Catatan Popular

Jumlah Paparan Halaman


Selasa, 7 Julai 2009

Belajar Cara Belajar Cemerlang

10 KESALAHFAHAMAN TENTANG CEMERLANG

Beberapa orang tidak boleh mencapai kecemerlangan kerana latarbelakang, pendidikan dll.
Sebenarnya, setiap orang dapat mencapai kejayaan. Ini hanya bagaimana mereka menginginkannya, kemudian melakukan sesuatu untuk mencapainya. Jadi semua orang berupaya menikmati kecemerlangan.
Orang yang cemerlang tidak melakukan kesalahan.
Sebenarnya, orang-orang yang cemerlang itu memang melakukan kesalahan sebagaimana kita semua pernah lakukan. Namun mereka tidak melakukan kesalahan itu untuk kali keduanya.

Agar cemerlang, kita harus bekerja lebih dari 60 jam ( 70, 80, 90, … ) seminggu.
Sebenarnya, persoalannya terletak pada lamanya anda bekerja. Tetapi bagaimana anda dapat melakukan sesuatu yang benar. Orang yang cemerlang menguruskan masa mereka dengan cekap.

Anda hanya boleh cemerlang bila ‘bermain’ sesuatu dengan peraturan.Sebenarnya siapa yang membuat peraturan itu? Setiap situasi memerlukan cara yang berbeza. Kadang-kadang kita harus mengikuti peraturan, tetapi dimasa lain andalah yang membuat peraturan

Jika anda selalu meminta bantuan, anda tidak cemerlang.Sebenarnya, cemerlang jarang sekali terjadi di masa-masa ‘vakum’. Justru, dengan mengakui dan menghargai bantuan orang lain dapat membantu kejayaan anda. Dan sesungguhnya ada ramai sekali orang seperti itu

Cemerlang bergantung kepada nasib dan peluang.
Sebenarnya, hanya diperlu sedikit nasib dan peluang. Namun diperlukan banyak kerja kuat, kecerdasan, pengentahuan, kehendak, ilmu dan penghayatan.

Cemerlang apabila anda mendapat banyak wang.
Sebenarnya, wang hanya satu saja daripada begitu banyak keuntungan yang diberikan oleh kecemerlangan. Wang bukan jaminan kecemerlangan anda.

Cemerlang ialah apabila semua orang mengakuinya.
Sebenarnya, anda mungkin lebih banyak mencapai kecemerlangan dan pengakuan daripada orang lain atas apa yang anda lakukan. Tetapi meskipun hanya anda sendiri yang mengetahuinya, anda tetaplah cemerlang.

Cemerlang adalah tujuan.Sebenarnya, cemerlang lebih dari sekadar anda boleh mencapai tujuan dan matlamat anda. Katakan bahawa anda menginginkan kejayaan, maka ajukan pertanyaan “atas hal apa ?”. Kecemerlangan adalah cara hidup anda

Saya cemerlang apabila kesukaran dan masalah saya berakhir.
Sebenarnya, anda mungkin cemerlang tetapi anada bukan Tuhan. Anda tetap harus melalui jalan yang naik turun sebagaimana yang anda alami di masa-masa lalu. Nikmati apa sahaja yang telah anda raih dan hidupkan setiiap hari sebagaimana adanya.
The winners vs losers

The winner is part of the answer;
The loser is a always a part of the problem.
The winner always has a plan;
The loser always has an excuse.
The winner says ‘let me do it for you’;
The losser say ‘that’s not my jobs’.
The winner sees an answer in every problem;
The losser sees a problem in every answer.
The winner sees a green near every sandtrap;
The losses sees a sandtrap near every green.
The winner say ‘it may be difficult but it’s possible’;
The losser says ‘it’s may be possible, but it’s difficult

Tiada ulasan: