Catatan Popular

Jumlah Paparan Halaman


Khamis, 25 Mac 2021

Beruang

Nilai Pendidikan Moral (18)

NILAI UNIVERSAL KURIKULUM STANDARD PENDIDIKAN MORAL SEKOLAH MENENGAH 1. Kepercayaan kepada Tuhan Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala ajaran berlandaskan pegangan agama atau kepercayaan masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara. 2. Bertanggungjawab Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna. 3. Berdikari Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain. 4. Harga diri Beruppaya menjaga maruah diri 5. Kerajinan Usaha yang berterusan, bersungguh-sungguh dan berdedikasi dalam melakukan sesuatu. 6. Berterima kasih Perasaan dan perlakuan untuk menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan 7. Patriotisme Bangga dan taat setia kepada raja dan negara 8. Kebebasan Bebas melakukan sesuatu tertakluk kepada peraturan dan undang-undang 9. Keberanian Kesanggupan untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah 10.Kejujuran Bercakap benar, bersikap amanah dan ikhlas dalam setiap perlakuan. 11.Rasional Boleh berfikir berdasarkan alasan atau bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan yang wajar 12.Baik hati Kepekaan terhadap keperluan dan kebajikan diri, dan orang lain dengan memberi bantuan serta sokogan moral secara ikhlas. 13.Hemah tinggi Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia 14.Hormat Menghargai dan meuliakan seseorang serta menghormati peraturan institusi sosial 15.Kasih sayang Kepekaan dan perasaan cinta yang lahir daripada hati yang ikhlas 16.Kerjasama Melakukan sesuatu bersama-sama untuk kebaikan semua. 17.Kesederhanaan Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain. 18.Toleransi Bertolak ansur, sabar dan mengawal diri demi kesejahteraan hidup diri dan orang lain.

Rabu, 24 Mac 2021

KONSEP MORAL TINGKATAN 1 (Buku teks) Maksud Moral, moral berasal daripada perkataan Latin, iaitu mores ataupun dikenali sebagai ' moralis'. Moral membawa pengertian pegangan atau ajaran berkaitan dengan buruk baiknya sesuatu perbuatan. Moral juga bermaksud tingkah laku yang bersesuaian dengan tatasusila iaitu adat sopan santun dan budi perkerti yang mulia. Moral juga bersifat praktikal kerana moral merupakan disiplin yang dapat menentukan standard kesedaran tingkah laku seseorang sama ada betul atau salah. Moral merangkumi semua sifat luhur atau terbaik, iaitu sifat mulia dan terpuji yang patut diamalkan oleh manusia. Misalnya, kejujuran, baik hati, kasih sayang, keadilan, belas kasihan, simpati, bertanggungjawab dan sebagainya. Pendidikan moral wajib disemai sejak dari kandungan ibu lagi. Pendidikan moral ini bermula dari keluarga, lingkungan masyarakat, di sekolah dan di mana pun seseorang itu berada pendidikan moral dipelajari, diamalkan arau dipraktikan untuk kesejahteraan sejagat.