Catatan Popular

Jumlah Paparan Halaman


Isnin, 30 Januari 2012

Format Laporan Kerja Amal

Laporan Kerja Amal 1 ( Ini adalah contoh sahaja )

Bidang I Perkembangan Diri (Tulis bidang)

Tajuk (contoh Membimbing murid Tahun 6 di SK.Tandek Kota Marudu )

Matlamat: ( sekurang-kurangnya nyatakan 3 matlamat)
1. Membantu murid meningkatkan prestasi dalam pelajaran.
2. Memberi motivasi secara berterusan untuk menggalakan murid berusaaha secara
berterusan.
3. Membantu ibu bapa dan anak supaya saling bekerjasama dalam usaha mengatasi
masalah pelajaran anak-anak di sekolah.

Objektif: (sekurang-kurangnya nyatakan 3 objektif)

1. Mengenal pasti kelemahan, kekuatan, bakat, potensi, peluang dan keupayaan sebenar
murid yang dibimbing dalam sesuatu subjek UPSR.
2. Menjelaskan kepada murid dan ibu bapa apa yang diperlukan oleh murid dalam usaha
meningkatkan prestasi akademiknya.
3. Murid dapat menggunakan teknik belajar yang betul semasa belajar.
4. Murid dapat menguasai kemahiran belajar ke arah pencapaian UPSR yang lebih
cemerlang.
5. Murid dapat menghuraikan kepentingan lulus UPSR dengan cemerlang.

Tarikh Kerja Amal dilaksanakan 1 Jun hingga Ogos 2011

Masa dilaksanakan: setiap jam 2.00 pm hingga 3.00 pm, 3 kali seminggu.

Orang yang terlibat menjayakan program ini ialah ibu bapa, anak (murid) dan saya sendiri. Saya membimbing murid (nyatakan nama orang yang terlibat)

Peranan anda:

Saya membimbing anak (murid Tahun 6 yang mengambil peperiksaan UPSR hujung tahun dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Matematik dan Sains). Saya juga akan memberi taklimat kepada ibu bapa cara-cara membantu anak ke arah pencapaian UPSR yang lebih cemerlang. Dengan kerjasama, tanggungjawab semua pihak yang terlibat program ini berjalan dengan lancar. Kasih sayang dan motivasi yang berterusan sentiasa kami berikan kepada murid yang dibimbing. Saya sendiri datang ke rumah murid itu. Rumahnya di sebelah rumah saya.

Masa membimbing satu mata pelajaran ialah satu jam. Saya akan mengkaji setiap kelemahan murid untuk membantu dia mengatasi masalah dengan lebih cepat.Di samping itu saya akan membimbing dia cara-cara belajar melalui internet dan bagaimana merujuk buku sumber atau bahan sumber yang lain di perpustakaan sekolah.

Saya juga mengambil masa satu kali pertemuan dengan guru-guru yang mengajar murid itu untuk berbincang tentang perkembangan pelajaran murid di sekolah. Latihan diberi kepada murid, sebelum, semasa dan selepas program itu berakhir.Prestasi murid direkod untuk salinan sekolahnya dan rujukan ibu bapanya. Setiap perkara akan dibincang dengan mesra tanpa tekanan kepada murid.

Kesan

Kesan yang saya peroleh ialah mutid itu telah menunjukkan minat yang mendalam untuk belajar bersungguh-sungguh. Sikap bertanggungjawab, kerajinan dan mengutamakan nilai harga diri berjaya disemai dengan baik.Disiplin yang tinggi dan semangat gigihnya dia telah berjaya meraih semua A dalam subjek yang saya ajar. Tahniah kepada semua yang turut menjayakan program ini. Saya percaya jika program ini atau kerja amal ini terus dijalankan kita dapat memabantu negara mencapai wawasan 2020 dengan jayanya.

Sekian dan terima kasih


Disediakan oleh

ruang tandatangan

(Nama pelajar yang melaksanakan kerja amal)

Tiada ulasan: