Catatan Popular

Jumlah Paparan Halaman


Rabu, 7 November 2012

Objektif Ceramah

Objektif ceramah dapatlah dikatakan sebagai sama ada untuk memberi; a. memberi gambaran am b. memberi maklumat c. memberi tahu sesuatu pandangan baru d. mengajar sesuatu kemahiran baru e. menerangkan sesuatu tindakan yang akan diambil dan sebagainya.

Unsur-unsur dalam Proses Pembujukan

Unsur-unsur dalam pembujukan adalah seperti berikut: 1. KEPERCAYAAN. Pendirian keyakinan bahawa sesuatu yang dipercayai itu benar. Amalan kita iaitu prinsip hidup manusia. Oleh itu pengucap mesti mengenal pasti kepercayaan audien sebelum dia berusaha mengubah pendirian audien terhadap sesuatu perkara dalam ceramahnya kelak. 2. SIKAP AUDIEN. Tindak balas terhadap pengetahuan, kepercayaan serta pendapat seseorang mengenai sesuatu perkara . Dengan mengetahui sebanyak mungkin kedudukan sikap seseorang dari awal-awal lagi pengucap boleh memilih hujah-hujah yang paling baik dalam usaha mengubah sikap audien sasaran. 3. IMEJ PENGUCAP Pengucap yang ingin memujuk hendaklah menunjukkan bahawa dia adalah seorang yang bertanggungjawab, banyak pengetahuan serta mampu menghasilkan ucapan yang bertenaga, konsisten dan beanr. Pengucap juga perlu menunjukkan kepakaran dalam ceramahnya dengan menunjukkan pengetahuan yang luas dan tepat. 4. MEMBUJUK Keberkesanan proses membujuk akan dapat dicapai apabila ceramah disesuaikan dengan perkara yang disampaikan dan audiennya.

Definisi Ceramah

Ceramah sebagai cara pengemukaan fikiran atau idea-idea melalui pengucapan dan disampaikan secara syarahan dua hala. Dalam sesi ceramah terdapat penerangan daripada penceramah, diselangi soalan daripada audien dan jawapan daripada penceramah sehinggalah selesai segala infomasi atau maklumat yang mahu disampaikan. Ceramah boleh digunakan untuk tujuan memujuk. Pembujukan pula bolehlah dianggap sebagai proses seseorang pengucap mengubah sikap, kepercayaan atau tindakan audien sasaran. Pembujukan merupakan proses yang aktif dan melibatkan usaha-usaha mengubah pemikiran audien. Oleh itu pengucap perlu menggunakan lebih daripada satu pendekatan dalam proses pembujukannya. Selain itu setiap unsur dalam penyampaian ucapannya seperti mimik muka, nada suara, gerak badan, perlu diseimbangkan dengan hujah bagi membantu audien mengubah sikap dan tindakan mereka.