Imej Malaysia tercalar kali ini.Selepas 53 tahun di bawah pemerintahan Barisan Nasional, Malaysia telah mencapai taraf terburuk dengan menduduki kedudukan tercorot dalam Asia Pasifik bagi Indeks Rasuah oleh badan membanteras rasuah, Transparency International (TI) sejak 1995.
Dalam laporan terbaru TI, Malaysia telah diletakkan dikedudukan paling corot dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) sejak penilaian itu dibuat 16 tahun lalu dengan kedudukan pada tangga ke-56 berbanding tangga ke-23 pada tahun 1995.Malaysia ketika itu berada di tangga ke enam sebaris dengan negara maju seperti New Zealand, Australia, Hong Kong, Singapura dan Jepun di kalangan negara Asia Pasifik.
cpi indeks Indeks Rasuah Malaysia Kedudukan Paling Corot!*sila klik untuk paparan lebih besar
Dah 16 tahun, dah macam-macam kempen dijalankan termasuk menggubal 2 rang undang-undang anti rasuah, dan kemudian mentransformasikan Badan Pencegah Rasuah (BPR) kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), namun entah dimana silapnya, Indeks Rasuah Malaysia makin menjadi-jadi pula.
Dalam tempoh 16 tahun Malaysia telah kalah kepada lima negara di Asia Pasifik iaitu Taiwan (tangga ke-33 mata 5.8), Bhutan (36/5.7), Brunei (38/5.5), Korea Selatan (39/5.4) dan Macau (46/5.0).
China berada pada tangga ke-40 dengan mata sebanyak 2.16 pada 1995 dan turun ke tangga 78 dengan mata 3.5 pada 2010.Dengan mengambil kira peningkatan China dibandingkan dengan penurunan Malaysia, China dijangka melangkau Malaysia di segi kedudukan dalam CPI dan mata yang dicapai menjelang 2017.
Begitu juga Thailand yang ditaraf pada kedudukan 34 dengan skor 2.29 pada 1995 kini berada pada paras yang sama dengan China.Malah India juga menunjukkan kesungguhan untuk menambahbaik dengan kedudukan 87 dengan skor 3.3 berbanding tangga ke-35 dengan mata sebanyak 2.78 pada 1995.
Indonesia dilihat membuat kemajuan yang besar dalam usaha melawan gejala rasuah. Berada pada kedudukan paling rendah di paras 41 dengan skor 1.94 dalam CPI kini negara itu berada pada tangga ke-110 dengan skor 2.8 pada 2010.
Dah 16 tahun, bukan makin bagus.Tapi makin merosot.Itu pun ada pihak-pihak yang cuba nak nafikan.Paling menjengkelkan apabila Menteri yang bertanggungjawab terhadap perlaksanaan Indeks Prestasi Utama (KPI) dan NKRA di bawah Unit Pengurusan Prestasi dan Penyampaian (Pemandu), Datuk Seri Idris Jala cuba menyembunyikan kelemahan kerajaan dengan mengatakan penilaian TI tidak tepat.
Belanjawan untuk SPRM juga telah meningkat daripada RM76.4 juta pada tahun 2005 kepada RM202 juta dalam Bajet 2011 namun rekod membanteras rasuah terus merosot.
Kerajaan sepatutnya merasa bimbang tentang penurunan mata CPI ini. Sedikit sebanyak ianya mempengaruhi pelabur-pelabur asing yang datang ke negara kita.Sekiranya Indeks Rasuah kita teruk, macamana pelabur nak berasa yakin untuk melabur di Malaysia.
Duit dah beratus juta habis.Kempen sana sini. Tapi, makin lama makin teruk pulak rasuah. Apa nak jadi? Tolonglah Menteri-Menteri yang “berpelajaran” semua. Ambil langkah yang bijak dalam mengatasi masalah ini.Bukan seperti melepaskan batuk di tangga sahaja bila buat kerja.
Orang lain pun bayar minyak, beli gula, beli beras sama harga dengan orang kaya. Jadi, jadi tanggungjawab sikit dalam jalankan kerja. Malaysia dah nak ke arah masayarakat kasta. Yang kaya lebih kaya, yang tak kaya lebih kayap. Jadi, ambil tanggungjawab yang di amanahkan oleh rakyat untuk bantu rakyat.Bukan bantu kroni.
Catatan Popular
-
KERJA AMAL 2 (Contoh Laporan kerja Amal) Bidang 2: Kekeluargaan Tajuk: Membantu ibu bapa menjaga adik MATLAMAT 1. Membantu meringankan beban...
-
pembuangan bayi-punca,langkah mengatasi dan kesan PENGENALAN Kes-kes pembuangan bayi bukanlah sesuatu yang asing didengari dan berlak...
-
TUGASAN HARIAN (ESEI) i. Bentuk tugasan -bentuk karangan biasa -menulis hasil kerja amal (boleh diambil kira) -mendapat maklumat dari pusat ...
-
Ucapan seorang pemimpin (N0.1) Bumi ini milik Tuhan yang wajar kita tadbir dengan penuh berhemah. Bumi ini akan kita wariskan kepada genaras...
-
Tugasan Harian Pendidikan Moral Kertas 1225/2 (Tingkatan 4&5) Calon dikehendaki memilih 8 daripada tajuk-tajuk harian berikut. Calon W...
-
ISI KANDUNGAN FOLIO PENDIDIKAN MORAL ( KERJA KURSUS) TAJUK MUKA SURAT Tugasan 1 Tugasan 2 Tugasan 3 Tugasan 4 Tugasan 5 Tugasan 6 Tugasan 7 ...
-
Makluman dan tindakan anda... Hantar kerja kursus Pendidikan Moral (Kertas 2) dengan kadar yang segera. Pentaksiran sedang dibuat dan markah...
-
SELAKU PEGAWAI DI JABATAN ALAM SEKITAR, ANDA TELAH DIJEMPUT UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN DAN MERASMIKAN PROGRAM GOTONG-ROYONG MEMBERSIHKAN KAWA...
-
Laporan Kerja Amal 1 ( Ini adalah contoh sahaja ) Bidang I Perkembangan Diri (Tulis bidang) Tajuk (contoh Membimbing murid Tahun 6 di SK.Tan...
-
Contoh Tugasan Harian Tajuk: Kitar semula adalah antara langkah yang boleh diambil bagi menangani masalah pencemaran alam sekitar yang semak...
Jumlah Paparan Halaman
Isnin, 16 Januari 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan