Catatan Popular

Jumlah Paparan Halaman


Rabu, 24 Mac 2021

KONSEP MORAL TINGKATAN 1 (Buku teks) Maksud Moral, moral berasal daripada perkataan Latin, iaitu mores ataupun dikenali sebagai ' moralis'. Moral membawa pengertian pegangan atau ajaran berkaitan dengan buruk baiknya sesuatu perbuatan. Moral juga bermaksud tingkah laku yang bersesuaian dengan tatasusila iaitu adat sopan santun dan budi perkerti yang mulia. Moral juga bersifat praktikal kerana moral merupakan disiplin yang dapat menentukan standard kesedaran tingkah laku seseorang sama ada betul atau salah. Moral merangkumi semua sifat luhur atau terbaik, iaitu sifat mulia dan terpuji yang patut diamalkan oleh manusia. Misalnya, kejujuran, baik hati, kasih sayang, keadilan, belas kasihan, simpati, bertanggungjawab dan sebagainya. Pendidikan moral wajib disemai sejak dari kandungan ibu lagi. Pendidikan moral ini bermula dari keluarga, lingkungan masyarakat, di sekolah dan di mana pun seseorang itu berada pendidikan moral dipelajari, diamalkan arau dipraktikan untuk kesejahteraan sejagat.

Tiada ulasan: