Catatan Popular

Jumlah Paparan Halaman


Isnin, 30 Januari 2012

Contoh Sijil Kerja Kursus PM

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TANDEK
PETI SURAT 153, 89108 KOTA MARUDU, SABAH

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
PENYATA PENCAPAIAN KERJA KURSUS PENDIDIKAN MORAL
Calon yang dicatat namanya di bawah telah menyempurnakan kerja kursus Pendidikan Moral dan memperoleh peringkat pencapaian seperti yang berikut:
Nama Calon No Kad Pengenalan No. Angka Giliran

ELEMEN SAHSIAH SKOR GRED ABJAD
Berkomunikasi
Membuat Keputusan
Menyelesaikan Masalah
ILTIZAM
Tugasan Harian
Kerja Amal
Penyediaan Folio
Penglibatan & Peranan
Kesan kepada diri
Penyediaan Bahan Bukti


Tarikh: Pengetua

Contoh Laporan Kerja Amal (Kekeluargaan)

KERJA AMAL 2 (Contoh Laporan kerja Amal)
Bidang 2: Kekeluargaan
Tajuk: Membantu ibu bapa menjaga adik
MATLAMAT
1. Membantu meringankan beban tugas keluarga.
2. Menjaga adik dengan penuh tanggungjawab.
3. Memberi adik makanan atau minuman yang berkualiti.
OBJEKTIF
1. Mengamalkan nilai kasih sayang dalam pembentukan sahsiah anak yang baik.
2. Menjelaskan perasaan seseorang anak berdasarkan pengalaman yang nyata.
3. Menyatakan peranan seorang anak yang bertanggungjawab.
4. Meningkatkan komunikasi dalam keluarga dengan amalan nilai Pendidikan Moral .
Tarikh / Masa dilaksanakan: Aktiviti ini dijalankan setiap jam 2.00 pm hingga 5.30 pm. Mulai Januari hingga Mei 2011.
Orang yang terlibat: Anak baru berumur 4 Tahun (nyatakan nama orang yang terlibat), saya, kakak, ibu .
Peranan saya:
1. Menyediakan susu, makanan dan membimbing adik dalam pelajaran.
2. Mengajar adik permainan yang boleh meningkatkan minda tentang kemahiran 3M.
3.Membantu menyediakan air untuk mandi.
4. Membantu memasak untuk keluarga.
KESAN
1. Meningkatkan hubungan keluarga, interaksi lebih baik dan mesra semasa dalam pergaulan seharian.
2. Perasaan kasih sayang kita kepada keluarga meningkat .
3. Membantu adik menguasai kemahiran asas dalam pelajaran, misalnya mengenal huruf, asas nombor dan mengenal gambar binatang, lagu-lagu kanak-kanak.
4. Adik membesar dengan emosi yang normal dan sentiasa bersemangat tinggi bila bersama saya.
5. Perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan terhadap keluarga mulai berkembang dalam diri saya.
6. Sikap amanah dan bertanggungjawab dapat diamalkan dalam kehidupan kami seharian.
CADANGAN
Saya berpendapat bahawa aktiviti seperti ini harus diamalkan kepada semua keluarga, dalam masyarakat kita, kerana terbukti dapat memupuk perasaan kasih sayang terhadap keluarga. Kita mahu negara kita Malaysia mempunyai rakyat yang terdiri daripada keluarga yang berkualiti tinggi.

Format Laporan Kerja Amal

Laporan Kerja Amal 1 ( Ini adalah contoh sahaja )

Bidang I Perkembangan Diri (Tulis bidang)

Tajuk (contoh Membimbing murid Tahun 6 di SK.Tandek Kota Marudu )

Matlamat: ( sekurang-kurangnya nyatakan 3 matlamat)
1. Membantu murid meningkatkan prestasi dalam pelajaran.
2. Memberi motivasi secara berterusan untuk menggalakan murid berusaaha secara
berterusan.
3. Membantu ibu bapa dan anak supaya saling bekerjasama dalam usaha mengatasi
masalah pelajaran anak-anak di sekolah.

Objektif: (sekurang-kurangnya nyatakan 3 objektif)

1. Mengenal pasti kelemahan, kekuatan, bakat, potensi, peluang dan keupayaan sebenar
murid yang dibimbing dalam sesuatu subjek UPSR.
2. Menjelaskan kepada murid dan ibu bapa apa yang diperlukan oleh murid dalam usaha
meningkatkan prestasi akademiknya.
3. Murid dapat menggunakan teknik belajar yang betul semasa belajar.
4. Murid dapat menguasai kemahiran belajar ke arah pencapaian UPSR yang lebih
cemerlang.
5. Murid dapat menghuraikan kepentingan lulus UPSR dengan cemerlang.

Tarikh Kerja Amal dilaksanakan 1 Jun hingga Ogos 2011

Masa dilaksanakan: setiap jam 2.00 pm hingga 3.00 pm, 3 kali seminggu.

Orang yang terlibat menjayakan program ini ialah ibu bapa, anak (murid) dan saya sendiri. Saya membimbing murid (nyatakan nama orang yang terlibat)

Peranan anda:

Saya membimbing anak (murid Tahun 6 yang mengambil peperiksaan UPSR hujung tahun dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Matematik dan Sains). Saya juga akan memberi taklimat kepada ibu bapa cara-cara membantu anak ke arah pencapaian UPSR yang lebih cemerlang. Dengan kerjasama, tanggungjawab semua pihak yang terlibat program ini berjalan dengan lancar. Kasih sayang dan motivasi yang berterusan sentiasa kami berikan kepada murid yang dibimbing. Saya sendiri datang ke rumah murid itu. Rumahnya di sebelah rumah saya.

Masa membimbing satu mata pelajaran ialah satu jam. Saya akan mengkaji setiap kelemahan murid untuk membantu dia mengatasi masalah dengan lebih cepat.Di samping itu saya akan membimbing dia cara-cara belajar melalui internet dan bagaimana merujuk buku sumber atau bahan sumber yang lain di perpustakaan sekolah.

Saya juga mengambil masa satu kali pertemuan dengan guru-guru yang mengajar murid itu untuk berbincang tentang perkembangan pelajaran murid di sekolah. Latihan diberi kepada murid, sebelum, semasa dan selepas program itu berakhir.Prestasi murid direkod untuk salinan sekolahnya dan rujukan ibu bapanya. Setiap perkara akan dibincang dengan mesra tanpa tekanan kepada murid.

Kesan

Kesan yang saya peroleh ialah mutid itu telah menunjukkan minat yang mendalam untuk belajar bersungguh-sungguh. Sikap bertanggungjawab, kerajinan dan mengutamakan nilai harga diri berjaya disemai dengan baik.Disiplin yang tinggi dan semangat gigihnya dia telah berjaya meraih semua A dalam subjek yang saya ajar. Tahniah kepada semua yang turut menjayakan program ini. Saya percaya jika program ini atau kerja amal ini terus dijalankan kita dapat memabantu negara mencapai wawasan 2020 dengan jayanya.

Sekian dan terima kasih


Disediakan oleh

ruang tandatangan

(Nama pelajar yang melaksanakan kerja amal)

Selasa, 17 Januari 2012

Pembentukan Malaysia

PENDAHULUAN

Pada 31 Ogos 1957, Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Selepas merdeka, Tunku Abdul Rahman telah mengemukakan cadangan kepada Kerajaan British supaya Brunei, Sabah dan Sarawak digabungkan dengan Persekutuan Tanah Melayu menjadi Malaysia. Namun, Kerajaan British menolak cadangan itu kerana Singapura diketepikan. Sementara itu, Lee Kuan Yew, Ketua Menteri Singapura pada masa itu juga menyarankan percantuman Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu. Cadangan Lee Kuan Yew ditolak oleh Tunku Abdul Rahman. Namun begitu, senario politik yang berlaku di Singapura mengubah sikapnya terhadap saranan Lee Kuan Yew.

Pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman dalam ucapannya di Persidangan Wartawan-wartawan Luar Negeri di Asia Tenggara di Hotel Adelphi, Singapura mencadangkan supaya Brunei, Sabah, Sarawak dan Singapura digabungkan dengan Tanah Melayu membentuk Persekutuan Malaysia. Cadangan ini menimbulkan pelbagai reaksi. Pada 23 Julai 1961, Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) ditubuhkan. JPPM memberi peluang kepada
pemimpin di Sabah dan Sarawak untuk mengemukakan pandangan memandangkan mereka masih menentang gagasan.

Akhirnya Sabah dan Sarawak menerima gagasan ini dan menyusun satu memorandun untuk dihantar kepada Suruhanjaya Cobbold. Suruhanjaya ini kemudian menjalankan tugasnya iaitu meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak dan membuat syor perlembagaan baru. Kemudian pada Ogos 1962, Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) ditubuhkan bagi merangka Perlembagaan Malaysia. JAK mengeluarkan laporannya pada 27 Februari 1963. Laporan ini diterima dan diluluskan. Berdasarkan laporan ini, Perjanjian Malaysia ditandatangani di London pada 9 Julai1963. Pada 16 September 1963, Malaysia diisytiharkan.

PROSES PEMBENTUKAN MALAYSIA

1. Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM)

JPPM ditubuhkan pada 23 Julai 1961. Ia dipengerusikan oleh Donald Stephen (anggota Majlis Undangan Sabah). Anggotanya ialah Tunku Abdul Rahman (Tanah Melayu), Lee Kuan Yew (Singapura), Dato' Mustapha Dato' Harun (Sabah), Temenggung Jugah Anak Berieng (Sarawak) dan Dato' Setia Pangeran Ali (Brunei). Tujuan JPPM ialah:

a. Memberitahu orang ramai mengenai Malaysia.
b. Mengumpulkan sambutan mereka terhadap Malaysia.
c. Menyediakan memorandum mengenai cara pembentukan Malaysia.

JPPM telah memberi peluang kepada pemimpin Sabah dan Sarawak mengemukakan pandangan mengenai gagasan Malaysia. JPPM telah mengadakan 4 mesyuarat di Kota Kinabalu (21 Ogos 1961), Kuching (18 Disember 1961), Kuala Lumpur (6 Januari 1962) dan Singapura (1 Februari 1962). Hasil daripada rundingan yang dijalankan. Sarawak mengeluarkan kertas putih mengenai Malaysia pada 4 Januari 1962 dan Sabah pada 31 Januari 1962. Kemudian, satu memorandum disusun semula dan dihantar kepada Suruhanjaya Cobbold pada 23 Februari 1962. Kandungan memorandum ini ialah:

a. Perlembagaan Tanah Melayu 1957 menjadi asas perlembagaan Malaysia.
b. Kerajaan Persekutuan berkuasa dalam hubungan luar, pertahanan dan keselamatan.
c. Islam – agama rasmi tetapi rakyat bebas beragama.
d. Bahasa Melayu – bahasa kebangsaan tetapi bahasa lain masih boleh digunakan.
e. Hak istimewa seperti orang Melayu diberi kepada rakyat pribumi Sabah dan Sarawak.
f. Sabah, Sarawak berhak mengawal imigrasennya sendiri.
g. Perwakilan Parlimen berasaskan jumlah penduduk dan jumlah luas kawasan.

Memorandum ini disokong oleh rakyat Sabah, Sarawak, Singapura dan Tanah Melayu.

2. Suruhanjaya Cobbold

Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan pada Januari 1962. Ia dipengerusikan oleh Lord Cobbold (bekas Gabenor Bank of England). Ahli-ahlinya terdiri daripada Sir Anthony Abel dan Sir David Watherston iaitu wakil British dan Muhammad Ghazalie Shafie dan Dato' Wong Pow Nee iaitu wakil Tanah Melayu. Tugas utama suruhanjaya ini ialah:

a. Meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak mengenai Malaysia.
b. Membuat syor-syor perlembagaan.

Suruhanjaya ini menjalankan tugasnya dari 19 Februari sehingga 18 April 1962. Sebanyak 50 perjumpaan dengan 690 kumpulan orang ramai diadakan. Selain itu, 2000 atau lebih memorandum telah diterima. Pada 18 April 1962, laporan disiapkan dan diserahkan kepada Kerajaan Tanah Melayu dan British pada Jun 1962.

Pada 1 Ogos 1962, laporan ini diumumkan mengenai pandangan rakyat Sabah dan Sarawak:

a. 1/3 menyokong kuat Malaysia
b. 1/3 menyokong dengan syarat
c. 1/3 hendak merdeka dahulu sebelum menyertai Malaysia

Dengan itu, suruhanjaya ini turut menyokong gagasan Malaysia dan mengesyorkan syor-syor Perlembagaan Malaysia seperti dibawah:

a. Nama persekutuan baru – Malaysia.
b. Perlembagaan Tanah Melayu 1957 menjadi asas Perlembagaan Malaysia.
c. Kedudukan istimewa kaum pribumi Sabah dan Sarawak dijamin.
d. Sabah dan Sarawak berhak memilih Ketua Negeri sendiri.
e. Penduduk pribumi Sabah dan Sarawak dibenarkan berkhidmat dalam perkhidmatan awam secepat mungkin.
f. Dasar pendidikan, ugama, imigresen, perwakilan Parlimen, kedudukan bumiputera, kewangan, kewarganegaraan dan perlembagaan negeri di Sabah dan Sarawak ditentukan oleh Majlis Undangan Negeri masing-masing.
g. Bahasa Melayu – bahasa kebangsaan. Sabah dan Sarawak dibenarkan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi sehingga DUN masing-masing membuat keputusan.
Hampir semua syor diterima oleh British dan diumumkan pada 1 Ogos 1962, Malaysia akan ditubuhkan pada 31 Ogos 1963. Jawatankuasa Antara Kerajaan akan ditubuhkan bagi merangka Perlembagaan Malaysia.

3. Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)

JAK ditubuhkan pada Ogos 1962 untuk merangka Perlembagaan Malaysia. Pengerusinya ialah Lord Landsdowne dan Timbalan Pengerusinya ialah Tun Abdul Razak. Anggotanya terdiri daripada wakil British, Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Wakil Sabah telah mengemukakan memorandum yang mengandungi 20 perkara. Antaranya ialah:

a. Agama Islam – agama rasmi persekutuan. Tiada agama rasmi di Sabah.
b. Bahasa Inggeris – bahasa rasmi Sabah; Bahasa Melayu – bahasa kebangsaan.
c. Imigresen orang asing Sabah di bawah kuasa negeri Sabah.
d. Sistem pendidikan Sabah dikekalkan.
e. Perwakilan Parlimen harus mengambil kira keluasan kawasan dan bilangan penduduk.

Pemimpin Sarawak tidak mengemukakan memorandum tetapi bersetuju dengan memorandum yang dikeluarkan oleh Sabah.

27 Februari 1963 JAK mengeluarkan laporan
8 Mac 1963 Dibentangkan di Majlis Negeri Sarawak
13 Mac 1963 Dibentangkan di Sabah.

Kedua-dua negeri menerima laporan ini dan laporan ini seterusnya diluluskan oleh Parlimen Tanah Melayu dan menjadi Akta Malaysia 1963. Kandungannya ialah:

a. Agama Islam – agama rasmi kecuali Sabah dan Sarawak.
b. Bahasa Melayu – bahasa rasmi persekutuan.

Bahasa Inggeris – bahasa rasmi Sabah dan Sarawak sehingga 10 tahun selepas Hari Malaysia apabila Dewan Undangan Negeri Sabah dan Sarawak membuat pindaan.

c. Imigresen Sabah dan Sarawak dibenarkan mengawal sendiri.
d. Sistem pendidikan Sabah dan Sarawak dikekalkan di bawah kerajaan negeri sehingga Dewan Undangan Negeri kedua-dua negeri ini membuat pindaan.
e. Perwakilan Parlimen – Sabah 16 kerusi, Sarawak 24 kerusi dan Singapura 15 kerusi.
Berdasarkan laporan JAK, Perjanjian Malaysia ditandatangani di London pada 9 Julai 1963. Pada masa ini Brunei menarik diri secara rasminya.

4. Pengisytiharaan Malaysia

Berkenaan dengan penubuhan Malaysia, Filipina dan Indonesia menentang kuat. Beberapa rundingan telah diadakan antara kedua-dua negara dengan Tanah Melayu. Akhirnya, MAPHILINDO ditubuhkan. Pemimpin ketiga-tiga negeri bersetuju meminta Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk meninjau kembali pandangan penduduk Sabah dan Sarawak mengenai penyertaan mereka ke Malaysia. Suruhanjaya PBB yang diketuai oleh Lawrence Michaelmore menjalankan tugasnya dari 16 Ogos – 5 September 1963

Oleh itu, tarikh penubuhan yang ditetapkan terpaksa ditunda. Mengikut laporan PBB, lebih 70% rakyat Sabah dan Sarawak menyokong Malaysia. Maka pada 16 September 1963, penubuhan Malaysia diisytiharkan secara rasminya.

PENENTANGAN GAGASAN MALAYSIA

1. Filipina

Apabila JPPM dan Suruhanjaya Cobbold menunjukkan sokongan kepada penubuhan Malaysia, Filipina telah menuntut hak ke atas Sabah bagi waris Sultan Sulu pada 22 Jun 1962. Filipina mendakwa Sabah dipajak dan bukan diserahkan kepada Baron Overbeck dan Alfred Dent pada tahun 1874. Pajakan ini telah dibatalkan pada tahun 1958. Kerajaan British enggan mengakui kedaulatan Filipina ke atas Sabah. Kerajaan Filipina juga mengemukakan tuntutan yang sama kepada Tanah Melayu tetapi ditolak. Hubungan diplomatik Filipina-Tanah Melayu menjadi genting. Walau bagaimanapun, usaha-usaha dijalankan untuk menyelesaikan persengketaan. Akhirnya, Filipina juga mengiktiraf Persekutuan Malaysia pada Jun 1966.

2. Indonesia

Pada mulanya, Indonesia mengalu-alukan pembentukan Malaysia. Namun, PKI di bawah D.N. Aidit menyifatkan ia merupakan satu penjajahan baru yang mengancam Indonesia. Setelah tercetusnya pemberontakan Brunei, Presiden Indonesia, Sukarno menerima tekanan hebat dari PKI dan mengubah sikap serta menentang gagasan Malaysia. Aidit telah melawat ke Tanah Melayu dan menghasut rakyat dan tentera memberontak. Hubungan Tanah Melayu dengan Indonesia menjadi renggang. Pada 20 Januari 1963, Dr. Subandrio mengumumkan dasar konfrontasi terhadap gagasan Malaysia. Kemudian, Indonesia bersetuju meminta Suruhanjaya PBB bagi meninjau semula pandangan penduduk Sabah dan Sarawak mengenai Malaysia. Laporan PBB menunjukkan rakyat Sabah dan Sarawak menyokong Malaysia tetapi Indonesia enggan mengakui.

16 September 1963, Malaysia diisytiharkan secara rasminya. Pada hari ini, Indonesia melancarkan konfrontasi dan memutuskan hubungan diplomatik dengan Tanah Melayu. Sebab Indonesia melancarkan konfrontasi ialah:

a. Tekanan PKI ke atas Kerajaan Indonesia.
b. Penubuhan Malaysia menghalang cita-cita Sukarno untuk menubuhkan Indonesia Raya yang termasuk Sabah, Sarawak dan Tanah Melayu.
c. Sukarno merasa tersinggung kerana tidak diajak berunding mengenai penubuhan Malaysia.

Pada bulan November 1963, serangan gerila dilancarkan. Tentera Indonesia mendarat di Pontian, Labis, Muar dan Kota Tinggi. Pengintip-pengintip juga dihantar. Akibatnya:

a. Dato' Dr. Ismail Abdul Rahman telah meminta bantuan dari PBB dan membuat bantahan mengenai serangan Indonesia.
b. Pasukan pertahanan tempatan atau askar wataniah ditubuhkan.
c. Britain memberi bantuan tentera.
d. Australia, New Zealand, Canada memberi bantuan senjata.
e. Rundingan sulit dengan pegawai Indonesia bukan komunis diadakan.
f. Dato' Abdul Razak melawat ke negara Afro-Asia dan Dunia Ketiga untuk mengikis propaganda Indonesia yang memburuk-burukkan nama Malaysia.

Pada 30 September 1965, gerakan komunis untuk merampas kuasa gagal. Konfrontasi menjadi berkurangan. Menteri Luar Indonesia, Adam Malik berusaha menamatkan konfrontasi dan mewujudkan persefahaman dengan Malaysia. Hasrat menamatkan konfrontasi wujud apabila Suharto menggantukan Sukarno. Hasilnya, perjanjian damai ditandatangani di Jakarta pada 11 Ogos 1966 selepas Tun Abdul Razak berunding dengan Adam Malik di Bangkok.

PENUTUP

Semua pemimpin dan rakyat Malaysia pada hari ini sewajarnya tidak mengenepikan sejarah dan menghargai perjuangan anak bangsa sehingga Malaysia tertubuh. Kenapa Hari Malaysia tidak mendapat tempat dalam kalendar negara (cuti umum seluruh negara)? Adakah sengaja dilupakan atau tidak mahu rakyat tahu apa hak mereka sebagai rakyat Malaysia sebenarnya.Jangan lupa sejarah kita.

Membentuk akhak remaja

ZAMAN remaja adalah masa peralihan yang menghubungkan antara alam
kanak-kanak yang tidak matang ke alam dewasa yang lebih matang. Corak
peralihan pelbagai akan membawa pelbagai pengaruh kepada individu yang
mengalaminya.
Setiap remaja sewajarnya diasuh untuk mempersiapkan dirinya sebagai
insan yang berguna.

Tujuan hidup yang tidak bercanggah dengan kehendak agama hendaklah
disemai dalam diri seorang remaja sejak awal lagi supaya mereka berjaya
dan maju sebagai generasi cemerlang dan diberkati.

Jika pembentukan remaja tidak berlaku dengan sempurna, maka pembangunan
negara akan terjejas kerana golongan remajalah bakal menjadi pemimpin
pada masa akan datang.

Tuhan selalu berfirman kepada para nabi dan rasul yang bermaksud: "Setiap anak yang dilahirkan adalah putih bersih, maka terpulanglah kepada kedua ibu bapanya untuk
menjadikannya manusia yang beriman.

Ketika ini, masalah sosial di kalangan remaja amat membimbangkan. Boleh
dikatakan keruntuhan akhlak remaja bagaikan seiring dengan pembangunan
negara.

Ini dapat dilihat melalui pembangunan yang hampir ke kemuncaknya, akhlak
remaja juga kian jatuh dan bagaikan tidak dapat dibendung lagi.

Antara masalah sosial yang sering dilakukan remaja pada hari ini ialah
seks bebas, lari dari rumah, pembuangan bayi, penagihan atau pengedaran
dadah, ponteng sekolah, mengugut, menubuhkan kumpulan haram dan
sebagainya.

Sesungguhnya, masalah sosial remaja pada hari ini disebabkan beberapa
faktor.

Antaranya persekitaran berubah secara mendadak terutama pengaruh media
cetak dan elektronik yang saban hari memaparkan mengenai eksploitasi
terhadap wanita serta kebebasan remaja yang keterlaluan dan banyak
mempengaruhi pemikiran anak-anak terutama yang baru meningkat remaja.

Selain itu, faktor kurangnya didikan agama dan kasih sayang daripada ibu
bapa, perasaan mahu mencuba serta desakan atau pengaruh daripada rakan
sebaya.

Sebenarnya, masalah remaja adalah masalah kita bersama. Oleh itu
gandingan yang mantap dan kerjasama erat antara ibu bapa, guru, rakan
sebaya dan anggota masyarakat amat diperlukan dalam menangani masalah
remaja.

1. Peranan Ibu bapa

Firman Allah yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman! Selamatkan diri
kamu dan anggota keluarga kamu daripada api neraka." - (Surah At-Tahrim
ayat 6).

Anak-anak adalah amanah Allah kepada kita. Didikan awal kepada anak-anak
amat mustahak dalam kita merencanakan masa depan hidup mereka kerana
mengabaikannya bererti akan merosakkan ahli masyarakat seluruhnya.

Antara panduan keibubapaan yang digariskan Islam ialah:

- Ibu bapa menjadi model yang salih dengan menghayati dan mengamalkan
ajaran Islam sebenar.

Ibu bapa salih adalah model terbaik untuk memberi pendidikan agama
kepada anak-anak.

Didik dan biasakanlah anak-anak dengan tingkah laku dan kegiatan yang
baik sejak anak kecil.

- Mendisiplinkan anak dengan kasih sayang bukan kekerasan kerana ini
akan menjadikan mereka berasa senang hati dan gembira untuk melakukan
sesuatu perkara positif.

Anak juga perlu dilatih membuat kebajikan dan pada masa yang sama
menerima ganjaran atau pujian.

- Memenuhi masa lapang bersama anak seperti sembahyang berjemaah, makan,
membaca al-Quran dan bersukan.

Hubungan akrab ibu bapa dan anak akan memudahkan anak taat perintah ibu
bapa kerana sudah wujud perasaan saling hormat antara satu sama lain.

- Ibu bapa perlu bijak membaca setiap pergerakan anak. Simbol atau
isyarat tertentu boleh memberi gambaran tahap perkembangan anak.
Kemahiran ini perlu dipelajari ibu bapa dari semasa ke semasa.

- Kesabaran juga amat perlu dalam diri ibu bapa kerana tiap-tiap anak
walaupun dalam satu keluarga, mempunyai personaliti yang unik dan
berbeza antara satu sama lain.

2. Peranan Guru

Dalam proses pendidikan, kita seharusnya mengambil iktibar dengan
mencontohi asas pendidikan dilakukan oleh pemimpin agama dahulu.



Dalam hal ini, antara fungsi penting guru ialah:

- Menjadi 'Qudwah Hasanah' atau contoh teladan baik. Setiap tingkah laku
guru hendaklah dijaga kerana setiap inci pergerakan guru akan menjadi
ikutan.

- Memiliki sifat amanah, dedikasi, komited pada tugas, ikhlas, sanggup
berkorban masa dan tenaga.

- Mengamalkan sikap suka membantu serta membimbing dan berperanan
sebagai 'role model' kepada pelajar.

- Penampilan dan penerimaan guru terhadap konsep berilmu, beramal dan
berakhlak yang sebenar-benarnya.

- Bersedia bekerjasama dengan ibu bapa dalam usaha membentuk insan
Rabbani.



3. Peranan Rakan Sebaya

Dari sudut psikologi, peringkat remaja adalah peringkat paling
berpengaruh dalam kehidupan mereka.

Pada peringkat inilah, pengaruh rakan sebaya paling kuat dan paling
diterima.

Mereka lebih rela menceritakan dan mencurahkan perasaan kepada rakan
berbanding ibu bapa, guru atau orang dewasa lain.

Oleh itu, pendekatan logikal ialah menggunakan remaja untuk mempengaruhi
remaja lain.

Program Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dapat memenuhi hasrat ini dengan
syarat mereka dilatih dan diselia dengan teratur.

Oleh itu adalah disarankan supaya pemilihan dan perkembangan latihan
ahli PRS hendaklah dipantau bersama kedua-dua pihak iaitu pihak sekolah
dan juga ibu bapa.



4. Peranan Anggota Masyarakat


Antara perkara yang boleh dilakukan masyarakat setempat ialah:

- Mewujudkan sebuah organisasi belia remaja yang dapat menentukan
peranan mereka dalam pelbagai bidang sebagai persediaan menentukan corak
pembangunan negara pada masa akan datang.

- Mengaktifkan peranan badan bukan kerajaan (NGO) tempatan untuk melatih
belia remaja aktif dalam berpersatuan.

Ia adalah jambatan yang menghubungkan mereka secara langsung dengan
masyarakat, sekali gus menghindarkan mereka dari melakukan kerja-kerja
yang tidak berfaedah.

- Wujudkan kerjasama dan persefahaman yang erat antara ahli dalam
sesuatu kariah melalui kegiatan gotong-royong dan seumpamanya supaya
anggota masyarakat setempat dapat saling mengenali antara satu sama lain
serta dapat mewujudkan perasaan mengasihi anak jiran seperti mana dia
mengasihi anaknya sendiri.

- Memartabatkan seluruh institusi keagamaan Islam (mahkamah atau
perundangan, pendidikan masjid, zakat dan badan dakwah dan NGO lain)
supaya peranan dan fungsi institusi berkaitan dapat direalisasikan
dengan berkesan.

- Menggesa sektor pekerjaan sama ada kerajaan, swasta atau korporat
untuk menzahirkan budaya kerja dan budaya hidup sihat di kalangan
pekerja mereka.

Ia boleh dilakukan dengan mengambil kira faktor seperti penjadualan,
kegiatan kekeluargaan, hari kelepasan dan lain-lain.

Walaupun usaha pelbagai pihak diperlukan bagi membendung gejala sosial
di kalangan remaja, sesuatu yang pasti ialah memohon pertolongan dan
petunjuk daripada Allah.

Ini kerana hidayah Allah juga faktor terpenting mempengaruhi pemulihan
dan kemurnian akhlak seseorang.

Nabi Nuh gagal memujuk isteri dan anaknya memeluk Islam. Begitu juga
Rasulullah gagal memujuk bapa saudaranya, Abu Talib kembali ke pangkuan
Islam.

Allah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya engkau (Wahai Muhammad)
tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasih
(supaya ia menerima Islam) tetapi Allah jua yang berkuasa memberi
hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakinya, dan dialah jua yang
lebih mengetahui orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk." - (Surah
Al-Qasas, ayat 56).

Share this topic on Facebook

Lagu Harga remaja

Harga Remaja
Berapa kah sebenarnya harga remaja
yang bersih dari gelodak kecewa ?
Berapakah sebenarnya harga remaja
bagai kehijauan pohon di perjalanan ?
Dengan apakah akan kau penuhi piala remajamu?
Adakah cuka kesangsian dari cinta murah
atau madu ajaran dari ilmu susah?
Remaja amat mahal sesungguhnya
tiada terbeli oleh perjanjian
Remaja amat mahal sesungguhnya
harga remaja pendirian, keberanian.
Posted by Ahmad Ramli at 12:25 PM

Rasuah jejas ekonomi negara

PEKAN, 23 April (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata jenayah rasuah dan masalah ketirisan bukan sahaja akan menjejaskan pendapatan kerajaan tetapi juga akan turut memberi kesan kepada prestasi ekonomi negara secara keseluruhannya.

Perdana Menteri berkata kerajaan terpaksa melakukan tindakan drastik untuk membendung jenayah rasuah dan masalah ketirisan bagi memastikan ia tidak menjejaskan hasil dan pendapatan negara.

Beliau berharap rakyat memahami bahawa sebarang tindakan yang diambil kerajaan seperti yang dilaporkan akhbar baru-baru ini berhubung tangkapan berkaitan rasuah adalah bertujuan untuk menangani ketirisan yang berlaku.

“Ia (tindakan itu) tidak ada lain tujuan melainkan untuk menambah hasil negara,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Cawangan Pahang di sini, Sabtu.

Baru-baru ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilapor menahan 60 anggota dan pegawai Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia di seluruh negara untuk siasatan berhubung kes rasuah dan penggubahan wang haram.

Najib berkata semua pihak perlu sedar bahawa bukan soal kerajaan tidak mahu menambahkan projek pembangunan yang boleh memberi kerja tambahan kepada kontraktor tetapi kemahuan dan keinginan mestilah berpaksi kepada kemampuan kewangan negara.

“Ini berkait rapat dengan pertumbuhan ekonomi negara dan kebolehan kita mengutip hasil tambahan. Kalau kita tidak dapat kutip hasil tambahan kerana berlaku ketirisan yang berluasa, maka itu juga akan menjejaskan hasil dan pendapatan kerajaan.

“Misalnya, kalau banyak orang mengelat daripada membayar cukai yang menjadi punca kewangan kerajaan, kalau ada orang eksport dan import barang tetapi tipu harga dan melakukan apa yang disebutkan ‘under declaration’, maka ia merupakan kekurangan kewangan kepada kerajaan.

“Sehubungan itu, kita mesti fahami bahawa kalau kita hendak lebih banyak projek pembangunan, maka semua orang mesti memainkan peranan masing-masing, iaitu yang mengurus ekonomi negara kena mengurus dengan baik dan yang kena bayar cukai mesti ikut ketetapan yang patut ditunaikan mereka,” katanya.

Najib berkata beliau akan menjadi orang yang paling gembira jika hasil negara dapat dipertingkatkan daripada RM50 bilion kepada RM60 bilion atau RM70 bilion.

“Kalau ekonomi negara kita, pertumbuhannya pada kadar yang tinggi, maka kita dapat mencari sumber kewangan dan hasil yang boleh menjadi sumber yang boleh digunakan untuk kita mengagih dalam bentuk projek pembangunan tambahan yang akan merangsangkan lagi sektor pembinaan kita.

“Sebaliknya kalau ekonomi negara kita tidak berkembang dan hasil tidak bertambah, maka kerajaan akan menghadapi keadaan yang sukar untuk menambah peruntukan bagi projek pembangunan yang boleh menjadi sumber kepada kontraktor,” katanya.

Sumber : Bernama

Kedai 1Malaysia

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) — Kerajaan akan memperluaskan cawangan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) secara berperingkat-peringkat bermula dengan Wilayah Persekutuan dalam masa terdekat ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pihaknya kini bukan sahaja sedang mengenal pasti lokasi-lokasi yang bersesuaian malahan turut memberi fokus untuk mewujudkan rak khas bagi memastikan produk 1Malaysia dijual di kawasan flat.

“Kita tengah mencari lokasi tetapi kita juga sedang mengumpulkan maklumat mengenai kedai-kedai yang boleh menjual produk 1Malaysia. Tidak semestinya kita buka kedai baru.

“Sekarang kita tengah kumpulkan kedai di Wilayah Persekutuan dulu, mungkin di flat-flat. Kita mungkin wujudkan satu rak khas untuk menjual produk 1Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas Pra-Pelancaran Bulan Pengguna Kebangsaan 2011 di KL Sentral, di sini, pada Khamis.

Turut hadir Timbalannya, Datuk Tan Lian Hoe serta Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian (Kepenggunaan dan Pengurusan) Mahani Tan Abdullah.

Bulan Pengguna Kebangsaan 2011 selama sebulan bermula 1 Julai ini melibatkan yang melibatkan 251 program di peringkat pusat dan negeri. Acara kemuncak sambutan adalah Bulan Pengguna Kebangsaan pada 23 dan 24 Julai ini di Manjung, Perak.

Tahun ini merupakan tahun kedua sambutan Bulan Pengguna selama sebulan sejak ia diperkenalkan pada 2001. Tema sambutan Bulan Pengguna Kebangsaan pada tahun ini ialah “Hak Pengguna Tanggungjawab Anda”.

Kedai Rakyat 1Malaysia dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 22 Jun lepas di Stesen LRT Kelana Jaya. Kedai berkenaan yang diuruskan oleh Mydin Mohamed Holdings Berhad dengan kerjasama kerajaan menawarkan lebih 250 barangan keperluan harian pada harga yang berpatutan.

Dalam perkembangan berasingan, Ismail Sabri berkata penyelarasan caj yang dilakukan oleh Astro bukan berada di bawah tanggungjawab beliau tetapi berada di bawah kuasa Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.

Justeru itu, beliau berkata pihaknya hanya boleh memberi nasihat kepada pengguna di negara ini kerana mereka mempunyai kuasa untuk membuat pilihan dalam memilih sesuatu produk dan perkhidmatan.

“Kita tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan mengikut kuasa kementerian lain. Kita masih ada pilihan, ada pakej (Astro) murah dan ada mahal, jadi pengguna ada pilihan,” katanya sambil menambah Astro tertakluk di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Beliau turut berkata pihaknya tidak menghalang mana-mana persatuan pengguna di negara ini sekiranya mereka ingin memboikot menentang penyelarasan caj berkenaan.

Astro baru-baru ini mengumumkan akan melakukan pelarasan terhadap pakej yang ditawarkan berkuatkuasa 11 Julai ini, dengan harga langganan diselaraskan bergantung kepada pakej pilihan pelanggan.

Sesetengah pelanggan mungkin mengalami kenaikan sekitar RM1 hingga RM15 sebulan manakala yang lain pula akan menikmati penjimatan RM4 hingga RM14.95 sebulan.

Terdahulu dalam ucapan perasmiannya, Ismail Sabri berkata kajian yang dijalankan oleh kementeriannya mendapati tahap kesedaran pengguna masih rendah di negara ini.

“Ini kerana sebahagian besar pengguna mengetahui hak mereka tetapi mereka sering lupa atau lalai dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pengguna,” katanya.

Beliau berkata peredaran masa dan kemajuan teknologi telah mendedahkan pengguna kepada pelbagai cabaran termasuklah transaksi perniagaan dalam talian yang semakin berkembang.

Sumber : Bernama

Jenayah Rasuah

Jenayah rasuah akan diperangi habis-habisan

KUALA LUMPUR 12 April - Kerajaan cukup yakin bahawa jenayah rasuah dan penyalahgunaan kuasa di negara ini mampu diperangi habis-habisan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, keyakinan itu berdasarkan kepada pelbagai usaha yang sudah dan bakal dilaksanakan kerajaan bagi menangani jenayah tersebut di segenap peringkat dalam pelbagai sektor sama ada awam mahu pun swasta.

Katanya, antara langkah yang telah dilaksanakan adalah menubuhkan Unit Pematuhan; mewujudkan pangkalan data pesalah rasuah; mewujudkan Akta Perlindungan Saksi serta menyenarai usaha memerangi rasuah dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

"Segala inisiatif ini telah meletakkan Malaysia pada landasan yang betul dalam usaha kita untuk memerangi jenayah rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa.

"Ini tentu sekali akan meningkatkan keyakinan rakyat dan masyarakat antarabangsa terhadap kemampuan Malaysia untuk bebas daripada amalan rasuah," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan majlis penutup pertandingan pidato Piala Menteri Pelajaran antara Institut Pendidikan Guru (IPG) anjuran Institut Integriti Malaysia, di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan; Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd. Ghafar Mahmud dan Presiden Institut Integriti Malaysia, Datuk Dr. Mohd. Tap Salleh.

Pada majlis itu, penuntut dari IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur, Faizal Sanek muncul johan dan sekali gus, membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000, sijil serta piala.

Dalam pada itu, Muhyiddin mengakui segala inisiatif yang dilaksanakan kerajaan tidak akan membawa kejayaan seperti diharapkan jika, tidak mendapat sokongan padu daripada semua pihak.

Oleh itu jelas beliau, gerakan bagi memantapkan pembudayaan integriti perlu dilaksanakan secara menyeluruh dan terancang bermula dari peringkat akar umbi sehinggalah ke peringkat kepimpinan atas dalam setiap sektor di negara ini.

Isnin, 16 Januari 2012

Membuat Lawatan-apa yang perlu dibuat

Langkah-langkah untuk membuat lawatan dan amalan keselamatan

1. Mendapatkan kebenaran secara bertulis daripada Pengetua, ibu bapa, dan PPD. Membuat salinan untuk difailkan dan salinan asal dibawa semasa lawatan.
2. Mendapatkan nombor telefon ibu bapa supaya senang dihubungi bila berlaku kecemasan
3. memastikan bas mempunyai insuran penumpang, permit perjalanan, lesen pemandu bas sesuai, dan dua orang pemandu yang cekap serta berhemah untuk melakukan perjalanan yang melebihi 300 km,
4. memastikan sekurang-kurangnya seorang guru pengiring telah mendapat latihan pertolongan cemas, jurulatih bertauliah, membawa peti pertolongan cemas yang lengkap.
5. memastikan insuran berkumpulan telah diambil untuk pelajar
6. Menentukan seorang guru pengiring ditugaskan untuk sekumpulan sepuluh orang pelajar.
7. Membahagi pelajar kepada lima orang dalam satu kumpulan dan melantik seorang ketua bagi setiap kumpulan untuk menjaga kebajikan setiap ahli kumpulan disepanjang lawatan.
8. Mengingatkan pelajar supaya membawa barang-barang berharga dan kemera bersama setiap kali turun dari bas.
9. Memberi taklimat kepada pelajar tentang keselamatan sebelum lawatan:
- bergerak dalam kumpulan sepanjang lawatan
- memakai pakaian yang sesuai untuk aktiviti tertentu seperti mendaki bukit, melawat gua dan lain-lain;
- Memakai jaket keselamatan sewaktu aktiviti menaiki bot atau feri
- Mencatat nombor bas, nama pemandu dan telefonnya, nombor telefon guru pengiring

Panitia PM

Pembelajarana Luar Bilik Darjah-PLBD

Pengertian PLBD
Pembelajaran Luar Bilik Darjah adalah suatu program atau aktiviti luar bilik darjah yang terancang dan berstruktur. Aktiviti ini berpusatkan murid dan bertujuan untuk menyokog dan mengukuhkan pelaksanaan kurikulum sekolah. Ia juga merangkumi persekitaran pembelajaran yang progresif.

Objektif
1. Mengukuhkan kefahaman murid terhadap konsep yang dipelajari dalam kelas.
2. memberikan pengalaman pembelajaran dalam situasi yang sebenar, bermakna dan menyeronokkan,
3. Mengembangkan kemahiran sosial dan kerja berpasukan
4. Meningkatkan minat murid untuk belajar
5. Mengintegrasikan pelbagai disiplin ilmu dalam satu masa.

Model PLBD

1. LUAR BILIK DARJAH DALAM KAWASAN SEKOLAH
2. BERHASMPIRAN KAWASAN SEKOLAH
3. JAUH DARI KAWASAN SEKOLAH-DENGAN KEBENARAN PPD DAN PENGETUA SEKOLAH/ GURU BESAR.

PERSEDIAAN GURU/PELAJAR
1. Sebelum
2. Semasa
3. Selepas

Melawat sungai berhampiran sekolah
sebelum
-pralawatan utk guru
-perbincangan-kegunaan dan kepentingan sungai(bidang alam sekitar)
-sumbangsaran-punca-punca, masalah pencemaran air sungai

semasa
-memerhati kesan kegiatan ekonomi di kawasan itu
-mengambil sampel air sungai
-mengambil foto dll

selepas
-menjalankan uji kaji sampel air sungai--ada kaitan dengan sains/geografi
-mencadangkan langkah-langkah mengatasi pencemaran-jika ada
-menulis laporan-pentadbir sekolah/ ppd/jpn dan pegawai daerah
-membuat buku skrap dengan mengumpul bahan dari keratan akhbar

selamat mencuba

Pendekatan P& P PM

Aktiviti Kumpulan
- Guru/ Pelajar perlu nyatakan Bidang dan nilai
-nyatakan objektif pelajaran-ringkas shj
-masa/kelas
-pendekatan/ teknik yg digunakan
-BBM-jika ada
-pesembahan kumpulan-jika ada
-ketua kump. buat laporan dihadapan
-bhan boleh ambil dari buku teks/ mana-mana sumber/ atau idea sendiri...yg penting sesuai

contoh pembahagian kumpulan.
Kumpulan 1
Bidang 1
Teknk: main peranan/ drama

Kumpulan 2
Bidang 3
Teknik: Pooling

Kumpulan 3
Bidang 4
Pendekatan/teknik: Temu ramah

Kumpulan 4
Bidang 5
Pendekatan/ teknik: Iklan

Kumpulan 5
Bidang 6
Pendekatan/Teknik: Lagu/ sajak

Kumpulan 6
Bidang 7
Pendekatan/ Teknik: Peta minda/kartun

masa persediaan: 20 minit
Persembahan/Pembentangan: 10 minit
Contoh Tugasan Harian

Tajuk: Kitar semula adalah antara langkah yang boleh diambil bagi menangani masalah pencemaran alam sekitar yang semakin meruncing di samping mengurangkan pembaziran sumber semulajadi. Jelaskan kebaikan amalan kitar semula dalam kehidupan seharian kita.

Rakyat Malaysia membuang 15 00 tan sampah setiap hari. Jumlah yang banyak ini boleh mengundang banyak masalah kepada Negara dari segi penyediaan tapak pelupusan sampah. Oleh itu kita kita perlu bijak mengurus sampah-sampah yang ada di dalam Negara kita.
Amalan kita semula boleh mengurangkan masalah pembuangan sampah yang tidak teratur atau tidak sistematik. Kitar Semula mengurangkan pencemaran dan menanam nilai-nilai murni kepada rakyat Malaysia, misalnya mendidik masyarakat lebih bertanggungjawab, sayang kepada alam kita yang cantik ini. Dengan mengamalkan kitar semula, kertas, botol, besi, tin-tin alminium, kaca, surat khabar lama, kain dan sebagainya dapat digunakan semuala untuk kegunaan yang lain. Misalnya kain lebihan boleh dibuat alas kaki, baju patung, lapis meja dan sebagainya.
Barangan terpakai merupakan bahan mentah yang murah dan mudah diperoleh. Bayangkan untuk membuat kertas kita perlu menebang pokok. Jangan buang kertas kerana kita boleh kitar semula, diproses menjadi kertas tandas. Besi-besi buruk boleh diproses menjadi besi baru untuk digunakan semula. Masyarakat kita perlu peka pada isu-isu alam sekitar, mengamalkan nilai kemampanan alam sekitar, menyayangi dan menghargai alam sekitar untuk mempastikan alam kita terus bersih serta boleh menjamin kesejahteraan hidup rakyat.
Sesungguhnya amalan kitar semula turut menyumbang peningkatan ekonomi masyarakat, iaitu bahan-bahan terbuang boleh dijual dan hasil pendapatan itu sekurang-kurangnya boleh membayar bil elektrik, bil air. Masyarakat lebih bertanggungjawab dengan cara amalan jimat cermat. Kita elakkan pembaziran, jangan buang bahan-bahan atau barangan yang berharga seperti besi buruk, potongan kayu yang mempunyai nilai yang tinggi.
Masyarakat perlu mengamalkan nilai keharmonian antara manusia dengan alam sekitar. Cara ini boleh membantu memelihara kualiti alam sekeliling, contohnya kualiti udara Negara kita. Bagi orang yang rajin berusaha kitar semula membuka peluang pekerjaan baru. Meskipun pendapatan yang diperoleh tidak seberapa tetapi banyak membantu meringankan perbelanjaan harian. Kita menggalakkan masyarakat kita lebih kreatif untuk menghasilkan barangan kraf yang unik dan menarik. Hasil Kraf tangan itu juga dapat mendatangkan pendapatan sam pingan kepada individu tertentu.
Melalui kitar semula masyarakat boleh melakukan satu system pembuangan sampah secara terancang dan sistematik. Tong-tong kitar semula juga disediakan dengan lebih banyak untuk memudahkan rakyat membuang sampah sarap dengan mudah. Kesimpulannya kitar semula bukan sekadar memberi keuntungan kepada pengguna dan Negara tetapi dapat menyelamatkan kemusnahan alam sekitar kita. Amalan ini perlu sokongan dan kerjasama semua pihak untuk kepentingan bersama.

Contoh Surat Akuan (Kerja amal)

PENDIDIKAN MORAL
SMK.TANDEK KOTA MARUDU
PETI SURAT 153, 89108 KOTA MARUDU SABAH
TEL: 088 661173, FAX: 088 663180


KERJA KURSUS PENDIDIKAN MORAL (1225/2)
KERJA AMAL

SURAT AKUAN

Adalah diakuai bahawa

…………………………………………………………………..

No. Kad Pengenalan:……………………………………………

Telah menjalankan kerja amal iaitu……………………………..

……………………………………………………………………

Pada

…………………………………………………………………….

Bertempat

…………………………………………………………………….

Tarikh

……………………………………………………………………..



Disahkan oleh


………………………………………………………………………

wawasan 2020

Wawasan 2020 ialah sebuah wawasan kerajaan Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ketika itu, yang bertujuan untuk meningkatkan Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian dan negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020. Yang dimaksudkan sepenuhnya terangkum bukan sahaja bidang ekonomi, tetapi juga bidang-bidang politik, sosial, kerohanian, psikologi, serta juga perpaduan nasional dan sosial, antara lain. Kesemua ini juga melibatkan persoalan keadilan sosial, kestabilan politik, sistem kerajaan, mutu hidup, nilai sosial dan kerohanian, maruah bangsa, serta juga keyakinan.
[sunting] Cabaran utama

Dalam penyampaian kertas kerjanya, Laluan ke Depan (The Way Forward), kepada Majlis Perniagaan Malaysia, Dr Mahathir Mohamad menghuraikan sembilan matlamat utama Wawasan 2020:

1. Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama: Malaysia mesti menjadi sebuah negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam keharmonian, bekerjasama sepenuhnya secara adil, dan terdiri daripada satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.
2. Mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju, dengan keyakinan akan keupayaan sendiri, berbangga dengan apa yang ada, dengan apa yang telah dicapai, cukup gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, amat sedar akan semua potensinya, tidak mengalah kepada sesiapa, dan dihormati oleh rakyat negara lain.
3. Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, yang mengamalkan satu bentuk demokrasi Malaysia yang mempunyai persefahaman matang, berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada beberapa banyak negara membangun.
4. Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, dengan warganegaranya teguh dalam nilai agama dan kerohanian dan didukung oleh nilai etika paling tinggi.
5. Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, dengan rakyat Malaysia pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan, dan kepercayaan agama mereka dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara.
6. Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan berpandangan ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi masa depan.
7. Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang mementingkan masyarakat lebih daripada diri sendiri, dengan kebajikan insan tidak berkisar pada negara atau orang perseorangan tetapi di sekeliling sistem keluarga yang kukuh.
8. Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Ini merupakan masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama, dengan wujudnya perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi.
9. Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental.

Menurut Dr Mahathir, kesembilan-sembilan matlamat utama ini tidak semestinya menjadi urutan keutamaan masyarakat Malaysia untuk tiga dekad yang akan datang. Tentunya keutamaan dalam satu-satu masa mesti memenuhi keadaan khusus pada masa berkenaan.
[sunting] Adakah matlamat menjadi negara maju dari segi ekonomi itu realistik?

Pada dekad 1960-an, pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah pada kadar purata sebanyak 5.1% setahun. Pertumbuhan purata ini dinaikkan menjadi 7.8% semasa dekad pertama Dasar Ekonomi Baru dalam dekad 1970-an, dan 5.9% setahun pada dekad 1980-an, akibat kemelesetan bertahun-tahun. Pertumbuhan KDNK pada 30 tahun tersebut dalam nilai sebenar adalah pada kadar purata 6.3 peratus setahun, dengan kadar pada 20 tahun yang lalu merupakan 6.9 peratus setahun pada puratanya. Oleh itu, yang diperlukan ialah tambahan pertumbuhan sebanyak 0.1 peratus untuk mencapai matlumat ekonomi Wawasan 2020i, sesuatu matlamat yang bukannya tidak mungkin.

KDNK Malaysia pada tahun 1990 ialah $115 bilion, dengan sasaran kira-kira $920 bilion dalam nilai sebenar (ringgit pada 1990) menjelang tahun 2020. Pertumbuhan pesat ini memerlukan pertumbuhan pada kadar purata kira-kira 7.0% (dalam nilai sebenar) setahun untuk 30 tahun akan datang. Jika ini dapat dicapai, dan diandaikan kadar pertumbuhan penduduk tahunan ialah 2.5%, menjelang tahun 2020, rakyat Malaysia akan kaya empat kali ganda (dalam nilai sebenar), berbanding dengan tahun 1990. Inilah ukuran masyarakat makmur yang dimaksudkan oleh Wawasan 2020. Dengan itu, KDNK Malaysia akan menjadi lapan kali lebih besar menjelang tahun 2020 berbanding 1990.
[sunting] Rujukan

* Laman web Kerajaan Malaysia
* Laman web Universiti Sains Malaysia: Makalah akhbar The Star

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Wawasan_2020&oldid=1880103"
Kategori:

* Politik Malaysia

PLKN Capai matlamat

Minda: PLKN capai matlamat

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

PROGRAM Latihan Khidmat Negara (PLKN) bermula pada 2004 dengan mengambil 80,000 peserta dari seluruh negara pada ketika itu. Dari setahun ke setahun, peserta meningkat dan berdasarkan statistik, pada 2011, 140,000 peserta terpilih mengikuti program ini.

Daripada 140,000 peserta tahun ini, 60 peratus daripadanya adalah Bumiputera, 28 peratus (Cina), 10 peratus (India) dan lain-lain 2 peratus. Sementara itu, daripada jumlah keseluruhan, 55 peratus adalah lelaki dan 45 peratus perempuan.


Sejak 2004 hingga kini, bermakna usia PLKN semakin matang dan sedang menuju kejayaan yang diimpikan. PLKN masih berjalan sampai kini dengan penambahbaikan segenap aspek untuk mencapai matlamatnya. Pada peringkat awal penubuhan, walaupun pelbagai pandangan diterima dan persediaan sudah dilakukan dengan teliti, pelbagai rungutan dan kritikan dilemparkan terhadap program ini.

Kes-kes yang berlaku semasa golongan ini menjalani latihan menjadikan sesetengah pihak menuding jari merendah-rendahkan keupayaan Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) lalu meminta program ini dikaji semula dan ada pihak menggesa agar ia dihentikan saja. Bagaimanapun, sekarang program ini sudah sebati dengan remaja sehingga ada yang menawarkan diri untuk menyertainya secara sukarela setelah tidak terpilih. Secara tidak langsung kita dapat memahami bahawa program ini sudah mula diyakini keberkesanannya bukan hanya oleh peserta malah ibu bapa atau penjaga.


Menurut statistik, pada 2007, 651 permohonan sukarela diterima untuk menyertai program ini. Lantaran itu, bermula tahun sama, JLKN membuka peluang kepada remaja yang tidak terpilih pada tahun itu untuk menyertai program tersebut dalam kumpulan kedua dan ketiga. Beberapa modul yang diperkenalkan kepada peserta sebelum ini seperti Modul Fizikal, Pembinaan Karakter, Kenegaraan dan Khidmat Komuniti telah menyumbang kesan positif terutama daripada aspek perpaduan kaum, kemasyarakatan dan semangat cinta negara. Akhirnya, kita dapati JLKN sudah mengumumkan akan mewujudkan pula satu modul baru iaitu Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PKRS) bermula dalam program Mei depan.


Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, modul baru ini tidak berkaitan dengan pendidikan seks sebaliknya menekankan pelatih mengenai permasalahan masyarakat terutama golongan remaja yang bersesuaian dengan keperluan semasa.
PLKN melalui pelbagai masalah sejak awal penubuhannya sampai kini. Hingga kini masih ada suara tidak berpuas hati dengan perjalanan dan bentuk latihan yang diberikan, termasuk masa yang diperuntukkan sangat singkat.


Maka ramai juga yang memberi pendapat bahawa tempoh masa latihan program ini perlu dilanjutkan menjadi dua tahun seperti dilakukan di Singapura dan Korea Selatan.

Menurut mereka, tempoh singkat tidak akan dapat mencapai hasrat atau matlamat sebenar PLKN untuk memberi pendedahan mengenai pelbagai aspek yang telah ditetapkan untuk golongan remaja dalam menghadapi pelbagai cabaran apabila mereka berada di luar kelak.


Dalam pada itu, kita tidak boleh menolak kesan positif dan keberkesanan PLKN berdasarkan pengalaman dan kajian terhadap mereka yang pernah menyertainya dan ibu bapa bagi anak-anak mereka yang terbabit secara langsung. Contohnya, 90 peratus daripada peserta kumpulan terakhir program ini pada 2006 menganggap program dalam PLKN menyeronokkan, mereka mendakwa memperoleh ilmu dan pengalaman baru serta dapat memupuk perpaduan kaum. Di samping itu, mereka juga lebih mencintai negara, mempunyai sikap suka menolong dan lebih bertanggungjawab.


Bekas pelatih PLKN juga telah diserap ke dalam kerja-kerja sosial seperti dilakukan ketika banjir melanda Johor pada 2007. Jelas di sini, apa yang mereka pelajari dan praktikkan ketika berada dalam PLKN boleh dibawa keluar dan tenaga mereka boleh dimanfaatkan untuk kepentingan orang ramai.


Sehubungan itu, dirasakan semua pihak termasuk ibu bapa mesti memberi sokongan padu kepada PLKN. Sebarang keraguan terhadap program berkenaan mestilah dihindarkan.


Akhir-akhir ini, kita tidak mendengar lagi masalah serius dalam PLKN. Tidak kedengaran kes peserta yang terpilih sengaja mengelak daripada menyertai program ini. Ini kerana program ini terbukti memberi faedah berguna kepada remaja kerana pelbagai modul disediakan ternyata dapat membentuk sahsiah mereka.


Kita mesti memahami bahawa pengurusan PLKN juga sentiasa mencari kaedah dan jalan penyelesaian agar masalah sebelum ini tidak berulang dalam PLKN. Malah, kita mesti bersyukur kerana pelbagai kelonggaran diberikan kepada pelatih yang terpilih, tetapi mereka dibolehkan tidak menyertai program ini jika mereka mempunyai alasan kukuh. Oleh itu, masalah yang sudah berlaku sepanjang PLKN ditubuhkan tidak perlu dikenang lagi kerana di mana-mana pun masalah tetap berlaku.


Tidak perlu lagi ditoleh kepada kisah tragis yang pernah menimpa beberapa pelatih PLKN sebelum ini kerana jika di luar pun, pelbagai masalah lain boleh berlaku malah ada masalah lebih serius berbanding masalah yang pernah dialami ketika mereka menjalani program ini.


Yang pasti, sudah hampir 10 tahun program ini berlangsung, tetapi kita tidak pernah mendengar pelatih PLKN merempit, terlibat dengan dadah atau meragut sedangkan masalah ini kerap membelenggu dunia mereka.


Kita juga berharap pelbagai pihak dan pengurusan PLKN dapat memikirkan kaedah lain atau modul baru dari semasa ke semasa untuk memastikan program ini lebih diyakini.

Contoh Kes Berunsur ugutan

USM hargai tindakan polis tangani isu pelajarnya keluar kenyataan ugutan

Posted on the January 16th, 2012 under Uncategorized by admin
Share

GEORGETOWN: Universiti Sains Malaysia (USM) menghargai tindakan polis dalam menangani kes seorang pelajar institusi itu yang mengeluarkan kenyataan berunsur ugutan menerusi laman blog miliknya.

Naib Canselornya, Prof Datuk Omar Osman, berkata USM menghargai tindakan pihak berkuasa dalam menangani perkara itu dan menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk membuat siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya.

“Semua pihak perlu berhati-hati dan menyedari implikasi terhadap apa saja yang diletakkan dalam laman blog serta membuat pertimbangan bijak dalam apa juga tindakan yang diambil,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau mengulas penahanan seorang pelajar jurusan kejuruteraan universiti itu semalam berhubung kenyataan pelajar berusia 24 tahun itu untuk meletakkan bom pada helikopter yang akan dinaiki Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam lawatannya ke USM minggu depan.

Polis membebaskan pelajar terbabit selama sebulan bagi membolehkannya menduduki peperiksaan hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Nilai Bertanggungjawab /kebaikan merancang

KEBAIKAN MERANCANG:

(i) Perbelanjaan
(a) tidak berbelanja berlebihan
(b) tabung wang lebihan- berjimat cermat
(c) beli barang keperluan
(d) rancang perbelanjaan pertimbangan

(ii) Kerjaya
(a) tahu minat, kebolehan serta potensi diri.
(b) boleh buat keputusan
(c) capai matlamat hidup dengan tersusun

(iii) Keluarga
(a) menjamin kebahagiaan
(b) hidup dalam keadaan tenang


KESAN JIKA TIDAK MERANCANG
(a) tidak dapat mencapai cita-cita sendiri
(b) tidak berjaya dalam hidup
(c) tidak suka dan tidak berminat dalam kerjaya yang diceburi
(d) masalah tidak dapat diselesaikan
(e) akan dibebani masalah/hutang
(f) pembaziran masa, tenaga dan wang

Melindungi Hak Pengguna

Melindungi Hak Pengguna
Definisi :
Membela dan memelihara hak individu untuk menjadi pengguna yang berilmu, mendapat perkhidmatan dan barangan yang berkualiti, dan tidak mudah dieksploitasi.

Kata Kunci :
Pengguna dibela dan dipelihara agar berilmu dan dijamin perkhidmatan berkualiti.

Contoh :
- Pengeluar mengeluarkan barang mengikut piawaian kualiti SIRIM.
- Kilang memberikan maklumat yang betul dan tepat kepada pengguna dengan percetakan label di atas bungkusan barangannya.
- Pihak sekolah memberikan pendidikan kepenggunaan kepada para pelajarnya supaya faham dengan ilmu pengguna yang bijak.
- Majlis Pengguna menguji dan menilai amalan perniagaan dan memberi cadangan untuk menyelesaikan masalah pengguna.
- Kerajaan Malaysia telah menetapkan Akta Pengguna supaya para pengguna yang tertipu boleh membuat aduan mahkamah kepada para pengedar yang tidak bertanggungjawab.

http://pmoralsmkds.blogspot.com/p/pbs-12252.html

Gunakan blog ini untuk mencari bahan yang berkaitan Pendidikan Moral. Terima kasih

PBS (1225/2)

PBS (1225/2)
Buku Panduan PBS Pendidikan Moral (LPM)


Slide PBS Pendidikan Moral SMKDS


Carta Organisasi Pelaksanaan PBS SMKDS 2011


Carta Gantt PBS Pendidikan Moral 2011


Borang 1 : Pencapaian Individu

Borang 2 : Pencapaian Sahsiah

Borang 3 : Pentaksiran Folio

Borang 4 : Contoh Surat Akuan

Borang 5 : Kulit Hadapan Folio PM
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

Nilai 2 Nota

Nilai 2 AMANAH
(Rujuk buku teks: halaman 8 - 15)

Objektif Pembelajaran:

Diakhir pengajaran dan pembelajarn, pelajar diharapkan dapat:
i. memahami dan mengamalkan sikap amanah dalam kehidupan seharian
ii. mengetahui peranan kerajaan dalam menangani isu pecah amanah
iii. menghargai peranan yang dimainkan oleh pelbagai pihak dalam membanteras rasuah.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Nilai Amanah
Sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain.
* Maksud Rasuah

Perbuatan menyogok atau menyuap wang/barangan agar orang yang disogok dapat menggunakan kuasa/kemampuannya untuk menyelesaikan tugas secara tidak amanah..

* Sejarah Pencegahan Rasuah di Malaysia

1959 - penubuhan unit jenayah khas dalam Jabatan Polis

1967 - penubuhan Badan Pencegah Rasuah (BPR)
kini sebagai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

1997 - Akta Pencegahan Rasuah (http:www1.jaring.my/bpr/bm/aktatama.html)

1983 - Kempen Kepimpinan Melalui Teladan


Borang Akta Janji dan Akta Rahsia Rasmi 1972

ditandatangani oleh setiap kakitangan kerajaan sebelum memulakan tugas rasmi yang diamanahkan sebagai rahsia.



* Kesan Rasuah

Individu
> dipenjarakan atau didenda
> diistiharkan muflis/bankrup
> hilang pekerjaan
> hilang kpercayaan
> dipandang serong
> trauma/tertekan


Masyrakat
> tiada nilai kejujuran
> sikap prasangka/saling membenci
> wujudnya jurang antara orang orang miskin
> perkauman


Negara
> ekonomi terjejas
> pelaburan merosot
> inflasi
> keadilan terjejas
> perkhidmatan kurang bermutu

Nilai 1 Nota / Latihan

Nilai 1 KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
(Rujuk buku teks, halaman 1-7)
Objektif Pembelajaran:

Diakhir pengajaran dan pembelajarn, pelajar diharapkan dapat:
i. memahami dan menghayati maksud nilai Kepercayaan Kepada Tuhan
ii. melaksanakan tanggungjawab kepada Tuhan
iii. meyakini bahawa setiap tindakan yang dilakukan akan mendapat pembalasan daripada Tuhan
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Nilai Kepercayaan Kepada Tuhan
Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhan-Nya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara.



1. Buat baik dibalas baik kerana Tuhan melihat segala tingkah laku manusia.

Contohnya:
i. setiap manusia mempunyai tanggungjawab terhadap Tuhan.
ii. pembalasan Tuhan kepada manusia terhadap setiap amalan hidupnya.

2. Balasan Tuhan amalan baik berkaitan 3 pemuda

Pemuda 1
Memerah susu untuk ibubapa
(Menunaikan tanggungjawab terhadap ibubapa)

Pemuda 2
Meminjam wang untuk membantu rakannya yang susah
(Menghalalkan dan berkorban untuk orang susah)

Pemuda 3
Tidak mengambil kesempatan ke atas hak orang.
(Jujur)

3. Bagi penganut agama Buddha, semua perlakuan manusia termaktub dalam hukum Karma.

i. Menderma wang untuk membina rumah berhala dan tempat perlindungan awam akan
________________________________________________________________

ii. Melastik dan membunuh burung akan
________________________________________________________________

iii. Bertutur dan bertingkah laku biadap dengan ibubapa akan
________________________________________________________________

iv. Membantu orang yang sakit dengan memberi ubat akan
________________________________________________________________

Isu Pend.Moral 2011

Tinjauan Isu Tahun 2011
Berikut merupakan catatan isu utama negara sepanjang tahun 2011 hasil pengamatan secara peribadi di pihak saya. Moga2 dengan catatan tersebut dapat memberikan sedikit kesediaan kepada para pelajar dalam menjawab soalan esei yang kebiasaannya berdasarkan mengikut isu semasa.

1. Dasar NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara) - BP Patriotisme
2. Dasar 1M 1S (1 Murid 1 Sukan) - BP Patriotisme
3. Pendaftaran Pekerja Asing dengan Sistem Biometrik
4. Tanah Runtuh di Hulu Langat 12 Mei 2011 - BP Alam Sekitar
5. Bencana Tsunami di Jepun pada 11 Mac 2011 - BP Keamanan & Keharmornian
6. Penggondam (Hacker) laman sesawang kerajaan - BP Perkembangan Diri
7. Peningkatan kos sara hidup - berhemah & berjimat - BP Perkembangan Diri

Harga Diri

KEPENTINGAN NILAI HARGA DIRI
(a) dihormati oleh masyarakat
(b) imej keluarga terpelihara
(c) tidak dipandang rendah


AGAMA MELARANG PERBUATAN MENJATUHKAN MARUAH DIRI KERANA:
(a) mendatangkan kesan buruk pada diri
(b) mendatangkan malu kepada keluarga
(c) dikecam oleh masyarakat


CARA UNTUK MENJAGA MARUAH DIRI
(a) mengamalkan ajaran agama/bermoral
(b) mematuhi undang-undang dan peraturan
(c) menuruti nasihat ibubapa

Langkah-langkah untuk Mengurangkan Kes Pembuangan Bayi

Langkah-langkah untuk Mengurangkan Kes Pembuangan Bayi
by Sembang Pengajian Malaysia on Wednesday, April 7, 2010 at 7:43am
Masalah pembuangan atau pembunuhan bayi adalah isu yang terkini. Peratusan kes penbuangan atau penbunuhan bayi semakin meningkat di Malaysia. Hal ini diakibatkan oleh pelbagai faktor. Faktor-faktor yang meningkatkan kes tersebut adalah faktor institusi keluarga yang lemah, masalah kewangan, di bawah umur dan juga tekanan keluarga. Isu tersebut amat penting bagi pembangunan dan perkembangan negara. Oleh itu, pelbagai langkah dapat diadakan untuk mengatasi isu tersebut seperti rumah perlindungan, ceramah atau kempen tentang isu ini serta mengetatkan undang-undang negara.

Rumah perlindungan merupakan suatu tempat untuk bayi yang ditinggalkan oleh ibu bapanya. Pihak berkuasa harus mengadakan lebih banyak rumah perlindungan di lokasi yang berlainan. Ibu bapa boleh menghantar bayi mereka ke rumah perlindungan jika mereka tidak mampu menjaga anak mereka. Meraka tidak patut membuangkan bayi mereka ke kawasan pedalaman atau kawasan yang ditinggalkan kerana rumah perlindungan dapat menyediakan kemudahan yang baik dan keselamatan bagi anak mereka. Mengadakan lebih rumah perlindungan bukan faktor untuk menggalakkan remaja pada masa kini membuangkan anaknya sesuka hati selepas bersalin tetapi hal ini adalah untuk tujuan mengurangkan kes pembuangan dan pembunuhan bayi.

Langkah yang kedua adalah mengadakan ceramah atau kempen yang berkaitan dengan isu pembuangan dan pembunuhan bayi. Ceramah atau kempen tersebut patut diadakan di sekolah menengah kerana dipercayai kebanyakan ibu bapa yang melibatkan diri dalam isu tersebut adalah remaja yang tidak cukup umur. Selain itu, pihak berkuasa harus berkongsi tentang pengetahuan atas hubungan seks dan juga kesan pembuangan dan pembunuhan bayi. Pengetahuan tentang hubungan seks dapat memberikan mesej yang penting kepada remaja yang tidak cukup umur. Hal tersebut dapat mengurangkan kes pengamilan remaja yang tidak cukup umur dan juga mengatasi terhadap isu pembuangan dan pembunuhan bayi di negara kita.

Walaupun negara kita sudah mengadakan peraturan dan undang-undang terhadap isu ini, tetapi kes pembuangan dan pembunuhan bayi turut meningkat pada masa kini. Oleh itu, langkah yang ketiga adalah pihak berkuasa patut mengetatkan undang-undang negara. Sesiapa yang melibatkan masalah tersebut patut dihukum. Contohnya adalah masuk penjara selama sepuluh tahun atau denda wang sebanyak sepuluh ribu ringgit atau kedua-dua hukuman sekali. Selain daripada itu, ibu bapa atau penjaga pesalah haruslah dikenakan hukuman kerana merekalah yang patut mendidik dan mengajar anak mereka supaya mereka tidak melakukan perkara yang tidak bermoral seperti membuang dan membunuh bayi.

Pihak berkuasa patut menitikberatkan isu tersebut kerana isu ini dapat memburukan nama baik negara dan imej Negara juga akan dijatuhkan. Oleh itu, cara-cara tersebut seperti mengadakan lebih banyak rumah perlindungan, mengadakan kempen dan ceramah di sekolah menengah serta mengetatkan peraturan dan undang-undang negara patut dititikan supaya dapat mengurangkan bilangan kes pembuangan dan pembunuhan bayi.

Kes buang bayi di Malaysia

Apa yang ingin dibanggakan walaupun kalau pencapaian akademik sekolah dan tahap pendidikan berada dalam prestasi terbaik, tetapi kes pembuangan bayi di Malaysia semakin menjadi-jadi. Dikejar tuisyen sana, tuisyen sini. Buat kelas tambahan pagi dan petang (bukan niat menyalahkan sekolah semata).

Akhirnya keputusan dan pencapaian peperiksaan duduk sama tinggi dengan statistik kes zina mahupun kes pembuangan bayi di Malaysia. Mahu ker begitu? Sampai bila?

Dahlah kau berzina, kau buang bayi pula merata-rata. Apa nak dengan manusia zaman sekarang ni, sanggup buang atau bunuh bayi yang tak berdosa. Kasihanilah bayi yang tak berdosa tu. Masa berseronok tak ingat, dah membusung baik si lelaki dayus mahupun si gadis yang akal pendek mulalah “gelabah puyuh”, akhirnya jalan paling kejam yang dipilih mereka. Wahai insan yang bernama manusia yang terlibat dengan kes pembuangan bayi ini, bukalah mata. Renung-renungkanlah wajah-wajah comel ini. Mereka berhak untuk bernafas dimuka bumi Allah S.W.T. ini. Berilah mereka peluang untuk hidup

Laporan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi kelahiran anak luar nikah :

* Tahun 2007 : 16,100 anak luar nikah Melayu
* Tahun 2008 : 16,541 anak luar nikah Melayu
* Tahun 2009 : 17,303 anak luar nikah Melayu

Ini beberapa kes lahir anak luar nikah dan kes pembuangan yang dilaporkan untuk 7 hari terakhir ini. Yang tidak dilaporkan atau tidak berjaya dikesan? Erm………………….

bayi21 Kes Pembuangan Bayi di Malaysia. Cadangan?

MELAKA: Seorang bayi lelaki berusia kira-kira seminggu ditemui ditinggalkan oleh individu tidak bertanggungjawab di belakang Jabatan Perubatan Forensik dan Bilik Mayat Hospital Melaka (HM) baru-baru ini

KULAIJAYA “Dalam keadaan samar-samar, saya dapat melihat kelibat manusia keluar daripada kereta terbabit sambil membawa sesuatu, dengan kelam-kabut dia terus meletakkan objek di hentian bas sebelum memecut laju ke arah Johor Bahru. “Sifat ingin tahu menyebabkan saya berhenti dan mendapati sebuah kotak ditinggalkan di situ. Saya kemudian mengambil sebatang kayu untuk membuka kotak susu berkenaan sebelum terpandang wajah bayi yang diam membisu di balut menggunakan kain.

bayi3 Kes Pembuangan Bayi di Malaysia. Cadangan?

PETALING JAYA – Lagi kes pembuangan bayi. Kali ini melibatkan bayi lelaki yang mayatnya ditemui di tepi Jalan SS22/48 berhampiran Sekolah Kebangsaan Damansara Jaya di sini baru-baru ini

Seks bebas antara salah satu dari dosa-dosa besar? Tidak kira samada kau “main” pakai kondom ker, pancut luar ker, jikalau bukan muhrim, zina tetap zina. Yang kesiannya mak ayah yang hidup susah, cari duit hantar anak-anak pergi sekolah, tetapi lain yang mereka belajar. Budak-budak yang berzina ini sebenarnya bukan nak ANAK, mereka hanya mahu seronok-seronok. Orang-orang tua minta bawa balik kejayaan, mereka bawak balik berita anak luar nikah!!!!!!!

Melihat kes pembuangan bayi di Malaysia yang semakin menjadi-jadi, kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat ingin melaksanakan pusat penyerahan bayi luar nikah (bank bayi). Apa pandangan anda?

Pembuangan bayi, punca, kesan dan langkah mengatasinya

pembuangan bayi-punca,langkah mengatasi dan kesan
PENGENALAN

Kes-kes pembuangan bayi bukanlah sesuatu yang asing didengari dan berlaku dalam masyarakat Malaysia malah di merata tempat. Bagi masyarakat kian membangun ini, membuanag bayi adalah satu cara paling mudah dilakukan oleh pasangan yang melakukan penzinaan dan hamil. Menurut kes ini, perempuan yang telah dipersalahkan dan terpaksa menanggung beban atas pembuatan penzinaan tersebut.
Tujuan saya memilih tajuk ini adalah untuk membincangkan secara lebih mendalam tentang punca-punca, kesan-kesan dan langkah-langkah mengatasi pembuangan bayi ini. Dalam esei ini, matlamat saya bertujuan untuk menyedarkan bahawa pembuangan bayi ini adalah satu kesalahan jenayah yang amat berat dan haram di sisi islam kerana bayi merupakan rezeki yang Allah s.w.t turunkan kepada kita sebagai cahaya mata dalam kehidupan.Namun sebaliknya, kita membuang bayi tersebut dan tidak bersyukur atas nikmat Allah s.w.t yang diberikan kepada kita. Pembuanagn bayi sama maksudnya kita membunuh manusia yang tidak bersalah atas penzinaan yang telah kita lakui.
Saya berharap agar pihak kerajaan dan masyarakat mengambil peranan yang amat penting bahawa gejala ini terus berlaku dan memperoleh peningkatan peratus yang tinggi malah kaum melayu beragama islam.Umumnya semua masyarakat atau rakyat jelata di Malaysia perlu mengamalkan nilai Kepercayaan Kepada Tuhan.


PENGERTIAN PEMBUANGAN BAYI


[1]Pengertian pembuangan bayi adalah bayi yang telah di buang oleh pasangan yang melakukan penzinaan dan mengandung anak luar nikah.Oleh kerana tidak mahu malu atas perbuatan tersebut mereka membuang bayi di tempat-tempat yang tidak sepatutnya terutama di kawasan tapak pembuangan sampah, longkang, lubang tandas, tempat awam seperti masjid dan tandas awam dan sebagainya menjadi tempat dimana bayi-bayi malang ini ditemui.Apakah kita ingin digelar masyarakat yang tidak bertamadun dan tidal berperikemanusiaan seperti berlaku pada zaman jahiliah sebelim kedatangan Islam. Kanak-kanak teruma permpuan akan dibunuh dan ditanam hidup-hidup untuk menutup malu demi hanya mempertahankan maruah keluarga.

[2]Ajaran Islam dalam pembuangan dan penguguran bayi sangat diharamkan di kalangan masyarakat islam. Ianya dianggap satu dosa yang besar kerana membunuh dengan niat. Sebagaimanapun yang telah disebut dalam Al-Quran surah An-Nisa’ ayat 93:

Maksudnya:
"Dan sesiapa yang membunuh mukmin dengan sengaja maka balasannya neraka jahanam, kekal dia didalamnya dan Allah murka kepadanya dan melaknat akannya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar".

[1] www.punca pembuangan bayi.com
[2] www.berilah aku peluang untuk hidup.com

PUNCA-PUNCA PEMBUANGAN BAYI

Melalui empat kategori iaitu:
· Daripada Ibu Bapa
· Daripada rakan sebaya
· Daripada laman sesawang
· Daripada diri Sendiri

Daripada Ibu Bapa

[1]Kes pembuangan bayi ini ada kaitannya daripada ibu bapa kerana konflik dalam keluarga telah menendang keluar remaja untuk mencari tempat dan rakan yang boleh membantu mengatasi keadaan hidup. Ibu bapa tidak dapat mengawal disiplin dan gerak-geri anaknya ketika anaknya belajar di sekolah atau IPTA dan lain-lain.Oleh itu,tanpa pengawasan ibu bapa anak-anak telah menjadi liberal, bersikap kurang ajar dan merencanakan kehidupan mengikut kehendak hati serta ingkar akan kata-kata ibu bapa ketika keluar lewat malam bersama pasangannya.Selain itu, melalui didikan agama pula ibu bapa tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya kerana kebenarannya remaja ini sudah dididik sejak kecil lagi namun apabila mereka kian dewasa didikan serta nasihat ibu bapa akan mereka lupakan sedikit demi sedikit.

Daripada Rakan Sebaya

Apabila anak-anak sudah masuk ke alam remajanya ketika menyambung pembelajarannya di IPTA mahupun IPTS. Mereka secara automatiknya memperoleh rakan baru malah tingkat umur yang berbeza.Pada waktu ini mereka hanya menjadi rakan tanpa mengenal latar belakang rakan tersebut dan disini lah pengaruh rakan sebaya boleh berlaku kerana tiada pengawasan ibu bapa lagi. Jika remaja tidak ada keteguhan iman mereka akan diselubungi perasaan ingin tahu atas pengaruh rakan sebaya. Ini akan menyebabkan remaja mudah terjebak dengan pergaulan bebas sehingga melampaui batasan agama seperti maksiat,penzinaan dan hamil sehingga berlakunya pembuangan bayi.


Daripada Laman Sesawang dan media cetak serta elektronik

Melalui kemajuan ekonomi kita kini turut antara punca pembuangan bayi kerana apa sahaja yang mereka layari seperti pendidikan juga turut mengeluarkan gambar dan video yang tidak senonoh . Oleh itu,remaja sekarang mudah melayari laman sesawang apa-apa sahaja termasuk bahan-bahan lucah, penayangan filem berunsurkan seks oleh media

[1] http://www.bharian.com/

elektronik, penyebaran VCD dan gambar lucah. Bahan- bahan ini telah mendorng mereka dan membangkitkan nafsu serakah untuk melakukan maksiat dan penzinaan yang membawa kepada lahirnya anak luar nikah.

Daripada Diri Sendiri

Masyakat kini boleh digelar masyrakat tidak bertamadun dan tidak berperikemanusiaan sepertinmana terjadi di zaman jahiliah sebelum kedatangan islam lagi. Kanak-kanak perempuan akan dibunuh dan di hidup-hidup untuk menutup malu demi hanya nutuk mempertahankan maruah keluarga. Begitulah terjadi pada zaman sekarang, kanak-kanak turut dilayan sebegitu rupa tanpa berasa belas kasihan dan dibuang merata-rata hanya untuk menutup malu dan menjaga maruah keluarga pembuang itu. Perbuatan ini membuat bayi menjadi mangsa binatang buas adalah satu jenayah yang amat zalim dan keji serta lebih hina tarafnya daripada haiwan. Jika dibandingkan haiwan dengan manusia, haiwan lebih baik kerana masih mengasihani dan memelihara anak dan sanggup mati demi keselamatan anak-anaknya.
Renungilah amaran Allah SWT di dalam surah Al-A’raf ayat 179:
Maksudnya:
” Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi) neraka jahanam kebanyakkan dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi ) tidak mahu memahami dengannya dan mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya dan mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya; mereka itu seperti binatang ternak bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang yang lalai ” .
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI PEMBUANGAN BAYI

Melalui tiga peranan iaitu:
· Peranan pihak berkuasa dan badan NGO
· Peranan ibu bapa
· Peranan pihak media massa


Peranan Pihak Berkuasa dan Badan NGO

Peranan pihak berkuasa dan badan-badan NGO adalah mengatasi kemelutan pembuangan bayi. Pihak berkuasa terutama pihak polis haruslah membanteras pengedaran bahan-bahan lucah daripada tatapan anggota masyarakat terutama golongan remaja. Selain itu, pihak polis juga perlu tegas mengenakan hukuman yang setimpal kepada mereka yang bersalah itu di penjara seumur hidup.Oleh itu, mereka akan berhati-hati semasa bergaul dan mengelakkan hubungan yang melampaui batasan agama. Badan-badan NGO pula hendaklah mengadakan program peringkat awal pendidikan agama dan sosial dengan lebih berkesan dan menyeluruh. Penekanan pendidikan amat penting bagi menyedarkan masyarakat terutama remaja dengan maklumat yang tepat agar mereka tidak terjebak dalam masalah sosial yang membabitkan jenayah pembuangan bayi ini.

Peranan Ibu Bapa

Peranan ibu bapa adalah mendidik anak-anak menjadi insan yang bermoral dan tidak mudah terpengaruh dari gejala sosial yang bercegahan dengan agama.Didikan agama yang sempurna perlu diberikan seawal yang mungkin kepada anak-anak bagi memandu mereka kearah kebaikan. Remaja yang mempunyai iman yang teguh tidak akan mudah terjebak dengan gejala sosial ini kerana mereka dapat membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Ibu apa juga perlulah mengawasi pergaulan anak-anak supaya tidak terjebak dengan perbuatan haram dan berdosa seperti melakukan seks bebas.

Peranan Pihak Media Massa

Peranan pihak media massa adalah memberikan pendedahan tentang kesan pembuangan bayi kepada masyarakat luar perlu dititikberatkan. Program-program motivasi dan kempen-kempen kesedaran haruslah dilaksanakan oleh pihak media amat berguna dan bermakna. Misalnya, pendedahan berbentuk grafik dan kisah benar tentang seseorang yang pernah membuang bayi lalu ini akan membangkitkan kesedaran para remaja. Program motivasi dan kempen kesedaran seperti ‘Dosa Besar’ dan ‘Adab Bergaul’ mampu memperkuatkan lagi rasa keinsafan dan ketakutan remaja dalam melakukan dosa. Pihak media massa juga hendaklah memberhentikan program-program hiburan melampaui yang boleh merosakkan akhlak remaja seperti cerita-cerita mengandungi adegen 18sx.

KESAN-KESAN PEMBUANGAN BAYI


Mempunyai tiga kesan:
· Kesan terhadap bayi
· Kesan terhadap ibu yang melahirkan
· Kesan terhadap keluarga perempuan
· Kesan terhadap masyarakat

Kesan terhadap bayi
Kesan terhadap bayi adalah menyebabkan dia akan di pandang rendah dan di hina oleh masyarakat setempat. Bayi ini setelah dewasa tidak akan dapat mengenali siapa ibu bapa kandung sebenarnya.Selain itu, bayi ini akan berasa sangat sedih dan kecewa akan sikap ibu bapa kandungnya yang membuangnya dan tidak menjaganya. Seterusnya, bayi ini akan menghausi kasih sayang daripada ibu bapa kandungnya yang telah membuangnya. Bertuah sesiapa ibu bapa yang masih dimaafkan oleh anak kandung yang mereka buang itu namun jika sebalik maka ia akan di laknat di neraka jahanam oleh Allah SWT.

Kesan terhadap ibu yang melahirkan
Kesan terhadap ibu yang melahirkan pula adalah sekiranya ibu ini telah membuang bayinya dalam tempoh masa terdekat mahupun panjang sudah pasti dia akan merindui anaknya kembali. Misalnya, jika anaknya masih hidup dan dijaga oleh keluarga angkat dan dia ingin mengambil semula anaknya. Sebarang kemungkinan anaknya tidak mahu kembali kepadanya kerana anaknya tidak mengenali ibu kandung sebenarnya sedangkan anak itu telah dijaga rapi oleh keluarga angkatnya. Oleh itu, ibu yang membuang bayi tersebut akan berasa amat menyesali perbuatannya malahan tidak pasti lagi anaknya itu akan memaafkan ibunya.

Kesan terhadap keluarga perempuan
Kesan terhadap keluarga perempuan adalah maruah diri dan keluarganya akan musnah akibat maksiat, penzinaan, hamil dan membuang bayi memang amat memalukan keluarga kerana ia berlaku secara terus menerus. Selain itu, keluarga perempuan juga akan di pandang hina sehingga turun temurunnya walaupun ia hanya berlaku sekali. Seperti kata orang-orang tua, walaupun banyak kebaikan yang kita lakukan malah hanya satu keburukan kita lakukan itu pula mereka perkatakan sampai bila-bila.


Kesan terhadap masyarakat

Kesan terhadap masyarakat pula adalah kita akan digelar masyarakat tidak bertamadun dan tidak berperikemanusiaan serta masyarakat yang kejam. Selain itu, gejala ini juga dapat menganggu sistem nilai dalam perpaduan dan kesejahterahan masyarakat kita. Kemodenan masyarakatlah yang menyebabkan perubahan sangat ketara dalam proses sosiolisasi. Nilai-nilai tradisi masyarakat tradisional seperti gotong-royong, zirah menziarahi telah menjadi luntur di kalangan masyarakat kita kerana saling berselisih dan menyelisihkan orang yang telah membuang bayi.

PENUTUP



Kesimpulannya,setiap bayi yang dilahirkan mempunyai hak untuk hidup. Oleh itu, semua masyarakat haruslah bekerjasama bergabung tenaga bagi membanteras dan mencegah saupaya gejala pembuangan bayi ini tidak menular ke tahap yang lebih serius. Tindakan bersepadu Angkatan Relawan Rakyat (RELA), Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) dan Rukun Tetangga (RT) perlu menangani pergaulan bebas dalam kalangan remaja dengan tindakan awal kerana “mencegah itu lebih baik daripada mengubati”. Masyarakat perlu sedar bahawa bayi ini merupakan Anugerah Allah SWT yang diamanahkan kepada hambanya untuk bertanggungjawab dan menjaga malah sebaliknya bagi pasangan kekasih yang telah terlanjur,bayi yang akan dilahirkan itu menjadi satu beban kerana mereka tidak bersedia untuk memikul tanggungjawab diusia yang masih muda iaitu usia remaja.

Karangan BM- boleh diubah suai jadi Tugasan Harian PM

Karangan Rasuah. Faktor-faktor penyebab dan langkah-langkah mengatasinya

Fenomena rasuah sering dikaitkan dengan istilah tumbuk rusuk atau makan suap dan konotasi ini membawa maksud yang negatif kepada imej sesebuah masyarakat itu. Semakin tinggi kadar rasuah di sesebuah negara itu maka semakin rendahkan persepsi masyarakat luar terhada kemampuan rakyat negara terbabit untuk melakukan sesuatu terutama dalam aspek ekonomi. Media massaa turut menyiarkan pelbagai kes yang melibatkan pegawai kerajaan berprofil tinggi yang terlibat dalam amalan rasuah ini sebagai bukti betapa masalah ini semakin menular dalam masyarakat kita. Jelaslah, fenomena sosial ini mempunyai pelbagai imlikasi, punca dan langkah yang efektif untuk menanganinya.

Punca yang ketara tentang gejala ini sering dikaitkan dengan masalah ketelusan sistem pentadbiran kerajaan kita. Masyarakat menganggap masaah rasuah ini bermaharajalela kerana kerajaan tidak memiliki satu sistem yang telus terutama dalam aspek pemberian tender dan projek lain yang menyebabkan ramai pekerja awam mengambil kesempatan daripada kelemahan itu untuk mengambil wang secara haram ini. Ketiadaan sistem pemantauan yang berkesan telah menyebabkan ramai kaki tangan awam yang terangsang untuk melakukan jenayah yang keji ini. Jelaslah, masalah ini berleluasa apabila tiadanya satu ketelusan dalam sistem tadbiran awam negara kita.

Selain itu, masalah jenayah kolar putih ini turut merebak lantaran sikap masyarakat kita yang tidak peka dengan polemik masalah ini secara terperinci. Ada kalangan masyarakat yang menganggap masalah ini merupakan asam garam kehidupan yang harus dan telah dialami oleh semua negara di dunia ini. Persepsi sedemikian menyebabkan mereka menganggap tindakan mengambil rasuah dan memberi rasuah itu sudah menjadi satu kebiasaan yang tidak pernah dimalukan oleh sesiapa sahaja. Maka, kurangnya pemahaman masyarakat terhadap masalah rasuah ini menyebabkan masalah ini menular secara pantas dalam masyarakat kita terutama yang tinggal di bandar-bandar besar.

Bukan sahaja kurangnya pemahaman tentang masalah ini yang membawa penularan gejala sosial ini tetapi masalah ini turut mempunyai kaitan dengan penguatkuasaan undang-undang yang dikatakan lemah dalam sistem perundangan negara kita tentang isu rasuah ini. Tindakan mahkamah mengenakan hukuman yang dianggap ringan kepada pesalah-pesalah rasuah berbanding dengan jumlah rasuah yang diambil oleh mereka telah memberikan satu pandangan negatif terhadap keupayaan sistem kehakiman kita untuk menangani isu ini. Hukuman yang ringan ini dikatakan menjadi motivasi kepada pihak-pihak tertentu untuk mengambil risiko melakukan rasuah kerana mereka sedar mereka masih mampu menikmati hasil rasuah yang mereka ambil itu setelah keluar dari penjara. Sesungguhnya, kelemahan dalam sistem kehakiman menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahan rasuah di negara ini telah memberi satu pandangan salah tentang rasuah ini kepada masyarakat kita.

Apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah rasuah ini? Sudah pasti tindakan awal ialah kerajaan membuktikan kesungguhan mereka dalam menangani kemelut ini dengan menahan, mendakwa dan menghukum pesalah-pesalah rasuah tanpa mengira kedudukan mereka. Rakyat masih beranggapan bahawa masih ada pihak-pihak tertentu yang mengambil rasuah tetapi mereka tidak di bawa ke muka pengadilan yang menimbulkan rasa tidak ppercaya rakyat akan keikhlasan kerajaan menangani isu ini. Kesungguhan kerajaan mendakwa atau menyeret mereka ini ke mahkamah akan memberi satu peringatan agar mereka tidak mengambil rasuah pada peringkat awalnya. Sesungguhnya, tindakan tegas kerajaan mendakwa semua pihak yang terlibat tanpa memilih bulu akan memberi petanda bahawa pengamal rasuah akan menerima hukuman yang setimpal dan menakutkan mereka untuk melakukan jenayah ini.

Usaha kerajaan untuk menakutkan pesalah rasuah dan masyarakat boleh dicapai menerusi satu kempen iklan yang efektif. Kempen yang dilancarkan itu mestilah menggunakan media massa secara holistik iaitu daripada akhbar hinggalah ke internet untuk memastikan semua khalayak masyarakat menerima kempen tersebut. Semua imej atau aksi yang dipaparkan melalui iklan itu mestilah berupaya meninggalkan kesan atau menjadikan masyarakat berfikir dua kali sebelum mereka menerima rasuah. Jadi, kempen yang begitu mudah tetapi berkesan menjadi satu wahana yang baik dalam peperangan memerangi amalan rasuah ini.

Seterusnya, penerapan konsep keagamaan dan moral hendaklah dilakukan terutama di sektor pendidikan negara seperti dalam kalangan pelajar sekolah dan universiti. Usaha menerapkan konsep murni sebegini perlu dilakukan pada peringkat awal kehidupan seseorang itu supaya mudah untuk mengawalnya. Semua konsep yang baik dijelaskan kepada pelajar supaya mereka memahami keperluan untuk membebaskan diri dan negara daripada ancaman rasuah ini. Ringkasnya, pendidikan kepada golongan muda berupaya menyekat penularan wabak sosial yang begitu memalukan ini dengan begitu mudah dan berkesan.

Konklusinya, semua faktor dan langkah mengatasi kemelut sosial ini harus diteliti dan dipantau oleh semua pihak dengan berkesan. Perubahan paradigm masyarakat terhadap rasuah perlu berlaku terlibat dahulu jika masalah ini hendak diatasi hingga ke akar umbinya. Kelewatan untuk mengatasi masalah ini mampu menjadikan negara kita satu negara yang begitu sukar untuk dipercayai dan diuruskan pada masa hadapan. Mungkin konsep mencegah daripada mengubatinya lebih berkesan dalam memastikan rasuah terus berkubur dalam tempat yang sepatutnya.

Dipetik daripada : Blog Cikgu Azman

Kesan Amalan Rasuah

KELUARAN KHAS SEMPENA HARI ANTI RASUAH OLEH SPRM / UN-TRANSPARENCY INTERNATIONAL

RASUAH : Ditakrifkan sebagai memberi sesuatu kepada orang-orang yang tertentu dengan niat untuk mendapatkan sesuatu yang bukan menjadi haknya.

Memberi sesuatu itu samada dalam bentuk wang ringgit, harta benda, jawatan, perkhidmatan, janji manis dan sebagainya. Ianya diberikan kepada orang yang tertentu yang tidak layak menerimanya. Mungkin orang yang diberi rasuah itu mempunyai gaji dan upah yang tertentu, lebih kaya dan berjawatan dan bukan pula kaum keluarga si pemberi. Pemberian yang diberi dengan niat agar suatu masa mendapat balasan dan imbalan yang lebih besar dari orang-orang tertentu tadi. Sedangkan pada hakikat orang lain yang sepatutnya memiliki hak itu.

Perkataan rasuah berasal daripada perkataan Arab yang berbunyi al-risywah. Dalam Al-Quran rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perbuatan jenayah lain seperti merompak, memeras ugut dan menipu. rasuah ataupun ‘corruption’ dalam Bahasa Inggeris, tidak diberi definisi yang khusus di dalam undang-undang Malaysia. Tetapi ditakrikan sebagai suapan.

Walau bagaimanapun ada beberapa definisi yang telah diberi oleh beberapa pihak yang pakar dalam bidang ini. Di dalam kamus Concise Law Dictionary. P. G. Osborne memberi definisi bribery and corruption sebagai perbuatan giving or offering any reward to any person to influence his conduct; or the receipt of such reward

John B. Saunders pula menulis dalam kamus ‘Mozley and Whiteleys Law Dictionary’ memberi definisi ‘corruption is the taking or giving of money for the performance or non-performance of a public duty’.

Rasuah dalam bahasa Latin: corruptio daripada kata kerja corrumpere = busuk, rosak, menggoyahkan, memutar balik, menyogok).

Menurut ‘Transparency International’ pula, rasuah ialah perilaku buruk di jabatan-jabatan atau pejabat-pejabat awam, termasuklah para politikus dan pegawai-pegawai, yang secara tidak wajar dan tidak sah/menurut undang-undang, mengayakan diri atau memperkaya kerabatnya (keluarga dan sahabat handai), dengan menyalahgunakan kuasa dan kepercayaan awam yang diberi kepada mereka.

Dari sudut undang-undang, perbuatan rasuah mencakupi: Melanggar undang-undang yang dikuatkuasakan, Penyalahgunaan harta Negara, yang akan merugikan Negara, serta memperkaya diri sendiri dan kaum kerabat.

NAMA LAIN BAGI RASUAH

Dalam dunia hari ini rasuah disebut dalam berbagai sebutan agar ianya tidak nampak sebagai rasuah. Ada yang disebut sebagai sogokan, suapan, tumbuk rusuk, makan suap, wang saku, duit kopi, bawah meja dan sebagainya. Semuanya itu bermaksud rasuah.

Jenayah rasuah adalah satu tegahan agama, baik agama Islam mahupun agama-agama lain. Allah s. w. t. berfirman yang bermaksud:-

“Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim- hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)”.

Hadis nabi SAW ada menyatakan :”Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah SAW telah mengutuk orang yang memberi sogokan dan orang yang menerima sogokan dalam soal hukum menghukum” (HR. Abu Daud & Tirmizi)

Ibnu Mas’ud telah mentafsirkan ayat di atas seperti berikut:

“Sogokan (rasuah) dapat berlaku pada tiap-tiap sesuatu, barangsiapa yang telah memberi sesuatu pemberian dalam sesuatu pembelaan kepada seseorang supaya pembelaan itu dapat mengembalikan yang hak atau dapat menolak kezaliman (aniaya) lantas diterimanya maka pemberian itu dinamakan sogokan juga. Perbuatan sedemikian diharamkan kerana mengandungi beberapa perkara yang diharamkan oleh agama di antaranya :

1) Tidak akan berlaku kebenaran dalam sesebuah masyarakat selagi mana perbuatan sogok menyogok masih dilakukan oleh manusia.

2) Dengan sogok menyogok itu manusia selalu melanggar hukum untuk memenuhi kehendak hawa nafsunya.

3) Dengan sogok menyogok juga manusia dapat membalas dendam antara seorang dengan orang yang lain dan sebagainya.

Dalam Islam rasuah juga bermaksud harta yang diperolehi kerana terselesainya suatu kepentingan manusia (baik untuk memperolehi keuntungan mahupun untuk menghindari kemudharatan) yang sepatutnya wajib diselesaikan tanpa imbalan (imbuhan).

Adakala orang yang mendapat sesutu projek atau pekerjaan tidak memberi sesuatu dalam bentuk yang boleh dikatakan rasuah dan seumpamanya tetapi selepas mendapat upah dan imbuhan, diberinya sedikit wang atau seumpamanya kepada seseorang pegawai atas dasar penghargaan maka hal ini akan menjadi satu perkara syubhat. Mungkin pemberiannya kerana penghargaan semata-mata dan tidak mengharapkan apa-apa lagi selepas itu. Adakalanya memberi kerana penghargaan tetapi ada niat tersembunyi yang mungkin hanya pemberi dan penerimanya sahaja yang mengetahui.

HUKUM MEMBERI DAN MENERIMA RASUAH

1. Haram dan berdosa besar, wajib bertaubat nasuha dengan segera samada pemberi, penerima atau yang berkaitan dengannnya. Jika sampai melibatkan individu tertentu yang teraniaya TAUBAT NASUHA TIDAK MEMADAI TANPA MEMOHON KEMAAFAN ATAU MEMBAYAR GANTIRUGI KEPADA MEREKA. Pengharaman rasuah adalah jelas berdasarkan Al-Qur’an dan Hadis. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman,

Ertinya : ” Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil (tidak halal) dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui.” ( Al-Baqarah : 188 )

Disebutkan dalam hadits :-

Ertinya : “Rasulullah s.a.w telah melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah dalam penetapan keputusan (pemerintahan, pentadbiran, kehakiman dan lain-lain)”.
( HR. At-Tirmidzi, 3/622 : Imam Tirmidzi berkata : Hadis Hasan Sohih)

2. Dilaknat oleh Allah S.W.T dan RasulNya. Daging yang tumbuh dari sumber yang haram (seperti rasuah), Neraka lebih utama untuknya. Dengan rasuah akan hilang keberkatan dalam kehidupan. Hidup tidak terdorong ke arah kebajikan dan kebaikan tetapi terdorong ke arah kemaksiatan dan kejahatan.

3. Akibat rasuah kuasa, jawatan, pangkat, kedudukan yang hasil daripada rasuah ia tidak akan mendapat keberkatan dan tidak akan berkekalan lama, di akhirat pula akan dimasukkan ke dalam neraka sekiranya ia tidak bertaubat, atau bertaubat tetapi tidak diterima oleh Allah taubatnya.

SUAPAN ATAU SOGOKAN

Suapan atau makan suap juga boleh terjadi dalam bentuk wang derma, alang, pinjaman, fee, hadiah, cagaran berharga, harta atau kepentingan mengenai harta, iaitu apa-apa jenis harta, sama ada alih atau tak alih, atau apa-apa manfaat seumpama itu yang lain;

1. Apa-apa jawatan, kebesaran, pekerjaan, kontrak pekerjaan atau perkhidmatan, dan apa-apa perjanjian untuk memberikan pekerjaan atau memberikan perkhidmatan atas apa-apa sifat;

2. Apa-apa bayaran, pelepasan, penunaian atau penyelesaian apa-apa pinjaman, obligasi atau liabiliti lain, sama ada keseluruhannya atau sebahagian daripadanya;

3. Apa-apa jenis balasan berharga, apa-apa diskaun, komisyen, rebet, bonus, potongan atau peratusan;

4. Apa-apa perbuatan menahan diri daripada menuntut apa-apa wang atau nilai wang atau benda berharga;

5. Apa-apa jenis perkhidmatan atau pertolongan lain, seperti perlindungan daripada apa-apa penalti atau ketakupayaan yang dikenakan atau yang dikhuatiri atau daripada apa-apa tindakan atau prosiding yang bersifat tatatertib, sivil atau jenayah, sama ada atau tidak sudah dimulakan, dan termasuk penggunaan atau menahan diri daripada menggunakan apa-apa hak atau apa-apa kuasa atau kewajipan rasmi; dan

6. Apa-apa tawaran, akujanji atau janji, sama ada bersyarat atau tidak bersyarat, untuk memberikan suapan mengikut pengertian mana-mana perenggan (1) hingga (5) yang terdahulu;

PUNCA DAN SEBAB RASUAH

Berbagai faktor dikaitkan mengapa seseorang itu melakukan perbuatan jenayah rasuah. Walaupun begitu Islam melihat kelakuan rasuah adalah disebabkan beberapa sikap buruk dari jiwa seseorang manusia dan didorong oleh kekuatan syaitan, kerana lemahnya iman bahkan tidak beriman kepada qadha’ dan qadar Allah s.w.t. Secara terperinci amalan rasuah disebabkan oleh sikap;

1. Tamak dan haloba.

2. Dengki dan khianat.

3. Sombong dan Takabbur.

4. Suka berbuat yang haram.

5. Tiada keberkatan Hidup

6. Nafsu serakah.

7. Gila Kuasa.

8. Menafikan hak orang lain.

9. Ingin menunjuk-nunjuk.

10. Zalim dan kasar.

Walau bagaimanapun secara ringkasnya, berdasarkan pengalaman Badan Pencegah Rasuah di Malaysia, perbuatan jenayah rasuah berlaku disebabkan oleh:

1. Di mana seseorang ingin hidup mewah dan cepat kaya dan sentiasa mengejar kebendaan tanpa mengira halal haram. Apa yang dipentingkannya hanyalah nilai-nilai material, dengan membuang jauh tanggungjawabnya sebagai seorang penjawat awam yang diamanahkan dengan kuasa dan pertanggungjawaban. Individu seperti ini tidak mahu mengambil kira langsung bahawa dengan melakukan perbuatan rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa, sebenarnya dia telah melakukan kezaliman, penganiayaan dan menafikan hak-hak orang lain atau memberikan hak sesuatu itu bukan kepada orang yang sepatutnya mendapat hak itu.

Sebagai contoh, oleh kerana seorang pegawai di Bahagian Bekalan menerima suapan secara rasuah, kontraktor yang sepatutnya dan layak membekalkan peralatan ketenteraan, atau membekalkan makanan telah tidak dipilih. Perbuatan pegawai ini menyebabkan Kementerian Pertahanan atau Angkatan Tentera telah dinafikan yang terbaik yang boleh dibekalkan oleh kontraktor berkenaan.

Allah swt telah berfirman:
“dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu ( memberi rasuah ) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan ( atau mengambil ) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahuinya.” (Surah Al-Baqarah: ayat 188)

2. Di samping itu, sikap hidup yang suka bermegah-megah menjadi amalan. Menyara hidup pula melebihi pendapatan hinggakan terpaksa berhutang di sana sini. Akhirnya, akibat bebanan hutang jenayah rasuah dilakukan.

3. Kurangnya penghayatan nilai-nilai murni. Selain dari itu, kedangkalan ilmu-ilmu keagamaan, kurangnya penghayatan nilai-nilai murni dan hilangnya nilai-nilai akhlak yang baik juga menjadi antara faktor yang menyebabkan seseorang itu bergelumang dalam jenayah rasuah.

Menurut seorang penulis, “nilai” ialah “beliefs about right and wrong”. Manakala “etika” pula ditakrifkan sebagai “thinking systematically about morals and conduct and making judgments about right and wrong”. (Carol W. Lewis: The Ethics Challenge in Public Service).

4. Kerendahan moral ditambah dengan nafsu yang tidak lagi dapat membezakan antara nilai-nilai yang baik dan buruk, hingga mengenepikan nilai-nilai suci dalam agama mendorong seseorang itu melakukan pelbagai kemaksiatan dan jenayah. Justeru itu, individu seperti ini akan memperhambakan dirinya kepada nafsu yang mengongkong kehidupannya.

5. Kurangnya penyeliaan oleh pegawai atasan. Berdasarkan pengalaman BPR juga. kurangnya penyeliaan pegawai atasan akan menyebabkan mana-mana individu yang didorong oleh unsur-unsur yang tidak sihat akan mengambil kesempatan dari keadaan itu untuk melakukan penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan rasuah.

6. Kurangnya komitmen kepimpinan untuk mengenalpasti ruang-ruang yang boleh me- nyebabkan berlakunya perbuatan rasuah, dan ditambah pula wujudnya pemimpin yang takut untuk menjadi tidak popular, menyebabkan keadaan akan tidak terkawal.

7. Terlalu banyak penurunan kuasa tanpa pengawasan yang bijak oleh pegawai atasannya akan juga membuka banyak ruang berlakunya perbuatan rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.

8. Kelemahan Peraturan atau Sistem Pelaksanaan Kerja. Selain dari itu, longgarnya tatacara dan peraturan kerja atau kelemahan dalam sistem pelaksanaan kerja itu sendiri, boleh menyebabkan sesebuah Jabatan / Agensi itu sentiasa terdedah dengan perlakuan – perlakuan seperti jenayah rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa oleh pegawai dan kakitangannya.

Sekali lagi, komitmen kepimpinan khususnya, dan sikap serta perasaan pertanggungjawaban semua kakitangan bagi mempastikan ketelusan tatacara kerja dan sistem pelaksanaan kerja adalah sangat penting.

KESALAHAN RASUAH

Meminta/ Menerima Rasuah
Mana-mana orang atau ejen secara rasuah meminta/menerima/ bersetuju menerima suapan rasuah (wang/benda/perkhidmatan dan lain-lain) sebagai dorongan atau upah untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa jua berkenaan transaksi tersebut atau berkenaan dengan urusan rasmi, prinsipal/majikan berkenaan.

Menawar/Memberi Rasuah
Mana-mana orang atau ejen secara rasuah meminta/menerima/ bersetuju menerima suapan rasuah (wang/benda/perkhidmatan dan lain-lain) sebagai dorongan atau upah untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa jua berkenaan transaksi tersebut atau berkenaan dengan urusan rasmi, prinsipal/majikan berkenaan.

Membuat Tuntutan Palsu
Mana-mana orang memberi kepada ejen, atau ejen memberi kepada prinsipal/majikannya, suatu dokumen yang diketahuinya atau disedarinya mengandungi butir matan palsu, yang mana prinsipal / majikannya mempunyai kepentingan, dengan tujuan untuk mengeliru/memperdayakan prinsipal/majikannya.

Menyalahguna Jawatan/Kedudukan
mana-mana pegawai badan awam menggunakan jawatan atau kedudukan untuk mendapat suapan membuat apa-apa keputusan atau mengambil tindakan berhubungan dengan apa-apa perkara mengenainya, di mana pegawai itu, saudara maranya atau sekutu- nya ada kepentingan secara langsung atau tidak langsung.

KESAN BURUK DARI RASUAH AMNYA

1. Menganiayai orang yang sepatutnya berhak mendapat sesuatu seperti, projek pembinaan dan seumpamanya. Ini akan menimbulkan pula kesan jangka panjang dimana orang yang dianianya akan turut melakukan rasuah pada lain waktu, agar pekerjaan yang lain jatuh pula ketangannya.

2. Projek pembinaan akan terbengkalai atau mudah rosak. Jika suatu projek pembinaan yang sepatutnya diluluskan oleh Engineer atau Arkitek mengikut kesesuaian spesifikasi ilmu yang mereka pelajari tidak diguna pakai ketika itu kerana dirasuah dan menerima rasuah dari seseorang kontraktor maka projek pembinaan itu akan mudah terbengkalai atau mudah rosak. Kerana kontraktor yang membina projek berkenaan mahu cepat kaya dan inginkan marjin keuntungan yang tinggi.

3. Menyemarakkan perasaan dendam dan api kemarahan, sehingga boleh mencetuskan permusuhan. Hal ini biasanya akan terbit dari pihak yang merasa dianiaya yang mengetahui haknya jatuh ke tangan orang yang memberi rasuah.

4. Tidak akan ada keadilan dalam keputusan yang dibuat oleh hakim di mahkamah. Akibat rasuah orang yang sepatutnya bersalah lepas bebas dan orang yang tidak bersalah pula masuk penjara.

5. Jika pihak menegakkan undang-undang seperti Polis, SPRM, Kastam menerima rasuah, maka kes-kes kejahatan dan perbuatan buruk seperti membunuh, mengedar dadah, penyeludupan, aduan kes rasuah, merogol dan seumpamanya tidak dapat diselesaikan. Bahkan rakyat akan hilang kepercayaan kepada jabatan-jabatan berkenaan.

1. Kesan Terhadap Individu:

(i) Kehilangan pekerjaan.
(ii) Kejatuhan moral atau maruah.
(iii) Menerima hukuman.
(iv) Menghancurkan keharmonian hidup berumahtangga.
(v) Keluarga terabai.

2. Kesan Terhadap Masyarakat:

(i) Mengakibatkan ketidakadilan disebabkan mengenepikan hak-hak orang tertentu.
(ii) Menggalakkan jenayah dan melindungi penjenayah.
(iii) Membebankan golongan orang susah.
(iv) Memburukkan lagi taraf kemiskinan kerana sumber-sumber yang telah ditetapkan bagi membantu rakyat miskin diselewengkan.

3. Kesan Terhadap Negara:

(i) Menjejaskan kecekapan dan integriti pentadbiran.
(ii) Menjejaskan sosial serta kestabilan politik dan keselamatan.
(iii) Tumpuan pembangunan yang tidak seimbang.
(iv) Kenaikan kos barang dan perkhidmatan.
(v) Mengurangkan pendapatan negara.
(vi) Menurunkan mutu dan kualiti kerja atau produk yang dihasilkan.

PEYELESAIAN PENYAKIT RASUAH

Ada beberapa cara atau langkah yang difikirkan boleh mengurangkan masalah rasuah ini daripada berleluasa, antaranya:

1. Kembali kepada Islam dengan menyebarkan kefahaman terhadap konsep Islam kepada masyarakat seperti menjelaskan hukum Islam terhadap perbuatan rasuah dan mengenal pasti perbuatan yang diredhai Allah Subhanahu wa Ta‘ala mahupun yang sebaliknya.

2. Pendidikan Islam sejak dari usia kecil agar membentuk peribadi muslim yang beriman dan bertakwa, kerana dengan adanya iman dan takwa boleh menghalang seseorang itu daripada melakukan kejahatan.

3. Membentuk individu beretika mulia dengan menanam sikap amanah, jujur, menyuruh kepada melakukan kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan.

4. Menanamkan sikap minat belia-belia untuk mempelajari kitab-kitab agama dan sebagainya.

5. Memperbanyakkan dan mengutamakan aktiviti-aktiviti keagamaan, seperti membaca, menghafal dan merenung isi kandungan al-Qur’an, mengkaji hadis-hadis dan kitab-kitab agama.

6. Membentuk peribadi muslim kepada seorang yang mahu mengubah sikap diri sendiri daripada yang jahat kepada yang terpuji. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

Tafsirnya: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri …..” (11)
(Surah ar-R‘ad: 11)

7. Memberi kefahaman yang jelas tentang makna dan tujuan hidup yang sementara ini. Terimalah ketentuan Allah dengan redha dan berlapang dada..

8. Membersihkan jiwa dengan menanamkan kerohanian Islam. Jauhi daripada sifat mahukan hak orang lain.

9. Merapatkan diri dengan al-Khaliq menerusi amalan ibadat yang wajib dan sunat, seperti sembahyang sunat, berpuasa, berzikir, membaca al-Qur’an dan berselawat.

10. Menjalankan hukuman ta‘zir bagi memberi pengajaran kepada pelaku rasuah dan juga untuk orang ramai mengambil iktibar dengan hukuman tersebut.

11. Menyediakan peruntukan akta atau undang-undang bagi membentras gejala rasuah daripada berleluasa. Sebagai contoh, di Negara Brunei Darussalam peruntukan akta berkenaan disebut sebagai Akta Pencegahan Rasuah Bab (2) Penggal 131.

KESIMPULAN

Rasuah adalah perkara yang amat dilarang oleh syarak, bahkan mereka yang terlibat dengan amalan rasuah akan mendapat laknat daripada Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam.

Perbuatan rasuah juga termasuk dalam perkara memakan harta orang lain dengan jalan yang salah. Kesannya setiap daging yang tumbuh dengan sesuatu yang haram, maka nerakalah yang lebih utama bagi orang tersebut, sebagaimana Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya: “Wahai Ka‘ab bin ‘Ujrah: “Tidak masuk syurga sesiapa yang tumbuh pada dagingnya daripada sesuatu yang haram, nerakalah lebih utama baginya.”
(Hadis riwayat Ahmad)

Hikmat di sebalik pengharaman Islam terhadap sumber-sumber pencarian yang tidak halal, Islam telah mencapai beberapa matlamat sosial dan ekonomi:

1. Menjalin hubungan antara manusia berdasarkan prinsip keadilan, persaudaraan, penjagaan kehormatan dan pemberian hak kepada orang yang berhak.

2. Islam telah menghapuskan faktor utama yang menyebabkan lebarnya jurang perbezaan ekonomi antara kelompok dan status masyarakat. Keuntungan yang keterlaluan, kebanyakannya datang daripada sumber yang haram berbeza dengan jalan yang baik, ia selalunya mendatangkan keuntungan yang sederhana dan logik.

3. Mendorong manusia agar bekerja dan berusaha, kerana haram memakan harta secara salah iaitu bukan berdasarkan pulangan hasil usaha atau tanpa berkongsi dalam keuntungan dan kerugian seperti judi, riba dan sebagainya, meskipun ia mendatangkan manfaat dari segi ekonomi.

Oleh itu, amalan rasuah hendaklah dicegah daripada berleluasa. Cara yang terbaik ialah memberikan pendidikan Islam sejak dari kecil lagi agar keimanan tersemai di dalam jiwa mereka. Apabila keimanan ada dalam jiwa setiap orang, nescaya segala perkara-perkara mungkar dan maksiat akan terhindar daripada mereka, sekaligus akan membina masyarakat dan negara yang aman lagi makmur

Oleh : Aziran Mat Nor