Catatan Popular
-
KERJA AMAL 2 (Contoh Laporan kerja Amal) Bidang 2: Kekeluargaan Tajuk: Membantu ibu bapa menjaga adik MATLAMAT 1. Membantu meringankan beban...
-
pembuangan bayi-punca,langkah mengatasi dan kesan PENGENALAN Kes-kes pembuangan bayi bukanlah sesuatu yang asing didengari dan berlak...
-
TUGASAN HARIAN (ESEI) i. Bentuk tugasan -bentuk karangan biasa -menulis hasil kerja amal (boleh diambil kira) -mendapat maklumat dari pusat ...
-
Ucapan seorang pemimpin (N0.1) Bumi ini milik Tuhan yang wajar kita tadbir dengan penuh berhemah. Bumi ini akan kita wariskan kepada genaras...
-
Tugasan Harian Pendidikan Moral Kertas 1225/2 (Tingkatan 4&5) Calon dikehendaki memilih 8 daripada tajuk-tajuk harian berikut. Calon W...
-
ISI KANDUNGAN FOLIO PENDIDIKAN MORAL ( KERJA KURSUS) TAJUK MUKA SURAT Tugasan 1 Tugasan 2 Tugasan 3 Tugasan 4 Tugasan 5 Tugasan 6 Tugasan 7 ...
-
Makluman dan tindakan anda... Hantar kerja kursus Pendidikan Moral (Kertas 2) dengan kadar yang segera. Pentaksiran sedang dibuat dan markah...
-
SELAKU PEGAWAI DI JABATAN ALAM SEKITAR, ANDA TELAH DIJEMPUT UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN DAN MERASMIKAN PROGRAM GOTONG-ROYONG MEMBERSIHKAN KAWA...
-
Laporan Kerja Amal 1 ( Ini adalah contoh sahaja ) Bidang I Perkembangan Diri (Tulis bidang) Tajuk (contoh Membimbing murid Tahun 6 di SK.Tan...
-
Contoh Tugasan Harian Tajuk: Kitar semula adalah antara langkah yang boleh diambil bagi menangani masalah pencemaran alam sekitar yang semak...
Jumlah Paparan Halaman
Khamis, 25 Mac 2021
Nilai Pendidikan Moral (18)
NILAI UNIVERSAL KURIKULUM STANDARD PENDIDIKAN MORAL SEKOLAH MENENGAH
1. Kepercayaan kepada Tuhan
Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala ajaran berlandaskan pegangan agama atau kepercayaan masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara.
2. Bertanggungjawab
Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna.
3. Berdikari
Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain.
4. Harga diri
Beruppaya menjaga maruah diri
5. Kerajinan
Usaha yang berterusan, bersungguh-sungguh dan berdedikasi dalam melakukan sesuatu.
6. Berterima kasih
Perasaan dan perlakuan untuk menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan
7. Patriotisme
Bangga dan taat setia kepada raja dan negara
8. Kebebasan
Bebas melakukan sesuatu tertakluk kepada peraturan dan undang-undang
9. Keberanian
Kesanggupan untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah
10.Kejujuran
Bercakap benar, bersikap amanah dan ikhlas dalam setiap perlakuan.
11.Rasional
Boleh berfikir berdasarkan alasan atau bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan yang wajar
12.Baik hati
Kepekaan terhadap keperluan dan kebajikan diri, dan orang lain dengan memberi bantuan serta sokogan moral secara ikhlas.
13.Hemah tinggi
Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia
14.Hormat
Menghargai dan meuliakan seseorang serta menghormati peraturan institusi sosial
15.Kasih sayang
Kepekaan dan perasaan cinta yang lahir daripada hati yang ikhlas
16.Kerjasama
Melakukan sesuatu bersama-sama untuk kebaikan semua.
17.Kesederhanaan
Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain.
18.Toleransi
Bertolak ansur, sabar dan mengawal diri demi kesejahteraan hidup diri dan orang lain.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan