Catatan Popular

Jumlah Paparan Halaman


Sabtu, 31 Januari 2009

Daun Pisang Emas Ubat Resdung

Pisang emas sedap rasanya. Tetapi ada kelebihan yang lain (Khasiatnya yang tersendiri).
Petua nenek moyang kita, daun pisang emas boleh dibuat ubat untuk menghilangkan sakit resdung.
Cara guna;
1. ambil pucuk daun pisang emas dan keringkan
2.daun yang sudah kering itu + tembakau cina dijadikan rokok
3.rokok itu dihisap, amalkan setiap pagi, tengah hari dan malam.
Dengan izin-Nya sakit resdung akan hilang.

Buah Pala Ubat Bengkak Kaki

Nenek moyang kita selalu menggunakan buah pala sebagai ubat bengkak kaki atau mana mana bahagian yang lebam terkena benda yang keras.
cara mengubatinya;
1. buah pala diparut halus dan dicampur dengan air secukupnya
2. tempal (potopison) pada bahagian yang bengkak tanpa membalutnya.
Kalau kawan kawan nak mencuba, atau ada keluarga yang mengalami sakit itu, selamat mencuba . Harap akan memberi faedah.

Buah Pala Ubat Bengkak Kaki

Nenek moyang kita selalu menggunakan buah pala sebagai ubat bengkak kaki atau

Daun lidah buaya ubat demam panas

Bila badan rasa panas / anda demam panas, boleh diubati petua nenek moyang kita.
Cara guna;
1. ambil daun lidah buaya, lendir dikeluarkan dan dikumpul pada suatu tempat yang bersih.
2. lepas itu sapukan ke badan yang panas
3. dan kalau kulit terbakar, sapukan pada bahagian yang terbakar.
Selamat mencuba.

Daun lidah buaya ubat demam panas

Bila badan rasa panas / anda demam panas

Ubat Kencing Batu Karang

Bunga matahari berguna mengubati kencing batu karang kata nenek moyang kita. Cara guna;
1. Ambil sebatang pokok bunga matahari bersama akarnya.
2. Potong batangnya dengan ukuran 1/2 cm (dekat dengan akar)
3. Akarnya dicuci bersih dengan air
4. Bahagian bahagian itu dirubus dengan 4 gelas air sehingga mendidih
5. Bila tinggal satu gelas barulah rebusan itu diangkat.
6. Setelah dibiarkan sejuk(disaring atau ditapis dulu airnya) barulah diminum (rasanya seperti air teh), amalkan selama 5 hari / hingga rasa sakit hilang.

Daun Jambu Untuk Ubat Cirit-Birit

Bila seseorang diserang cirit-birit yang berpunca dari tersalah makan atau badan terlalu panas akan mengganggu hidup kita seharian.
cara guna;
1. Cari beberapa lembar daun pokok jambu (Muda).
2. dicuci bersih dan rendamkan dalam segelas air panas
3. tunggu sehingga sejuk barulah diminum
4. ada juga yang terus memakannya tanpa merendam dalam air panas.
5. Sebelum meminum ada baiknya baca ayat Fatihah & shalawatkan nabi 3x (Bagi orang muslim). Berdoa biasa bagi non muslim- ikut kepercyaan masing-masing. Selamat mencuba.

Ubi Kayu Ubat Gastrik

Gastrik satu penyakit yang selalu mengganggu ketenangan hidup kita. Petua nenek-nenek dahulu, cari ubi kayu yang masih muda.
Cara guna;
1. dikupas kulitnya dan cuci dengan bersih.
2. ubi itu dipotong-potong sepanjang 5 cm.
3. makan ubi kayu itu sehari 3 potong (pagi, tengah hari dan petang)
4. sebelum makan ubi kayu, makan nasi dahulu (jangan biarkan perut Kosong)
5. amalkan selama 3 minggu atau 1 bulan.
Dengan izin Tuhan penyakit akan sembuh.

Ubat Bisul

Buah Timun dan Pala -Petua nenek moyang.
Bisul- rasa sakit. Kita tidak selesa, susah tidur.
Buah timun dan biji pala digunakan untuk mengubati bisul.
Cara menggunakannya.
1. timun dan biji pala diparut, untuk sekali ubat.
2. dibungkus dengan daun pisang, kemudian dilayar atau didiangkan di atas api.
3. setalah suam-suam kuku, dilekapkan pada bisul dan dibalut dengan kain.
4. amalkan sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.
Bisul akan pecah, tidak meninggalkan seberang bekas. Selamat mencuba.

Ubat Bisul

Buah Timun dan Pala -Petua nenek moyang.

Bisul memang

Pegaga Merawat Nyanyuk

PEGAGA MEMPERLAHANKAN PROSES PENUAAN.
(Sumber dewan Kosmik April 2008 ms.43-44)
Digunakan sejak zaman nenek moyang kita lagi. Dipercayai digunakan oleh manusia purba (1000 -6000 SM) seperti tamadun China, Mesir, India, Melayu dan lain-lain tamadun.
Nama tempatan: Pegaga
Nama Saintifik: Centella asiatica
Kegunaan:
Tumbuhan herba bagi orang Melayu dijadikan ulam (Makanan harian)
Perubatan tradisional dan Perubatan Homeopati sedang mengkaji tumbuhan ini untuk merawat mereka yang ada masalah saraf, penyakit AIDS, Hepatitis, Kanser . Di Malaysia Pegaga, di India dipanggil ‘Vallarai’ dan di China ‘Luei Gong Gen’ .
Pegaga sejenis pokok herba asli kecil yang merayap dan banyak tersebar di kawasan tropika termasuk di kawasan tanah tinggi dan tanah pamah (kawasan lembap paling sesuai ia ditanam). Daun tersusun secara roset dan bentuk-bentuk seakan-akan kipas. Lebar daunnya di antara satu hingga tujuh sentimeter, serta sebahagian pinggir daunnya bergerigi kasar dan halus.
Kandungan pegaga ialah asid asiatik dan banyak lagi sebatian lain. Sang (1999), asid asiatik berkesan untuk menghalang pembentukan “beta amyloid” iaitu penyakit yang menyababkan kerosakan saraf-saraf manusia (penyebab penyakit nyanyuk) atau lebih dikenali Azheimer’s.
Sebenarnya jus pegaga diiktiraf oleh dunia khasiatnya. Kajian telah dijalankan oleh saintis, pegaga boleh mengubati penyakit kusta dan Ulser mulut kerana pegaga ada antibakteria. Kalau kita hancurkan pegaga dan sapu pada luka, luka cepat sembuh.
Pegaga juga dijadikan tonik yang berfungsi menjana kecerdasan otak terutama ia sesuai bagi orang-orang tua dan kanak-kanak yang terancat akal. Nenek ,atuk kita dulu selalu makan ini mentah mentah atau dijadikan ulam. Beberapa orang yang panjang usianya, pernah saya tanya… antara rahsia panjang umur ialah makan pokok herba ini.
Daunnya dijadikan teh dan minuman untuk merawat penyakit sifilis dan sebagai tonik untuk memberikan rangsangan terhadap badan, merawat penyakit kulit (psoriasis), ekzema, mengurangkan demam panas, sakit gigi, insomnia untuk pesakit yang susah tidur, merawat barah saluran kencing dan menurunkan tekanan darah tinggi.
Banyak rahsia pegaga yang perlu kita kaji dari semasa ke semasa .Hargailah tumbuhan yang ada …… di sekitar kita.Rajin-rajinlah bertanya pada orang tua dan boleh kita kongsikan ilmu itu .


Ringkasnya;
Kajian saintifik mengenai pegaga telah dilakukan oleh saintis seluruh dunia, iaitu;
1. Aktiviti Antikanser. Ekstrak airi pegaga yang telah ditapis dan dikeringkan secara dingin beku boleh merangsang apoptosis (kematian pada sel-sel kanser) .Keputusan ini menunjukkan asid asiatik mempunyai potensi dalam rawatan kanser kulit manusia.
2. Aktiviti Antivirus. (Virus Herpes simplex) HSV-1 dan-2 dalam kajian menggunakan esei penghalang plak. Dalam kajian ini, asid asiatikosida dikenal pasti sebagai sebatian yang bertanggungjawab menunjukkan aktiviti ini
3. Aktiviti Antibakteria. Dalam kajian yang dijalankan juga menujukkan kesan In vitro ekstrak metanol pegaga, menunjukkan aktiviti antibakteria terhadap beberapa baktera patogen manusia termasuk Escherichia coli, Salmonella typhi .
4. Aktiviti Penyembuhan luka. Ekstrak pegaga telah terbukti secara saintifik dan klinikal tentang kesannya dalam merawat pelbagai jenis luka seperti kesan tercalar pada kulit dan sebagainya. Antara sebatian efektif yang bertindak dalam tumbuhan ini ialah asiaiticosida. Kajian ke atas tikus yang dijalankan oleh saintis menunjukkan luka yang disapu dengan ekstrak pegaga mempunyai keupayaan untuk sembuh cepat berbanding dengan luka yang tidak disapu.
5. Aktiviti Antioksidan. Antioksidan ialah bahan kimia yang dapat menghalang oksidan bahan lain yang boleh menghasilkan radikal bebas dan bahan tersebut boleh memudaratkan tubuh manusia. Dalam kajian menunjukkan pegaga – sesuai untuk aktiviti antioksidan yang tinggi berbanding dengan ekstrak daun, kulit dan batang limau purut.

Khamis, 22 Januari 2009

Rancangan Tahunan PMO Tingkatan 5

RANCANGAN TAHUNAN PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN LIMA
SEMESTER SATU / DUA

MINGGU

BIDANG PEMBELAJARAN

NILAI

KANDUNGAN AKADEMIK

HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

BAHAN BANTU MENGAJAR
CATATAN
03-07/01
1. Nilai Berkaitan Dengan Perkembangan Diri
1.1 Kepercayaan Kepada Tuhan

Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhanNya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara

Tuhan melihat segala tingkah laku manusia

Kepercayaan beragama dlm kehidupan perlu dikukuhkan

i.Melaksanakan tanggungjawab terhadap Tuhan
ii.Menerima kenyataan bahawa setiap tindakanyg dilakukan akan mendapat pembalasan drpd Tuhan
Menonton tayangan video bertemakan tanggungjawab terhadap Tuhan dan pembalasan Tuhan terhadap setiap tindakan manusia
Video dan tap

10-14/01

1.2 Amanah

Sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain
Insan yang amanah dipandang mulia

Perangi rasuah musuh negara

Sentiasa mengamalkan sikap amanah dlm melaksanakan tugas dan kewajipan dgn tdk melibatkan diri dlm gejala rasuah
Mengumpul maklumat dan berbincang tentang cara membanteras rasuah
Forum bertema ‘Cara Menangani Rasuah’
Majalah, Suratkhabar
1.3 Harga Diri
Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga maruah diri dalam kehidupan Prinsip hidup mencerminkan identiti diri
Pegangan hidup yg kukuh membentuk maruah diri
Menjaga dan mempertahankan maruah diri
Perbincangan berkumpulan tentang aktiviti penyelesaian masalah sosial remaja
Menyediakan skrip drama yg bertemakan isu sosial remaja dan melakonkannya
Suratkhabar,
Skrip
17-21/01
1.4 Bertanggungjawab
Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna
Sikap bertanggungjawab menjamin masa depan
Perancangan secara bertanggungjawab kunci kejayaan hidup
Merancang masa depan dgn penuh tanggungjawab
Menghasilkan roda masa depan berkaitan kerjaya yg dipilih
Menyediakan senarai perbelanjaan utk masa depan
Risalah kerjaya
1.5 Hemah Tnggi
Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian
Hemah Tinggi membentuk peribadi mulia
Peribadi mulia menjadi ikutan dan disanjung tinggi
Mengamalkan sikap hemah tinggi seperti mana tokoh-tokoh yg berperibadi mulia
Menyediakan buku log tt keperibadian tokoh-tokoh yg boleh dicontohi(ahli fakir dan pemimpin negara)
Mengumpul dan membincangkan kata-kata hikmat tokoh,ahli fakir dan pemimpin negara
Suratkahbar,
Buku rujukan,
Internet
24-28/01
1.6 Toleransi
Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup
Toleransi kunci keharmonian negara
Toleransi membantu merealisasikan dasar negara
Bertolak ansur dan menerima dasar Negara yg dilaksanakan demi keharmonian negara
-Melayari laman web utk mendapat maklumat tt Dasar Pembangunan Nasional dan Dasar ----Kebudayaan Kebangsaan
-Tayangan audio visual mengenai Dasar Pembangunan Nasional dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan
-Reka cipta seni/fesyen yg mencerminkan kepelbagaian budaya
Web Site
Buku rujukan
1.7 Berdikari
Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain
Berdikari menjamin kemajuan negara
Masyarakat berdikari negara maju
Berusaha sendiri sehingga berjaya demi negara
-Menyedia dan membincangkan ‘Goal Setting Task’individu utk mencapai kejayaan dlm politik dan ekonomi
-Kajian kes tt kejayaan negara dlm politik
Suratkhabar,
Majalah
31/01-04/02
1.8 Kerajinan
Usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara
Masyarakat yang rajin disanjung tinggi
Sumbangan tamadun silam dlm mencapai kecemerlangan
Bersikap rajin dgn mencontohi kejayaan peristiwa silam sbg panduan utk berjaya
Membuat kajian kes tentang kerajinan individu/masyarakat zaman silam
Buku sejarah
1.9 Kasih Sayang
Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas
Budaya penyayang pegangan hidup
Sikap prihatin menjamin kesejahteraan masyarakat
Mengambil berat dan melibatkan diri dlm menangani pelbagai masalah dlm masyarakat
Tayangan video bertema masalah sosial remaja dan membincangkan cara menangani masalah tersebut
Video dan tap
07-11/02
Cuti Tahun Baru Cina
14-18/02
1.10 Keadilan
Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah
Keadilan teras kesejahteraan negara
Keadilan menjamin pentadbiran kerajaan
Akur dgn prinsip keadilan yg dipraktikkan dlm pentadbiran kerajaan
-Malayari laman web utk mencari maklumat tt pembayaran cukai dan membincangkan maklumat tersebut
-Perbincangan tt rasional prinsip keadilan dlm pentadbiran kerajaan
Web site
1.11 Rasional
Boleh berfikir berdasarkan alas an dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar
Pemikiran rasional penting dalam menangani konflik
Penyelesaian masalah secara objektif dan menyeluruh
Menyelesaikan masalah dgn bijaksana dan konsisten
Perbincangan kumpulan cara-cara menyelesaikan konflik
Majalah
21-25/02
1.12 Kesederhanaan
Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain
Kesederhanaan asas keharmonian hidup
Kesederhanaan menjamin keseimbangan pembangunan negara
Menghargai dan menyokong usaha kerajaan dlm menyeimbangkan pembangunan insan dan fizikal
Kaji selidik tentang kesederhanaan dan keseimbangan pelaksanaan pembangunan insan dan fizikal yg dilaksanakan oleh kerajaan dan swasta
Majalah
2. Nilai Berkaitan Dengan Kekeluargaan
2.1 Kasih Sayang Terhadap Keluarga
Perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan terhadap keluarga
Sikap prihatin memupuk kasih sayang terhadap anggota keluarga
Tanggungjawab menjaga ibu bapa dan anggota keluarga ialah satu amanah
-Menjaga ibu bapa dgn penuh kasih sayang
-Menjaga anggota keluarga yg memerlukan perhatian
-Mengadakan kempen “Sayangilah Ibu Bapa”dan menghasilkan bahan berkaitan kempen spt slogan,poster,sajak dan esei
-Main peranan sbg anak/anggota keluarga yg sanggup berkorban menjaga kebajikan ibu bapa/anggota keluarga
Poster, risalah
28/02-04/03
2.2 Hormat Dan Taat Kepada Anggota Keluarga
Memuliakan setiap anggota keluarga dengan berinteraksi dan memberi layanan secara bersopan untuk mewujudkan keluarga yang harmoni
Hormat-menghormati membentuk peribadi keluarga
Saling menghormati antara anggota keluarga dipupuk melalui asuhan yg baik
Menghormati dan menerima asuhan
-Peribahasa bertajuk”Hukuman yg Membina Merupakan Asuhan yg Baik’
-Sketsa tt interaksi yg bersopan antara anggota keluarga
Sketsa
2.3 Mengekalkan Tradisi Kekeluargaan
Menerima, menghormati dan mengamalkan sesuatu kebiasaan, adat dan kepercayaan yang diwarisi secara turun-temurun dalam keluarga
Tradisi kekeluargaan khazanah budaya bangsa
Pengekalkan tradisi kekeluargaan tanggungjawab bersama
Menghargai dan menjunjung tradisi keluarga sbg khazanah budaya bangsa
-Lawatan ke Arkib Negara utk mendapatkan maklumat tt tradisi kekeluargaan bagi mengekalkan budaya bangsa
-Menyediakan buku log berkaitan dgn tradisi kekeluargaan pelbagai keturunan
Muzium
Arkib Negara
07-11/03
2.4 Tanggungjawab Terhadap Keluarga
Kewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap individu terhadap keluarga untuk melahirkan keluarga bahagia, meningkatkan imej dan menjaga maruah keluarga
Keharmonian keluarga mencerminkan anggotanya
Kewajipan terhadap keluarga membentuk kesejahteraan keluarga
-Melaksanakan tanggungjawab sbg anggota keluarga demi menjaga keharmonian keluarga
-Menerima dan menghormati tanggungjawab ibu bapa sbg pemimpin negara
Perbincangan berlandaskan rangsangan audio/visual yg menunjukkan perlunya menghormati ibu bapa sbg pemimpin keluarga dan peranan anggota keluarga dlm menjaga keharmonian keluarga
Radio
3. Nilai Berkaitan Dengan Alam Sekitar
3.1 Menyayangi Dan Menghargai Alam Sekitar
Kesedaran tentang perlunya memelihara dan memulihara alam sekitar untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem
Kemampanan alam sekitar untuk kebaikan sejagat
Kemapanan alam sekitar tanggungjawab bersama
Menerima wujudnya badan-badan yg bertanggungjawab terhadap pencegahan eksploitasi sumber dan menyokong usaha-usaha yg dijalankan
Menyediakan kertas kerja/cadangan/poster berkaitan penglibatan murid dlm menyokong usaha yg dijalankan oleh badan-badan tertentu utk kemapanan alam sekitar
Poster
14-18/03
3.2 Keharmonian Antara Manusia Dengan Alam Sekitar
Keadaan saling memerlukan hubungan yang harmonis antara manusia dengan alam sekeliling supaya kualiti kehidupan manusia dan alam sekeliling terpelihara
Manusia sebagai pengurus alam yang bijaksana
Keharmonian antara manusia dgn alam sekitar perlu utk mengelakkan berlakunya bencana alam
-Menyokong usaha-usaha mengurus alam secara bijaksana
-Menerima hakikat bhw sumber alam yg tdk diurus dgn bijaksana akan mengakibatkan bencana alam
Menjalankan kajian kes bagi menilai keseimbangan amalan pengurusan alam dan keharmonian antara manusia dan alam sekitar
Peta
Risalah
3.3 Kemapanan Alam Sekitar
Pengekalan keseimbangan alam sekeliling sebagai tanggungjawab bersama untuk kesejahteraan hidup
Undang-undang memandu manusia kea rah kebaikan
Undang-undang alam sekitar menjamin keseimbangan alam sekitar
Menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang berkaitan dgn alam sekitar bagi menjamin keseimbangan alam
Kerja projek/ kempen kesedaran tentang peraturan dan undang-undang yg berkaitan dgb pengurusan alam sekitar
Buku rujukan
Risalah
21-25/03
Ujian Kelompok Bulan Mac
28/03-01/04
3.4 Peka Terhadap Isu-isu Alam Sekitar
Prihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan alam sekeliling dan berusaha menyelesaikan Masa depan manusia dan alam sekitar bergantung pada gaya hidup masa kini
Perancangan dan tindakan manusia menentukan alam sekitar
-Menggunakan sumber semulajadi dgn penuh tanggungjawab
-Menggunakan ciptaan manusia dgn bertanggungjawab tanpa memusnahkan alam sekitar
-Lawatan ke hutan lipur/empangan/hutan simpan utk mengkaji penggunaan sumber alam dgn terancang
-Malayari laman web utk mendapat maklumat tt kesan peperangan dan ujian nuclear terhadap alam sekitar dan membincangkannya
Laman web
Majalah
04-08/04
4. Nilai Berkaitan Dengan Patriotisme
4.1 Cinta Akan Negara
Perasaan sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri
Cinta Akan Negara asas kesejahteraan bersama
Keharmonian masyarakat majmuk menjadi kebanggaan negara
Berbangga dgn kepelbagaian agama dan budaya dlm masyarakat di Malaysia
Forum bertajuk’Kepelbagaian agama dan budaya mewujudkan kesejahteraan negara’
4.2 Taat Setia Kepada Raja Dan Negara
Kepatuhan dan kesetiaan yang berkekalan kepada Raja dan Negara
Kesetiaan pada Negara tanda mendaulatkan negara
Kedaulatan Negara dipertahankan dan disanjung tinggi
-Mengekalkan diri drpd terlibat dgn anasir-anasir subversive yg akan mengamcam keselamatan negara
-Mencurah bakti dgn taat setia demi kedaulatan negara
-Mencurah bakti dgn taat setia demi kedaulatan Negara
-Menulis laporan ringkas mengenai peristiwa-peristiwa yg mengancam keselamatan negara
-Tayangan filem’Peristiwa di Bukit Kepong’dan filem’Lt,Adnan’ dan membincangkan kesetiaan pasukan polis dan tentera mempertahankan negara
Video dan tap
11-15/04
4.3 Sanggup Berkorban Untuk Negara
Kerelaan melakukan atau menyerahkan sesuatu termasuk nyawa sebagai tanda kebaktian untuk Negara
Semangat patriotic mengharumkan nama negara
Rakyat sbg wakil negara di peringkat antarabangsa
-Kesanggupan berkhidmat dan bertindak sbg duta kecil mewakili negara
-Meneroka aktiviti baru dan mencabar utk mengharumkan nama negara
-Main peranan sbg duta kecil mewakili negara dlm pelbagai bidang utk menaikkan imej negara
-Menceburi/melibatkan diri dlm program-program kenegaraan yg boleh mengharumkan nama dan imej Negara
Video dan tap
5. Nilai Berkaitan Dengan Hak Asasi Manusia
5.1 Melindungi Hak Kanak-Kanak
Membela, memberi naungan dan memelihara hak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan mereka yang sempurna
Kanak-kanak berhak disayangi dan dilindungi
Perlindungan terhadap kanak-kanak tanggungjawab semua pihak
Menyedari dan menerima peranan pelbagai pihak dlm memberi perlindungan terhadap kanak-kanak
-Mengumpul maklumat dan berbincang tt undang-undang yg ada utk melindungi hak kanak-kanak
-Mencipta lirik bertemakan’Kanak-kanak perlu disayangi dan dilindungi’
Risalah
Suratkhabar
18-22/04
5.2 Menghormati Hak Wanita
Melindungi dan mengiktiraf wanita sebagai individu yang boleh memberi sumbangan dalam pembangunan keluarga, masyarakat dan Negara
Wanita berjasa negara makmur
Wanita dlm pembangunan negara
Mengiktiraf sumbangan wanita dlm pelbagai bidang demi pembangunan negara
-Mencari maklumat tt sumbangan tokoh wanita kpd masyarakat dlm pelbagai bidang
-Perbincangan mengenai seorg wanita yg dikagumi yg boleh dijadikan idola
Laman web
Majalah
5.3 Melindungi Hak Pekerja
Menghormati, menghargai dan mengiktiraf perkhidmatan, jasa dan sumbangan golongan pekerja dalam pembangunan Negara
Undang-undang menjamin kesejahteraan pekerja
Undang-undang melindungi hak pekerja
Menerima dan mematuhi undang-undang yg melindungi hak pekerja
-Mengumpul maklumat tentang undang-undang yg melindungi hak pekerja
-Membuat laporan berdasarkan cth-cth/kes-kes pekerja yg ditindas dan mengkaji tindakan yg diambil terhadap pihak yg menindas
Risalah
Internet
25-29/04
5.4 Menghormati Hak Golongan Kurang Berupaya
Memberi layanan yang bersopan kepada golongan kurang berupaya supaya tidak berasa tersisih dan mengiktiraf mereka sebagai insane ciptaan Tuhan
Kecacatan bukan penghalang produktiviti
Golongan kurang berupaya memainkan peranan penting dlm pembangunan negara
Menerima bahawa golongan kurang berupaya juga dpt menyumbang dlm pelbagai bidang demi pembangunan negara
Membuat folio tt peranan dan sumbangan individu/golongan kurang berupaya dlm pelbagai bidang
Web site
Majalah
02-16/05
Ulangkaji Untuk
Peperiksaan Semester I
17-27/05
Peperiksaan
Semester I
01-10/06
Cuti Sekolah
Semester I
SEMESTER II
13-17/06
5.5 Melindungi Hak Pengguna
Membela dan memelihara hak individu untuk menjadi pengguna yang berilmu, mendapat perkhidmatan serta barangan yang berkualiti dan tidak mudah dieksploitasi
Hak pengguna terbela,masyarakat makmur
Kebajikan pengguna tanggungjawab bersama
Menyokong uasaha pelbagai pihak dalam melindungi dan menjamin hak pengguna
-Kempen kesedaran pengguna tt hak utk mendapat perkhidmatan dan brgan yg berkualiti
-Mengfhasilkan poster/cogan kata utk meningkatkan kesedaran tt hak pengguna
Laman web
Majalah
6. Nilai Berkaitan Dengan Demokrasi
6.1 Mematuhi Peraturan Dan Undang-Undang
Menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditentukan tanpa mengira sesiapa dan di mana seseorang itu berada
Undang-undang antarabangsa menjamin kesejahteraan masyarakat global
Undang-undang antarabangsa utk kebaikan bersama
Menerima dan mematuhi undang-undang antarabangsa bagi menjamin keamanan sejagat
-Mengumpul maklumat dan berbincang tt undang-undang antarabangsa
-Kajian kes tt isu-isu undang-undang antarabangsa
-Ceramah tt undang-undang antarabangsa
Laman web
20-24/06
6.2 Kebebasan Bersuara
Kebebasan berucap dan mengeluarkan fikiran dengan batasan tertentu bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman
Media saluran komunikasi untuk manfaat bersama
Media sebagai saluran komunikasi
-Memahami peranan media sbg alat perhubungan
-Menggunakan saluran media dgn bertanggungjawab demi kebaikan bersama
-Menulis surat kpd pihak media ttt utk memberi pendapat dan pandangan tt isu-isu semasa demi kebaikan bersama
-Menyediakan bulletin bulanan moral sbg saluran utk menyarankan/meluahkan perasaan/idea dgn bertanggungjawab utk kebaikan bersama
Majalah
Suratkhabar
6.3 Kebebasan Beragama
Kebebasan setiap individu untuk menganuti dan mengamalkan agamanya seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia
Kebebasan beragama menjamin kesejahteraan bersama
Hormati amalan keagamaan setiap individu
Menerima bhw setiap individu bebas dan berhak melakukan kewajipan agama masing-masing
-Mencari maklumat tt cuti/masa pelepasan yg diperuntukkan bagi amalan keagamaan
-Pidato bertemakan’Kebebasan beragama di Malaysia’
Internet
Majalah
Suratkhabar
27/06-01/07
6.4 Penglibatan Diri Dalam Pembangunan Negara
Kebebasan untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pembangunan begara dengan mematuhi peraturan, undang-undang dan Perlembagaan Malaysia
Rakyat bertanggungjawab Negara makmur
Pembangunan Negara tanggungjawab setiap rakyat
-Melibatkan diri dlm aktiviti badan sukarela utk membangunkan negara
-Menyokong dan menjayakan projek dan program pembangunan negara
Lawatan sambil belajar ke salah sebuah badan sukarela dan mengumpul maklumat tt aktiviti badan tersebut dlm program pembangunan negara
Risalah
Suratkhabar
6.5 Sikap Keterbukaan
Bersedia memberi dan menerima pandangan, pembaharuan dan kritikan selaras dengan kebenaran fakta dan norma masyarakat Malaysia
Tindakan berasaskan saluran yg betul menjamin kepentingan bersama
Sikap terbuka dlm penyelesaian masalah demi kebaikan bersama
Menerima bahawa setiap masalah boleh diatasi mengikut saluran yg betul
-Main peranan tt penyelesaian sesuatu isu melalui saluran ttt.
-Perbincangan tt isu-isu global yg menggambarkan sikap keterbukaan
Risalah
Majalah
04-08/07
7. Nilai Berkaitan Dengan Keamanan Dan Keharmonian
7.1 Hidup Bersama Secara Aman
Hidup berbaik-baik antara satu sama lain dengan mengutamakan kedamaian dan keharmonian hidup tanpa mengira agama, bangsa dan budaya
Persefahaman sejagat menjamin kesejahteraan masyarakat global
Keharmonian Global tanggungjawab bersama
Menyokong peranan yg dimainkan oleh pertubuhan antarabangsa dlm menjamin kesejahteraan sejagat
Membuat buku log berkaitan peranan pertubuhan antarabangsa
Laman web
7.2 Saling Membantu Dan Bekerjasama
Usaha yang baik dan membina yang dilakukan bersama pada peringkat individu, komuniti atau negara untuk mencapai sesuatu matlamat
Saling bekerjasama antara Negara menjamin kesejahteraan sejagat
Usaha baik antara negara dijayakan bersama
Menyokong kerjasama antara negara dlm pelbagai bidang bagi mengeratkan hubungan sejagat
Kajian kes tt kerjasama serantau dlm bidang ekonomi dan sosial
Suratkhabar
Majalah
11-15/07
7.3 Saling Menghormati Antara Negara
Menghargai dan memuliakan hubungan antara negara untuk menjamin kesejahteraan sejagat
Hormat-menghormati antara negara asas hubungan yg harmoni
Menyokong dan melibatkan diri dlm pelbagai program kea rah mewujudkan hubungan yg baik antara negara
-Membincangkan pelaksanaan pelbagai program yg mewujudkan hubungan baik antara negara.
-Interaksi dgn rakan drpd negara jiran melalui internet atau surat menyurat.
Internet
Mulai 16/07
Ulangkaji Untuk
Peperiksaaan dan SPM
Ogos
Peperiksaan
Percubaan SPM
Ulangkaji Untuk
SPM
2

Gambarku

Kata Kunci Nilai Pendidikan Moral

1. Kepercayaan Kepada Tuhan
*Tuhan sebagai pencipta alam
*Manusia mematuhi segala suruhan-Nya berlandaskan pegangan agama
2.Amanah
*bertanggungjawab
*menimbulkan kepercayaan orang lain
*menimbulkan keyakinan orang lain
3.Harga diri
*keupayaan diri dalam memulia / menjaga maruah diri
*keyakinan diri dalam memulia / menjaga maruah diri
4.Bertanggungjawab
*kesanggupan diri untuk memikul tugas/ kewajipan
*kesanggupan diri untuk melaksana tugas /kewajipan
*menunaikan kewajipan yang diberi
5. Hemah Tinggi
*beradab sopan dlm pergaulan seharian
*berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian
6.Toleransi
*kesangupan bertolak ansur
*kesanggupan bersabar
*kesanggupan mengawal diri
----bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham.
7.Berdikari
*kebolehan
*kesanggupan
*tidak bergantung pada orang lain
8.Kerajinan
Usaha yang berterusan:
*tekun
*gigih
*cekal
*dedikasi
*berdaya maju
9.Kasih sayang
*kepekaan
*perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan
*hati yang ikhlas
10. Keadilan
Tindakan dan keputusan:
*saksama
*tidak berat sebelah
11.Rasional
*berfikir secara wajar
*alasan dan bukti yang nyata
*tindakan dan pertimbangan yang wajar
12. Kesederhanaan
*tidak keterlaluan membuat pertimbangan wajar
*tidak mengabaikan kepentingan diri
*tidak mengabaikan kepentingan orang lain
13. Kasih Sayang Terhadap Keluarga
*perasaan cinta
*perasaan kasih
*perasaan sayang
..... yang mendalam terhadap keluarga.
14. Hormat dan taat kepada anggota keluarga.
*memuliakan anggota keluarga
*bersopan
*berinteraksi dengan baik
*memberi layanan yang baik
15.Mengekalkan tradisi kekeluargaan
*meerima
*menghormati
*mengamalkan
..... kebiasaan, adat, kepercayaan yg diwarisi turun-temurun.
16.Tanggungjawab terhadap keluarga.
*kewajipan setiap individu terhadap keluarga
*meningkatkan imej keluarga bahagia
*menjaga maruah keluarga.
17.Menyayangi dan menghargai alam sekitar.
*kesedaran memelihara alam sekitar
*kesedaran memulihara alam sekitar
*mengekalkan keseimbangan ekosistem
18.Keharmonian antara manusia dengan alam sekitar
*hubungan harmonis manusia dan alam sekitar
*manusia dan alam sekitar saling memelukan
...... supaya kualiti kehidupan terpelihara.
19. Kemapanan alam sekitar
*mengekalkan keseimbangan alam sekitar untuk kesejahteraan hidup
*menjaga dan memulihara tanggungjawab bersama
20. Peka terhadap isu-isu alam sekitar
*Prihatin terhadap keadaan alam sekitar
*berusaha menyelesaikan setiap masalah .....
21.Cinta akan Negara
*bangga dengan negara sendiri
*bangga dengan kepelbagaian agama
*bangga dengan kepelbagaian budaya/ bangsa dalam masyarakat
22.Taat setia kepada raja dan negara.
*kepatuhan kepada raja dan negara
*kesetiaan kepada raja dan negara
23.Sanggup berkorban untuk negara
*rela melakukan sesuatu untuk negara
*sanggup menyerahkan nyawa demi negara
*sanggup berbakti kepada negara/ mengharumkan nama negara
24. Melindungi hak kanak-kanak
*membela kanak-kanak
*memberi naungan kepada kanak-kanak
*memelihara kanak-kanak
*menjamin kesempurnaan dalam kehidupan kanak-kanak
25. Menghormati hak wanita
*menghormati/melindungi wanita
*menghargai/ mengiktiraf wanita dalam pembanguanan keluarga, masyarakat dan negara.
26.Melindungi hak pekerja
*menghomati golongan pekerja
*menghargai pekerja
*mengiktiraf perkhidmatan, jasa dan sumbangan pekerja.
27.Menghormati hak golongan kurang berupaya.
*memberi layanan yang sopan
*tidak menyisihkan golongan kurang upaya
*mengiktiraf mereka sebagai insan ciptaan Tuhan (istimewa)
28.Melindungi hak Pengguna
*membela hak pengguna
*memelihara hak pengguna
*mempastikan pengguna mendapat perkhidmatan dan barangan yang berkualiti
*memastikan pengguna berilmu/ tidak dieksploitasi
29.Mematuhi peraturan dan undang-undang
*menerima peraturan dan undang-undang
*mematuhi peraturan dan undang-undang pada setiap masa
........ bagi setiap individu, setiap tempat
30. Kebebasan bersuara
*kebebasan berucap
*kebebasan mengeluarkan fikiran
*memahami ada batasan ketika berucap
.........ada batasan tertentu utk menjaga keselamatan / ketenteraman awam (negara)
31. Kebebasan beragama
*kebebasan individu menganuti agamanya.....
*menerima kebebasan beragama.....
.......sebagaimana yang diperuntukkan dalam perlembagaan.
32. Penglibatan diri dalam pembanguanan Negara.
*kebebasan melibatkan diri dlm pelbagai aktiviti pembanguana.
*mematuhi peraturan ,undang-undang dan perlembagaan Malaysia.
33. Sikap keterbukaan
*bersedia memberi dan menerima pandangan
*bersedia menerima pembaharuan
*sanggup menerima kritikan
34. Hidup bersama secara aman
*hidup berbaik-baik antara satu sama lain
*mengutamakan kedamaian
*cinta pada keharmonian tanpa mengira agama, bangsa dan budaya.
35. Saling membantu dan berkerjasama
*usaha yg baik ke arah kesejahteraan hidup
*usaha membantu ke arah mencapai sesuatu matlamat di peringkat individu, komuniti atau negara.
36.Saling menghormati antara Negara
*menghargai hubungan antara negara
*memuliakan hubungan antara negara
*berusaha mewujudkan hubungan mesra untuk menjamin kesejahteraan sejagat.
Tamat
* tanda kata kunci nilai Pendidikan Moral
kata kunci penting diingat oleh setiap pelajar yang mengambil subjek PMO SPM....
terutama sekali apabila menjawab bahagian esei. Selamat mencu..... semoga berjaya....

Kata Kunci Nilai Pendidikan Moral

1. Kepercayaan Kepada Tuhan

*Tuhan sebagai pencipta alam

*

Laman web yang perlu saya guna

link website
http://www.emoe.gov.my
http://www.datafilehost.com/
http://nutp.org
http://www.cybersecurity.org.my/
http://www.jpa.gov.my
http://www.spa.gov.my
http://www.mohe.gov.my
http://www.smktandek.edu.my
http://bharian.com.my
http://www.sitef.org
Hapus Jejak Ber-internet
Windows Vista mempunyai fungsi yang secara automatik melengkapi alamat laman web yang sedang kita taip. Informasi alamat laman web ini dapat dilihat dari file bernama index.bat yang mempunyai alamat-alamat web yang pernah kita kunjungi.Bagi orang yang sensitif terhadap masalah privasi, fungsi ini boleh menjadi masalah. Dari senarai ini, orang lain boleh mengetahui laman web yang pernah anda kunjungi. Untuk mengatasinya, anda boleh menghapuskan file index.dat.Menghapus file index.dat tidak semudah menghapus file lain. Sebab, file ini digunakan sepanjang sesi sistem dan file yang sedang digunapakai tidak boleh dihapuskan.Jika anda ingin index.dat dinyahkan dari sistem anda, lakukan langkah-langkah ini:1. Restart komputer anda dan tekan butang [F8] di keyboard beberapa kali di awal-awal boot untuk menampilkan menu menuju Safe mode.2. Pilih [Safe Mode with Command Prompt], dan tekan [Enter]. Windows akan melanjutkan loading Windows.3. Semasa muncul tetingkap login, masukkan nama pengguna komputer tersebut. Akaun yang digunakan ini harus administrator.4. Setelah tetingkap Command Prompt aktif, anda berada di folder C:-Users-user name anda. Masuklah ke C:-Users-User name Anda-AppData-Roaming-Microsoft-Windows-Cookies dengan mennaipn perintah “cd AppData-Roaming-Microsoft-Windows-Cookies” diikuti dengan menekan [Enter].5. Taipkan perintah “del index.dat” pada Command Prompt. Tekan [Enter].6. Restart Windows.7. Sekembalinya ke Windows, anda akan kembali melihat file index.dat. Namun file itu kosong—Windows yang membuat file itu.sumber & berita lain : http://www.sabahdaily.com/2008/10/hapus-jejak-ber-internet/
Posted by sardotcom at 10:51 AM 0 comments

Rabu, 21 Januari 2009

IBU BAPA

IBU BAPA Sangat penting dalam kehidupan kita. Oleh itu kita kena jaga hubungan baik dengan mereka. Didikan awal dari mereka sangat penting untuk meletakkan diri kita berjaya dalam hidup yang seterusnya. Pelajar yang saya kasihi, janganlah melawan ibu bapa, guru dan siapa saja yang memberi anda cahaya kehidupan yang penuh pengharapan.

Lambang madah kasih ibu ayah tak ku lupa, berdoalah setiap hari untuk mereka supaya kuasa kekuatan Tuhan terus sebati dan memandu kita untuk terus ada kasih , serta berjaya dalam semua aktiviti dilakukan,atau cita-cita yang baik.

Ibu bapa yang baik akan memberi motivasi kepada anak-anaknya untuk terus mengharungi pelbagi cabaran hidup di dunia ini. Kejayaan kita sebahagian dari motivasi yang tinggi daripada mereka. Motivasi ini umpama makanan yang bergizi untuk kehidupan manusia. Berkat berkat Tuhan selalu disalurkan melalui ibu bapa, kita perlu minta itu dengan Tuhan/ibu bapa kita yang tercinta.

Kejayaan kita hari ini bukan milik kita yang sepenuhnya, kita ada banyak tanggungjawab yang menanti di hadapan atau di sekeliling kita. Maksudnya apabila kita sudah berjaya dalam mengejar erti kehidupan itu, berilah itu juga kepada semua manusia yang memerlukan.( Bukan paksaan tetapi kewajiban)

Harapan saya, pencarian kasih yang sejati, kedamaian dunia yang sepenuhnya akan berjaya dibuktikan oleh kita semua umat Allah. Terima kasih.

Kepentingan Pendidikan Moral

Salam hormat semua kawan-kawan dan pelajar yang ingin melihat Moral yang sebenar. Subjek Pendidikan Moral penting sebagai darah dan nadi untuk kehidupan manusia. Tanpa Moral maka pincanglah hidup kita. Tiga unsur utama yang perlu diingat oleh pelajar tentang moral, pemikiran moral, perasaan moral dan tindakan/ perlakuaan moral. Tiga unsur utama ini perlu dijelaskan dalam huraian pelajar semasa menjawab spm bahagian A/B.

Cara melahirkan idea yang matang daripada jawapan pelajar ialah mesti mesti mesti wajib banyak rajin membaca, mendengar, buat latihan, berbincang berkaitan dengan nilai , kandungan akademik spm + memperkaya pengetahuan ttg isu-isu semasa dalam dan luar negara.

Pelajar perlu mahir menghubung kaitkan ilmu pengetahuan subjek dengan subjek yang lain. Pengetahuan Am/ Pengajian Am sangat membantu pelajar menjawab soalan moral dengan bijak dan matang. Terima kasih .Hubungi saya tel.0135584791, 0168133134/ email: tingka31@yahoo.com.

Perubatan Homeopati

Apakah Dia Perubatan Homeopati?
Motoo atau cogan kata Perubatan Homeopati adalah "Serupa dengan serupa menyembuhkan". Dalam bahasa Inggeris "Likes Cure By Likes", sementara dalam bahasa Latin pula ialah "Simila Similibus Curentur".
Tujuaan saya menjadi doktor Homeopati ialah ingin membantu diri dan mereka yang memerlukan bantuan. Kedua minat memperkaya ilmu dan menambah kawan. Bila kita kerap bekomunikasi dan menolong orang, kita dapat kawan dan pengalaman baru pula.
Tujuan Perubatan Homeopati ialah menyembuhkan penyakit yang ada hingga sembuh sepenuhnya. Ia menyembuhkan penyakit dengan mencari punca atau sebab penyakit, dan bukan hanya menubati hasil (natijah) penyakit itu. Inilah keistimewaan Perubatan Homeopati.
Dr.Christian Samuel Hahnemann ialah tokoh atau bapa Perubatan Homeopati .Beliau berasal dari Jerman, lahir pada 10 April 1755. Kita ada pilihan sama ada memilih cara perubatan Homeopati atau perubatan Allopati (moden). Sistem tubuh manusia berbeza -beza, ada yang serasi dengan ubat tradisional, homeopati, dan ada pula serasi dengan perubatan Allopati. Manusia perlu bijak mengenal dirinya supaya dia tahu ke mana hendak berubat, jika kurang sihat. Di Sabah masyarakat belum begitu mengenali apa itu perubatan Homeopati. Saya rasa dan berpendapat genarasi sekarang perlu berubah .... minda ke arah kajian perubatan sains Homeopati. Terima kasih.