Catatan Popular

Jumlah Paparan Halaman


Isnin, 31 Ogos 2009

Unit 18

soalan esei
Hari air sedunia -22 mac
Hari Bumi - 22 April
Hari Alam Sekitar Sedunia- 22 April

Huraikan dua nilai yang ingin diterapkan melalui sambutan tersebut.( 10 markah)
rangka jawapan.
i. menyayangi dan menghargai alam sekitar
*masyarakat dipupuk memelihara alam
- melalui sambutan tersebut masyarakat dipupuk menjaga alam sekitar
* masyarakat dipupuk memulihara alam
- masyarakat digalakkan menjalankan aktiviti mengitar semula, mengguna semula dan mengurangkan penggunaan sumber asli
ii. peka terhadap isu-isu alam sekitar
*masyarakat -prihatin masalah alam sekitar
- mengambil berat isu alam sekitar
*masyarakat dipupuk berusaha menyelesaikan isu alam sekitar
- tidak melakukan kegiatan yang boleh merosakkan alam sekitar
nilai lain..kemapanan alam sekitar dan keharmonian antara manusia dan alam sekitar.

Unit 20 PMO

soalan esei
Sumber alam asli yang terhad seperti bahan galian , hutan dan air akan kehabisan sekiranya digunakan dengan boros.
1. Huraikan dua nilai yang sepatutnya diamalkan oleh manusia dalam memastikan sumber alam asli digunakan dengan bijaksana. (10 markah)
rangka jawapan.
i. menyayangi dan menghargai alam sekitar
* manusia perlu memelihara alam sekitar
- manusia perlu menggunakan sumber alam dgn bijak
*manusia perlu memulihara alam sekitar
-manusia perlu membaikpulih alam dgn mencari alternatif lain menggantikan sumber alam asli yang semakin berkurangan/ menggunakan solar utk menggantikan bahan api
ii. Peka terhadap isu-isu alam sekitar
* manusia perlu prihatin terhadap maslah alam sekitar
-manusia perlu melaporkan kepada pihak berkuasa
*manusia perlu menyedari kesan buruk menggunakan sumber alam asli dgn sewenang-wenangnya.
-manusia perlu berjimat-cermat menggunakan sumber alam.

Selasa, 25 Ogos 2009

Laporan Pentaksiran ULBS Kawasan Kota Marudu

21 Ogos 2009 Saya sebagai Ketua Pentaksir Daerah Kota Marudu sudah menghatar laporan itu ke JPN. Terima kasih kepada rakan saya En. George Jod Bungas kerana penuh tanggungjawab membantu tugas pentaksiran.Terima kasih kepada Pengetua, semua guru kanan, guru mengajar Subjek Bahasa Melayu kerana memberi kerjasama yang sangat baik.
Sekolah yang ditaksir:
1.SMK.Kota Marudu 1
2.SMK.Kota Marudu 2
3.SMK.Bandau
4.SMK.Tandek
5.SMK.Langkon
6.SMK.Bengkongan
7.SMA.Goshen
Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan pihak PPD KM (Sektor Penilaian dan Peperiksaan (SPM) atau dengan saya.Tel :0135584791

Jumaat, 21 Ogos 2009

Soalan `(PMO) unit 29 tingkatan 5

Pelajar mesti jawab dalam bentuk ayat.(wajib) m/s:210
1. Senaraikan undang-undang antarabangsa yang menjamin kesejahteraan masyarakat global.
JB;
Undang-undang antarabangsa itu ialah akta pencegahan penyeludupan, undang-undang laut antarabangsa, mahkamah antarabangsa dan undang-undang siber.
soalan 2.
Jawapan:
cara mahkamah Antarabangsa menjamin keamanan serantau ialah menyelesaikan perselisihan faham antara negara anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, memberi nasihat kepada negara yang bertelaga, menjamin kebajikan negara-negara kecil daripada dieksplotasi.
soalan 3
Kesan yang akan berlaku sekiranya tidak ada undang-undang antarabangsa ialah negra besar dan kaya akan menggunakan pengaruh untuk menindas negara kecil, perluasan kuasa oleh negara besar tidak dapat dikawal, kegiatan lanun dan penyeludupan tidak dikawal, keselamatan negara akan tergugat.
Soalan 4.
Jika penyeludupan tidak dikawal hasil negara akan berkurangan, meluasnya barangan atau produk tanpa kawalan mutu.
Soalan 5.
Kita perlu mematuhi undang-undang siber kerana mengawal perbuatan fitnah seperti menggunakan internet untuk tujuan propaganda, mengawal aktiviti fitnah dan manipulasi pihak yang tidak bertanggungjawab.

Skema Jawapan PMO

Skema jawapan pendidikan Moral spm 2008 .SMK.Tandek Kota Marudu Sabah.
Semester 1
Bahagian A.
1a. Kesan penorokaan hutan secara berleluasa ialah hutan akan jadi gondol menyebabkan berlakunya banjir lumpur dan banjir kilat. Selain daripada itu kemusnahan pada flora ,fauna, kemusnahan pada nyawa dan harta benda.
1b. –faktor kurangnya kesedaran di kalangan masyarakat (1m). cth (1m)
-mengutamakan keuntungan (1m). cth (1m)
- sikap tidak bertanggungjawab (1m). cth (1m)
2. a.Nilai yang perlu diamalkan oleh masyarakat ialah nilai amanah. Contohnya melaporkan pemberi dan orang yang menerima rasuah.
b. Jawapan logic.
- hilangnya kepercayaan pelabur dalam dan luar Negara
-menjejaskan ekonomi Negara
-menjejaskan keamanan dan keselamatan Negara
-melemahkan system pentadbiran Negara
c. –jawapan logic
- menguatkuasakan akta pencegahan rasuah
- mengadakan kempen anti rasuah dalam semua peringkat
-memperbaiki system pengurusan dalam semua jabatan kerajaan, swasta
-wujudkan keluarga bahagia- amalan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian
3.a.
-setuju(1m), mengamalkan nilai mengekalkan tradisi kekeluargaan(1m). penerangan (1m). cth(1m)
b. jawapan logic
- adat perkhwinan orang Melayu.cth
-adat bercukur rambut .cth
-adat kelahiran.cth
-adat kematiancth.
4.jawapan logic
a. Peranan Jabatan Alam Sekitar untuk mempastikan alam sekitar terpelihara ialah membuat pemantauan semua aktiviti yang berkaitan dengan alam sekitar.cth
b. jawapan logic
-pemanasan global
-penerbangan terjejas –jerebu
-hidupan darat dan air akan terjejas. Cth
c. tindakan- Kerajaan perlu memberi pendidikan alam Sekitar kepada semua rakyat. Cth mengadakan ceramah kesedaran pentingnya menjaga alam sekitar.Kerajaan juga perlu menerapkan nilai menyayangi dan menghargai alam sekitar demi kesejahteraan sejagat.Cth jangan mencemar air sunggai.

5. a. Keluarga Ahmad mengamalkan nilai kasih sayang terhadap keluarga. Mereka berusaha merancang aktiviti yang boleh membahagiakan semua anggota keluarga. Cth Ahmad dan isterinya membawa anak-anaknya melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang dirancang.
b. –jawapan logic.
-remaja merayakan hari Ibu dan Bapa
-Memberi hadiah kesukaan ibu bapa
-mematuhi setiap ajaran ibu bapa yang baik
-belajar rajin hingga mencapai kejayaan yang membanggakan mereka.
c. –mengadakan doa kesyukuran untuk semua anggota keluarga
- gotong-royong membersih kawasan kampung
-merayakan hari jadi anggota keluarga
- kerjasama menjayakan upacara perkhwinan anggota keluarga.
6. a.Rakyat Malaysia mengamalkan nilai Cinta Akan Negara. Rakyat Malaysia harus berbangga pada Negara dan sentiasa menjaga nama baik Malaysia supaya Melaysia terus kekal mempertahankan kemerdekaannya. Cth. Setiap rakayat wajib mengibarkan Bendera Malaysia pada hari Kemerdekaan.
b. Maksud nilai cinta akan Negara ialah perasaan sayangdan bangga serta meletakkan kepentingan Negara melebihi kepentingan diri.
c.- bidang sukan
- bidang telekomunikasi- angkasawan
-bidang pendidikan
Jawapan logik
d.- menyanyikan lagu Negaraku- perhimpunan
-ikrar
7.a .nilai cinta akan Negara – huraian-cth
-nilai taat setia kepada Raja dan Negara- huraian-cth
b. jawapan logik/ rasional

8.a. –nilai cinta akan Negara
- nilai sanggup berkorban untuk Negara
b. – Maksud nilai cinta akan Negara ialah perasaan saying dan bangga serta meletakkan kepentingan Negara melebihi kepentingan diri.
- Maksud sanggup berkorban untuk Negara ialah kerelaan melakukan atau menyerahkan sesuatu termasuk nyawa sebagai tanda kebaktian untuk Negara.
c. – mewujudkan semangat patriotism.cth
- dapat memajukan Negara hingga menjadi sebuah Negara gemilang, cemerlang dan terbilang terkenal di seluruh dunia.cth
- mewujudkan perpaduan semua kaum di Malaysia.cth
Jawapan esei
1. Nilai –cinta akan Negara
-Taat Setia kepada Raja dan Negara- sayang- bangga- kepada Negara-meletakkan kptg Negara melebihi kptg diri.
-Sanggup berkorban Untuk Negara- rela melakukan-menyerahkan sesuatu – tanda kebaktian utk Negara.
-Rasional- boleh berfikir- berdasarkan alas an –bukti yang nyata- mengambil tindakan- pertimbangan yang wajar.
Huraian berdasarkan kata kunci nilai
Berikan markah pada contoh yang sesuai dan tepat.
2. Amalan nilai-
-kerajinan-usaha yang berterusan- tekun, gigih, dedikasi, berdaya maju-dalam melakukan sesuatu perkara.
-Kepercyaan Kepada Tuhan-yakin wujudnya Tuhan-mematuhi suruhan-Nya- pegangan agama-prinsip Rukun Negara.
-berdikari-kebolehan- kesanggupan- melakukan sesuatu- tanpa bergantung kpd org lain.
-toleransi-bertolak ansur-sabar-mengawal diri- mengelakkan pertelengkahan dan perselisihan faham- kesejahteraan hidup.
-Bertanggungjawab- kesanggupan diri- memikul dan melaksanakan- tugas- kewajiban-dgn sempurna.
Huraian berdasarkan kata kunci nilai
Berikan contoh yang sesuai
3. –nilai kasih sayang terhadap keluarga
-Tanggungjawab terhadap keluarga
-Mengekalkan tradisi kekeluargaan- menerima, menghormati, megamalkan- sesuatu kebiasaan adat dan kepercayaan yang diwarisi.
-Hormat dan taat kepada anggota keluarga
Utamakan nilai di atas.
Huraian berdasarkan kata kunci nilai
Beri contoh yang sesuai.
Atau
-toleransi
-kesederhanaan
-Hemah tinggi

ULBS Bahasa Melayu

MANUAL UJIAN LISAN BERASASKAN SEKOLAH (ULBS)
BAHASA MELAYU

1.0 Latar Belakang

Sejak tahun 1994, secara purata lebih 90% murid lulus mata pelajaran Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM. Namun begitu, masih ramai murid yang tidak menguasai kemahiran bertutur dengan baik. Hal ini telah dinyatakan oleh Datuk Dr. Abdul Shukur bin Abdullah, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM) dalam kertas kerja beliau yang dibentangkan dalam Persidangan Pendidikan Kebangsaan pada tahun 1999.

Berdasarkan kajian Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dan maklum balas daripada pelbagai pihak, Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Bahasa Melayu yang dijalankan sejak 1973 secara berpusat didapati bahawa ujian lisan memerlukan perubahan, sesuai dengan perkembangan sistem pendidikan dan pentaksiran terkini.

Sehubungan dengan itu, perubahan format baharu ULBS dirancangkan dan mula diperkenalkan pada tahun 2002 kepada murid tingkatan empat. Format baharu ini mempunyai kelebihan seperti yang berikut:

1.1 Bersifat autentik kerana berupaya mentaksir kebolehan sebenar murid secara berfokus dalam kemahiran bertutur.

1.2 Menggalakkan proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran bertutur di dalam bilik darjah.

1.3 Pentaksiran dijalankan secara berterusan bermula dari tingkatan empat hingga tingkatan lima.

1.4 Menepati kehendak dan keperluan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah.

1.5 Pentaksiran dapat dijalankan dalam situasi berkomunikasi yang sebenar dan lebih daripada satu kemahiran bertutur dapat ditaksir.

1.6 Pentaksiran dapat dijalankan juga semasa aktiviti di luar bilik darjah yang melibatkan penggunaan bahasa Melayu.

1.7 Pentaksir ialah guru yang mengajar murid berkenaan kerana beliau lebih mengetahui kemampuan sebenar kemahiran bertutur murid tersebut.
2.0 Matlamat ULBS Bahasa Melayu

Matlamat ULBS Bahasa Melayu adalah untuk melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi bagi memenuhi keperluan diri dalam bidang pendidikan, pekerjaan dan urusan harian.

3.0 Objektif

3.1 Mendedahkan situasi berlisan yang sebenar kepada murid.

3.2 Membentuk kemahiran dan keyakinan diri murid untuk berkomunikasi secara berkesan.

3.3 Mendedahkan kemahiran berlisan dan memberikan pengalaman kepada murid untuk berkomunikasi dalam situasi formal dan tidak formal.

4.0 Konsep ULBS Bahasa Melayu

4.1 Ujian ini dilaksanakan berasaskan sekolah dengan kawalan langsung oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).

4.2 Pentaksir ujian ini ialah guru-guru yang mengajarkan Bahasa Melayu di tingkatan empat dan di tingkatan lima.

4.3 Ujian ini dijalankan secara berterusan dari tingkatan empat hingga tingkatan lima.

4.4 Kemahiran bertutur murid ditaksir dalam pelbagai aktiviti secara individu dan kumpulan.

4.5 Ujian ini dapat meningkatkan kemahiran berlisan dan kesantunan berbahasa selaras dengan hasrat untuk memartabatkan kedudukan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.

4.6 Ujian ini memberikan peluang kepada murid meningkatkan pencapaian dalam kemahiran bertutur. Hal ini bertepatan dengan konsep pentaksiran untuk penambahbaikan dalam pembelajaran.

5.0 Pengendalian ULBS Bahasa Melayu

ULBS Bahasa Melayu dilaksanakan berdasarkan lima model interaksi:

5.1 Aktiviti individu berdasarkan model 1, 2 dan 3.

5.2 Aktiviti kumpulan berdasarkan model 4 dan 5.

Isnin, 17 Ogos 2009

Punca-punca Penagihan Dadah Di Kalangan Pelajar

1. Faktor Kelaurga
Menurut Weiner dan Egan (1973) dan Tec (1970) keluarga yang tidak bahagia, bercerai, perpisahan atau kematian ketua keluarga menyebabkan anak terbiar dan menagih dadah.
Rosenberg (1969) mengatakan majoriti penagih berumur 15 tahun dan mereka tidak tinggal bersama dengan keluarga.
Kesibukan dengan tugas, perniangaan dan sebagainya sehingga mereka kurang perhatian terhadap anak mereka. Ada juga ibu bapa hanya mementingkan kecemerlangan akademik dan mengabaikan akhlak atau pendidikan agama . Tanggungjawab mendidik selalunya diserahkan kepada amah, kesannya anak tidak cukup kasih sayang daripada ibu bapa. Hal ini menyumbang pada keruntuhan moral pelajar kini.

2. Ketiadaan kasih Sayang Ibu Bapa
Menurut Chiam (1985), ketiadaan kasih sayang daripada ibu bapa menyebabkan anak-anak cenderung bersedia melakukan apa sahaja , untuk menarik perhatian orang lain bagi mendapat kasih sayang tersebut. Dengan demikin perlajar mudah terpengaruh dengan ajakan rakan atau siapa sahaja yang dianggapnya dapat memberi kasih sayang itu.
Mohd Reduan (1990) melaporkan hubungan yang renggang antara ibu bapa dengan anak akan menyebabkan anak-anak mengalih perhatian kepada rakan sebaya. Hubungan yang rapat dengan rakan sebaya, memungkinkan anak-anak ini terpengaruh dengan rakan sebaya yang menyalahgunakan dadah.

3. Ahli-ahli Keluarga yang Menyalahgunakan Dadah
Ahli-ahli keluarga terutama ibu bapa merupakan modal tingkah laku yang amat berpengaruh ke atas pelajar. Menurut kajian oleh Wiener dan Egen(1973) mendapati pelajar yangg terlibat dalam penggunaan heroin biasanya membesar dalam sebuah keluarga (ibu bapa) yang menagih dadah jenis tersebut.

4.Rakan Sebaya yang menggunakan dadah
Remaja mencari identiti diri mereka. mereka ini sensitif dari segi fizikal dan pemikiran.
Mereka mudah tertarik dengan benda-benda yang baru, mereka ingin diterima dan disayangi. Dengan demikin mereka mudah terpengaruh dengan kawan yang menagih dadah.
5. Kemudahan mendapatkan dadah
Jika kemudahan mendapatkan dadah itu berleluasa, maka ramailah pelajar kita yang boleh mencuba , mendapat bekalan , bila dah ketagih. Sistem perhubungan sekarang yang semakin maju memudahkan mereka dapat dadah / mereka terus terikat dengan najis dadah.

Masalah Penagihan Dadah di Malaysia

Masalah Penagihan Dadah di Malaysia sudah lama berlaku. Pelbagai usaha telah dilaksanakan bagi mengatasi gejala ini. Sampai sekarang masih belum ada tanda-tanda dapat dihapuskan, bahkan semakin berleluasa. Sasaran utama pengedar dadah ialah genarasi muda, terutama pelajar. sedangkan pelajar adalah tulang belakang atau harapan negara di masa hadapan. Mereka yang akan menentukan kejayaan wawasan 2020.
Bagi memerangi gejala ini, kerajaan Malaysia telah mengistiharkan 2003 sebagai tahun Memerangi Dadah Habis-habisan, pelajar digalakkan menyertai Program Sahabat Pemadam(utusan Malaysia 22 Januari 2003). Matlamat memerangi dadah habis-habisan ialah meningkatkan kesedaran masyarakt tentang bahayanya najis dadah. Pembudayaan masyarakat memerangi dan menolak dadah dilakukan secara terancang dan berterusan.
Peringkat umur yang terlibat dalam najis dadah ini, terutama di kalangan pelajar sekitar umur 9 hingga 19 tahun. Pada peringkat ini mereka sepatutnya mereka belajar di sekolah. Penglibatan mereka dalam najis dadah akan menjejaskan pelajaran mereka. Kelak mereka akan menjadi sampah masyarakat dan mereka sukar bersaing di peringkat global atau tidak dapat mengisi jawatan kosong yang ditinggalkan oleh pegawai yang sudah pencen.

Sabtu, 15 Ogos 2009

Tanggungjawab Guru Pendidikan Moral

TANGGUNGJAWAB SEKOLAH DAN GURU
BIASA
Penilaian Formal yang Dilakukan oleh Guru Pendidikan
Moral
(i) Pentaksiran Iltizam
Pentaksiran iltizam adalah untuk mentaksir pengalaman,
penghayatan dan keterlibatan yang bersungguh-sungguh
serta penuh tanggungjawab dalam aktiviti berikut:
ı Tugasan Harian
ı Kerja Amal
(ii) Folio
Satu folio adalah kompilasi dokumen-dokumen berikut:
ı Penulisan (Tugasan Harian)
ı Laporan Aktiviti yang telah disertai
ı Maklumat dan dokumen sebagai bukti aktiviti-aktiviti yang
telah disertai seperti gambar, sijil, surat akuan, penghargaan
dan lain-lain bahan yang boleh dijadikan bahan bukti.
Pendidikan Moral Secara Tidak Formal di Sekolah
- Projek moral sekolah adalah penting dan mempunyai
falsafah dan orientasi tersendiri. Ia akan memberikan
sesuatu sekolah itu identitinya.
- laporan sahsiah dijalankan secara tidak formal untuk
melaporkan tentang sahsiah pelajar terhadap pemupukan
dan penghayatan amalan nilai murni yang berterusan dan
keharmonian hidup mengikut norma masyarakat Malaysia.
- Kokurikulum ialah satu saluran pembelajaran yang
berasaskan gerak kerja yang tersusun dan terancang yang
sebahagian besar aktivitinya dilakukan di luar bilik darjah.
SOKONGAN KOMUNITI TEMPATAN
- Persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) merupakan entiti
penting dalam sesebuah sekolah, penubuhannya yang
termaktub dalam Akta pelajaran 1961, membuktikan PIBG
ialah rakan kongsi sekolah dalam menyelesaikan pelbagai
masalah dan isu menjadi wadah forum dan khidmat bakti
untuk kemajuan pelajar di sekolah berkenaan, disamping
membantu melengkapkan keperluan kebendaan serta
membolehkan para ibu-bapa dan guru-guru berkongsi dan
bertukar pendapat dan maklumat mengenai pendidikan dan
cara-cara meningkatkan lagi prestasi akademik dan ko
kurikulum pelajar.
- SALAM menganjurkan programprogram perkhidmatan
sukarela dalam berbagai bidang dengan tumpuan
khususnya terhadap pendidikan, kesihatan dan kerja
pembangunan komuniti.
- Majlis AIDS Malaysia adalah satu pertubuhan yang
berkomited untuk membuat satu persekitaran yang bebas
daripada impak negatif HIV/AIDS untuk Malaysia dan semua
rakyatnya.
- PEMADAM adalah singkatan dari Persatuan Mencegah
Dadah Malaysia. Ia adalah satu pertubuhan sukarela yang
ditubuhkan untuk menolong mereka yang bermasalah
berbangkit daripada penggunaan dadah, untuk memberi
tunjuk ajar kepada orang ramai mengenai bahaya-bahaya
penggunaan dadah dan juga untuk mendapat kerjasama
orang ramai dalam usaha membasmi dadah.
- MERCY memberikan bantuan kemanusiaan dan sehingga
kini, ia telah memulakan projek dan program dalam bentuk
latihan vokasional, penggalian perigi, bantuan makanan dan
sebagainya.
Topik 5 Peranan Guru dalam Pemupukan Kecerdasan
Moral Murid–murid.
Kepentingan Pemupukan Kecerdasan Moral
1. Seseorang perlu mengetahui emosi dirinya terlebih dahulu
dan bagaimana mengendalikannya.
2. Seseorang perlu bijaksana mengendalikan perhubungan
(berkomunikasi) dengan orang lain.
3. Seseorang perlu berupaya memotivasikan diri secara
tegas dan yakin dengan perasaan diri, pencapaian dan
kebolehan pelajar yang mempunyai kecerdasan emosi akan
berada pada jalan kecemerlangan yang lebih jelas.
Pengertian Kecerdasan Moral
- suatu usaha untuk membentuk insan yang menyeluruh dari
segi kognitif, afektif dan psikomotor.
Nilai Asas dalam Pemupukan Kecerdasan Moral
1. Empati 2. Kesedaran 3. Kawalan kendiri
4. Menghormati 5. Baik Hati 6. Tolerasi 7. Keadilan
Aktiviti–aktiviti dan Kaedah Pemupukan Kecerdasan
Moral
(a) Pembelajaran Kolaboratif
Pendekatan ini menekankan proses penyiasatan dan inkuiri.
Dalam pembangunan moral, pelajar akan melibatkan diri
dalam aktiviti menjawab soalan terbuka supaya kemahiran
inkuiri boleh dibina.
(b) Pembelajaran Kooperatif
Pembelajaran kooperatif adalah satu pendekatan
pembelajaran yang melibatkan kumpulan atau pasukan
pelajar.
(c) Pembelajaran Theory of Constraint (TOC) dan Kajian
Masa Depan
Constraint ialah faktor yang menyebabkan sesuatu sistem
daripada mendapat keuntungan yang lebih daripada apa
yang hendak dicapai.
(d) Kajian Masa Depan
membolehkan generasi baru merancang dan mewujudkan
masyarakat Malaysia yang berwawasan, rasional, kreatif,
dinamik serta boleh menerima dan menangani segala
perubahan.
(e) Kemahiran Berfikir
Kemahiran berfikir yang juga ditafsirkan sebagai pemikiran
reflektif, kritis dan kreatif; merupakan satu proses intelektual
yang melibatkan pembentukan konsep aplikasi, analisis,
sintaksis, dan/atau menilai informasi yang terkumpul atau
dihasilkan melalui pengamatan, pengalaman, refleksi,
pentaakulan, atau komunikasi.
(f) Kemahiran Berfikir secara Kreatif
Kemahiran Berfikir secara Kreatif ialah kecekapan atau
keupayaan menggunakan minda untuk menerokai pelbagai
kemungkinan, menghasilkan sesuatu yang baru, asli, dan
bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, idea atau
gagasan.
(g) Kemahiran Berfikir secara Kritis/Kritikal
Kemahiran Berfikir secara Kritis/Kritikal pula ialah kecekapan
dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai
kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea, meneliti
kebernasan, kebaikan dan kelemahan sesuatu hujah dan
membuat pertimbangan yang wajar dengan
menggunakan alasan dan bukti yang munasabah.
(h) Kemahiran Berfikir secara Analitis
Berfikir secara analitikal ditandai oleh daya usaha untuk
melihat sesuatu itu secara lebih terperinci. Analisis ialah
proses kita memecahbelahkan masalah besar kepada
bahagian-bahagiannya yang lebih kecil supaya dapat kita
tangani. Analisis ialah proses kita mencari puncapunca.
Analsis ialah usaha kita untuk memahami situasi yang
kompleks dengan cuba melihat situasi itu melalui unsurunsurnya.
(i) Pembelajaran Kontekstualisme
Pembelajaran kontekstualisme ialah satu kaedah
pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan
pengalaman harian, individu, masyarakat dan alam
pekerjaan.
(j) Konstruktivisme
Konstruktivisme bermaksud suatu proses pembelajaran
yang mana pelajar tidak lagi dianggap belajar daripada apa
yang diberikan guru atau sistem pengajaran tetapi secara
aktif membina realiti mereka sendiri dan pada masa yang
sama mengubahsuai realiti tersebut.
Penglibatan , penjelajahan , penerangan , penghuraian,
penilaian.

kebernasan, kebaikan dan kelemahan sesuatu hujah dan
membuat pertimbangan yang wajar dengan
menggunakan alasan dan bukti yang munasabah.
(h) Kemahiran Berfikir secara Analitis
Berfikir secara analitikal ditandai oleh daya usaha untuk
melihat sesuatu itu secara lebih terperinci. Analisis ialah
proses kita memecahbelahkan masalah besar kepada
bahagian-bahagiannya yang lebih kecil supaya dapat kita
tangani. Analisis ialah proses kita mencari puncapunca.
Analsis ialah usaha kita untuk memahami situasi yang
kompleks dengan cuba melihat situasi itu melalui unsurunsurnya.
(i) Pembelajaran Kontekstualisme
Pembelajaran kontekstualisme ialah satu kaedah
pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan
pengalaman harian, individu, masyarakat dan alam
pekerjaan.
(j) Konstruktivisme
Konstruktivisme bermaksud suatu proses pembelajaran
yang mana pelajar tidak lagi dianggap belajar daripada apa
yang diberikan guru atau sistem pengajaran tetapi secara
aktif membina realiti mereka sendiri dan pada masa yang
sama mengubahsuai realiti tersebut.
Penglibatan , penjelajahan , penerangan , penghuraian,
penilaian.

Akan bersambung

Pengurusan Mata Pelajaran P.Moral

Topik 3 Pengurusan MataPelajaran Pendidikan Moral
MASALAH PERLAKSANAAN PENDIDIKAN MORAL DI
SEKOLAH
- Faktor Ibu Bapa/Keluarga
- Faktor Guru dan Sekolah/Institusi
- Faktor Murid/Rakan Sebaya
- Faktor Komuniti/Masyarakat
- Faktor Media Massa

kementerian supaya tidak bercanggah dengan
objektif mata pelajaran Pendidikan Moral.
6. melaksanakan hasrat surat pekeliling
7. sebagai agen perubahan dan inovasi terhadap
pelajaran Pendidikan Moral, dimana seorang
8. merancang, menyedia dan memastikan
penggunaan bahan di dalam kelas.
9. menguruskan jadual waktu mata pelajaran
Pendidikan Moral.
10. menguruskan bilik-bilik khas untuk pembelajaran
Pendidikan Moral, contohnya seperti penggunaan
bilik audiovisual.
11. melaksanakan pemantauan keatas pelajaran
Pendidikan Moral.
12. merancang dan melaksanakan penilaian-penilaian
yang akan dilakukan di dalam kelas.
13. menganalisis peperiksaan, dari segi peningkatan
atau penurunan gred pelajar-pelajar dalam mata
pelajaran Pendidikan Moral.
14. melakukan tindakan susulan, seperti membuat
kelas-kelas pemulihan dan pengayaan kepada
pelajar.
15. membuat analisis keperluan-keperluan staf dalam
mengajar moral.
16. merancang dan melaksanakan program latihan
dalaman.
17. menilai program Pendidikan Moral di sekolah.
18. memastikan penyertaan guru dalam seminar,
bengkel dan kursus.
19. menyediakan bahan bantu mengajar dan bahan
bantu belajar kepada guru-guru untuk digunakan
di dalam kelas.
20. menambahkan koleksi Pusat Sumber Sekolah

Kelayakan & Kemahiran Guru Pend.Moral

KELAYAKAN DAN KEMAHIRAN GURU PENDIDIKAN
MORAL
2.2.1 Penguasaan Isi Kandungan Mata Pelajaran
(a) Kaedah Pengajaran
(b) Pemupukan Nilaiıı nilai Murni
(c) Pendidikan Kesusasteraan
(d) Sistem Pendidikan Mentor-Mentee
(e) Penubuhan Kumpulan Peningkatan Kualiti
(f) Melayan Pelajar Sebagai Pelanggan
(g) Rakan Sekerja Adalah Pelanggan
(h) Kerja Berpasukan (Team Work)
(i) Kemajuan Berterusan (Continuous Improvement)
2.2.2 Penguasaan Kemahiran Penyampaian Pendidikan
Moral
Ciri-ciri Guru Berkualiti
- Mempunyai pengetahuan yang mendalam terhadap
sesuatu bidang pengkhususannya.
- Komitmen yang menyeluruh.
- Penambahbaikan ilmu serta kemahiran secara berterusan.
- Sebagai satu role model atau idola kepada pelajar.
- Mudah didekati, mesra dan mampu menyelesaikan
masalah dan memberi pandangan yang bernas.
CIRI–CIRI PERIBADI GURU PENDIDIKAN MORAL
Insan Bermoral
1. Budi pekerti, tingkah laku mulia, serta berbudi bahasa.
2. Tidak angkuh, tidak menunjuk-nunjuk serta tidak sombong
dalam pergaulan dengan orang lain.
3. Suka bergaul mesra, tidak mengasingkan diri serta sedia
mengakui kesilapan dan kelemahan sendiri.
4. Orang bermoral juga mempunyai sifat hormat
menghormati
Ciri-Ciri Insan Bermoral
(i) Menghormati autoriti (seperti ibu bapa dan guru,
pemimpin Negara atau agama) yang menunjukkan contoh
dan teladan serta amalan yang diterima sebagai bermoral.
(ii) Melakukan sesuatu secara bebas tanpa sebarang
tekanan.
(iii) Mempunyai pengetahuan dan pemahaman tentang
perasaan orang lain di dalam satu-satu situasi.
(iv) Mempunyai emosi atau motivasi moral untuk melakukan
sesuatu yang benar selepas keputusan moral diambil.
(v) Mempunyai iltizam untuk melakukan sesuatu yang patut
dilakukan secara konsisten berdasarkan prinsip-prinsip dan
peraturan moral yang asas.

Matlamat&Objektif Pendidikan Moral

1.3.1 Matlamat Pendidikan Moral
Membentuk insan yang berakhlak mulia, bertanggung jawab
dan boleh menyumbang ke arah keharmonian dan
kestabilan negara serta masyarakat global.
1.3.2 Objektif
(i) Memahami dan menghayati nilai-nilai murni masyarakat
Malaysia.
(ii) Meningkatkan amalan budi perkerti mulia.
(iii) Menyedari dan menerima kepentingan tanggungjawab
moral dan sosial bagi mengekalkan kesejahteraan hidup
dalam perhubungan diri dengan keluarga, masyarakat,
negara serta alam sekitar.
(iv) Mengembangkan dan mengaplikasikan pemikiran moral,
perasaan moral dan perlakuan moral dalam membuat
sesuatu pilihan dan keputusan yang selaras dengan nilainilai
murni masyarakat Malaysia.
Insan Moral mempunyai tiga komponen berikut:
(a) Kandungan:
ı Peraturan Masyarakat- sentiasa berfikir bagaimana
mereka sendiri mesti berkelakuan
ı Keperibadian Mulia - mempunyai keperibadian yang baik
dan mengamalkan kesederhanaan (mengikuti jalan tengah)
dan boleh dipuji.
(b) Bentuk:
ı Etika Prinsip – keadilan dan kepedulian
ı Etika Situasi - Tindakan seseorang itu dalam satu-satu
situasi mesti ditentukan sendiri berdasarkan pertimbangan
bebas dan kebebasan memilih tanpa paksaan dari luar.
(c) Dimensi:
ı Penaakulan - proses seseorang individu memperkembang
kebolehan membuat pertimbangan atau keputusan moral
yang matang dan tersendiri tanpa dipengaruhi oleh
perasaannya dan pandangan orang lain
ı Emosi - perasaan yang betul yang melibatkan percaturan
secara rasional dalam sesuatu situasi.
ı Tingkah laku - segala perkara yang dilakukan oleh
dapat dirancang dan dilaksanakan mengikut objektif-objektif
yang ditentukan.
(k) Bermoral-Seseorang guru hendaklah mempunyai tahap
kemoralan yang tinggi agar boleh dicontohi oleh pelajarpelajarnya.
(l) Toleran- Keupayaan memahami masalahmasalah
pelajar adalah penting agar dia dapat berusaha untuk
mengatasinya.
Prinsip-Prinsip Asas Kemoralan
(a) Altruisme- Apa sahaja yang guru lakukan dalam bidang
moral akan melibatkan orang lain - akan menjauhkan guru
daripada kejahatan mementingkan diri.
(b) Keadilan- Prinsip keadilan melibatkan konsep
kesaksamaan dan menghormati orang lain (yang
memastikan seseorang itu bercakap benar, menepati janji,
dan sebagainya).
(c) Autonomi-Prinsip autonomi meliputi pertimbangan bebas
dan kebebasan memilih.
seseorang individu yang berkaitan dengan peraturan moral

Pemupukan Kecerdasaan Moral Murid

Topik 5 Peranan Guru dalam Pemupukan Kecerdasan
Moral Murid–murid.
Kepentingan Pemupukan Kecerdasan Moral
1. Seseorang perlu mengetahui emosi dirinya terlebih dahulu
dan bagaimana mengendalikannya.
2. Seseorang perlu bijaksana mengendalikan perhubungan
(berkomunikasi) dengan orang lain.
3. Seseorang perlu berupaya memotivasikan diri secara
tegas dan yakin dengan perasaan diri, pencapaian dan
kebolehan pelajar yang mempunyai kecerdasan emosi akan
berada pada jalan kecemerlangan yang lebih jelas.
Pengertian Kecerdasan Moral
- suatu usaha untuk membentuk insan yang menyeluruh dari
segi kognitif, afektif dan psikomotor.
Nilai Asas dalam Pemupukan Kecerdasan Moral
1. Empati 2. Kesedaran 3. Kawalan kendiri
4. Menghormati 5. Baik Hati 6. Tolerasi 7. Keadilan
Aktiviti–aktiviti dan Kaedah Pemupukan Kecerdasan
Moral
(a) Pembelajaran Kolaboratif
Pendekatan ini menekankan proses penyiasatan dan inkuiri.
Dalam pembangunan moral, pelajar akan melibatkan diri
dalam aktiviti menjawab soalan terbuka supaya kemahiran
inkuiri boleh dibina.
(b) Pembelajaran Kooperatif
Pembelajaran kooperatif adalah satu pendekatan
pembelajaran yang melibatkan kumpulan atau pasukan
pelajar.
(c) Pembelajaran Theory of Constraint (TOC) dan Kajian
Masa Depan
Constraint ialah faktor yang menyebabkan sesuatu sistem
daripada mendapat keuntungan yang lebih daripada apa
yang hendak dicapai.
(d) Kajian Masa Depan
membolehkan generasi baru merancang dan mewujudkan
masyarakat Malaysia yang berwawasan, rasional, kreatif,
dinamik serta boleh menerima dan menangani segala
perubahan.
(e) Kemahiran Berfikir
Kemahiran berfikir yang juga ditafsirkan sebagai pemikiran
reflektif, kritis dan kreatif; merupakan satu proses intelektual
yang melibatkan pembentukan konsep aplikasi, analisis,
sintaksis, dan/atau menilai informasi yang terkumpul atau
dihasilkan melalui pengamatan, pengalaman, refleksi,
pentaakulan, atau komunikasi.
(f) Kemahiran Berfikir secara Kreatif
Kemahiran Berfikir secara Kreatif ialah kecekapan atau
keupayaan menggunakan minda untuk menerokai pelbagai
kemungkinan, menghasilkan sesuatu yang baru, asli, dan
bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, idea atau
gagasan.
(g) Kemahiran Berfikir secara Kritis/Kritikal
Kemahiran Berfikir secara Kritis/Kritikal pula ialah kecekapan
dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai
kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea, meneliti
kebernasan, kebaikan dan kelemahan sesuatu hujah dan
membuat pertimbangan yang wajar dengan
menggunakan alasan dan bukti yang munasabah.
(h) Kemahiran Berfikir secara Analitis
Berfikir secara analitikal ditandai oleh daya usaha untuk
melihat sesuatu itu secara lebih terperinci. Analisis ialah
proses kita memecahbelahkan masalah besar kepada
bahagian-bahagiannya yang lebih kecil supaya dapat kita
tangani. Analisis ialah proses kita mencari puncapunca.
Analsis ialah usaha kita untuk memahami situasi yang
kompleks dengan cuba melihat situasi itu melalui unsurunsurnya.
(i) Pembelajaran Kontekstualisme
Pembelajaran kontekstualisme ialah satu kaedah
pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan
pengalaman harian, individu, masyarakat dan alam
pekerjaan.
(j) Konstruktivisme
Konstruktivisme bermaksud suatu proses pembelajaran
yang mana pelajar tidak lagi dianggap belajar daripada apa
yang diberikan guru atau sistem pengajaran tetapi secara
aktif membina realiti mereka sendiri dan pada masa yang
Kurikulum berkisar dalam bentuk tugasan, permasalahan
dan projek yang dijalankan oleh pelajar dalam kumpulan
yang mengandungi berbagai tahap kebolehan.
(b) Berfikir Secara Kritis dan Reflektif
membuat pilihan dan keputusan berlandaskan sebab-sebab
yang rasional serta justifikasi.
(c) Pengembangan Kreativiti
berfikir secara logik, membina daya imaginasi dan boleh
memberi pandangan
(d) Kemahiran Generik
Kemahiran-kemahiran generik boleh guna dapat
menyediakan tenaga pekerja yang mahir, cekap dan
berketrampilan di tempat kerja dan alam
pekerjaan.
(e) Multilinggualisme
Arus globalisasi dan ledakan maklumat memerlukan
kebolehan pelbagai bahasa untuk Rakyat Malaysia perlu
menguasai dua bahasa atau lebih
(f) Patriotisme dan Ketatanegaraan
Kesinambungan pembinaan semangat patriotisme dan
identiti kebangsaan dilanjutkan. Kebudayaan nasional,
ideologi dan aspirasi nasional akan dapat mengukuhkan lagi
identiti kebangsaan dan membentuk bangsa Malaysia
yang berwibawa dan bermoral tinggi.
(g) Penghayatan Nilai-Nilai Murni
Pemupukan dan penghayatan nilai murni masyarakat
Malaysia dilanjutkan di samping nilai-nilai baru masyarakat
moden.
(h) Pelbagai Kecerdasan
Setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolahan yang
berbagai. (Multiple Intelligences) iaitu verbal-linguistik,
logiko-matematik, muzik, spatial, bodily-kinesthetic, interpersonal,
dan intrapersonal diberi tumpuan. Ini dapat
melahirkan individu yang holistik dan seimbang.
(i) Kemahiran Belajar Untuk Belajar
Kemahiran membaca pantas, mencari dan memilih
maklumat, merujuk, membuat nota, menulis ringkasan,
bercakap di khalayak ramai dan sebagainya
1.3.1 Matlamat Pendidikan Moral
Membentuk insan yang berakhlak mulia, bertanggung jawab
sama mengubahsuai realiti tersebut.
Penglibatan , penjelajahan , penerangan , penghuraian,
penilaian.

Akan bersambung …….

Kejayaan Pengajaran & Amalan Nilai Murni

Topik 4 Kejayaan Pengajaran dan Amalan Nilai Murni
diSekolah
- Tugas dan Tanggungjawab Panitia Pendidikan
Moral
1. Ketua Panitia juga perlu mengajar dalam kelas mata
pelajaran Pendidikan Moral.
2. menjadi guru contoh kepada guru-guru lain,
3. merancang, melaksana, menyelia dan menilai
pembelajaran
4. mengurus dan menggerakkan panitia
5. mematuhi surat pekeliling yang diedarkan oleh
khususnya terhadap pendidikan, kesihatan dan kerja
pembangunan komuniti.
- Majlis AIDS Malaysia adalah satu pertubuhan yang
berkomited untuk membuat satu persekitaran yang bebas
daripada impak negatif HIV/AIDS untuk Malaysia dan semua
rakyatnya.
- PEMADAM adalah singkatan dari Persatuan Mencegah
Dadah Malaysia. Ia adalah satu pertubuhan sukarela yang
ditubuhkan untuk menolong mereka yang bermasalah
berbangkit daripada penggunaan dadah, untuk memberi
tunjuk ajar kepada orang ramai mengenai bahaya-bahaya
penggunaan dadah dan juga untuk mendapat kerjasama
orang ramai dalam usaha membasmi dadah.
- MERCY memberikan bantuan kemanusiaan dan sehingga
kini, ia telah memulakan projek dan program dalam bentuk
latihan vokasional, penggalian perigi, bantuan makanan dan
sebagainya.

Masalah Pengajaran Pendidikan Moral

MASALAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL
- Kekurangan Sumber Pengajaran Pembelajaran
- Kekurangan Latihan Khusus dalam Bidang
Pengajaran Pendidikan Moral
Isu-Isu Moral Semasa dalam Masyarakat/Komuniti
- Rogol/Sumbang Mahram
- Keganasan Rumah Tangga
- Gangguan Seksual
- Pornografi
- Cybercafe
Isu-Isu Moral di Sekolah
- Vandalisme
- Peras Ugut/Kongsi Gelap/Buli
Ciri-ciri Remaja Devian
Mengikut kajian Halcomb (1991), personaliti remaja
mempunyai masalah tingkah laku seperti berikut:
ı Mempunyai hubungan sentimental tetapi kasar dengan
orang lain dan selalu terlebih yakin dengan keupayaan
mereka.
ı Kehidupan harian tidak teratur dan tidak peka pada
peraturan.
ı Lebih menggemari situasi yang tidak dapat dijangka
ataupun berunsur suspens.
ı Mempunyai potensi mempengaruhi orang lain.
ı Bercakap kasar, tidak bertimbang rasa dan tidak sabar
dengan kelemahan ataupun kekurangan orang lain.
ı Berasa kehidupan keluarga tidak memuaskan, kurang
kasih sayang dan mempunyai tahap konflik yang tinggi.
ı Mempunyai kepercayaan diri yang rendah dalam
keupayaan mencapai kepuasan akademik yang baik.
ı Mengalami ketidakselarasan antara dirinya yang ideal dan
dirinya yang sebenar di mana mereka kadang-kadang
bermasalah mencapai identity yang diinginkan.
ı Kurang kepercayaan bagi mengawal kehendak-kehendak
impulsif.
Teori tentang Punca Salah Laku Remaja
(i) Teori fungsionalisme ıı Teori ini menganggap devian
sebagai tidak mempunyai peranan kepada struktur sosial.
(ii) Teori konflik ıı Teori konflik mengatakan, devian adalah
tindakan golongan tertindas ke atas pihak minoriti yang
menindas.
(iii) Teori subbudaya ıı Teori Subbudaya dan deprivasi
status pula berpendapat, devian berpunca daripada budaya
kumpulan yang berbeza daripada budaya masyarakat.
Deprivasi selalu berpunca daripada kemerosotan ekonomi
dan kelemahan sosio-emosi. Remaja terutama daripada
kelas sosial rendah yang tidak berjaya dalam
akademik mengalami kekecewaan dan tekanan serta
bertindak melakukan devian.
(iv) Teori interaksionisme ı Teori interaksionisme melihat
devian sebagai perkara subjektif dan proses sosial. Remaja
sengaja memilih tingkah laku mengikut kemahuan dan
sesuai dengan cara interpretasi mereka. Kajian Tattum
(1986) mendapati, remaja sengaja melakukan devian
sebagai teknik naturalisasi dalam interaksi mereka.
(v) Kategori Perlakuan Devian
ı Inovasi: Memenuhi matlamat dengan cara yang salah.
ı Ritual: Tindakan mengulang perbuatan.
ı Undur: Orang yang tidak lagi berminat dengan
matlamatnya lalu
melakukan alternatif lain sebagai tindakan.
ı Menentang: Menolak matlamat persekolahan dan
menggantikannya dengan matlamat lain.

Guru Pendidikan Moral

PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL
2.1.1 Penyampai Ilmu Pendidikan Moral - Peranan utama
guru-guru Pendidikan Moral dalam memastikan
perkembangan moral para pelajar adalah dengan membantu
mereka membentuk satu pandangan moral yang
menyeluruh dan relevan bagi kedua-dua institusi, iaitu
rumah dan juga sekolah.
- Dalam kemahiran belajar, terdapat beberapa kemahiran
kecil seperti mengesan balik maklumat, menginterpretasi
bahan, membuat catatan, membuat rujukan, menguruskan
masa dengan baik dan menggunakan pusat sumber.
- Seseorang guru terpaksa memainkan pelbagai peranan di
sekolah. Dia adalah pengajar, ahli metodologi, kerani,
penyebar nilai masyarakat, penasihat kelab, pengadil,
penilai, pendisiplin dan kaunselor. Ketika memainkan
peranan sebagai pendisiplin, guru hendaklah bersifat tegas
manakala ketika berfungsi sebagai kaunselor, dia hendaklah
bersifat mudah dihampiri.
2.1.2 Teladan Insan Moral
(a) Ramah-memudahkan guru memahami masalah pelajarpelajarnya.
(b) Adil- membolehkan guru menjalankan pemeriksaan
latihan dan penilaian tugasan pelajar-pelajar secara objektif.
(c) Fleksibel- mengubah bahan pengajaran mengikut
keupayaan dan keperluan pelajar-plajar.
(d) Tegas- dapat menjamin aktiviti pengajaran dan
pembelajaran berjalan dengan teratur.
(e) Gemar berjenaka- dapat mewujudkan suasana
pengajaran dan pembelajaran yang riang,tenang serta
menyeronokkan.
(f) Utuh-Keutuhan merujuk kepada ketekalan tingkah laku
seseorang gurumembolehkan setiap kegiatan akademik dan
kokurikulum dijalankan dengan teratur serta memenuhi
objektif-objektif yang ditentukan.
(g) Berdedikasi- kerap kali bekerja mlebihi apa yang
diharapkan daripadanya.
(h) Peka-Guru yang berkesan hendaklah peka terhadap
minat, kebolehan serta keperluan-keperluan pelajarnya.
(i) Inovatif-sentiasa memperkenalkan sesuatu strategi atau
bahan pengajaran yang baru.
(j) Berwibawa-Seseorang guru yang berwibawa dapat
memastikan segala aktiviti di dalam dan di luar bilik darjah.

Kurikulum Pendidikan Moral

1.2 KURIKULUM PENDIDIKAN MORAL
(a) Kandungan Kurikulum - Peranan kurikulum dalam
pendidikan adalah untuk membina perkembangan murid
yang lengkap dari segi jasmani, rohani, akal dan emosi serta
menyemai, menanam dan memupuk nilai-nilai akhlak yang
diingini, di samping menyampaikan ilmu pengetahuan.
(b) Fokus– kurikulum
ı kemahiran berfikir secara kritikal dan kreatif
ı kemahiran berkomunikasi secara berkesan
ı kemahiran menikmati keindahan ciptaan dan seni
ı kemahiran membuat pilihan dan membuat keputusan
ı kemahiran mencari, menginterpretasi dan mengaplikasi
maklumat
ı kemahiran bergaul dan bekerjasama dengan orang lain
ı kemahiran kepimpinan dan pengurusan
sambungan.....akan dtg

Pekebangan Pendidikan Moral 2

1.1.2 keagamaan dan kerohanian yang kukuh dan
bersikap toleransi.
Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam telah dirancangkan
untuk mendorong perkembangan rohani pelajar-pelajar.
- Di Tahap Satu - pembentukan nilai-nilaimurni dan tingkah
laku yang baik
- Tahap Dua - pemikiran rasional dan perbincangan tentang
isu-isu moral.
1.2.1 Latar Belakang Pendidikan Moral
1. Pendidikan Moral dijadikan mata pelajaran wajib bagi
pelajar-pelajar bukan Islam.
2. Pendidikan Moral diajar secara berasingan.
3. Peperiksaan dan penilaian diadakan untuk Pendidikan
Moral.
1.2.2 Sejarah Perkembangan Mata Pelajaran Pendidikan
Moral
konsep-konsep moral yang dikenalpasti telah pun
dimasukkan dalam pelajaran Sivik – 1974.
Draf Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral tahun 1978 cuba
memberi definisi pendidikan moral serta menyatakan
objektif-objektif am mata pelajaran Pendidikan Moral di
sekolah-sekolah di Malaysia. Draf 1978 ini juga
mengenalpasti 16 nilai teras kebersihan, baik hati,
kesederhanaan, kerajinan, kesyukuran, kejujuran, keadilan,
kasih sayang, hormat-menghormati dan semangat
bermasyarakat. Tiga lagi nilai teras diperkenal, iaitu nilai
kebebasan, hemah tinggi dan kerjasama pada tahap kedua
sekolah rendah.
20 Julai 1981 - Dua belas nilai yang dimasukkan ke dalam
Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral Kurikulum Baru
Sekolah Rendah adalah seperti berikut:
(a) Sikap bersih dari segi fizikal dan mental
(b) Sikap belas kasihan (c) Sikap sederhana
(d) Sikap rajin (e) Sikap berterima kasih
(f) Sikap jujur (g) Sikap adil
(h) Sikap kasih saying (i) Sikap hormat-menghormati
(j) Sikap bermasyarakat (k) Sikap tidak angkuh
(l) Kebebasan

Pekebangan Pendidikan Moral 1

Topik 1 Sejarah Perkembangan Pendidikan Moral
1.1.1 Definisi Pendidikan Moral
Pendidikan Moral ialah satu program yang mendidik murid
supaya menjadi insan yang bermoral atau berakhlak mulia
dengan menekankan aspek perkembangan pemikiran moral,
perasaan moral dan tingkah laku moral.
Prinsip-prinsipmelahirkan insan JERI adalah:
ı Bertanggungjawab pada diri, keluarga dan orang lain;
ı Berpegang teguh pada ajaran agama;
ı Prihatin kepada alam sekitar;
ı Mengekalkan keamanan dan keharmonian hidup;
ı Bersemangat patriotik;
ı Menghormati hak asasi manusia; dan
ı Mengamalkan prinsip demokrasi dalam kehidupan.

Khamis, 13 Ogos 2009

Filosa & Manuel minta gambar scout

Hari ini dua orang budak pengakap datang ke rumah minta gambar -gambar program pengakap yang dulu-dulu dan terbaru.


"SCOUT ALWAYS IN OUR MINE" together-gether....3NFMR6



"TIADA PENGORBANAN TIADA KEJAYAAN"berpengkap dalam hidup....23.7.

"SEMEKTA BOLEH"

Rabu, 12 Ogos 2009

Kursus Dalaman Headcount

Kursus ini diajalnkan di Smk Tandek Kota Marudu Sabah. Bilik Gerakan
Disampaikan oleh Dayang Kursiah.

Selasa, 11 Ogos 2009

Dibelasah oleh Bos

Andai aku tahu nasib ini tak seindah yang disangka, aku tak akan pergi memberi ceramah di sana. Namun demi pelajar yang dikasihi kita masih ada jiwa yanag perlu dibantu. Terima kasih atas penghinaan yang diberi... mudah-mudahan ..... reziki disebalik itu semua.. wahai teman hati-hati bila melayan orang menyakiti hatimu..... teruskan perjuanganmu.