Catatan Popular

Jumlah Paparan Halaman


Isnin, 16 Januari 2012

Indeks Rasuah di Malaysia

Imej Malaysia tercalar kali ini.Selepas 53 tahun di bawah pemerintahan Barisan Nasional, Malaysia telah mencapai taraf terburuk dengan menduduki kedudukan tercorot dalam Asia Pasifik bagi Indeks Rasuah oleh badan membanteras rasuah, Transparency International (TI) sejak 1995.

Dalam laporan terbaru TI, Malaysia telah diletakkan dikedudukan paling corot dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) sejak penilaian itu dibuat 16 tahun lalu dengan kedudukan pada tangga ke-56 berbanding tangga ke-23 pada tahun 1995.Malaysia ketika itu berada di tangga ke enam sebaris dengan negara maju seperti New Zealand, Australia, Hong Kong, Singapura dan Jepun di kalangan negara Asia Pasifik.

cpi indeks Indeks Rasuah Malaysia Kedudukan Paling Corot!*sila klik untuk paparan lebih besar

Dah 16 tahun, dah macam-macam kempen dijalankan termasuk menggubal 2 rang undang-undang anti rasuah, dan kemudian mentransformasikan Badan Pencegah Rasuah (BPR) kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), namun entah dimana silapnya, Indeks Rasuah Malaysia makin menjadi-jadi pula.

Dalam tempoh 16 tahun Malaysia telah kalah kepada lima negara di Asia Pasifik iaitu Taiwan (tangga ke-33 mata 5.8), Bhutan (36/5.7), Brunei (38/5.5), Korea Selatan (39/5.4) dan Macau (46/5.0).

China berada pada tangga ke-40 dengan mata sebanyak 2.16 pada 1995 dan turun ke tangga 78 dengan mata 3.5 pada 2010.Dengan mengambil kira peningkatan China dibandingkan dengan penurunan Malaysia, China dijangka melangkau Malaysia di segi kedudukan dalam CPI dan mata yang dicapai menjelang 2017.

Begitu juga Thailand yang ditaraf pada kedudukan 34 dengan skor 2.29 pada 1995 kini berada pada paras yang sama dengan China.Malah India juga menunjukkan kesungguhan untuk menambahbaik dengan kedudukan 87 dengan skor 3.3 berbanding tangga ke-35 dengan mata sebanyak 2.78 pada 1995.

Indonesia dilihat membuat kemajuan yang besar dalam usaha melawan gejala rasuah. Berada pada kedudukan paling rendah di paras 41 dengan skor 1.94 dalam CPI kini negara itu berada pada tangga ke-110 dengan skor 2.8 pada 2010.

Dah 16 tahun, bukan makin bagus.Tapi makin merosot.Itu pun ada pihak-pihak yang cuba nak nafikan.Paling menjengkelkan apabila Menteri yang bertanggungjawab terhadap perlaksanaan Indeks Prestasi Utama (KPI) dan NKRA di bawah Unit Pengurusan Prestasi dan Penyampaian (Pemandu), Datuk Seri Idris Jala cuba menyembunyikan kelemahan kerajaan dengan mengatakan penilaian TI tidak tepat.

Belanjawan untuk SPRM juga telah meningkat daripada RM76.4 juta pada tahun 2005 kepada RM202 juta dalam Bajet 2011 namun rekod membanteras rasuah terus merosot.

Kerajaan sepatutnya merasa bimbang tentang penurunan mata CPI ini. Sedikit sebanyak ianya mempengaruhi pelabur-pelabur asing yang datang ke negara kita.Sekiranya Indeks Rasuah kita teruk, macamana pelabur nak berasa yakin untuk melabur di Malaysia.

Duit dah beratus juta habis.Kempen sana sini. Tapi, makin lama makin teruk pulak rasuah. Apa nak jadi? Tolonglah Menteri-Menteri yang “berpelajaran” semua. Ambil langkah yang bijak dalam mengatasi masalah ini.Bukan seperti melepaskan batuk di tangga sahaja bila buat kerja.

Orang lain pun bayar minyak, beli gula, beli beras sama harga dengan orang kaya. Jadi, jadi tanggungjawab sikit dalam jalankan kerja. Malaysia dah nak ke arah masayarakat kasta. Yang kaya lebih kaya, yang tak kaya lebih kayap. Jadi, ambil tanggungjawab yang di amanahkan oleh rakyat untuk bantu rakyat.Bukan bantu kroni.

Pegawai SPRM ditangkap kerana merompak duit 1 juta.

Sepatutnya,menjadi Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),nilai integriti harus dititikberatkan.Namun kes ini membuktikan sebaliknya.

5 orang Pegawai SPRM ditangkap kerana “merompak” duit sebanyak RM 1 Juta daripada pedagang tukaran matawang daripada Singapura.Untuk maklumat lanjut,sila lihat keratan berita di bawah:

Three Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) senior officers have been arrested in connection with an extortion-cum-robbery case involving RM1 million.The alleged victims were said to be three money changers from Singapore.
According to a source familiar with the case, the money changers were at KLIA last Thursday night to board a flight to Singapore.

The source said the trio were carrying foreign currencies amounting to about RM2 million which they had declared to the customs authorities.

“When they alighted from the satelite train, the money changers were confronted by five men who identified themselves as MACC officers.

“The trio were then taken to a nearby eatery, where the MACC officers had demanded for US$100,000 from each money changer.

“When they refused, the officers took them to a toilet, where there are no CCTV cameras, and opened the bags containing the cash.

The officers then took three bundles of US$100,000.

“The officers also warned the money changers not to report the matter,” claimed the source.

Nampaknya, pegawai SPRM ini tidaklah boleh diharap sangat dalam “ketelusan” mereka dalam menjalankan kewajipan.Mengapa perlu meminta USD 100,000 terhadap duit yang telahpun “declare” daripada KASTAM? Nampak sangat mereka menggunakan kuasa yang ada untuk memeras-ugut terhadap peniaga terbabit.

Inikah kelakuan yang sepatutnya dilakukan oleh seorang pegawai SPRM? Sepatutnya anda membanteras rasuah.Bukan meminta rasuah! Walaupun ianya bukan mewakili keseluruhan keperibadian pegawai dalam SPRM, namun tindakan mereka ini telah mencalit arang ke muka SPRM.

Sungguh memalukan!

P.S. Jangan anda lagi kes terjun bunuh diri dari bangunan SPRM lagi selepas ini, sudahlah.
BACA YANG INI PULA (BERITA YANG BERKAITAN) :

* Duit RM1 Juta Kes 3 Pegawai SPRM Songlap Duit 3 Pengurup Wang Asing di IPD Shah Alam HILANG!!
* Pegawai Kastam Mati Jatuh Bangunan SPRM
* Penjawat Awam Paling Banyak Rasuah? Betul Ke?
* Utusan Malaysia Menipu Tentang Cincin Rosmah?
* (Bongkar) Konspirasi Khir Toyo Dan Timbalan Pengarah SPRM Selangor
* Kes Rasuah di Malaysia Yang Tertinggi?

Jumaat, 13 Januari 2012

hiv

Remaja Merokok

Mengapa remaja merokok?
Merokok di usia lapan tahun?
Oleh Fairuz Zaidan



MASIH segar melekat di kotak memori bila mengenangkan perihal rokok di zaman kanak-kanak. Mana tidaknya, pada masa itu (dalam usia lapan tahun), penulis sudah disuruh ke kedai membeli sekotak rokok yang dikirimkan bapa saudara.

Pada masa itu, tidak ada halangan membeli rokok di bawah usia 18 tahun. Apa yang disukai ialah kerana mendapat sogokan imbuhan baki wang untuk membeli minuman berkarbonat atau keropok sebagai ‘sagu hati’.

Namun, keadaan jauh berbeza kini. Kerajaan kini tegas menyeka tabiat tidak sihat ini. Pelbagai kempen dilaksanakan, yang menceritakan keburukan merokok baik dari aspek kesihatan, ekonomi mahupun sosial - seperti kempen Tak Nak! yang menelan sehingga RM20 juta.

Malah, undang-undang juga diperkenalkan. Kanak-kanak bawah 18 tahun tidak lagi bebas membeli rokok, apatah lagi menghisap rokok. Jika ada, mereka akan ditangkap dan didenda sehingga RM1,000.

Bagaimanapun, jumlah perokok, khususnya kanak-kanak dan remaja semakin bertambah. Hari ini, kira-kira 20 peratus atau 1.2 juta perokok adalah remaja berusia 12 tahun hingga 18 tahun!

Malah, kira-kira 50 hingga 60 remaja bawah 18 tahun mula merokok setiap hari di negara ini. Malah, kajian mengenai remaja dan tembakau atau Global Youth Tobacco Survey (GYTS) pada 2003 menunjukkan bilangan perokok remaja semakin meningkat berbanding lapan peratus pada 1999.

Mengapa remaja merokok? Adakah kerana ingin mencuba, pengaruh keluarga atau rakan-rakan? Buatlah pelbagai kempen, ceritalah segala yang buruk mengenai kesan merokok, perkenalkanlah bermacam-macam undang-undang, naikkan lagi harga rokok, bilangan perokok tetap tidak berkurangan.

Banyak kajian yang dijalankan penyelidik tempatan dan antarabangsa menunjukkan kempen `menakut-nakutkan’ ini tidak mampu menakutkan remaja untuk merokok. Apatah lagi, harga rokok, sekalipun dinaikkan masih mampu dibeli remaja yang rata-rata mendapat wang saku daripada ibu bapa.

Apa pula ceritanya jika kanak-kanak berusia lapan tahun sudah pandai merokok? Kajian lima tahun (1999-2004) yang dijalankan Kementerian Kesihatan dan Universiti Sains Malaysia (USM) mendapati ada kanak-kanak berusia lapan tahun sudah pandai merokok.

Pegawai Penyelidik terbabit, Faris Irfan berkata, kajian itu menunjukkan 12.2 peratus responden yang berusia lapan tahun (daripada 164 responden) dan 14.7 peratus responden berusia 13 tahun (daripada 482 responden) melaporkan pernah merokok.

Kajian bertajuk Keberkesanan Program Jangka Panjang Intervensi Health Life In Children (HELIC) Ke Atas Tahap Pengetahuan Sikap dan Amalan Kanak-Kanak dan Remaja Tentang Bahaya Merokok itu dijalankan di dua sekolah rendah dan lapan sekolah menengah di Selangor, Pahang dan Kelantan.

“Peratusan amalan tabiat merokok di kalangan kanak-kanak berusia 13 tahun yang dikaji meningkat sebanyak dua kali ganda dalam tempoh tiga tahun,” katanya yang turut mendedahkan responden lelaki merokok lebih tinggi berbanding perempuan kedua-dua peringkat umur.

Responden lelaki berusia 13 tahun didapati berisiko hampir enam kali ganda untuk merokok berbanding perempuan. Peratus ahli keluarga yang merokok juga tinggi terutamanya di kalangan bapa, abang dan datuk responden.

Namun, Faris berkata, faktor rakan yang merokok didapati memberi pengaruh paling kuat di kedua-dua sekolah rendah dan menengah.

Aktivis masyarakat merangkap Naib Yang Dipertua Persatuan Mencegah Dadah Kebangsaan (Pemadam), Tan Sri Lee Lam Thye, berkata kebanyakan remaja merokok kerana mengikut trend, yang kononnya melengkapi gaya hidup kebaratan.

“Dengan merokok, remaja mungkin merasai dirinya sudah dewasa dan berpeluang menonjolkan karakter diri,” katanya sambil menambah pengaruh negatif rakan sebaya adalah antara penyumbang tabiat merokok yang semakin menular di kalangan remaja.

Hasil kajian mengenai remaja dan tembakau atau Global Youth Tobacco

Survey (GYTS) pada 2003 menunjukkan enam daripada 10 remaja yang tidak

merokok berasakan tabiat merokok menjadikan gadis kelihatan lebih menarik dan perkara ini dipersetujui juga 17.4 peratus remaja merokok.

Kajian yang dijalankan Ketua Pendidikan Kesihatan, Hospital Serdang, Manimaran Krishnan dengan kerjasama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pusat Penyakit Terkawal (CDC) itu juga menunjukkan 12.4 peratus remaja berhasrat untuk merokok kerana beranggapan merokok membuatkan penampilan lebih menarik dan ramai kawan.

Kajian itu membabitkan pelajar tingkatan satu hingga tiga di 50 sekolah di seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak.

Promosi berterusan oleh pengeluar rokok juga antara punca menggalakkan remaja ingin merokok.

Kira-kira 71 peratus remaja berkata, mereka mengenali rokok melalui

iklan secara langsung dan tidak langsung dalam majalah dan surat khabar. Seramai 11.8 peratus remaja pula, berkata mereka diberikan rokok percuma oleh syarikat pengeluar rokok ketika promosi.

Hasil kajian ini membuktikan usaha untuk menghalang tabiat merokok di kalangan remaja nampaknya tidak banyak meninggalkan kesan.


Kesan merokok pada kesihatan
• Sakit kepala
Mengikut laporan, 90 peratus daripada masalah migrain berpunca
daripada tabiat merokok, pengambilan alkohol dan tekanan kerja.
• Organ dan tisu dalam badan
Asap rokok mengandungi 4,000 bahan kimia iaitu 200 beracun dan 63
bahan karsinogenik (boleh menyebabkan kanser). Ia boleh menjejaskan hampir semua organ dan tisu dalam badan.
• Tumbesaran bayi
Asap rokok yang beracun boleh mengganggu tumbesaran bayi dalam
kandungan dari segi mental dan fizikal.
• Kulit
Nikotin dan asap rokok boleh menjejaskan kesihatan dan kecantikan
kulit.
• Asma
Asap rokok dan bahan kimia tertentu dalam rokok boleh merangsang
serangan asma.
• Usia
Rokok boleh memendekkan jangka hidup seseorang. Secara purata di
Malaysia, purata jangka hayat lelaki ialah 65 tahun dan wanita pula 71 tahun.
• Barah
Perokok terdedah kepada 10 penyakit barah seperti barah paru-paru,
serviks, mulut, tekak, buah pinggang, serviks dan kolon. Amalan
merokok di negara ini menyumbang 10,000 kematian setahun iaitu 30
peratus disebabkan 10 jenis kanser terutama paru-paru.
• Jantung
Asap rokok dikenal pasti penyebab utama sakit jantung. Asap rokok
mempercepatkan pembekuan darah, menggalakkan pemendapan lemak pada
dinding jantung dan mengurangkan bekalan oksigen ke jantung.
• Kesuburan
Merokok bagi wanita boleh menjejaskan fungsi ovari dan pelekatan
janin pada dinding rahim.
• Kepintaran
Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok didapati mundur dalam
pelajaran berbanding rakan mereka yang membesar dalam persekitaran
lebih sihat dan bersih. Kajian di London membabitkan kanak-kanak
berusia enam tahun hingga 16 tahun mendapati mereka yang terdedah
dengan asap rokok bermasalah untuk membaca dan lemah dalam subjek
matematik.
• Mati pucuk
Perokok berisiko dua kali ganda mendapat ketidakupayaan ereksi (ED)
atau mati pucuk.
• Udara
Kajian menunjukkan tinggal serumah bersama perokok (yang tentu
merokok berkali-kali dalam rumah) dianggap 10 kali lebih berbahaya
daripada menghidu udara dalam suasana berjerebu.
• Nikotin
Bahan nikotin yang dihisap dari setiap batang rokok hanya mengambil
masa tujuh hingga 10 saat untuk merangsang sistem saraf ke otak dan

Khamis, 12 Januari 2012

Kelas Minda Pertama

Definisi:
Kualiti dan ciri-ciri modal insan yang mampu memenuhi keperluan pembangunan individu, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.
Minda:akal fikiran, daya berfikir: ~ yg disuburkan dgn ilmu pengetahuan yg banyak, akan menjadi alat yg tajam utk mengatasi berbagai-bagai masalah dan mengilhamkan pemikiran baru; kita kurang menggunakan ~ utk berfikir.
Menurut Al-Quran
minda kelas pertama yang mampu membentuk insan cemerlang ialah minda yang hebat , sentiasa menjauhi pemikiran dan tindakan yang boleh merosakkan diri dan orang lain, sentiasa bijak dalam membuat keputusan dan sering melakukan muhasabah diri .
Mereka juga mempunyai minda yang mampu menerima pandangan dan pendapat orang lain serta berkebolehan untuk berfikir jauh ke hadapan. Minda kelas pertama juga menyerlahkan sikap mental yang mementingkan pemerolehan ilmu dan kemahiran untuk dimanfaat, disumbang dan dikongsi

Ciri-ciri kelas minda pertama
Penguasaan ilmu yang tinggi
Sikap proaktif
Kekayaan moraliti
Budaya menyumbang untuk kepentingan bersama
Pembangunan yang bersifat holistik
Jauhkan kelas minda ketiga
Malas bekerja
Suka berlengah
Membuang masa
Tidak berhemah
Kerja sambil lewa
Tidak bersemangat dan sebagainya

Kekayaan moral penting meliputi aspek:
Akhlak mulia
Nilai murni
Budi bahasa
Integriti
Beretika dan
Beriltizam tinggi ( keinginan yang mendalam
Kenapa pembangunan modal insan kelas minda pertama perlu diberi keutamaan?
Senaraikan ciri-ciri modal insan kelas minda pertama.
Senaraikan modal insan kelas minda ketiga.
Soalan:
Bincangkan bagaimana mencapai modal insan kelas minda pertama.
Beri pendapat anda adakah pemimpin negara kita sudah memiliki modal insan kelas minda pertama?.

Contoh soalan PM- esei

Ucapan seorang pemimpin (N0.1) Bumi ini milik Tuhan yang wajar kita tadbir dengan penuh berhemah. Bumi ini akan kita wariskan kepada genarasi akan datang. Jagalah bumi ini agar kita tidak dipersalahkan oleh genarasi akan datang.

Huraikan dua nilai yang ingin disampaikan oleh pemimpin tersebut. Jawapan anda hendaklah disokong dengan penerangan dan contoh atau huraian yang sesuai.

Contoh Jawapan

Anggota masyarakat harus mengamalkan nilai menyayangi dan menghargai alam sekitar. Mereka perlu mempunyai kesedaran tentang perlunya memelihara alam sekitar untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem. Contohnya, mereka tidak membuang sampah seperti kertas, botol kaca dan plastik di merata-rata tempat.

Mereka juga perlu memulihara alam sekitar untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem. Contohnya, mereka membersihkan kawasan persekitaran mereka atau menggunakan bahan-bahan terbuang untuk keggunaan lain.

Mereka juga harus mengamalkan nilai peka terhadap isu-isu alam sekitar. Mereka perlu prihatin terhadap persoalan alam sekitar. Contohnya, mereka mengambil tahu tentang bahan buangan yang mencemarkan alam sekitar kita. Mereka perlu berusaha untuk menyelesaikan persoalan alam sekeliling. Contohnya, mereka mengambil bahagian dalam aktiviti kempen kitar semula.

Soalan
Maklumat seorang bapa pelajar di sebuah kolej.
Nama: Risalah Majalah
Umur: 50 tahun
Pekerjaan: Pekebun
Pendapatan: RM1,500.00
Tanggungan: 5 orang
Catatan: Saya harap anak saya akan berjaya dalam bidang pelajaran dan berjaya dalam bidang yang diceburi.

Soalan
Huraikan dua nilai yang ditunjukkan oleh penjaga tersebut. Jawapan anda hendaklah disokong dengan penerangan dan contoh atau huraian yang sesuai.

Bapa tersebut menunjukan nilai bertanggungjawab. Beliau menunjukkan kesanggupan diri untuk memikul tugas sebagai bapa dengan sempurna. Contohnya, beliau memberikan pendidikan kepada anak dengan menghantarnya belajar ke Kolej. Beliau menunjukkan kesanggupan diri melaksanakan kewajipan dengan sempurna. Contohnya, beliau menyara lima anaknya dengan bekerja sebagai pekebun.
Bapa tersebut juga mengamalkan nilai tanggungjawab terhadap keluarga. Beliau melaksanakan kewajipan terhadap keluarga untuk melahirkan keluarga yang bahagia. Contohnya, beliau menhantar anaknya ke Kolej untuk kejayaan, kebahagiaan mereka pada masa yang akan datang. Beliau juga melaksanakan kewajipan sebagai bapa untuk meningkatkan imej keluarga. Contohnya, sebagai pekebun beliau ingin memberikan peluang anaknya mendapat pendidikan tinggi untuk mencapai matlamat hidup atau mencapai kerjaya yang lebih baik.

soalan
Poster Kempen Kitar Semula:
Logo Kitar semula

Huraikan dua nilai yang harus diamalkan oleh anggota masyarakat untuk menjayakan kempen tersebut . Jawapan anda hendaklah disokong dengan penerangan dan contoh atau huraian yang sesuai.
Jawapan:
Anaggota masyarakat mestilah mengamalkan nilai menyayangi dan menghargai alam sekitar. Mereka perlu mempunyai kesedaran tentang perlunya memelihara alam sekitar untuk mengekalkan kebersihan kawasan tempat kita tinggal serta masyarakat hendaklah berusaha mengekalkan keseimbangan ekosistem yang baik. Contohnya jangan membuang sampah sarap di merata-rata tempat.

Masyarakat kita juga perlu mengamalkan nilai peka terhadap isu-isu alam sekitar. Masyarakat prihatin terhadap persoalan isu-isu pencemaran alam sekitar dan masalah kesihatan penghuni di bumi. Contohnya, masyarakat mengambil tahu tentang pembaungan sisa-sisa toksik dari ladang atau kilang yang boleh mencamar alam serta menjejaskan kehidupan manusia. Masyarakat perlu berusaha untuk menyelasaikan persoalan alam sekitar. Contohnya, masyarakat mengambil bahagian dalam kempen kitar semula secara menyeluruh.

Takwim Panitia PM 2012

TAKWIM PANITIA PENDIDIKAN MORAL 2012
SMK.TANDEK KOTA MARUDU.
Blog Pendidikan Moral: http:/www.drhrobert.blogspot.com
Email : tingka31@yahoo.com

BULAN AKTIVITI/PROGRAM TINDAKAN
JANUARI
Minggu 1 Buka sekolah Mesyuarat kurukulum Semua guru
Minggu 2 Perjumpaan Kelab Pendidikan Moral Fonysiah
Minggu 3 Ujian Bulanan Guru Subjek PM
Minggu 4 Mesyurat Panitia Bil.1 2012 KB, Semua Guru PM
FEBRUARI
Minggu 1 Kursus Dalaman & Pemantapan P&P Guru PM Semua guru
Minggu 2 Perjumpaan Kelab Pendidikan Moral
Taklimat Pelaksanaan Kerja Kursus PM Ting.4 Robert Garatam
Minggu 3 Ujian bulanan Guru subjek
Minggu 4 Pemeriksaan Buku Nota/Latihan Pelajar Guru subjek/ KBK
MAC
Minggu 1 Bengkel Teknik Menjawab PM (SPM) Robert dan Fonysiah
Minggu 2 Pentaksiran kerja kursus PM Ting.5 (1)
Perjumpaan Kelab Pendidikan Moral Guru Subjek
Jasnie Jamilin
Minggu 3 Ujian bulanan Guru subjek
Minggu 4
APRIL
Minggu 1 Minggu penghantaran nota & latihan KP, Guru Subjek
Minggu 2 Perjumpaan Kelab PM
Pentaksiran K.Kursus Ting.4 (1) Muslee Jain
Guru Subjek
Minggu 3 Ujian setara Guru subjek
Minggu 4 Perbincangan bina item soalan PM KP/ guru subjek PM
MEI
Minggu 1 Pentaksiran kerja kursus Ting.5(2) Guru Subjek
Minggu 2 Perjumpaan kelab PM
Peperiksaan Semester 1 Robert
Guru subjek
Minggu 3 Peperiksaan Semester 1
Minggu 4 Peperiksaan Semester 1
JUN
Minggu 1 Cuti semester 1
Minggu 2 Perjumpaan Kelab PM Fonysiah
Minggu 3 Pentaksiran Kerja Kursus PM Ting.4(2)
Penyelarasan markah kerja kursus ting.5
Mesyuarat Panitia PM Bil.2
Ujian bulanan Guru subjek
Ketua Panitia
Su panitia
Guru subjek
Minggu 4 Kelas Tambahan Subjek PM Guru subjek
JULAI
Minggu 1 Minggu Panitia Pendidikan Moral SU/ Fonysiah/ Guru Subjek
Minggu 2 Perjumpaan Kelab Pendidikan Moral Jasnie, George M
Minggu 3 Ujian bulanan Guru Subjek
Minggu 4 Pemantauan Buku Nota /Latihan Pelajar Guru Subjek
OGOS
Minggu 1
Minggu 2 Perjumpaan Kelab Pendidikan Moral Muslee, Bonar
Minggu 3 Ujian bulanan Guru Subjek
Minggu 4
SEPTEMBER
Minggu 1 Pentaksiran Kerja Kursus ting.4(3) KP.Panitia, guru subjek
Minggu 2 Perjumpaan Kelab Pendidikan Moral Robert Garatam
Minggu 3 Ujian bulanan/ ulangkaji
Minggu 4 Mesyuarat Panitia Bil.3
OKTOBER
Minggu 1 Peperiksaan Semester 2
Minggu 2 Peperiksaan Semester 2
Minggu 3 Peperiksaan Semester 2
Minggu 4 Peperiksaan Semester 2
NOVEMBER
Minggu 1 Ulangkaji pelajaran/ pecutan akhir Guru subjek
Minggu 2 Pecutan akhir
Minggu 3 Pecutan akhir
Minggu 4 Laporan pencapaian pelajar akademik/ kokurikulum Guru subjek/ KP


Disediakan oleh

Robert Garatam
Ketua Panitia Pendidikan Moral
SMK.Tandek Kota Marudu