Catatan Popular

Jumlah Paparan Halaman


Khamis, 22 Januari 2009

Kata Kunci Nilai Pendidikan Moral

1. Kepercayaan Kepada Tuhan
*Tuhan sebagai pencipta alam
*Manusia mematuhi segala suruhan-Nya berlandaskan pegangan agama
2.Amanah
*bertanggungjawab
*menimbulkan kepercayaan orang lain
*menimbulkan keyakinan orang lain
3.Harga diri
*keupayaan diri dalam memulia / menjaga maruah diri
*keyakinan diri dalam memulia / menjaga maruah diri
4.Bertanggungjawab
*kesanggupan diri untuk memikul tugas/ kewajipan
*kesanggupan diri untuk melaksana tugas /kewajipan
*menunaikan kewajipan yang diberi
5. Hemah Tinggi
*beradab sopan dlm pergaulan seharian
*berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian
6.Toleransi
*kesangupan bertolak ansur
*kesanggupan bersabar
*kesanggupan mengawal diri
----bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham.
7.Berdikari
*kebolehan
*kesanggupan
*tidak bergantung pada orang lain
8.Kerajinan
Usaha yang berterusan:
*tekun
*gigih
*cekal
*dedikasi
*berdaya maju
9.Kasih sayang
*kepekaan
*perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan
*hati yang ikhlas
10. Keadilan
Tindakan dan keputusan:
*saksama
*tidak berat sebelah
11.Rasional
*berfikir secara wajar
*alasan dan bukti yang nyata
*tindakan dan pertimbangan yang wajar
12. Kesederhanaan
*tidak keterlaluan membuat pertimbangan wajar
*tidak mengabaikan kepentingan diri
*tidak mengabaikan kepentingan orang lain
13. Kasih Sayang Terhadap Keluarga
*perasaan cinta
*perasaan kasih
*perasaan sayang
..... yang mendalam terhadap keluarga.
14. Hormat dan taat kepada anggota keluarga.
*memuliakan anggota keluarga
*bersopan
*berinteraksi dengan baik
*memberi layanan yang baik
15.Mengekalkan tradisi kekeluargaan
*meerima
*menghormati
*mengamalkan
..... kebiasaan, adat, kepercayaan yg diwarisi turun-temurun.
16.Tanggungjawab terhadap keluarga.
*kewajipan setiap individu terhadap keluarga
*meningkatkan imej keluarga bahagia
*menjaga maruah keluarga.
17.Menyayangi dan menghargai alam sekitar.
*kesedaran memelihara alam sekitar
*kesedaran memulihara alam sekitar
*mengekalkan keseimbangan ekosistem
18.Keharmonian antara manusia dengan alam sekitar
*hubungan harmonis manusia dan alam sekitar
*manusia dan alam sekitar saling memelukan
...... supaya kualiti kehidupan terpelihara.
19. Kemapanan alam sekitar
*mengekalkan keseimbangan alam sekitar untuk kesejahteraan hidup
*menjaga dan memulihara tanggungjawab bersama
20. Peka terhadap isu-isu alam sekitar
*Prihatin terhadap keadaan alam sekitar
*berusaha menyelesaikan setiap masalah .....
21.Cinta akan Negara
*bangga dengan negara sendiri
*bangga dengan kepelbagaian agama
*bangga dengan kepelbagaian budaya/ bangsa dalam masyarakat
22.Taat setia kepada raja dan negara.
*kepatuhan kepada raja dan negara
*kesetiaan kepada raja dan negara
23.Sanggup berkorban untuk negara
*rela melakukan sesuatu untuk negara
*sanggup menyerahkan nyawa demi negara
*sanggup berbakti kepada negara/ mengharumkan nama negara
24. Melindungi hak kanak-kanak
*membela kanak-kanak
*memberi naungan kepada kanak-kanak
*memelihara kanak-kanak
*menjamin kesempurnaan dalam kehidupan kanak-kanak
25. Menghormati hak wanita
*menghormati/melindungi wanita
*menghargai/ mengiktiraf wanita dalam pembanguanan keluarga, masyarakat dan negara.
26.Melindungi hak pekerja
*menghomati golongan pekerja
*menghargai pekerja
*mengiktiraf perkhidmatan, jasa dan sumbangan pekerja.
27.Menghormati hak golongan kurang berupaya.
*memberi layanan yang sopan
*tidak menyisihkan golongan kurang upaya
*mengiktiraf mereka sebagai insan ciptaan Tuhan (istimewa)
28.Melindungi hak Pengguna
*membela hak pengguna
*memelihara hak pengguna
*mempastikan pengguna mendapat perkhidmatan dan barangan yang berkualiti
*memastikan pengguna berilmu/ tidak dieksploitasi
29.Mematuhi peraturan dan undang-undang
*menerima peraturan dan undang-undang
*mematuhi peraturan dan undang-undang pada setiap masa
........ bagi setiap individu, setiap tempat
30. Kebebasan bersuara
*kebebasan berucap
*kebebasan mengeluarkan fikiran
*memahami ada batasan ketika berucap
.........ada batasan tertentu utk menjaga keselamatan / ketenteraman awam (negara)
31. Kebebasan beragama
*kebebasan individu menganuti agamanya.....
*menerima kebebasan beragama.....
.......sebagaimana yang diperuntukkan dalam perlembagaan.
32. Penglibatan diri dalam pembanguanan Negara.
*kebebasan melibatkan diri dlm pelbagai aktiviti pembanguana.
*mematuhi peraturan ,undang-undang dan perlembagaan Malaysia.
33. Sikap keterbukaan
*bersedia memberi dan menerima pandangan
*bersedia menerima pembaharuan
*sanggup menerima kritikan
34. Hidup bersama secara aman
*hidup berbaik-baik antara satu sama lain
*mengutamakan kedamaian
*cinta pada keharmonian tanpa mengira agama, bangsa dan budaya.
35. Saling membantu dan berkerjasama
*usaha yg baik ke arah kesejahteraan hidup
*usaha membantu ke arah mencapai sesuatu matlamat di peringkat individu, komuniti atau negara.
36.Saling menghormati antara Negara
*menghargai hubungan antara negara
*memuliakan hubungan antara negara
*berusaha mewujudkan hubungan mesra untuk menjamin kesejahteraan sejagat.
Tamat
* tanda kata kunci nilai Pendidikan Moral
kata kunci penting diingat oleh setiap pelajar yang mengambil subjek PMO SPM....
terutama sekali apabila menjawab bahagian esei. Selamat mencu..... semoga berjaya....

Tiada ulasan: