1. Faktor Kelaurga
Menurut Weiner dan Egan (1973) dan Tec (1970) keluarga yang tidak bahagia, bercerai, perpisahan atau kematian ketua keluarga menyebabkan anak terbiar dan menagih dadah.
Rosenberg (1969) mengatakan majoriti penagih berumur 15 tahun dan mereka tidak tinggal bersama dengan keluarga.
Kesibukan dengan tugas, perniangaan dan sebagainya sehingga mereka kurang perhatian terhadap anak mereka. Ada juga ibu bapa hanya mementingkan kecemerlangan akademik dan mengabaikan akhlak atau pendidikan agama . Tanggungjawab mendidik selalunya diserahkan kepada amah, kesannya anak tidak cukup kasih sayang daripada ibu bapa. Hal ini menyumbang pada keruntuhan moral pelajar kini.
2. Ketiadaan kasih Sayang Ibu Bapa
Menurut Chiam (1985), ketiadaan kasih sayang daripada ibu bapa menyebabkan anak-anak cenderung bersedia melakukan apa sahaja , untuk menarik perhatian orang lain bagi mendapat kasih sayang tersebut. Dengan demikin perlajar mudah terpengaruh dengan ajakan rakan atau siapa sahaja yang dianggapnya dapat memberi kasih sayang itu.
Mohd Reduan (1990) melaporkan hubungan yang renggang antara ibu bapa dengan anak akan menyebabkan anak-anak mengalih perhatian kepada rakan sebaya. Hubungan yang rapat dengan rakan sebaya, memungkinkan anak-anak ini terpengaruh dengan rakan sebaya yang menyalahgunakan dadah.
3. Ahli-ahli Keluarga yang Menyalahgunakan Dadah
Ahli-ahli keluarga terutama ibu bapa merupakan modal tingkah laku yang amat berpengaruh ke atas pelajar. Menurut kajian oleh Wiener dan Egen(1973) mendapati pelajar yangg terlibat dalam penggunaan heroin biasanya membesar dalam sebuah keluarga (ibu bapa) yang menagih dadah jenis tersebut.
4.Rakan Sebaya yang menggunakan dadah
Remaja mencari identiti diri mereka. mereka ini sensitif dari segi fizikal dan pemikiran.
Mereka mudah tertarik dengan benda-benda yang baru, mereka ingin diterima dan disayangi. Dengan demikin mereka mudah terpengaruh dengan kawan yang menagih dadah.
5. Kemudahan mendapatkan dadah
Jika kemudahan mendapatkan dadah itu berleluasa, maka ramailah pelajar kita yang boleh mencuba , mendapat bekalan , bila dah ketagih. Sistem perhubungan sekarang yang semakin maju memudahkan mereka dapat dadah / mereka terus terikat dengan najis dadah.
Catatan Popular
-
KERJA AMAL 2 (Contoh Laporan kerja Amal) Bidang 2: Kekeluargaan Tajuk: Membantu ibu bapa menjaga adik MATLAMAT 1. Membantu meringankan beban...
-
pembuangan bayi-punca,langkah mengatasi dan kesan PENGENALAN Kes-kes pembuangan bayi bukanlah sesuatu yang asing didengari dan berlak...
-
TUGASAN HARIAN (ESEI) i. Bentuk tugasan -bentuk karangan biasa -menulis hasil kerja amal (boleh diambil kira) -mendapat maklumat dari pusat ...
-
Ucapan seorang pemimpin (N0.1) Bumi ini milik Tuhan yang wajar kita tadbir dengan penuh berhemah. Bumi ini akan kita wariskan kepada genaras...
-
Tugasan Harian Pendidikan Moral Kertas 1225/2 (Tingkatan 4&5) Calon dikehendaki memilih 8 daripada tajuk-tajuk harian berikut. Calon W...
-
ISI KANDUNGAN FOLIO PENDIDIKAN MORAL ( KERJA KURSUS) TAJUK MUKA SURAT Tugasan 1 Tugasan 2 Tugasan 3 Tugasan 4 Tugasan 5 Tugasan 6 Tugasan 7 ...
-
Makluman dan tindakan anda... Hantar kerja kursus Pendidikan Moral (Kertas 2) dengan kadar yang segera. Pentaksiran sedang dibuat dan markah...
-
SELAKU PEGAWAI DI JABATAN ALAM SEKITAR, ANDA TELAH DIJEMPUT UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN DAN MERASMIKAN PROGRAM GOTONG-ROYONG MEMBERSIHKAN KAWA...
-
Laporan Kerja Amal 1 ( Ini adalah contoh sahaja ) Bidang I Perkembangan Diri (Tulis bidang) Tajuk (contoh Membimbing murid Tahun 6 di SK.Tan...
-
Contoh Tugasan Harian Tajuk: Kitar semula adalah antara langkah yang boleh diambil bagi menangani masalah pencemaran alam sekitar yang semak...
Jumlah Paparan Halaman
Isnin, 17 Ogos 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan