Catatan Popular

Jumlah Paparan Halaman


Isnin, 22 September 2008

Cara Menjawap Pendidikan Moral

GARIS PANDUAN TEKNIK MENJAWAB PENGETAHUAN MORAL SPM (FORMAT BARU)


Kertas 1 (1225/1)

Penilaian dan pengujian Pendidikan Moral SPM adalah berasaskan objektif matapelajaran. Dengan itu item bagi kertas 1 iaitu struktur dan esei merangkumi tahap pengetahuan, kefahaman, analisis dan kemahiran berfikir ( membuat keputusan dan menyelesaikan masalah)

Kertas 2 (1225/2)

Kerja kursus wajib dilaksanakan. Dua elemen diukur dan ditaksir iaitu sahsiah dan penyediaan folio kerja-kerja amal dan tugasan harian. Objektif mata pelajaran yang diuji menerusi kerja kursus ialah aspek penghayatan dan amalan nilai murni.


Teknik menjawab kertas 1

Item berstruktur (8 soalan = 80 markah )

Prinsip asas ialah “Jawab apa yang disoal”

Contoh kata tugas yang dijangkakan mulai 2004 .

A. Penulisan nilai SAHAJA

i. Apakah nilai yang diamalkan…
ii. Berikan dua nilai yang patut ada pada….…
iii. Nyatakan dua nilai yang diamalkan oleh penduduk Taman Orkid.

Untuk kata tugas diatas, calon hanya perlu menyatakan nilai dalam bentuk “ayat” ringkas
Contohnya : Nilai yang diamalkan ialah…amanah .
Nyatakan merupakan Kata tugas yang banyak diguna pakai tahun 2004


B. Soalan Yang Meminta Definisi / Takrif Nilai sahaja

Contoh soalan :
Berikan maksud nilai amanah dalam situasi di atas .
Terangkan maksud nilai bertanggungjawab terhadap keluarga(SPM 2004)
Takrifkan nilai amanah…
Jelaskan maksud nilai ……
CARA MENJAWAB ITEM DEFINISI/MAKSUD

Calon perlu menulis maksud /takrif nilai amanah dalam bentuk ayat yang lengkap. Misalnya untuk nilai Amanah ,Kata kunci nilai amanah hendaklah ditulis sebagai respon kepada takrif nilai.

Seboleh-bolehnya semua kata kunci nilai tersebut ditulis semula dengan lengkap untuk mendapatkan markah penuh.

Contoh jawapan :

Amanah bererti sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain. ( 3 kata kunci)

# Jika lengkap semua kata kunci yang bergaris di atas dapat markah penuh.

C. Soalan yang memerlukan Nilai dan Penerangan (Tulis seperti lazim )seperti Format Lama

Contoh kata tugas : Jelaskan dua nilai yang diamalkan oleh Ah Meng dalam situasi di atas …
Terangkan dua nilai…yang patut diamalkan oleh Mariam.

Jawapan calon haruslah merangkumi N1 + P1 ( Sekurang-kurangnya satu penerangan bagi setiap nilai )

Elakkan menulis jawapan umum (tanpa dikaitkan dengan situasi soalan)

Contoh Jawapan Umum


Contohnya, Pegawai itu bertanggungjawab. Beliau menjalankan tugas dengan sempurna …sepatutnya nyatakan apakah tugas pegawai dengan tepat.

Soalan yang memerlukan Nilai + Penerangan/ Huraian + Contoh/ Bukti
Calon perlu teliti ketika menjawab Item Huraikan Nilai…Kerana tiga jawapan diperlukan untuk mendapat tiga markah.

Contoh kata tugas : Huraikan satu nilai…
Huraikan dua nilai…

Jawapan hendaklah merangkumi N1 + P1+ Contoh = 3 markah

Contoh soalan: Huraikan dua nilai yang perlu diamalkan oleh ibubapa bagi mewujudkan ‘keluarga Bahagia’. [6 markah]

Contoh jawapan lengkap.
Ibubapa harus mengamalkan nilai kasih sayang terhadap keluarga. (mereka perlu menyayangi ahli/anggota keluarga). Contohnya mengambil tahu masalah dan keperluan anak-anak atau sentiasa berdamping dan bermesra dengan anak-anak.

( Nilai diikuti penerangan dan huraian serta contoh )

Contoh situasi: pencemaran alam sekitar. Huraikan satu nilai yang patut diamalkan oleh masyarakat untuk mengelakkan pencemaran udara.

Jawapan :
Masyarakat patut amalkan nilai menyayangi dan menghargai alam sekitar. Mereka hendaklah memelihara kebersihan udara persekitaran mereka. Misalnya tidak melakukan pembakaran terbuka di mana-mana sahaja.

Jawapan yang bergaris merupakan contoh bagi penerangan atau huraian .

E. Soalan berkaitan dengan ciri-ciri nilai

Contohnya : Nyatakan ciri-ciri nilai bertanggungjawab.

Calon perlu menyatakan kata kunci dan ciri-ciri nilai berkenaan. Contohnya ciri-ciri nilai bertanggungjawab ialah “ menjalankan kewajipan”, menjalankan tugas, memikul tugas/kewajipan, menjalankan tugas dengan sempurna, menjaga kebajikan, melaksanakan sesuatu amanah, memastikan tugas selesai…

F. Soalan yang tidak memerlukan nilai (jawapan umum)

Jelaskan dua kesan/akibat/sebab/aktiviti [4 markah]…
Nyatakan dua kesan pencemaran …. [2 markah].
Terangkan dua langkah/cara/masalah/tujuan…
Cadangkan dua langkah membentaras ….. [2 markah]

Untuk soalan tersebut, calon perlu tulis isi dan huraian/contoh. Tidak perlu nilai.
*Jika nyatakan/berikan tidak perlu huraian/penjelasan

Contoh 1 : Jelaskan dua kesan penebangan hutan yang berleluasa.


Kesan penebangan hutan

Huraian/contoh
Berlaku kesan rumah hijau
Suhu semakin meningkat/cuaca panas
Berlaku malapetaka/bencana
Banjir lumpur/kilat/hakisan


Contoh 2 : (Soalan Umum)
Terangkan dua tujuan ‘Hari Patriotisme’ [4 markah]

Jawapan:
Tujuannya untuk memupuk semangat patrotik di kalangan rakyat. (Rakyat juga akan menyokong dasar-dasar negara).
Isi – memupuk semangat patriotik
Huraian – rakyat menyokong dasar-dasar negara.

G. Soalan-soalan kemahiran berfikir dalam item struktur

Contohnya : Ramalkan dua kesan pencemaran udara…

Nyatakan dua tindakan…untuk membanteras rasuah

Apakah yang patut dilakukan jika tidak mendapat pekerjaan …

Bandingkan ciri-ciri nilai amanah dan bertanggungjawab….
Cadangkan dua cara melupuskan sampah.

Calon perlu tulis jawapan yang bernas/lojik tanpa nilai dalam bentuk ayat ringkas.
Huraian boleh diberi untuk mengukuhkan jawapan.

Soalan-soalan lain dalam bahagian struktur

1. Namakan nilai dalam bidang perkembangan diri
2. Nyatakan nilai-nilai dalam bidang kekeluargaan.
3. Huraikan secara ringkas bagaimana anda bertoleransi dalam masyarakat [6 markah]

Jawapan yang diharapkan untuk soalan 3.
Calon menjelaskan atau menghuraikan setiap kata kunci toleransi dengan contoh-contohnya.
Setiap kata kunci - 1 m
Setiap contoh - 1 m x 3 kata kunci = 6 markah

Bahagian B (soalan esei)


Calon harus jawab dua soalan daripada tiga soalan esei. Setiap esei 10 markah.

Aras soalan esei ialah analisis, menghurai, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

Dijangkakan dua bentuk soalan esei

i. berbentuk diskusi (menghuraikan nilai)
ii. berbentuk tindakan (membuat keputusan/menyelesaikan masalah)

Contoh (i) berbentuk huraian ( Nilai + Penerangan x 2)

bincangkan nilai yang diamalkan…
apakah nilai-nilai yang patut…
bincangkan langkah-langkah…
bincangkan sebab-sebab…
bincangkan peranan…
mengapakah remaja harus…
bagaimana ibu bapa dapat…

Untuk esei, tak kira apa kata tugas, jawapan mesti dimulakan dengan nilai dan penerangannya.
Esei tanpa penerangan tidak di terima. Nilai tanpa penerangan tidak diterima lagi. Mesti dijawab dalam bentuk karangan.
Esei yang dijawab dalam bentuk karangan biasa tanpa penerangan (kata kunci nilai) juga tidak menjanjikan markah yang baik.
Setiap esei mestilah ada nilai, diikuti penerangan pertama dan huraian atau contoh. Kemudian diikuti dengan penerangan kedua dan huraian atau contoh.
Setiap esei dijawab dengan ayat yang lengkap atau ringkas sama ada berperenggan atau satu perenggan.
Jawapan umum (kata kunci nilai tidak jelas /ditukar/ diubah dan tidak dikaitkan dengan situasi juga tidak diterima)
Jika dijawab dalam bentuk poin dan nombor tidak diterima
Senarai nilai dalam bentuk perengan juga bukan esei.


Contoh (ii)

Wajarkah tindakan pemimpin X…
Setujukah anda dengan tindakan…
Jika anda adalah Perdana Menteri Negara X, jual atau tidak….
Jika anda penduduk Negara X, lari atau tidak jika Negara dilanda peperangan…
Bincangkan tindakan pihak-pihak berikut menangani gejala sosial

ibu bapa
guru
masyarakat


Peringatan

1. Untuk soalan tindakan calon, hendaklah menulis

Tindakan + Nilai(Na1) + Pa1 + H/Cth

Pa1 + H/Cth

2. Untuk soalan perbincangan umum, calon hanya perlu menyatakan nilai dan penerangannya.

Na1 + Pa1 + H/Cth
Pa2 + H/Cth

Contoh Soalan: Huraikan nilai-nilai yang patut diamalkan oleh ketua pengawas sekolah. [10 markah]

Contoh Jawapan: Ketua pengawas hendaklah mengamalkan nilai bertanggungjawab. Dia hendaklah memikul tugasnya menguatkuasakan peraturan sekolah seperti mendenda murid yang lewat ke sekolah. Ketua pengawas juga haruslah melaksanakan tugasnya dengan sempurna. Misalnya, memaklumkan salah laku murid kepada guru disiplin tanpa berat sebelah.
.
Contoh 2.
Pulau Sipadan menjadi rebutan antara Malaysia dan Indonesia. Setelah dituntut di Mahkamah Antarabangsa, pulau itu menjadi milik Malaysia.Indonesia telah menerima keputusan tersebut. Bincangkan nilai-nilai yang diaamalakan oleh kedua-dua Negara supaya hubungan baik dapat dikekalkan.( 10 markah )

PERATURAN PEMARKAHAN



1. Jumlah isi berdasarkan jumlah markah

N1 – 1m
P1 – 1m
Cth – 1m
H – 1m
J1 – 1m

Jika 3 markah maka calon perlu beri N1 + P1 +Contoh = 3 markah
Berikan tiga sebab – maka calon perlu beri tiga alasan untuk memperoleh 3 markah

2. Jika tiada nilai untuk soalan yang memerlukan nilai, maka diberi 0 markah walaupun penerangan/huraian tepat seperti dalam skema.

3. Nilai mesti ditulis dan dieja dengan tepat seperti dalam Sukatan Pelajaran. Tiada kelonggaran ejaan.

4. Jangan tulis dalam bentuk poin form atau bentuk poin seperti berikut:

a. bertanggungjawab
b. kerajaan patut menggubal undang-undang

atau ditulis dengan nombor seperti berikut :

a) 1) nilai bertanggungjawab diamalkan Ah Meng …
b) 2) kerajaan patut menggubal undang-undang
atau
n bertanggungjawab
n kerajaan patut menggubal undang-undang

Jumlah Nilai Yang Patut Ditulis Dalam Jawapan

5. Untuk struktur, dasar 2 + 1 diterimapakai untuk soalan berbunyi ….Berikan dua
nilai….Hanya 3 nilai pertama diterima
Manakala soalan esei dasar 2 + 1. Hanya 4 nilai pertama diterima sebagai jawapan

6. Prinsip jawapan berperenggan dan bersilang masih diterimapakai


Dasar boleh berupa setiap tahun. Namun patuhi untuk tahun semasa .

Sekian

MARILAH KITA MENANAM PADI
PADI DI TANAM DI DALAM BENDANG
MARILAH KITA MENABUR BUDI
SUPAYA KITA DIKENANG ORANG

1 ulasan:

Ajeem berkata...

selamat berblog cikgu..inilah fungsi blog yang baik...digunakan demi mencari faedah dan berkat.