Catatan Popular

Jumlah Paparan Halaman


Isnin, 6 Julai 2009

Melancong ke Indonesia

Hujung tahun 2008,disember kami bersama keluarga seramai 14 orang melancong sekitar Jakarta dan Bandung Indonesia. Banyak perubahan yang telah berlaku berbanding 10 tahun yang lalu ketika saya belajar di IKIP Jakarta (1995-1998). Ibu saya sangat gembira dapat melihat panaroma di sana. Anak saya yang hampir mencapai umur 6 tahun lucu dan banyak bertanya. Dia suka bercerita tentang pengalamannya di sana. Saya tanya dia apa yang menyedihkannya.... katanya ibunya tidak dapat bersama dalam rombongan.... saya jauh merenung ke depan dan memberinya hiburan dengan cerita-cerita yang di minati. Sedetik masa berlalu dan selangkah maju ke depan seindah kata bahasa yang kau ucapkan memberi banyak kesedaran tentang erti hidup. Di sana saya hanya jadi pemerhati kepada adik...dan mereka yang hendah membeli belah. Saya suka melancong sambil belajar. Saya berharap anak-anak dapat banyak faedah bila melancong dengan terancang.

Tiada ulasan: