Catatan Popular

Jumlah Paparan Halaman


Khamis, 9 April 2009

Pusat Rawatan Homeopati Marudu

SELAMAT DATANG KE PUSAT RAWATAN HOMEOPATI MARUDU
Dibuka awal Mac 2009.
Perkhidmatan yang diberikan ialah:
-menyediakan ubat-ubat Homeopati
-Konsultan tentang Perubatan Homeopati
-Reflexsologi kaki, tangan, urut badan, kepala atau seluruh badan
-Menjual Produk Kesihatan ( Ubat tradisional)

Masa : kerja sambilan , Selepas jam 1.00 pm (2.00 pm hingga 5.00 pm) atau
temujanji dahulu terutama sekali waktu malam. (Dr(H)Robert Garatam)

Lokasi Bangunan perniagaan:
Tingkat 1, Lot 2, Blok C, Bangunan Sedco
89107 Kota Kinabalu, Sabah.
Tel: 088 664 045/ HP: 0135584791

Alamat Email: tingka31@yahoo.com
Alamat Blog : http://www.drhrobert.blogsport.com/

Alamat rumah: Kg.Tingkalanon, Tandek, Beg Berkunci 9(12), 89108 Kota Marudu Sabah.

Terima kasih atas sokongan anda.......

Selasa, 7 April 2009

Menjawab Soalan Struktur

Bentuk soalan: Nyatakan/Berikan/Cadangkan nilai....
Kehendak Jawapan: Calon hanya perlu memberikan nilai shj. Jawab ....mestilah ditulis dlm bentuk ayat.
Contoh Soalan: Nyatakan dua nilai yang telah diamalkan oleh Daniel untuk mencapai kecemerlangan serta mengharumkan nama negara dalan sukan Ping Pong.
Jawapan: (i). Nilai kerajinan telah diamalkan oleh Daniel.
(ii). Nilai sanggup berkorban untuk negara telah diamalkan oleh Daniel. (2 m)
Berikan / Jelaskan maksud atau definisi nilai...
Kehendak jawapan: Calon hanya perlu memberikan maksud nilai berdasarkan kata kunci penerangan nilai.
Contoh: Berikan maksud nilai Amanah.
Jb: Nilai Amanah bermaksud sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain.
Jelaskan / Terangkan nilai.... Calon perlu memberikan nilai dan penerangan berdasarkan kata kunci penerangan serta fokus pada watak atau situasi yang sesuai.
Contoh: dua nilai yang harus diamalkan oleh ibu bapa untuk menengani isu penderaan kanak-kanak di rumah.
Jawapan: i. Nilai kasih sayang terhadap keluarga harus diamalkan oleh ibu bapa. Ibu bapa harus mempunyai perasaan kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan terhadap keluarga khasnya kanak-kanak.
ii. Nilai melindungi hak kanak-kanak juga harus diamalkan oleh ibu bapa. Ibu bapa harus membela, memberi naungan, dan memelihara hak kanak-kanak supaya tidak terlibat dalam kes penderaan.