Catatan Popular

Jumlah Paparan Halaman


Isnin, 1 Februari 2010

Inovasi Pemarkahan Tugasan Harian & Kerja Amal

PENDAHULUAN

Pendidikan Moral merupakan mata pelajaran yang wajib diambil oleh calon mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Mata pelajaran ini menarik bila kita mengajar dengan penuh tanggungjawab. Peranan guru, pihak pentadbir sekolah, jabatan pelajaran daerah dan negeri, pelajar, ibu bapa dan masyarakat sangat penting.
Hakikatnya 3P, iaitu Pemikiran Moral, Perasaan Moral dan Perlakuan Moral itu mestilah benar-benar difahami, dihayati dan diamalkan dalam kehidupan kita seharian. Masalahnya pelajar atau guru –guru baru yang bukan opsyen Pendidikan Moral kurang memahami konsep nilai-nilai moral itu. Sesungguhnya masih banyak kekurangan dalam perancangan dan pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Moral. Saya ingin berkongsi pengalaman dan sedikit inovasi yang telah saya buat dalam sistem pentaksiran mata pelajaran ini. Dengan adanya inovasi ini, saya harap guru-guru pendidikan moral dapat menilai dan memberikan markah yang lebih rasional, adil dan saksama kepada pelajar tingkatan 4 & 5. Sumbangan dan kerjasama semua pihak hendaklah digalakkan untuk meningkatkan prestasi akademik pelajar kita.


Pengurusan Mata Pelajaran

Guru-guru mata pelajaran mestilah mengurus subjek (Pengajaran dan Pembelajaran) dengan bijaksana. Cadangan pengurusan Mata Pelajaran Pendidikan Moral.
a. Sistem Fail guru dan pelajar lengkap
b. Rancangan Tahunan dan Rancangan Pengajaran Harian disediakan sesuai keperluan pelajar dan jabatan pelajaran.
c. Membentuk carta organisasi pengurusan Pendidikan Moral mengikut kelas yang diajar.
d. Matlamat atau objektif dibincang bersama dengan pelajar.
e. Pentaksiran secara individu, dan berkumpulan.
f. Pentaksiran semasa guru mengajar dalam kelas dan kegiatan yang dirancang di luar waktu persekolahan.







Pendidikan Moral SPM (1225)

Calon perlu menduduki peperiksaan Kertas 1 pada bulan November/Disember dan Kertas 2 (kerja kursus) wajib dilaksanakan bermula dari tingkatan 4 hingga bulan jun tahun tingkatan 5.


Inovasi Pentaksiran Kerja Kursus

1. Sahsiah . Penilaian dibuat berdasarkan pemerhatian, bertulis,laporan terhadap penghayatan nilai dan amalan nilai moral semasa berkomunikasi, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah atau sesuatu perkara. Contohnya isu-isu semasa .
2. Iltizam. Penglibatan pelajar secara bersungguh-sungguh, bijaksana mengurus masa dan bertanggungjawab dalam melaksanakan aktiviti Tugasan Harian dan Kerja Amal
3. Laporan Tugasan Harian dan Kerja Amal dikompilasi dan didokumentasikan sebagai Folio.
4. Calon dinilai melalui proses masa yang lama dan berterusan dan dinilai secara bertulis, pemerhatian, bahan bukti (dokumentasi) hasil kerja pelajar, dan melihat rekod tingkah laku pelajar.
5. Bantuan guru-guru kelas, guru disiplin, guru kaunselor sekolah, dan guru-guru mata pelajaran, serta ibu bapa pelajar adalah digalakkan.
6. Proses pentaksiran:
a. Guru merancang proses dan aktiviti bagi semua calon di bawah kawalannya, disesuaikan dengan keperluan wajib dan keupayaan atau tahap IQ/EQ pelajar.
b. Pentaksiran hendaklah mengikut format yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.
c. Proses pentaksiran bermula semasa tingkatan 4 dantingkatan 5.
d. Borang Penilaian Individu digunakan untuk merekodkan pencapaian pelajar yang sebenar. Sijil Pelaporan Pencapaian Pelajar akan disediakan oleh Pentadbir sekolah.
e. Keputusan pentaksiran akan dilaporkan kepada Lembang peperiksaan melalui Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing.
f. Lembaga Peperiksaan boleh pada bila-bila masa meminta hasil kerja kursus calon daripada pihak sekolah bagi tujuan pengesanan dan pemantauan.
g. Pengetua akan mengeluarkan surat pelantikan ketua pentaksir dan pentaksir kerja kursus Pendidikan Moral SPM


Aktiviti Tugasan Harian
Markah Penuh Satu Tugasan Harian

Bil Item Yang Dinilai Markah
1 Ada nilai yang sesuai (minimum 5 nilai) 5
2 Kefahaman tentang nilai 15
3 Penghayatan tentang nilai 15
4 Kesedaran 17
5 Pemikiran yang rasional dan pertimbangan Moral 20
6 Dikaitkan dengan isu-isu semasa 10
7 Tulisan tangan sendiri 5
8 Dibuat pada kertas A4 dengan kemas 5
9 Panjang karangan lebih kurang 250 patah perkataan 5
10 Lampiran (sumber bahan rujukan) 3
Jumlah 100

Aktiviti Kerja Amal
Markah Penuh Satu Kerja Amal

Bil Item Yang Dinilai Markah
1 Kefahaman tentang nilai 8
2 Penghayatan tentang nilai (kesan) 10
3 Pemikiran yang rasional dan pertimbangan moral 18
4 Dikaitkan dengan isu-isu semasa 10
5 Tulisan tangan sendiri 5
6 Dibuat pada kertas A4 5
7 Bahan Bukti disertakan 6
8 Tajuk kerja amal 5
9 Ada Matlamat 5
10 Ada objektif 5
11 Tarikh aktiviti dijalankan 5
12 Masa pelaksanaan aktiviti 5
13 Orang Yang Terlibat 5
14 Peranan Pelajar 5
15 Cadangan Pelajar 3
Jumlah 100

Tiada ulasan: