Catatan Popular

Jumlah Paparan Halaman


Isnin, 16 Januari 2012

Contoh Tugasan Harian

Tajuk: Kitar semula adalah antara langkah yang boleh diambil bagi menangani masalah pencemaran alam sekitar yang semakin meruncing di samping mengurangkan pembaziran sumber semulajadi. Jelaskan kebaikan amalan kitar semula dalam kehidupan seharian kita.

Rakyat Malaysia membuang 15 00 tan sampah setiap hari. Jumlah yang banyak ini boleh mengundang banyak masalah kepada Negara dari segi penyediaan tapak pelupusan sampah. Oleh itu kita kita perlu bijak mengurus sampah-sampah yang ada di dalam Negara kita.
Amalan kita semula boleh mengurangkan masalah pembuangan sampah yang tidak teratur atau tidak sistematik. Kitar Semula mengurangkan pencemaran dan menanam nilai-nilai murni kepada rakyat Malaysia, misalnya mendidik masyarakat lebih bertanggungjawab, sayang kepada alam kita yang cantik ini. Dengan mengamalkan kitar semula, kertas, botol, besi, tin-tin alminium, kaca, surat khabar lama, kain dan sebagainya dapat digunakan semuala untuk kegunaan yang lain. Misalnya kain lebihan boleh dibuat alas kaki, baju patung, lapis meja dan sebagainya.
Barangan terpakai merupakan bahan mentah yang murah dan mudah diperoleh. Bayangkan untuk membuat kertas kita perlu menebang pokok. Jangan buang kertas kerana kita boleh kitar semula, diproses menjadi kertas tandas. Besi-besi buruk boleh diproses menjadi besi baru untuk digunakan semula. Masyarakat kita perlu peka pada isu-isu alam sekitar, mengamalkan nilai kemampanan alam sekitar, menyayangi dan menghargai alam sekitar untuk mempastikan alam kita terus bersih serta boleh menjamin kesejahteraan hidup rakyat.
Sesungguhnya amalan kitar semula turut menyumbang peningkatan ekonomi masyarakat, iaitu bahan-bahan terbuang boleh dijual dan hasil pendapatan itu sekurang-kurangnya boleh membayar bil elektrik, bil air. Masyarakat lebih bertanggungjawab dengan cara amalan jimat cermat. Kita elakkan pembaziran, jangan buang bahan-bahan atau barangan yang berharga seperti besi buruk, potongan kayu yang mempunyai nilai yang tinggi.
Masyarakat perlu mengamalkan nilai keharmonian antara manusia dengan alam sekitar. Cara ini boleh membantu memelihara kualiti alam sekeliling, contohnya kualiti udara Negara kita. Bagi orang yang rajin berusaha kitar semula membuka peluang pekerjaan baru. Meskipun pendapatan yang diperoleh tidak seberapa tetapi banyak membantu meringankan perbelanjaan harian. Kita menggalakkan masyarakat kita lebih kreatif untuk menghasilkan barangan kraf yang unik dan menarik. Hasil Kraf tangan itu juga dapat mendatangkan pendapatan sam pingan kepada individu tertentu.
Melalui kitar semula masyarakat boleh melakukan satu system pembuangan sampah secara terancang dan sistematik. Tong-tong kitar semula juga disediakan dengan lebih banyak untuk memudahkan rakyat membuang sampah sarap dengan mudah. Kesimpulannya kitar semula bukan sekadar memberi keuntungan kepada pengguna dan Negara tetapi dapat menyelamatkan kemusnahan alam sekitar kita. Amalan ini perlu sokongan dan kerjasama semua pihak untuk kepentingan bersama.

Tiada ulasan: