a. kemahiran generik
b. kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
c. kemahiran menyelesaikan konflik
d. kemahiran sosial.

1.Kemahiran penyelesaian konflik
-dpt membantu pelajar belajar menyelesaikan masalah, membuat keputusan berdasarkan nilai yang tepat.
-pelajar belajar berkomunikasi dengan baik
-komunikasi yang berkesan dpt mengelakkan sebarang konflik.
2.Kemahiran Pemikiran Kritikal
- mengajar pelajar menggunakan kemahiran pemikiran kritikal
- pelajar akan menilai sama ada sesuatu tindakan atau pernyataan itu bermoral atau tidak.
- membantu menyemai nilai moral dalam jiwa pelajar
- membantu menyelesaikan masalah
- membantu membuat keputusan yang lebih baik
3. Kemahiran Pemikiran Kreatif
- membantu mencari jawapan lain / alternatif
- berfikir secara kreatif dalam menjalankan aktiviti yang bermanafaat
4. Kemahiran Menentang Tekanan Rakan Sebaya
- digunakan sebagai langkah mencegah salah guna dadah dll salah laku
- cekal dan sabar menghadapi cabaran
- mengajar pelajar supaya berfikir, berbincang dengan sumber lain
- mempertahankan niai moral sendiri
5. Kemahiran Mengkaji Masa Depan
- mebolehkan pelajar mengenal pasti isu-isu semasa, permasalahan pada masa lampau, masa kini dan masa depan.
- membuat ramalan
- menjangka akibat / kesan yang berlaku
- menyesuikan diri terhadap perubahan yang mungkin berlaku.
6. Kemahiran Teknolongi Maklumat
- mencari maklumat menggunakan kemudahan ICT/TMK
- mendidik pelajar menggunakan laman web dengan cara yang beretika/moral
- TMK digunakan sebagai pemangkin kejayaan
7. Kemahiran Sosial
- mendidik pelajar cara berkomunikasi yang berkesan
- pelbagi kaedah pengajaran utk faedah pelajar
- berbicara dengan sopan/ dgn nilai Hemah Tinggi, dll nilai yang bersesuaian

Ahad, 15 Mei 2011

Selamat Hari Guru 16/5/11

Salam Perpaduan buat semua warga Pendidik di mana pun bertugas. Jasamu dikenang.
Tugas dan baktimu tak dapat dinilai dengan wang. Kepada pelajar yang pernah menerima ilmu daripada sang guru, berterima kasih dan bersyukurlah pada-Nya kerana kita mendapat kesenangan dan kemajuan kerana guru kita yang baik...bukan guru yang tak berguna ya...

Kepada pentadbir sekolah yang belum lagi melakukan sesuatu untuk kepentingan pelajar dan kebajikan pelajar/ guru/ masyarakat.. buat yang seikhlas hatimu....

Berikan yang terbaik untuk negara kita yang tercinta..siapa lagi yang mengurus dengan penuh kasih sayang kalau bukan kita orang Malaysia itu sendiri.

Banyak yang boleh dilakukan oleh pemimpin untuk memajukan kawasan luar bandar yang jauh ketinggalan...

Pelajar yang proaktif adalah pelajar yang dikehendaki ...mereka inilah yang mempercepatkan kemajuan dunia pendidikan kita. Guru yang hampir 24 jam kerja minta kerajaan cari jalan untuk menghargainya....kesihan kita orang yang jauh di desa sunyi...

Apakah nilai yang sepatutnya diamalakan oleh guru. Pentadbir sekolah, dan kerajaan?
beri komen anda....

Selasa, 10 Mei 2011

Dr.Robert G

Sistem Pendidikan banyak dipengaruhi oleh politik.

Salam Perpaduan sudah cukup tak perlu I Malaysia jika tiada ketelusan di hati pemimpin tertentu untuk mahu menyatukan bangsa-bangsa di Bumi Malaysia. Terima kasih kepada rakyat Malaysia dan rakyat asing yang sentiasa menjaga keselamatn, kebersihan dan kemajuan yang sudah berjalan sekarang.

Ada juga banyak kepincangan yang kita rasakan kerana pendidikan jadi sasaran orang politik. Kesan dan yang jadi mangsa anak-anak watan yang mahu belajar dengan anjakan yang sudah dirancang dengan baik.

Guru-guru, masyarakat dalam dan luar sering dibelengu permainan politik orang yang tak bertanggungjawab di bumi Malaysia. Saya harap kerajaan dapat mencari jalan keluar supaya dunia pendidikan bebas dari politik. Kita akan lambat maju jika penyakit ini menghantui belia/ remaja/ kanak-kanak Malaysia.

Harapan kita pendidikan sekarang dapat dijana dengan sistem yang lebih adil dan berkesan. Pembahagian kekayaan dan peluang menikmati kemajuan dalam pelbagai sektor pembanguanan perlu dibuat secara telus.

Contoh: ICT dah maju dalam negara kita....tetapi masih belum berkesan kerana amalan birokrasi dalam sistem pentadbiran ..... Sumber Manusia penting ditingkatkan kemahiran, bantuan kerajaan sentiasa diperlukan....beri sokongan kepada kerajaan kita untuk terus berjuang memperbaiki taraf hidup rakyat...sekian

Jumaat, 17 September 2010

Lawatan Menteri Pelajaran Ke SMK.Tandek KM

Salam satu Sabah/ satu Malaysia yang Asli.

Sesungguhnya kita perlu melihat perubahan di Sabah terutama sekali Kemajuan Pendidikan di semua peringkat. Lawatan Menteri Pelajaran

Rabu, 7 Julai 2010

Semangat Perjuangan Pelajar SEMEKTA

Salam Sejahtera buat semua pelajar PMO/ warga semekta, perjuangan masih diteruskan untuk merahi cita-cita murni itu. Ingat nasihat ibu bapa yang tersayang. Jangan persiakan harapan mereka, harapan diri kalian, kita datang ke sekolah ada matlamat, bukan untuk angan-angan kosong, bukan untuk mengurat, ponteng kelas, ponteng sekolah, melanggar peraturan sekolah atau cuba membuli pelajar lain yang lemah. Bukan pula merosakan harta benda sekolah, atau harta kerajaan di luar sekolah itu.
Ingat nasihat guru-guru yang baik-baik. Kalau ada guru yang kurang ajar tu, jangan ambil ilmu sesat dari mereka. Mungkinkah mereka itu bergurau tetapi cukup cerdik untuk menjatuhkan diri pelajar ke lembah yang hina sehingga masa depan anda gelap.
Ingat pesan pemimpin kita yang baik-baik..peluang masih terbuka luas jika anda kita ingin berjuang terus. Ini bukan nasihat peribadi tetapi nasihat yang diajar oleh mereka yang lebih berpengalaman dari kita. Maaf jika tersentuh perasaan, fikiran, dan tingkah lakumu. Hal ini sudah banyak yang berlaku tetapi antara sedar atau tidak itu lah masalahnya kita orang selalu pandai lupa.
Murid-murid kita semuanya boleh, apa yang penting usaha yang lebih untuk terus bersiang dengan dunia globalisasi ini.Murid-murid mesti mesti mesti berani bertanya dan minta bimbingan dengan siapa saja yang boleh dipercayai dan ada pengetahuan untuk membimbing kita. Percayalah pada diri sendiri(keyakinan diri yang tinggi) sangat penting untuk berjaya dalam semua aspek kehidupan.
Murid-muridku jangan mudah mengalah dengan cabaran diri sendiri, cabaran hidup sebagai seorang remaja...perlu dan mesti banyak mendekati dengan TUHAN .
IMAN yang kuat senjata yang sangat paling ampuh. Kalau kita belajar ilmu mesti kuat iman dan yakin pada orang yang mengajar kita.
Hormatilah mereka yang mencurahkan ilmu pada anda, baru kita senang mendapat berkat dan reziki yang berlimpah. Galilah rahsia ilmu lain daripada nenek-nenek dan orang yang lebih berpengalaman dari kita supaya mantaplah diri kita yang sebenar-benarnya. Bersambung....

Ahad, 4 Julai 2010

Projek Management

----ialah proses menggunakan pengetahuan, kemahiran, alat, teknik untuk merangka aktiviti bagi memenuhi keperluan dan objektif projek.

Elemen2 penting dalam rangka kerja projek ialah pemegang saham, projek management area, dan kemahiran-kemahiran manusia.