Catatan Popular

Jumlah Paparan Halaman


Isnin, 16 Mei 2011

Sikap Keterbukaan

Sikap keterbukaan Perdana Menteri.
Contributed by dahtuu on Tuesday, January 09 @ 09:49:12 MYT
Topic: KOMENTAR-2


Berita Harian keluaran Rabu 26 April 2007 melaporkan:
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mempertahankan dasar terbukanya yang mewujudkan suasana baru di negara ini yang mana barisan penyokong kerajaan di Parlimen tidak teragak-agak untuk mengkritik kerajaan.

“Inilah apa yang dikatakan sebagai terbuka, semua orang katakan apa yang mereka ingin katakan. Saya beritahu menteri-menteri saya bahawa mereka tidak harus kecewa dengan pelbagai tuduhan yang dilemparkan terhadap mereka dan kementerian mereka.

Ucapan itu dibuat kepada kira-kira 300 CEO dan tokoh korporat terkemuka pada majlis makan malam anjuran Kelab Bisnes Kuala Lumpur.

Komentar: Ucapan ini begitu bermakna kepada setiap rakyat negara ini termasuk media supaya bersikap terbuka. Malaysia adalah negara yang sedang menuju sebagai sebuah negara maju, oleh itu, rakyat sudah pun mula menanamkan sikap keterbukaan, sanggup dikritik dan sebagainya.
Bagaimanapun, setiap kritik hendaklah dengan matlamat untuk membina agama, bangsa dan negara. Kita juga seharusnya lebih terbuka dengan pandangan yang baru, walaupun pedih tetapi ia hendaklah diterima. Media juga perlulah memahami sikap Perdana Menteri dan memberi ruang kepada pandangan yang berbeza disiarkan di media mereka, dengan harapan kerajaan mendapat maklumat mengenai prmikiran rakyat. Media tidak sewajarnya menyembunyikan pendapat rakyat. Diharapkan media juga membenarkan tulisan-tulisan yang berbau kritik tetapi matlamatnya adalah untuk memperbaiki pentadbiran kerajaan. Mungkin media boleh memikirkan untuk memberi ruang kepada pengkritik-pengkritik kerajaan menulis di akhbar mereka.

Bagaimana kita menggunakan nilai di atas dalam kehidupan kita seharian....?

Tiada ulasan: