Catatan Popular

Jumlah Paparan Halaman


Rabu, 21 Januari 2009

IBU BAPA

IBU BAPA Sangat penting dalam kehidupan kita. Oleh itu kita kena jaga hubungan baik dengan mereka. Didikan awal dari mereka sangat penting untuk meletakkan diri kita berjaya dalam hidup yang seterusnya. Pelajar yang saya kasihi, janganlah melawan ibu bapa, guru dan siapa saja yang memberi anda cahaya kehidupan yang penuh pengharapan.

Lambang madah kasih ibu ayah tak ku lupa, berdoalah setiap hari untuk mereka supaya kuasa kekuatan Tuhan terus sebati dan memandu kita untuk terus ada kasih , serta berjaya dalam semua aktiviti dilakukan,atau cita-cita yang baik.

Ibu bapa yang baik akan memberi motivasi kepada anak-anaknya untuk terus mengharungi pelbagi cabaran hidup di dunia ini. Kejayaan kita sebahagian dari motivasi yang tinggi daripada mereka. Motivasi ini umpama makanan yang bergizi untuk kehidupan manusia. Berkat berkat Tuhan selalu disalurkan melalui ibu bapa, kita perlu minta itu dengan Tuhan/ibu bapa kita yang tercinta.

Kejayaan kita hari ini bukan milik kita yang sepenuhnya, kita ada banyak tanggungjawab yang menanti di hadapan atau di sekeliling kita. Maksudnya apabila kita sudah berjaya dalam mengejar erti kehidupan itu, berilah itu juga kepada semua manusia yang memerlukan.( Bukan paksaan tetapi kewajiban)

Harapan saya, pencarian kasih yang sejati, kedamaian dunia yang sepenuhnya akan berjaya dibuktikan oleh kita semua umat Allah. Terima kasih.

Tiada ulasan: