Catatan Popular

Jumlah Paparan Halaman


Sabtu, 31 Januari 2009

Pegaga Merawat Nyanyuk

PEGAGA MEMPERLAHANKAN PROSES PENUAAN.
(Sumber dewan Kosmik April 2008 ms.43-44)
Digunakan sejak zaman nenek moyang kita lagi. Dipercayai digunakan oleh manusia purba (1000 -6000 SM) seperti tamadun China, Mesir, India, Melayu dan lain-lain tamadun.
Nama tempatan: Pegaga
Nama Saintifik: Centella asiatica
Kegunaan:
Tumbuhan herba bagi orang Melayu dijadikan ulam (Makanan harian)
Perubatan tradisional dan Perubatan Homeopati sedang mengkaji tumbuhan ini untuk merawat mereka yang ada masalah saraf, penyakit AIDS, Hepatitis, Kanser . Di Malaysia Pegaga, di India dipanggil ‘Vallarai’ dan di China ‘Luei Gong Gen’ .
Pegaga sejenis pokok herba asli kecil yang merayap dan banyak tersebar di kawasan tropika termasuk di kawasan tanah tinggi dan tanah pamah (kawasan lembap paling sesuai ia ditanam). Daun tersusun secara roset dan bentuk-bentuk seakan-akan kipas. Lebar daunnya di antara satu hingga tujuh sentimeter, serta sebahagian pinggir daunnya bergerigi kasar dan halus.
Kandungan pegaga ialah asid asiatik dan banyak lagi sebatian lain. Sang (1999), asid asiatik berkesan untuk menghalang pembentukan “beta amyloid” iaitu penyakit yang menyababkan kerosakan saraf-saraf manusia (penyebab penyakit nyanyuk) atau lebih dikenali Azheimer’s.
Sebenarnya jus pegaga diiktiraf oleh dunia khasiatnya. Kajian telah dijalankan oleh saintis, pegaga boleh mengubati penyakit kusta dan Ulser mulut kerana pegaga ada antibakteria. Kalau kita hancurkan pegaga dan sapu pada luka, luka cepat sembuh.
Pegaga juga dijadikan tonik yang berfungsi menjana kecerdasan otak terutama ia sesuai bagi orang-orang tua dan kanak-kanak yang terancat akal. Nenek ,atuk kita dulu selalu makan ini mentah mentah atau dijadikan ulam. Beberapa orang yang panjang usianya, pernah saya tanya… antara rahsia panjang umur ialah makan pokok herba ini.
Daunnya dijadikan teh dan minuman untuk merawat penyakit sifilis dan sebagai tonik untuk memberikan rangsangan terhadap badan, merawat penyakit kulit (psoriasis), ekzema, mengurangkan demam panas, sakit gigi, insomnia untuk pesakit yang susah tidur, merawat barah saluran kencing dan menurunkan tekanan darah tinggi.
Banyak rahsia pegaga yang perlu kita kaji dari semasa ke semasa .Hargailah tumbuhan yang ada …… di sekitar kita.Rajin-rajinlah bertanya pada orang tua dan boleh kita kongsikan ilmu itu .


Ringkasnya;
Kajian saintifik mengenai pegaga telah dilakukan oleh saintis seluruh dunia, iaitu;
1. Aktiviti Antikanser. Ekstrak airi pegaga yang telah ditapis dan dikeringkan secara dingin beku boleh merangsang apoptosis (kematian pada sel-sel kanser) .Keputusan ini menunjukkan asid asiatik mempunyai potensi dalam rawatan kanser kulit manusia.
2. Aktiviti Antivirus. (Virus Herpes simplex) HSV-1 dan-2 dalam kajian menggunakan esei penghalang plak. Dalam kajian ini, asid asiatikosida dikenal pasti sebagai sebatian yang bertanggungjawab menunjukkan aktiviti ini
3. Aktiviti Antibakteria. Dalam kajian yang dijalankan juga menujukkan kesan In vitro ekstrak metanol pegaga, menunjukkan aktiviti antibakteria terhadap beberapa baktera patogen manusia termasuk Escherichia coli, Salmonella typhi .
4. Aktiviti Penyembuhan luka. Ekstrak pegaga telah terbukti secara saintifik dan klinikal tentang kesannya dalam merawat pelbagai jenis luka seperti kesan tercalar pada kulit dan sebagainya. Antara sebatian efektif yang bertindak dalam tumbuhan ini ialah asiaiticosida. Kajian ke atas tikus yang dijalankan oleh saintis menunjukkan luka yang disapu dengan ekstrak pegaga mempunyai keupayaan untuk sembuh cepat berbanding dengan luka yang tidak disapu.
5. Aktiviti Antioksidan. Antioksidan ialah bahan kimia yang dapat menghalang oksidan bahan lain yang boleh menghasilkan radikal bebas dan bahan tersebut boleh memudaratkan tubuh manusia. Dalam kajian menunjukkan pegaga – sesuai untuk aktiviti antioksidan yang tinggi berbanding dengan ekstrak daun, kulit dan batang limau purut.

Tiada ulasan: