Catatan Popular

Jumlah Paparan Halaman


Isnin, 16 Januari 2012

Pendekatan P& P PM

Aktiviti Kumpulan
- Guru/ Pelajar perlu nyatakan Bidang dan nilai
-nyatakan objektif pelajaran-ringkas shj
-masa/kelas
-pendekatan/ teknik yg digunakan
-BBM-jika ada
-pesembahan kumpulan-jika ada
-ketua kump. buat laporan dihadapan
-bhan boleh ambil dari buku teks/ mana-mana sumber/ atau idea sendiri...yg penting sesuai

contoh pembahagian kumpulan.
Kumpulan 1
Bidang 1
Teknk: main peranan/ drama

Kumpulan 2
Bidang 3
Teknik: Pooling

Kumpulan 3
Bidang 4
Pendekatan/teknik: Temu ramah

Kumpulan 4
Bidang 5
Pendekatan/ teknik: Iklan

Kumpulan 5
Bidang 6
Pendekatan/Teknik: Lagu/ sajak

Kumpulan 6
Bidang 7
Pendekatan/ Teknik: Peta minda/kartun

masa persediaan: 20 minit
Persembahan/Pembentangan: 10 minit
Contoh Tugasan Harian

Tajuk: Kitar semula adalah antara langkah yang boleh diambil bagi menangani masalah pencemaran alam sekitar yang semakin meruncing di samping mengurangkan pembaziran sumber semulajadi. Jelaskan kebaikan amalan kitar semula dalam kehidupan seharian kita.

Rakyat Malaysia membuang 15 00 tan sampah setiap hari. Jumlah yang banyak ini boleh mengundang banyak masalah kepada Negara dari segi penyediaan tapak pelupusan sampah. Oleh itu kita kita perlu bijak mengurus sampah-sampah yang ada di dalam Negara kita.
Amalan kita semula boleh mengurangkan masalah pembuangan sampah yang tidak teratur atau tidak sistematik. Kitar Semula mengurangkan pencemaran dan menanam nilai-nilai murni kepada rakyat Malaysia, misalnya mendidik masyarakat lebih bertanggungjawab, sayang kepada alam kita yang cantik ini. Dengan mengamalkan kitar semula, kertas, botol, besi, tin-tin alminium, kaca, surat khabar lama, kain dan sebagainya dapat digunakan semuala untuk kegunaan yang lain. Misalnya kain lebihan boleh dibuat alas kaki, baju patung, lapis meja dan sebagainya.
Barangan terpakai merupakan bahan mentah yang murah dan mudah diperoleh. Bayangkan untuk membuat kertas kita perlu menebang pokok. Jangan buang kertas kerana kita boleh kitar semula, diproses menjadi kertas tandas. Besi-besi buruk boleh diproses menjadi besi baru untuk digunakan semula. Masyarakat kita perlu peka pada isu-isu alam sekitar, mengamalkan nilai kemampanan alam sekitar, menyayangi dan menghargai alam sekitar untuk mempastikan alam kita terus bersih serta boleh menjamin kesejahteraan hidup rakyat.
Sesungguhnya amalan kitar semula turut menyumbang peningkatan ekonomi masyarakat, iaitu bahan-bahan terbuang boleh dijual dan hasil pendapatan itu sekurang-kurangnya boleh membayar bil elektrik, bil air. Masyarakat lebih bertanggungjawab dengan cara amalan jimat cermat. Kita elakkan pembaziran, jangan buang bahan-bahan atau barangan yang berharga seperti besi buruk, potongan kayu yang mempunyai nilai yang tinggi.
Masyarakat perlu mengamalkan nilai keharmonian antara manusia dengan alam sekitar. Cara ini boleh membantu memelihara kualiti alam sekeliling, contohnya kualiti udara Negara kita. Bagi orang yang rajin berusaha kitar semula membuka peluang pekerjaan baru. Meskipun pendapatan yang diperoleh tidak seberapa tetapi banyak membantu meringankan perbelanjaan harian. Kita menggalakkan masyarakat kita lebih kreatif untuk menghasilkan barangan kraf yang unik dan menarik. Hasil Kraf tangan itu juga dapat mendatangkan pendapatan sam pingan kepada individu tertentu.
Melalui kitar semula masyarakat boleh melakukan satu system pembuangan sampah secara terancang dan sistematik. Tong-tong kitar semula juga disediakan dengan lebih banyak untuk memudahkan rakyat membuang sampah sarap dengan mudah. Kesimpulannya kitar semula bukan sekadar memberi keuntungan kepada pengguna dan Negara tetapi dapat menyelamatkan kemusnahan alam sekitar kita. Amalan ini perlu sokongan dan kerjasama semua pihak untuk kepentingan bersama.

Contoh Surat Akuan (Kerja amal)

PENDIDIKAN MORAL
SMK.TANDEK KOTA MARUDU
PETI SURAT 153, 89108 KOTA MARUDU SABAH
TEL: 088 661173, FAX: 088 663180


KERJA KURSUS PENDIDIKAN MORAL (1225/2)
KERJA AMAL

SURAT AKUAN

Adalah diakuai bahawa

…………………………………………………………………..

No. Kad Pengenalan:……………………………………………

Telah menjalankan kerja amal iaitu……………………………..

……………………………………………………………………

Pada

…………………………………………………………………….

Bertempat

…………………………………………………………………….

Tarikh

……………………………………………………………………..



Disahkan oleh


………………………………………………………………………

wawasan 2020

Wawasan 2020 ialah sebuah wawasan kerajaan Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ketika itu, yang bertujuan untuk meningkatkan Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian dan negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020. Yang dimaksudkan sepenuhnya terangkum bukan sahaja bidang ekonomi, tetapi juga bidang-bidang politik, sosial, kerohanian, psikologi, serta juga perpaduan nasional dan sosial, antara lain. Kesemua ini juga melibatkan persoalan keadilan sosial, kestabilan politik, sistem kerajaan, mutu hidup, nilai sosial dan kerohanian, maruah bangsa, serta juga keyakinan.
[sunting] Cabaran utama

Dalam penyampaian kertas kerjanya, Laluan ke Depan (The Way Forward), kepada Majlis Perniagaan Malaysia, Dr Mahathir Mohamad menghuraikan sembilan matlamat utama Wawasan 2020:

1. Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama: Malaysia mesti menjadi sebuah negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam keharmonian, bekerjasama sepenuhnya secara adil, dan terdiri daripada satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.
2. Mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju, dengan keyakinan akan keupayaan sendiri, berbangga dengan apa yang ada, dengan apa yang telah dicapai, cukup gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, amat sedar akan semua potensinya, tidak mengalah kepada sesiapa, dan dihormati oleh rakyat negara lain.
3. Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, yang mengamalkan satu bentuk demokrasi Malaysia yang mempunyai persefahaman matang, berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada beberapa banyak negara membangun.
4. Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, dengan warganegaranya teguh dalam nilai agama dan kerohanian dan didukung oleh nilai etika paling tinggi.
5. Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, dengan rakyat Malaysia pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan, dan kepercayaan agama mereka dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara.
6. Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan berpandangan ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi masa depan.
7. Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang mementingkan masyarakat lebih daripada diri sendiri, dengan kebajikan insan tidak berkisar pada negara atau orang perseorangan tetapi di sekeliling sistem keluarga yang kukuh.
8. Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Ini merupakan masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama, dengan wujudnya perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi.
9. Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental.

Menurut Dr Mahathir, kesembilan-sembilan matlamat utama ini tidak semestinya menjadi urutan keutamaan masyarakat Malaysia untuk tiga dekad yang akan datang. Tentunya keutamaan dalam satu-satu masa mesti memenuhi keadaan khusus pada masa berkenaan.
[sunting] Adakah matlamat menjadi negara maju dari segi ekonomi itu realistik?

Pada dekad 1960-an, pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah pada kadar purata sebanyak 5.1% setahun. Pertumbuhan purata ini dinaikkan menjadi 7.8% semasa dekad pertama Dasar Ekonomi Baru dalam dekad 1970-an, dan 5.9% setahun pada dekad 1980-an, akibat kemelesetan bertahun-tahun. Pertumbuhan KDNK pada 30 tahun tersebut dalam nilai sebenar adalah pada kadar purata 6.3 peratus setahun, dengan kadar pada 20 tahun yang lalu merupakan 6.9 peratus setahun pada puratanya. Oleh itu, yang diperlukan ialah tambahan pertumbuhan sebanyak 0.1 peratus untuk mencapai matlumat ekonomi Wawasan 2020i, sesuatu matlamat yang bukannya tidak mungkin.

KDNK Malaysia pada tahun 1990 ialah $115 bilion, dengan sasaran kira-kira $920 bilion dalam nilai sebenar (ringgit pada 1990) menjelang tahun 2020. Pertumbuhan pesat ini memerlukan pertumbuhan pada kadar purata kira-kira 7.0% (dalam nilai sebenar) setahun untuk 30 tahun akan datang. Jika ini dapat dicapai, dan diandaikan kadar pertumbuhan penduduk tahunan ialah 2.5%, menjelang tahun 2020, rakyat Malaysia akan kaya empat kali ganda (dalam nilai sebenar), berbanding dengan tahun 1990. Inilah ukuran masyarakat makmur yang dimaksudkan oleh Wawasan 2020. Dengan itu, KDNK Malaysia akan menjadi lapan kali lebih besar menjelang tahun 2020 berbanding 1990.
[sunting] Rujukan

* Laman web Kerajaan Malaysia
* Laman web Universiti Sains Malaysia: Makalah akhbar The Star

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Wawasan_2020&oldid=1880103"
Kategori:

* Politik Malaysia

PLKN Capai matlamat

Minda: PLKN capai matlamat

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

PROGRAM Latihan Khidmat Negara (PLKN) bermula pada 2004 dengan mengambil 80,000 peserta dari seluruh negara pada ketika itu. Dari setahun ke setahun, peserta meningkat dan berdasarkan statistik, pada 2011, 140,000 peserta terpilih mengikuti program ini.

Daripada 140,000 peserta tahun ini, 60 peratus daripadanya adalah Bumiputera, 28 peratus (Cina), 10 peratus (India) dan lain-lain 2 peratus. Sementara itu, daripada jumlah keseluruhan, 55 peratus adalah lelaki dan 45 peratus perempuan.


Sejak 2004 hingga kini, bermakna usia PLKN semakin matang dan sedang menuju kejayaan yang diimpikan. PLKN masih berjalan sampai kini dengan penambahbaikan segenap aspek untuk mencapai matlamatnya. Pada peringkat awal penubuhan, walaupun pelbagai pandangan diterima dan persediaan sudah dilakukan dengan teliti, pelbagai rungutan dan kritikan dilemparkan terhadap program ini.

Kes-kes yang berlaku semasa golongan ini menjalani latihan menjadikan sesetengah pihak menuding jari merendah-rendahkan keupayaan Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) lalu meminta program ini dikaji semula dan ada pihak menggesa agar ia dihentikan saja. Bagaimanapun, sekarang program ini sudah sebati dengan remaja sehingga ada yang menawarkan diri untuk menyertainya secara sukarela setelah tidak terpilih. Secara tidak langsung kita dapat memahami bahawa program ini sudah mula diyakini keberkesanannya bukan hanya oleh peserta malah ibu bapa atau penjaga.


Menurut statistik, pada 2007, 651 permohonan sukarela diterima untuk menyertai program ini. Lantaran itu, bermula tahun sama, JLKN membuka peluang kepada remaja yang tidak terpilih pada tahun itu untuk menyertai program tersebut dalam kumpulan kedua dan ketiga. Beberapa modul yang diperkenalkan kepada peserta sebelum ini seperti Modul Fizikal, Pembinaan Karakter, Kenegaraan dan Khidmat Komuniti telah menyumbang kesan positif terutama daripada aspek perpaduan kaum, kemasyarakatan dan semangat cinta negara. Akhirnya, kita dapati JLKN sudah mengumumkan akan mewujudkan pula satu modul baru iaitu Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PKRS) bermula dalam program Mei depan.


Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, modul baru ini tidak berkaitan dengan pendidikan seks sebaliknya menekankan pelatih mengenai permasalahan masyarakat terutama golongan remaja yang bersesuaian dengan keperluan semasa.
PLKN melalui pelbagai masalah sejak awal penubuhannya sampai kini. Hingga kini masih ada suara tidak berpuas hati dengan perjalanan dan bentuk latihan yang diberikan, termasuk masa yang diperuntukkan sangat singkat.


Maka ramai juga yang memberi pendapat bahawa tempoh masa latihan program ini perlu dilanjutkan menjadi dua tahun seperti dilakukan di Singapura dan Korea Selatan.

Menurut mereka, tempoh singkat tidak akan dapat mencapai hasrat atau matlamat sebenar PLKN untuk memberi pendedahan mengenai pelbagai aspek yang telah ditetapkan untuk golongan remaja dalam menghadapi pelbagai cabaran apabila mereka berada di luar kelak.


Dalam pada itu, kita tidak boleh menolak kesan positif dan keberkesanan PLKN berdasarkan pengalaman dan kajian terhadap mereka yang pernah menyertainya dan ibu bapa bagi anak-anak mereka yang terbabit secara langsung. Contohnya, 90 peratus daripada peserta kumpulan terakhir program ini pada 2006 menganggap program dalam PLKN menyeronokkan, mereka mendakwa memperoleh ilmu dan pengalaman baru serta dapat memupuk perpaduan kaum. Di samping itu, mereka juga lebih mencintai negara, mempunyai sikap suka menolong dan lebih bertanggungjawab.


Bekas pelatih PLKN juga telah diserap ke dalam kerja-kerja sosial seperti dilakukan ketika banjir melanda Johor pada 2007. Jelas di sini, apa yang mereka pelajari dan praktikkan ketika berada dalam PLKN boleh dibawa keluar dan tenaga mereka boleh dimanfaatkan untuk kepentingan orang ramai.


Sehubungan itu, dirasakan semua pihak termasuk ibu bapa mesti memberi sokongan padu kepada PLKN. Sebarang keraguan terhadap program berkenaan mestilah dihindarkan.


Akhir-akhir ini, kita tidak mendengar lagi masalah serius dalam PLKN. Tidak kedengaran kes peserta yang terpilih sengaja mengelak daripada menyertai program ini. Ini kerana program ini terbukti memberi faedah berguna kepada remaja kerana pelbagai modul disediakan ternyata dapat membentuk sahsiah mereka.


Kita mesti memahami bahawa pengurusan PLKN juga sentiasa mencari kaedah dan jalan penyelesaian agar masalah sebelum ini tidak berulang dalam PLKN. Malah, kita mesti bersyukur kerana pelbagai kelonggaran diberikan kepada pelatih yang terpilih, tetapi mereka dibolehkan tidak menyertai program ini jika mereka mempunyai alasan kukuh. Oleh itu, masalah yang sudah berlaku sepanjang PLKN ditubuhkan tidak perlu dikenang lagi kerana di mana-mana pun masalah tetap berlaku.


Tidak perlu lagi ditoleh kepada kisah tragis yang pernah menimpa beberapa pelatih PLKN sebelum ini kerana jika di luar pun, pelbagai masalah lain boleh berlaku malah ada masalah lebih serius berbanding masalah yang pernah dialami ketika mereka menjalani program ini.


Yang pasti, sudah hampir 10 tahun program ini berlangsung, tetapi kita tidak pernah mendengar pelatih PLKN merempit, terlibat dengan dadah atau meragut sedangkan masalah ini kerap membelenggu dunia mereka.


Kita juga berharap pelbagai pihak dan pengurusan PLKN dapat memikirkan kaedah lain atau modul baru dari semasa ke semasa untuk memastikan program ini lebih diyakini.

Contoh Kes Berunsur ugutan

USM hargai tindakan polis tangani isu pelajarnya keluar kenyataan ugutan

Posted on the January 16th, 2012 under Uncategorized by admin
Share

GEORGETOWN: Universiti Sains Malaysia (USM) menghargai tindakan polis dalam menangani kes seorang pelajar institusi itu yang mengeluarkan kenyataan berunsur ugutan menerusi laman blog miliknya.

Naib Canselornya, Prof Datuk Omar Osman, berkata USM menghargai tindakan pihak berkuasa dalam menangani perkara itu dan menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk membuat siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya.

“Semua pihak perlu berhati-hati dan menyedari implikasi terhadap apa saja yang diletakkan dalam laman blog serta membuat pertimbangan bijak dalam apa juga tindakan yang diambil,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau mengulas penahanan seorang pelajar jurusan kejuruteraan universiti itu semalam berhubung kenyataan pelajar berusia 24 tahun itu untuk meletakkan bom pada helikopter yang akan dinaiki Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam lawatannya ke USM minggu depan.

Polis membebaskan pelajar terbabit selama sebulan bagi membolehkannya menduduki peperiksaan hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Nilai Bertanggungjawab /kebaikan merancang

KEBAIKAN MERANCANG:

(i) Perbelanjaan
(a) tidak berbelanja berlebihan
(b) tabung wang lebihan- berjimat cermat
(c) beli barang keperluan
(d) rancang perbelanjaan pertimbangan

(ii) Kerjaya
(a) tahu minat, kebolehan serta potensi diri.
(b) boleh buat keputusan
(c) capai matlamat hidup dengan tersusun

(iii) Keluarga
(a) menjamin kebahagiaan
(b) hidup dalam keadaan tenang


KESAN JIKA TIDAK MERANCANG
(a) tidak dapat mencapai cita-cita sendiri
(b) tidak berjaya dalam hidup
(c) tidak suka dan tidak berminat dalam kerjaya yang diceburi
(d) masalah tidak dapat diselesaikan
(e) akan dibebani masalah/hutang
(f) pembaziran masa, tenaga dan wang