Catatan Popular

Jumlah Paparan Halaman


Selasa, 23 Julai 2013

Tanggungjawab sebagai rakyat mengamalkan Saling Membantu Dan Bekerjasama.

Sebagai seorang rakyat Malaysia, kita haruslah; 1. mengamalkan nilai toleransi, sikap bertolak ansur antara kaum 2. Menanamkan dan mengamalkan sikap saling memahami antara kaum 3. Menyemai dan mengamalkan sikap kerjasama atara sesama manusia, tanpa mengira bangsa, agama dan budaya. 4. mengamalkan sikap rendah hati dan tidak sombong. 5. Bersama merealisasikan Dasar-dasar kerajaan atau Wawasan 2020. 6. Membantu negara dalam menuju era globalisasi...dunia tanpa sempadan. 7. Menjadi rakyat yang bertanggungjawab dan mempunyai kejujuran yang tinggi. 8. Sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang negara . 9. Bersama menjaga, memelihara dan mengekalkan kedaulatan negara Malaysia. 10.Melakukan inovasi dalam kehidupan..melihat kejayaan bangsa lain sesuatu yang positif untuk lebih bersemanggat berusaha memajukan diri, keluarga, masyarakat ,rakyat dan negara.

Kesan Mengamalkan nilai saling membantu dan bekerjasama.

1. Masyarakat hidup aman damai. 2. Perpaduan kaum terjamin 3. Kestabilan ekonomi, politik akan wujud 4. Negara akan cepat maju dalam pelbagai aspek pembangunan 5. Wujud hubungan yang sihat dan kerjasama yang padu dengan negara jiran 6. Wujud persefahaman serantau dan keamanan sejagat. 7. Peningkatan ekonomi dan pembangunan negara ke arah lebih berdaya saing. 8. Dapat menghargai hak asasi kemanusiaan.

Penghantaran kerja Kursus PM

Salam hormat buat semua pelajar yang dikasihi. Tarikh akhir penghantaran kerja kursus Pendidikan Moral tinhgkatan 5 bagi Pelajar SMK.Tandek ialah 26 Julai 2013. Harap maklum dan dapat bekerjasama dengan guru dan phak sekolah. Terima kasih.

Rabu, 9 Januari 2013

Sebab-sebab melakukan Rasuah

1.Ingin cepat kaya 2.ingin mendapatkan sesuatu perkara dengan cepat (tanapa usaha yang halal) 3.ingin mengelakkan daripada dikenakan hukuman 4.perasaan tamak terhadap harta dunia 5.tidak mengamalkan nilai-nilai murni.. 6.tidak pentingkan pendidikan agama dalam kehidupan harian.

Faktor-faktor Perbuatan Sumbang


1. Kurangnya amalan dan pengetahuan Pendidikan agama dan Pendidikan Moral 2. Ikatan Kekeluargaan yang longgar 3. Pengaruh media massa 4. Pengaruh rakan sebaya 5. Pengaruh Persekitaran

Kesan Rasuah


Kesan Rasuah Kepada a.Keluarga 1. keluarga turut menanggung malu 2. dipandang rendah oleh masyarakat 3. timbul prasangka Buruk orang lain 4. tidak bahagia 5. harta dipersoalkan b. Diri 1. Maruah tercemar 2. Hilang pekerjaan 3. dipenjara dan didenda 4. tidak bahagia c. Masyarakat 1. masyarakat menjadi ---meterialistik 2. amalan nilai-nilai murni semakin terhakis 3. berprasangka buruk 4. kehidupan masyarakat tidak harmoni d. Negara 1. sistem pentadbiran negara jadi lemah 2. imej negara akan terjejas 3. pelabur takut untuk melabur dalam negara kita 4. ekonomi akan terjejas 5. menjejaskan kesihatan dan keselamatan negara 6. keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan hilang