Catatan Popular

Jumlah Paparan Halaman


Isnin, 16 Mei 2011

Soalan latihan 1

Anak ialah kurniaan Tuhan. Ibu bapa mempunyai tanggungjawab untuk membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang. Malangnya, kejadian mendera dan menyeksa anak seolah-olah menunjukkan bahawa ibu bapa tidak menunaikan amanah mereka dengan baik.

Soalan 1
a. Wajarkah ibu bapa mendera anak-anak mereka?. Beri penjelasan.(2 markah)

b.Terangkan faktor-faktor lain yang sering kali dikaitkan sebagai punca penderaan kanak-kanak.(2 markah)

c.Jelaskan kesan penganiayaan ini terhadap diri dan masa depan kanak-kanak tersebut.(2markah)

d.Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang boleh dijalankan untuk memberi kesedaran kepada ibu bapa dan masyarakat bahawa mereka sepatutnya menjadi pelindung kanak-kanak, bukannya pemusnah masa depan mereka? (4 markah)

soalan 2

Dalam satu sekatan jalan raya yang diadakan, Ambalut telah ditahan oleh polis kerana tidak mengikut peraturan lalu lintas semasa memandu. Ambalut juga didapati tidak memiliki lesen memandu. Dia merayu kepada pegawai polis itu supaya tidak mengambil sebarang tindakan terhadapnya. Pegawai polis itu tidak menghiraukan rayuannya dan terus mengeluarkan saman.

a. Apakah kesalahan yang dilakukan oleh Ambalut? (2 markah)
b.Bersetujukah anda dengan tindakan pegawai polis itu?. Jelaskan (2 markah)
c.Andaikan pegawai polis itu ialah bapa saudara Ambalut. Wajarkah pegawai polis itu melepaskan Ambalut? Beri sebab (4 markah)
d.Apakah nilai yang perlu diamalkan oleh Ambalut ?.(2 markah)


Soalan 3

a. Mengapakah remaja perlu menentukan matlamat hidup mereka?.(2 markah)
b.Apakah perkara-perkara yang boleh menjejaskan harga diri seseorang ? (2 markah)
c.Bagaimanakah seseorang itu dapat menjaga harga diri dalam sebarang keadaan? (2 markah)
d.Rakan-rakan di dalam kelas cuba mempengaruhi anda supaya tidak berkawan dengan Ahlong kerana ayahnya telah disahkan menghidap AIDS. Mereka juga memulaukan Ahlong dan tidak mahu berkawan dengannya. Mereka juga mengugut tidak akan berkawan dengan anda sekiranya tetap berkawan dengan Ahlong. Apakah tindakan anda? Beri sebab. (4 markah)

Tiada ulasan: