Terdapat ralat dalam alat ini

Catatan Popular

Amazon Music

Yahoo News: Top Stories

Terdapat ralat dalam alat ini
Loading...

Follow by Email

Jumlah Paparan Halaman

Selasa, 3 Februari 2009

Cadangan tajuk Tugasan Harian Kerja Kursus PMO spm

Tugasan Harian Pendidikan Moral Kertas 1225/2 (Tingkatan 4&5)

Calon dikehendaki memilih 8 daripada tajuk-tajuk harian berikut. Calon WAJIB memilih satu tajuk daripada setiap bidang pembelajaran Pendidikan Moral.

Bidang 1(Perkembangan Diri)

1. 'Perkhwinan adalah sekali dalam seumur hidup', Itulah kata pepatah pujanga. Wajarkah majlis ini disambut secara sederhana atau secara besar-besaran?

2. Bersikap sederhana amat sukar dipraktikkan dalam kehidupan kerana ia dipengaruhi oleh emosi dan naluri. jelaskan.

3. Bersetujukah anda dengan pernyataan 'sabar menghadapi cabaran dan dugaan adalah kunci kejayaan?

4. Bagaimanakah amalan toleransi boleh menjadi asas perpaduan kaum di kalangan masyarakat majmuk di negara ini?

5. Anak ialah kurniaan Tuhan. Ibu bapa mempunyai tanggungajawab untuk membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang. Malangnya kejadian mendera dan menyeksa anak-anak seolah-olah menunjukkan bahawa ibu bapa tidak menunaikan amanah mereka dengan baik. Huraikan faktor-faktor yang sering kali dikaitkan sebagai punca penderaan kanak-kanak.

6. Kita sering kali didedahkan dengan perbuatan sumbang seperti salah laku seks, pelacuran, rogol, pergaulan bebas serta budaya melepak di kalangan masyarakat kita. Apa yang lebih menyedihkan salah laku seumpama ini melibatkan golongan remaja yang masih di bangku sekolah. Pada pandangan anda bagaimanakah golongan remaja dapat mengelakkan diri daripada terlibat dalam masalah seumpama ini?

Bidang 2 (Kekeluargaan)

7. Jeleskan cara anda menunjukkan kasih sayang kepada ayah anda. Cth. salah satu cara, anda dikendaki mengirim sekeping kad 'Happy's Day dan dapatkan semula kad tersebut untuk diselitkan dalam tugasan harian sebagai bahan bukti.

8. Mengapakah jasa ibu dan bapa perlu dihargai?

9. Terdapat sesetengah anggota masyarakat yang mengambil keputusan untuk menempatkan ibu bapa mereka di rumah orang-orang tua. Mengapakah fenomena ini berlaku?

10.Kasih sayang bukan sahaja dapat diucapkan melalui kata-kata tetapi juga dapat ditunjukkan melalui perlakuan. Nyatakan perlakuan yang dapat memperlihatkan perasaan kasih sayang terhadap keluarga.

11.Faktor utama kejayaan seseorang anak dlm pelajaran bergantung pada dorongan dan sokongan ibu bapa. Ibu bapa bertanggungjawab menyediakan segala kemudahan pelajaran anak-anak supaya mereka berjaya dengan cemerlang.Sejauh manakah anda bersetuju dengan pernyataan di atas?. Jelaskan.

12.Memiliki sebuah keluarga yang harmoni dan bahagia merupakan impian semua insan di dunia. Asas pembentukan keluarga yang harmoni ialah anggota keluarga itu sendiri perlu bersatu dan mengelakkan konflik antara satu sama lain. Terangkan bagaimanakah cara anda menghindari konflik dengan anggota keluarga?

Bidang 3 (Alam Sekitar)

13.Sebagai individu, apakah yang mampu anda lakukan untuk menangani maslah pembakaran terbuka?

14.Ke manakah anda akan pergi jika tanah, udara dan air telah tercemar akibat sikap rakus manusia meneroka alam ? Jelaskan

15."Demi kemajuan alam sekitar perlu dikorbankan", setujukah anda dengan pernyataan ini?.Bincangkan

16.Pembuangan bahan-bahan sisa pertanian akan mencetuskan maslah alam sekitar sekiranya tidak diuruskan dengan baik.Bincangkan bagaimanakah bahan sisa pertanian boleh ditebusguna untuk mengelakkan maslah alam sekitar.

17.Kitar semula adalah antara langkah yang boleh diambil bagi menangani maslah pencemaran alam sekitar yang semakin meruncing di samping mengurangkan pembaziran sumber semulajadi. Jelaskan kebaikan amalan kitar semula dalam kehidupan seharian kita.

Bidang 4 (Patriotisme)

18.Adakah perkembangan ekonomi dan teknologi yang pesat di negara ini mendatangkan manfaat kepada diri anda ? Jelaskan.

19.Wajarkah anda membiarkan bidang ekonomi dan sains negara ini dimonopoli oleh pendatang asing? Jelaskan

20.Kepelbagaian agama dan kepercayaan tradisi dan adat resam serta bahasa bukan penghalang kepada keharmonian dalam masyarakat. Bincangkan kenyataan tersebut berdasarkan contoh yang sesuai.

Bidang 5 (Hak Asasi manusia)

21.Apakah pendapat anda terhadap kejadian kes-kes penderaan?

22.Setujukah anda jika kanak-kanak tidak selesa, tenang dan bahagia bersama keluarga akan menyebabkan mereka cenderung melakukan perbuatan antisosial?

23.Wanita kini bukan sahaja memonopoli bidang kerjaya seperti guru, jururawat, kerani atau setiausaha malah dewasa ini mereka lebih berani menoroka pelbagai kerjaya yang lebih mencabar yang dahulunya hanya diceburi oleh kaum lelaki. Hal ini membuktikan sumbangan wanita dalam pembangunan negara semakin meluas dan diiktiraf oleh masyarakat. Pilih beberapa tokoh wanita yg telah memberi sumbangan terhadap pembanguanan negara dalam pelbagai bidang dan huraikan sumbangan mereka.

24.Pengguna perlu tahu bahwa mereka mempunyai hak untuk menikmati perkhidmatan yang memuaskan serta mendapat barangan yang berkualiti di pasaran dalam kehidupan seharian mereka. Jelaskan sikap yang perlu diamalkan oleh pengguna bagi melindungi hak mereka.

Bidang 6( Demokrasi)

25.Nyatakan sebab-sebab murid sekolah perlu mematuhi peraturan sekolah.

26.Apakah yang akan berlaku sekiranya sesebuah negara tidak mempunyai peraturan dan undang-undang?

27.Nyatakan Sebab-sebab hak kebebasan beragama dipraktikkan di Malaysia.

28.Negara kita terdiri dari penduduk yang berbilang bangsa dan agama. Mereka menyambut hari perayaan masing-masing pada masa-masa tertentu. Cari maklumat lanjut tentang hari perayaan yang disambut oleh masyarakt negara kita yang berbilang bangsa dan agama.

Bidang 7( Keamanan dan Keharmonian)

29.Amalan kunjung-mengunjungi dan mengadakan rumah terbuka pada hari perayaan boleh mengukuhkan perpaduan dan persefahaman antara kaum. Jeelaskan pernyataan ini.

30.Jika anda seorang ketua negara, bagaimanakah cara anda melaksanakan hubungan baik antara negara dalam bidang-bidang berikut;

-politik

- ekonomi

- sosial

Tamat



Tiada ulasan: