Catatan Popular

Jumlah Paparan Halaman


Rabu, 20 Mei 2009

Mesyuarat Pentaksiran ULBS (Bahasa Melayu)

Sektor Penilaian dan Peperiksaan JPNS. Tarikh: 20 - 22 /5/2009.Di

Ujian Lisan

Khamis, 9 April 2009

Pusat Rawatan Homeopati Marudu

SELAMAT DATANG KE PUSAT RAWATAN HOMEOPATI MARUDU
Dibuka awal Mac 2009.
Perkhidmatan yang diberikan ialah:
-menyediakan ubat-ubat Homeopati
-Konsultan tentang Perubatan Homeopati
-Reflexsologi kaki, tangan, urut badan, kepala atau seluruh badan
-Menjual Produk Kesihatan ( Ubat tradisional)

Masa : kerja sambilan , Selepas jam 1.00 pm (2.00 pm hingga 5.00 pm) atau
temujanji dahulu terutama sekali waktu malam. (Dr(H)Robert Garatam)

Lokasi Bangunan perniagaan:
Tingkat 1, Lot 2, Blok C, Bangunan Sedco
89107 Kota Kinabalu, Sabah.
Tel: 088 664 045/ HP: 0135584791

Alamat Email: tingka31@yahoo.com
Alamat Blog : http://www.drhrobert.blogsport.com/

Alamat rumah: Kg.Tingkalanon, Tandek, Beg Berkunci 9(12), 89108 Kota Marudu Sabah.

Terima kasih atas sokongan anda.......

Selasa, 7 April 2009

Menjawab Soalan Struktur

Bentuk soalan: Nyatakan/Berikan/Cadangkan nilai....
Kehendak Jawapan: Calon hanya perlu memberikan nilai shj. Jawab ....mestilah ditulis dlm bentuk ayat.
Contoh Soalan: Nyatakan dua nilai yang telah diamalkan oleh Daniel untuk mencapai kecemerlangan serta mengharumkan nama negara dalan sukan Ping Pong.
Jawapan: (i). Nilai kerajinan telah diamalkan oleh Daniel.
(ii). Nilai sanggup berkorban untuk negara telah diamalkan oleh Daniel. (2 m)
Berikan / Jelaskan maksud atau definisi nilai...
Kehendak jawapan: Calon hanya perlu memberikan maksud nilai berdasarkan kata kunci penerangan nilai.
Contoh: Berikan maksud nilai Amanah.
Jb: Nilai Amanah bermaksud sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain.
Jelaskan / Terangkan nilai.... Calon perlu memberikan nilai dan penerangan berdasarkan kata kunci penerangan serta fokus pada watak atau situasi yang sesuai.
Contoh: dua nilai yang harus diamalkan oleh ibu bapa untuk menengani isu penderaan kanak-kanak di rumah.
Jawapan: i. Nilai kasih sayang terhadap keluarga harus diamalkan oleh ibu bapa. Ibu bapa harus mempunyai perasaan kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan terhadap keluarga khasnya kanak-kanak.
ii. Nilai melindungi hak kanak-kanak juga harus diamalkan oleh ibu bapa. Ibu bapa harus membela, memberi naungan, dan memelihara hak kanak-kanak supaya tidak terlibat dalam kes penderaan.

Selasa, 3 Februari 2009

Kerja Amal PMO spm

Kerja Amal.
i. Calon wajib melaksanakan 4 aktiviti megikut 3 bidang P.Moral
a. Perkembangan diri --1 aktiviti
b. Kekeluargaan 1 aktiviti
c. Alam Sekitar 2 aktiviti
ii. Bahan bukit yang diperlukan (dilampirkan bersama laporan kerja amal)
- Sijil penghargaan/ surat akuan
- 3 atau 4 keping atau minima 1 keping bagi setiap aktiviti
- lain-lain bahan bukit yang berkaitan.
iii. Contoh kerja amal yang boleh dijalankan;
- Gotong royong membersih kawasan
- mengindah/ mencantik kawasan
- membimbing pelajar lain, terutama yang lemah dalam pelajaran/ permaianan
- membantu keluarga menjalankan perniagaan/ kerja rumah/
- menyediakan kemudahan sekolah seperti papan tanda/ peti surat
- membaikpulih perabot sekolah
- membersih taman rekreasi
- mengamalkan adat resam keluarga
- membaut kerja bakti di rumah orang tua/ anak yatim
-lain-lain kerja amal yang memberi kebaikan kepada masyarakat.
iv. Contoh penyediaan Laporan Kerja Amal;
kandungan laporan;
-tujuan/ matlamat
-objektif
-tempat, masa, tarikh, anjuran siapa
-siapa terlibat
-apa yang berlaku
-hasil kerja/ perjalanan kerja/ peranan anda (pelajar)
-kesan pada diri anda,
-perasaan anda
-komen anda/ ulasan
Lampiran bahan bukti;
-gambar (beri penerangan di bawah gambar )
-sijil penghargaan / surat akuan
-dll.

Masukan juga apakah yang anda buat sebelum, semasa dan selepas aktiviti itu.

Tugasan Harian (Esei)

TUGASAN HARIAN (ESEI)
i. Bentuk tugasan
-bentuk karangan biasa
-menulis hasil kerja amal (boleh diambil kira)
-mendapat maklumat dari pusat sumber
-membuat rencana
ii.sebanyak 8 tugasan harian wajib dilakukan sepanjang tempoh tingkatan 4 & 5
iii.ditulis dengan tulisan tangan sendiri sahaja.
iv.gunakan kertas saiz A4 sahaja
v.panjang karangan tidak kurang 250 patah perkataan.
vi. dalam karangan pelajar ada ciri-ciri penghayatan, kesedaran, pengamalan nilai moral .
vii. pelajar mestilah selalu berhubung dengan guru PMO untuk mendapatkan bimbingan...Selamat berusaha, semoga berjaya.

Laporan Sahsiah PMO spm

A. LAPORAN SAHSIAH Kerja Kursus PMO
3 Aspek yang dinilai
i. Perkembangan diri
a. Calon mesti mengamalkan kemahiran berkomunikasi dalam konteks penghayatan nilai moral
b. Calon hendaklah mengamalkan sikap persefahaman dan kerjasama di dalam kerja kumpulan dan pergulan
ii. Demokrasi
a. Calon mestilah sentiasa mengamalkan dan menghayati nilai moral dalam membuat keputusan.
b. Calon hendaklah sentiasa mengamalkan permuafakatan di dalam menentukan sesuatu keputusan.
iii. Keamanan dan Keharmonian
a. Calon mestilah menujukkan kemahiran menyelesaikan masalah berasaskan penghayatan nilai moral.
b. Calon mestilah mengutamakan aspek keamanan dan keharmonian di dalam menyelesaikan tentang sesuatu isu.
Catatan: Guru Pendidikan Moral melengkapkan borang khas berdasarkan penilaian yang dibuat kepada pelajar .

Cadangan tajuk Tugasan Harian Kerja Kursus PMO spm

Tugasan Harian Pendidikan Moral Kertas 1225/2 (Tingkatan 4&5)

Calon dikehendaki memilih 8 daripada tajuk-tajuk harian berikut. Calon WAJIB memilih satu tajuk daripada setiap bidang pembelajaran Pendidikan Moral.

Bidang 1(Perkembangan Diri)

1. 'Perkhwinan adalah sekali dalam seumur hidup', Itulah kata pepatah pujanga. Wajarkah majlis ini disambut secara sederhana atau secara besar-besaran?

2. Bersikap sederhana amat sukar dipraktikkan dalam kehidupan kerana ia dipengaruhi oleh emosi dan naluri. jelaskan.

3. Bersetujukah anda dengan pernyataan 'sabar menghadapi cabaran dan dugaan adalah kunci kejayaan?

4. Bagaimanakah amalan toleransi boleh menjadi asas perpaduan kaum di kalangan masyarakat majmuk di negara ini?

5. Anak ialah kurniaan Tuhan. Ibu bapa mempunyai tanggungajawab untuk membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang. Malangnya kejadian mendera dan menyeksa anak-anak seolah-olah menunjukkan bahawa ibu bapa tidak menunaikan amanah mereka dengan baik. Huraikan faktor-faktor yang sering kali dikaitkan sebagai punca penderaan kanak-kanak.

6. Kita sering kali didedahkan dengan perbuatan sumbang seperti salah laku seks, pelacuran, rogol, pergaulan bebas serta budaya melepak di kalangan masyarakat kita. Apa yang lebih menyedihkan salah laku seumpama ini melibatkan golongan remaja yang masih di bangku sekolah. Pada pandangan anda bagaimanakah golongan remaja dapat mengelakkan diri daripada terlibat dalam masalah seumpama ini?

Bidang 2 (Kekeluargaan)

7. Jeleskan cara anda menunjukkan kasih sayang kepada ayah anda. Cth. salah satu cara, anda dikendaki mengirim sekeping kad 'Happy's Day dan dapatkan semula kad tersebut untuk diselitkan dalam tugasan harian sebagai bahan bukti.

8. Mengapakah jasa ibu dan bapa perlu dihargai?

9. Terdapat sesetengah anggota masyarakat yang mengambil keputusan untuk menempatkan ibu bapa mereka di rumah orang-orang tua. Mengapakah fenomena ini berlaku?

10.Kasih sayang bukan sahaja dapat diucapkan melalui kata-kata tetapi juga dapat ditunjukkan melalui perlakuan. Nyatakan perlakuan yang dapat memperlihatkan perasaan kasih sayang terhadap keluarga.

11.Faktor utama kejayaan seseorang anak dlm pelajaran bergantung pada dorongan dan sokongan ibu bapa. Ibu bapa bertanggungjawab menyediakan segala kemudahan pelajaran anak-anak supaya mereka berjaya dengan cemerlang.Sejauh manakah anda bersetuju dengan pernyataan di atas?. Jelaskan.

12.Memiliki sebuah keluarga yang harmoni dan bahagia merupakan impian semua insan di dunia. Asas pembentukan keluarga yang harmoni ialah anggota keluarga itu sendiri perlu bersatu dan mengelakkan konflik antara satu sama lain. Terangkan bagaimanakah cara anda menghindari konflik dengan anggota keluarga?

Bidang 3 (Alam Sekitar)

13.Sebagai individu, apakah yang mampu anda lakukan untuk menangani maslah pembakaran terbuka?

14.Ke manakah anda akan pergi jika tanah, udara dan air telah tercemar akibat sikap rakus manusia meneroka alam ? Jelaskan

15."Demi kemajuan alam sekitar perlu dikorbankan", setujukah anda dengan pernyataan ini?.Bincangkan

16.Pembuangan bahan-bahan sisa pertanian akan mencetuskan maslah alam sekitar sekiranya tidak diuruskan dengan baik.Bincangkan bagaimanakah bahan sisa pertanian boleh ditebusguna untuk mengelakkan maslah alam sekitar.

17.Kitar semula adalah antara langkah yang boleh diambil bagi menangani maslah pencemaran alam sekitar yang semakin meruncing di samping mengurangkan pembaziran sumber semulajadi. Jelaskan kebaikan amalan kitar semula dalam kehidupan seharian kita.

Bidang 4 (Patriotisme)

18.Adakah perkembangan ekonomi dan teknologi yang pesat di negara ini mendatangkan manfaat kepada diri anda ? Jelaskan.

19.Wajarkah anda membiarkan bidang ekonomi dan sains negara ini dimonopoli oleh pendatang asing? Jelaskan

20.Kepelbagaian agama dan kepercayaan tradisi dan adat resam serta bahasa bukan penghalang kepada keharmonian dalam masyarakat. Bincangkan kenyataan tersebut berdasarkan contoh yang sesuai.

Bidang 5 (Hak Asasi manusia)

21.Apakah pendapat anda terhadap kejadian kes-kes penderaan?

22.Setujukah anda jika kanak-kanak tidak selesa, tenang dan bahagia bersama keluarga akan menyebabkan mereka cenderung melakukan perbuatan antisosial?

23.Wanita kini bukan sahaja memonopoli bidang kerjaya seperti guru, jururawat, kerani atau setiausaha malah dewasa ini mereka lebih berani menoroka pelbagai kerjaya yang lebih mencabar yang dahulunya hanya diceburi oleh kaum lelaki. Hal ini membuktikan sumbangan wanita dalam pembangunan negara semakin meluas dan diiktiraf oleh masyarakat. Pilih beberapa tokoh wanita yg telah memberi sumbangan terhadap pembanguanan negara dalam pelbagai bidang dan huraikan sumbangan mereka.

24.Pengguna perlu tahu bahwa mereka mempunyai hak untuk menikmati perkhidmatan yang memuaskan serta mendapat barangan yang berkualiti di pasaran dalam kehidupan seharian mereka. Jelaskan sikap yang perlu diamalkan oleh pengguna bagi melindungi hak mereka.

Bidang 6( Demokrasi)

25.Nyatakan sebab-sebab murid sekolah perlu mematuhi peraturan sekolah.

26.Apakah yang akan berlaku sekiranya sesebuah negara tidak mempunyai peraturan dan undang-undang?

27.Nyatakan Sebab-sebab hak kebebasan beragama dipraktikkan di Malaysia.

28.Negara kita terdiri dari penduduk yang berbilang bangsa dan agama. Mereka menyambut hari perayaan masing-masing pada masa-masa tertentu. Cari maklumat lanjut tentang hari perayaan yang disambut oleh masyarakt negara kita yang berbilang bangsa dan agama.

Bidang 7( Keamanan dan Keharmonian)

29.Amalan kunjung-mengunjungi dan mengadakan rumah terbuka pada hari perayaan boleh mengukuhkan perpaduan dan persefahaman antara kaum. Jeelaskan pernyataan ini.

30.Jika anda seorang ketua negara, bagaimanakah cara anda melaksanakan hubungan baik antara negara dalam bidang-bidang berikut;

-politik

- ekonomi

- sosial

Tamat