Catatan Popular

Jumlah Paparan Halaman


Selasa, 13 Disember 2011

Ucapan Krismas & Tahun Baru 2012

Salam Sejahtera, Semoga Tuhan selalu Memberkati, memelihara, melindungi dan memberi kebijaksanaan yang tidak ternilai untuk setiap langkah, dan nafas hidup kita.
Selamat Menyambut Bulan Krismas, dan Tahun Baru 2012. Kepada semua keluargaku, sahabat, guru-guru, pelajar, anakku Daniel Perera + ibunya + keluaga yang menjaganya di KK. Selamat majum jaya.

Kepada pelajar SPM 2011....berdoalah moga keputusan anda cemerlang. Teruskan perjuangan.Maaf Zahir dan Batin.

Khamis, 10 November 2011

Peringatan untuk Calon Spm 2011

Kepada semua calon SPM yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Moral, Baca soalan berulang-ulang sehingga anda faham , kemudian jawab apa yang ditanya.....contohnya jelaskan nilai.... maka pelajar hendaklah menyatakan nilai dahulu dan beri penjelasan berdasarkan kata kunci nilai yang telah dinyatakan...berikan conto-contoh yang sesuai. Jangan lupa jawab dalam bentuk ayat. Selamat mencuba..Tuhan memberkati anda semua.

Sumbangan gc Robert 2011

LAPORAN AKTIVITI / SUMBANGAN GURU CEMERLANG TAHUN 2011

NAMA : ROBERT BIN GARATAM
Gred : DG 44 Sekolah : SMK.TANDEK KM
Subjek kepakaran : PENDIDIKAN MORAL Tel sekolah : 088-661173
No. H/P : 0135584791/ 0138515049 Daerah : KOTA MARUDU

1. Sumbangan berkaitan mata pelajaran kepakaran pada tahun 2011
a. Peringkat sekolah /Institusi
Bil Tugas/ Sumbangan Tarikh Penganjur
01 Ceramah tugas dan tanggungjawab pelajar melaksanakan Kerja kursus Pendidikan Moral tingkatan 4 dan 5 06Januari 2011 Panitia Pendidikan Moral SMK.Tandek KM.
02 Mesyuarat Kokurikulum 1, Bilik Gerakan SMK.Tandek 10.01.11 PK KoKum SMK.Tandek
03 Ceramah teknik menjawab mata pelajaran Pendidikan Moral SPM (Tingkatan 4) April 2011 Panitia Pendidikan Moral SMK.Tandek KM
04 AJK Pelaksana Seminar Tora-tora, SMK.Bengkongan Kota Marudu. 14.07.11 PPD KM & MGC Zon Utara
05 AJK Pelaksana Bulan Kemanusiaan / Penutupan Bulan Kemanusiaan Smk.Tandek Kota Marudu. 15/9/11
Bidang Kemanusiaan/Panita Pendidikan Moral
06 Kursus Dalaman Mentoring- Mentor dan Mantee, di Bilik Gerakan SMK.Tandek Kota Marudu 10.10.11 Unit Pentadbiran SMK.Tandek KM
07 Ceramah Kecemerlangan Akademik SPM 2010 14.10.2011 Panitia Pendidikan Moral & Unit UBK SMKTandek KM

b. Peringkat Daerah
Bil Tugas/ Sumbangan Tarikh Penganjur
01 Ceramah Pelaksanaan dan Penyelarasan ULBS/ PBS Pendidikan Moral 4.05.2010 SMK.Kota Marudu Sabah.
02 Latihan Dalam Perkhidmatan Guru Cemerlang , di Bilik Gerakan SMK.Pitas 28.04.11 MGC zon Kota Marudu dan PPD Pitas.
03 Ceramah Pengajaran dan Pembelajaran (Jurulatih Pusat Kokurikulum) 16-19.7.10 PPD Kudat di Kem Pinawantai Kudat Sabah.
04 AJK Pelaksana (Penceramah) Kursus Penyediaan Sistem Fail Dokumentasi GC , di Bilik Gerakan SMK.Kota Marudu Sabah. 17.02.11 PPD KM & MGC Zon Utara
05 Ceramah Kemahiran Mendengar, di SMK Bengkongan Kota Marudu Sabah. 30.06.11 PPD KM & MGC Zon Utara
06 Dilantik sebagai Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kota Marudu Sabah. 2/7/11-2/7/12 Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah.
07 Penyelaras Program Bengkel Kecemerlangan UPSR SK.Magandai Tandek Kota Marudu, di SK.Magandai 2-4 .8.11 Astro dan PPD Kota Marudu
08 Penceramah Bengkel Teknik Menjawab Peperiksaan SPM, di SMK.Kota Marudu. 27.9.11 Unit UBK SMK.Kota Marudu
09 Memberi ceramah Kecemerlangan peperiksaan SPM (Pendidikan Moral), di SMK.Bengkongan Kota Marudu 29.9.11 SMK.Bengkongan Kota Marudu & MGC Zon Utara
10 Penceramah Kursus Penyediaan Sistem Fail & Dokumentasi Calon Guru Cemerlang 2012 peringkat Zon Utara, di Bilik Gerakan SMK.Kota Marudu 6.10.2011 PPD KM & MGC Zon Utara
11 Ceramah Kursus Dalaman Pendidikan Moral, di SMK Taun Gusi Kota Belud. (25 orang guru) 11.10.2011 SMK.Taun Gusi Kota Belud
12 Audit Pematuhan Sistem Pengurusan Kualiti Sekolah Rendah Pejabat Pelajaran Daerah Kota Marudu(SPKPPDKM) Berkonsepkan Standard MS ISO 9001: 2008. Pemantauan ke SK.Melangkap KM dan SK.Mangin Kota Marudu, Sabah. 31.10.11 / 01.11.11 PPD Kota Marudu
13 AJK Pelaksana Program Simposium Penyelidikan dan Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran Guru Cemerlang Zon Utara 2011, di Bilik Gerakan SMK.Kota Marudu Sabah. 10.11.2011 PPD KM & MGC Zon Utara

c. Peringkat Negeri
Bil Tugas/ Sumbangan Tarikh Penganjur
01 Pengurus Pasukan Ping Pong Zon Utara ke Peringkat Negeri (Kejohanan Ping Pong MSSS), di SJK (c) Yuk Yin Keningau Sabah 28/2 – 2/3/11 PPD Keningau Sabah.
02 Persidangan Guru Cemerlang Negeri Sabah, di Kompleks Pentadbiran Persekutuan Sabah. 10.02.11 SPA (JPNS) & MGC Negeri Sabah.
03 Seminar Peningkatan Profesionalisme Guru Cemerlang, di Kompleks Pentadbiran Persekutuan Sabah. 26.02.11 JPN Sabah & MGC Sabah.
04 Jurulatih Program Ekspedisi Pendidikan Luar 1Malaysia Murid Sekolah Menengah Peringkat Negeri Sabah, di Kem Malangang Tuaran- Ketua Penceramah Kuliah Pendidikan Moral) 18-21.2.11 Pusat Kokurikulum Negeri Sabah.
05 Ahli Persatuan Doktor Perubatan Homeopathy Sabah. 2011-2012 Persatuan Doktor Perubatan Homeopathy Sabah(SAHMEDA)
06 Pembentangan Hasil Kajian /Penyelidikan Peringkat Kebangsaan “Postgraduate Conference In Education 2011, di Hotel Promenude Kota Kinabalu Sabah”- Sebagai Pembentang) 27-28.6.11 UNISEL /JPN Sabah

d. Peringkat Kebangsaan

Bil Tugas/ Sumbangan Tarikh Penganjur
1 AJK Pelaksana Jambori Kebangsaan ke-12, di Kem Telaga Batin Terangganu 19-25/11/2011 Negeri Terangganu




e. Peringkat Antarabangsa
Bil Tugas/ Sumbangan Tarikh Penganjur
1 Ketua Kontenjin Kota Marudu -membantu pelaksanaan 54 th World Scout Jamboree On The Air (J.O.T.A) stesen Induk Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah( 9M4CBP) 14 – 16 /10/2011 Persekutuan Pengakap Malaysia, Cawangan Sabah.
2. Membantu Mengurus Peserta Pengakap Sabah, Terangganu International Scout Jamboree 2011. 19-25.Nov.2011 Negeri Terangganu.



2. Inovasi, Kajian tindakan, dan penulisan ilmiah yang telah dihasilkan (2010-11).

Bil Tajuk
1 Panduan Guru Pendidikan Moral Tingkatan 4 dan 5, Pelaksanaan Kerja Kursus SPM
Panduan Guru Rancangan Pengajaran Harian Tingkatan 4 & 5.
2. Hubungan Pengetahuan dan Kemahiran menerapkan ilmu Pengurusan Pendidikan Dengan Prestasi Kerja Ketua Bidang di Sekolah Menengah dalam daerah Kota Marudu dan Pitas Sabah.
3 Kajian Tindakan- Keberkesanan Penggunaan Artikel Sebagai Suatu Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Dalam mata pelajaran Pendidikan Moral.


4 Tugas dan Tanggungjawab Guru

Sumbangan di luar tugas rasmi (GC) seperti persatuan, sukan, aktiviti agama , kampung, Belia dll.

Bil Tugas/ Sumbangan Tarikh Penganjur
01 Pengurus Kejohanan Ping Pong Daerah KM
(SMK.Tandek Johan Pasukan L/P) 13-14.01.11 SMK.Tandek KM
02 Pengurus Pasukan Kejohanan Ping Pong Peringkat Zon Utara di Pitas-SMK.Telaga Pitas( Kota Marudu Johan Keseluruhan) 19-20/1/11 PPD Pitas
03 AJK Pelaksana Sukan Tahunan Sekolah 25-27.01.11 SMK.Tandek KM
04 Ketua Platun Rela Tingkalanon membantu mangsa banjir di Kawasan Tandek, Dewan SMK.Tandek dijadikan penempatan sementara 31.1.11-02.02.11 Jabatan Penerangan ,Pej.Daerah KM, Kemas KM.
05 Bertugas sebagai Pegawai Fisioterapi Pasukan SMK.Tandek ke Kejohanan MSSD, di SMK.Bengkongan KM (jam 1.00 – 6.00 petang) 8-11.03.11 SMK.Bengkongan Kota Marudu
06 Jurulatih Program Gala Kokurikulum Peringkat Kebangsaan, di Kem Malangang Tuaran Sabah(Ketua Penceramah Kuliah Pendidikan Moral) 21-23.04.11 JPN Sabah
07 Penceramah Seminar Psikologi Asas untuk Pemimpin Belia Gereja Tandek 16.05.11 GC Robert Garatam
08 Peserta Jogathon Peringkat Zon Utara dan Membantu Pasukan Kota Marudu menjadi Johan berpasukan. 29.9.11 SMK.Tandek Kota Marudu.
09 AJK Pelaksana Kursus Kepimpinan Manik Kayu Peringkat 1, Unit Pengakap Muda (PM/1-109) di SK.Tambulion Kota Belud. 16-18.9.11 Persatuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah.
10 AJK Pelaksana Kejohanan Sukan Badminton Belia Tandek Kota Marudu 26.10.11 Rela, KRT dan Gereja SDA Zon 18 Tandek.
11 Kursus Bahasa Inggeris (Conversational English Level 2, di Dewan Belia Sumbilingon Kota Marudu(Jam 6.00 pm-9.30 pm) 16/6/11-21/8/11 Kolej AMC Kota Kinabalu & Kementerian Sumber Manusia.

Sila hantar kepada pegawai perhubungan Zon Kota Marudu : cikguken@gmail.com

cikguken@gmail.com

Melalui josil@oum.edu.my

Rabu, 9 November 2011

Doa Restu

Salam sejahtera buat semua pelajar bakal menghadapi SPM.Kami merestui anda semua semoga akan mendapat kecemerlangan kelak dan Tuhan beserta anda. Amin.

Rabu, 19 Oktober 2011

Pergerakan yang menarik

Pergerakan yang menarik dapat memukau sesiapa yang berminat melihatnya.
Perjalanan hidup sangat indah. Berilah yang terbaik dalam waktu sedikit umur kita di dunia ini. Melayani Sang Pencipta adalah yang terutama.....yang lain akan menyusul dibuat ......

Berdoalah wahai murid-muridku...bertekunlah dan mintalah yang baik maka pasti kita akan dapat...Namun kesabaran mesti ada dalam hidup kita. Selamat mengahadapi SPM 2011.
Doa kami guru-guru tetap bersama kalian. Anda boleh dan kejayaan pasti tercapai.

Selasa, 4 Oktober 2011

Pecutan Akhir PMO

Bimbingan dan latihan berterusan kepada pelajar diteruskan sehingga tiba saatnya SPM yang sebenar. Para pelajar diingatkan datanglah dengan persediaan yang rapi semasa guru-guru anda memberikan ujian, laithan dan bimbingan yg terancang. Syabas dan tahniah kerana sentiasa memberi kerjasama kepada guru-guru SPM. Jika ada yang kurang faham mengenai Pendidikan Moral kami sedia memberi bantuan...dengan sedaya upaya. Selamat berjaya.

Rabu, 20 Julai 2011

Aktiviti GC Zon Kota Marudu

Kegiatan MGC Zon Kota Marudu bersama Astro ke SK.Magandai Kota Marudu;

Tarikh: 5 - 7 Ogos 2011

Aktiviti:- Ceramah Kemahiran Belajar
Bimbingan Belajar kepada Pelajar UPSR 2011.
Perkongsian ilmu dengan guru-guru dan kumpulan GC dll yang perlu untuk
membantu meningkatkan pencapaian akademik murid di sana.

Mari kita join....

Selasa, 19 Julai 2011

Sumbangan Pelajar / soalan

Soalan
1.Sebagai pelajar, berikan tiga cara bagaimana anda boleh menyumbang kepada negara.

2. Nyatakan tiga kesan buruk sekiranya masyarakat tidak peka terhadap projek yang dibuat oleh Kerajaan.

3. Jelaskan dua nilai yang perlu diamalkan oleh rakyat dalam menjayakan projek Raya Multimedia (MSC).

Isnin, 16 Mei 2011

Soalan latihan 1

Anak ialah kurniaan Tuhan. Ibu bapa mempunyai tanggungjawab untuk membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang. Malangnya, kejadian mendera dan menyeksa anak seolah-olah menunjukkan bahawa ibu bapa tidak menunaikan amanah mereka dengan baik.

Soalan 1
a. Wajarkah ibu bapa mendera anak-anak mereka?. Beri penjelasan.(2 markah)

b.Terangkan faktor-faktor lain yang sering kali dikaitkan sebagai punca penderaan kanak-kanak.(2 markah)

c.Jelaskan kesan penganiayaan ini terhadap diri dan masa depan kanak-kanak tersebut.(2markah)

d.Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang boleh dijalankan untuk memberi kesedaran kepada ibu bapa dan masyarakat bahawa mereka sepatutnya menjadi pelindung kanak-kanak, bukannya pemusnah masa depan mereka? (4 markah)

soalan 2

Dalam satu sekatan jalan raya yang diadakan, Ambalut telah ditahan oleh polis kerana tidak mengikut peraturan lalu lintas semasa memandu. Ambalut juga didapati tidak memiliki lesen memandu. Dia merayu kepada pegawai polis itu supaya tidak mengambil sebarang tindakan terhadapnya. Pegawai polis itu tidak menghiraukan rayuannya dan terus mengeluarkan saman.

a. Apakah kesalahan yang dilakukan oleh Ambalut? (2 markah)
b.Bersetujukah anda dengan tindakan pegawai polis itu?. Jelaskan (2 markah)
c.Andaikan pegawai polis itu ialah bapa saudara Ambalut. Wajarkah pegawai polis itu melepaskan Ambalut? Beri sebab (4 markah)
d.Apakah nilai yang perlu diamalkan oleh Ambalut ?.(2 markah)


Soalan 3

a. Mengapakah remaja perlu menentukan matlamat hidup mereka?.(2 markah)
b.Apakah perkara-perkara yang boleh menjejaskan harga diri seseorang ? (2 markah)
c.Bagaimanakah seseorang itu dapat menjaga harga diri dalam sebarang keadaan? (2 markah)
d.Rakan-rakan di dalam kelas cuba mempengaruhi anda supaya tidak berkawan dengan Ahlong kerana ayahnya telah disahkan menghidap AIDS. Mereka juga memulaukan Ahlong dan tidak mahu berkawan dengannya. Mereka juga mengugut tidak akan berkawan dengan anda sekiranya tetap berkawan dengan Ahlong. Apakah tindakan anda? Beri sebab. (4 markah)

Sikap Keterbukaan

Sikap keterbukaan Perdana Menteri.
Contributed by dahtuu on Tuesday, January 09 @ 09:49:12 MYT
Topic: KOMENTAR-2


Berita Harian keluaran Rabu 26 April 2007 melaporkan:
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mempertahankan dasar terbukanya yang mewujudkan suasana baru di negara ini yang mana barisan penyokong kerajaan di Parlimen tidak teragak-agak untuk mengkritik kerajaan.

“Inilah apa yang dikatakan sebagai terbuka, semua orang katakan apa yang mereka ingin katakan. Saya beritahu menteri-menteri saya bahawa mereka tidak harus kecewa dengan pelbagai tuduhan yang dilemparkan terhadap mereka dan kementerian mereka.

Ucapan itu dibuat kepada kira-kira 300 CEO dan tokoh korporat terkemuka pada majlis makan malam anjuran Kelab Bisnes Kuala Lumpur.

Komentar: Ucapan ini begitu bermakna kepada setiap rakyat negara ini termasuk media supaya bersikap terbuka. Malaysia adalah negara yang sedang menuju sebagai sebuah negara maju, oleh itu, rakyat sudah pun mula menanamkan sikap keterbukaan, sanggup dikritik dan sebagainya.
Bagaimanapun, setiap kritik hendaklah dengan matlamat untuk membina agama, bangsa dan negara. Kita juga seharusnya lebih terbuka dengan pandangan yang baru, walaupun pedih tetapi ia hendaklah diterima. Media juga perlulah memahami sikap Perdana Menteri dan memberi ruang kepada pandangan yang berbeza disiarkan di media mereka, dengan harapan kerajaan mendapat maklumat mengenai prmikiran rakyat. Media tidak sewajarnya menyembunyikan pendapat rakyat. Diharapkan media juga membenarkan tulisan-tulisan yang berbau kritik tetapi matlamatnya adalah untuk memperbaiki pentadbiran kerajaan. Mungkin media boleh memikirkan untuk memberi ruang kepada pengkritik-pengkritik kerajaan menulis di akhbar mereka.

Bagaimana kita menggunakan nilai di atas dalam kehidupan kita seharian....?

Tonggak 12 ( The twelve pillars)

Tonggak Dua Belas

1. Menghargai masa
2. Ketekunan membawa Kejayaan
3. Keseronokan Berkerja
4. Kemuliaan Kesederhanaan
5. Ketinggian Peribadi
6. Kekuatan sifat Baik Hati
7. Pengaruh teladan
8. Kewajipan menjalankan tugas
9. Kebijaksanaan Berkhidmat
10.Keutamaan Kesabaran
11.Peningkatan Bakat
12.Nikmat Mencipta

Cetusan Minda

Nyatakan tanggungjawab anda terhadap Tuhan dalam situasi di bawah;

a. sebagai seorang anak
b. sebagai seorang murid
c. sebagai seorang pekerja
d. sebagai seorang ahli masyarakat
e. sebagai seorang warganegara Malaysia
f. sebagai seorang insan di dunia.

Beri pandangan anda......

Soalan 1 KBKK

Anak Sulung Encik Masa, Saat bekerja sambilan sbagai pelayan restoran untuk membantu menyara keluarga. Walaupun begitu, dia tidak mengabaikan pelajarannya. Adik-adiknya mengkagumi tindakan abangnya. Jelaskan dua nilai yang diamalkan oleh Saat.(4m)

Pemupukan Kemahiran Menerusi Pendidikan Moral

Kemahiran Utama
Pelajar diberi peluang menguasiai pelbagai kemahiran ,misalnya
a. kemahiran generik
b. kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
c. kemahiran menyelesaikan konflik
d. kemahiran sosial.

1.Kemahiran penyelesaian konflik
-dpt membantu pelajar belajar menyelesaikan masalah, membuat keputusan berdasarkan nilai yang tepat.
-pelajar belajar berkomunikasi dengan baik
-komunikasi yang berkesan dpt mengelakkan sebarang konflik.
2.Kemahiran Pemikiran Kritikal
- mengajar pelajar menggunakan kemahiran pemikiran kritikal
- pelajar akan menilai sama ada sesuatu tindakan atau pernyataan itu bermoral atau tidak.
- membantu menyemai nilai moral dalam jiwa pelajar
- membantu menyelesaikan masalah
- membantu membuat keputusan yang lebih baik
3. Kemahiran Pemikiran Kreatif
- membantu mencari jawapan lain / alternatif
- berfikir secara kreatif dalam menjalankan aktiviti yang bermanafaat
4. Kemahiran Menentang Tekanan Rakan Sebaya
- digunakan sebagai langkah mencegah salah guna dadah dll salah laku
- cekal dan sabar menghadapi cabaran
- mengajar pelajar supaya berfikir, berbincang dengan sumber lain
- mempertahankan niai moral sendiri
5. Kemahiran Mengkaji Masa Depan
- mebolehkan pelajar mengenal pasti isu-isu semasa, permasalahan pada masa lampau, masa kini dan masa depan.
- membuat ramalan
- menjangka akibat / kesan yang berlaku
- menyesuikan diri terhadap perubahan yang mungkin berlaku.
6. Kemahiran Teknolongi Maklumat
- mencari maklumat menggunakan kemudahan ICT/TMK
- mendidik pelajar menggunakan laman web dengan cara yang beretika/moral
- TMK digunakan sebagai pemangkin kejayaan
7. Kemahiran Sosial
- mendidik pelajar cara berkomunikasi yang berkesan
- pelbagi kaedah pengajaran utk faedah pelajar
- berbicara dengan sopan/ dgn nilai Hemah Tinggi, dll nilai yang bersesuaian

Ahad, 15 Mei 2011

Selamat Hari Guru 16/5/11

Salam Perpaduan buat semua warga Pendidik di mana pun bertugas. Jasamu dikenang.
Tugas dan baktimu tak dapat dinilai dengan wang. Kepada pelajar yang pernah menerima ilmu daripada sang guru, berterima kasih dan bersyukurlah pada-Nya kerana kita mendapat kesenangan dan kemajuan kerana guru kita yang baik...bukan guru yang tak berguna ya...

Kepada pentadbir sekolah yang belum lagi melakukan sesuatu untuk kepentingan pelajar dan kebajikan pelajar/ guru/ masyarakat.. buat yang seikhlas hatimu....

Berikan yang terbaik untuk negara kita yang tercinta..siapa lagi yang mengurus dengan penuh kasih sayang kalau bukan kita orang Malaysia itu sendiri.

Banyak yang boleh dilakukan oleh pemimpin untuk memajukan kawasan luar bandar yang jauh ketinggalan...

Pelajar yang proaktif adalah pelajar yang dikehendaki ...mereka inilah yang mempercepatkan kemajuan dunia pendidikan kita. Guru yang hampir 24 jam kerja minta kerajaan cari jalan untuk menghargainya....kesihan kita orang yang jauh di desa sunyi...

Apakah nilai yang sepatutnya diamalakan oleh guru. Pentadbir sekolah, dan kerajaan?
beri komen anda....

Selasa, 10 Mei 2011

Dr.Robert G

Sistem Pendidikan banyak dipengaruhi oleh politik.

Salam Perpaduan sudah cukup tak perlu I Malaysia jika tiada ketelusan di hati pemimpin tertentu untuk mahu menyatukan bangsa-bangsa di Bumi Malaysia. Terima kasih kepada rakyat Malaysia dan rakyat asing yang sentiasa menjaga keselamatn, kebersihan dan kemajuan yang sudah berjalan sekarang.

Ada juga banyak kepincangan yang kita rasakan kerana pendidikan jadi sasaran orang politik. Kesan dan yang jadi mangsa anak-anak watan yang mahu belajar dengan anjakan yang sudah dirancang dengan baik.

Guru-guru, masyarakat dalam dan luar sering dibelengu permainan politik orang yang tak bertanggungjawab di bumi Malaysia. Saya harap kerajaan dapat mencari jalan keluar supaya dunia pendidikan bebas dari politik. Kita akan lambat maju jika penyakit ini menghantui belia/ remaja/ kanak-kanak Malaysia.

Harapan kita pendidikan sekarang dapat dijana dengan sistem yang lebih adil dan berkesan. Pembahagian kekayaan dan peluang menikmati kemajuan dalam pelbagai sektor pembanguanan perlu dibuat secara telus.

Contoh: ICT dah maju dalam negara kita....tetapi masih belum berkesan kerana amalan birokrasi dalam sistem pentadbiran ..... Sumber Manusia penting ditingkatkan kemahiran, bantuan kerajaan sentiasa diperlukan....beri sokongan kepada kerajaan kita untuk terus berjuang memperbaiki taraf hidup rakyat...sekian