Catatan Popular

Jumlah Paparan Halaman


Selasa, 23 Julai 2013

Tanggungjawab sebagai rakyat mengamalkan Saling Membantu Dan Bekerjasama.

Sebagai seorang rakyat Malaysia, kita haruslah; 1. mengamalkan nilai toleransi, sikap bertolak ansur antara kaum 2. Menanamkan dan mengamalkan sikap saling memahami antara kaum 3. Menyemai dan mengamalkan sikap kerjasama atara sesama manusia, tanpa mengira bangsa, agama dan budaya. 4. mengamalkan sikap rendah hati dan tidak sombong. 5. Bersama merealisasikan Dasar-dasar kerajaan atau Wawasan 2020. 6. Membantu negara dalam menuju era globalisasi...dunia tanpa sempadan. 7. Menjadi rakyat yang bertanggungjawab dan mempunyai kejujuran yang tinggi. 8. Sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang negara . 9. Bersama menjaga, memelihara dan mengekalkan kedaulatan negara Malaysia. 10.Melakukan inovasi dalam kehidupan..melihat kejayaan bangsa lain sesuatu yang positif untuk lebih bersemanggat berusaha memajukan diri, keluarga, masyarakat ,rakyat dan negara.

Kesan Mengamalkan nilai saling membantu dan bekerjasama.

1. Masyarakat hidup aman damai. 2. Perpaduan kaum terjamin 3. Kestabilan ekonomi, politik akan wujud 4. Negara akan cepat maju dalam pelbagai aspek pembangunan 5. Wujud hubungan yang sihat dan kerjasama yang padu dengan negara jiran 6. Wujud persefahaman serantau dan keamanan sejagat. 7. Peningkatan ekonomi dan pembangunan negara ke arah lebih berdaya saing. 8. Dapat menghargai hak asasi kemanusiaan.

Penghantaran kerja Kursus PM

Salam hormat buat semua pelajar yang dikasihi. Tarikh akhir penghantaran kerja kursus Pendidikan Moral tinhgkatan 5 bagi Pelajar SMK.Tandek ialah 26 Julai 2013. Harap maklum dan dapat bekerjasama dengan guru dan phak sekolah. Terima kasih.