Catatan Popular

Jumlah Paparan Halaman


Sabtu, 15 Ogos 2009

Matlamat&Objektif Pendidikan Moral

1.3.1 Matlamat Pendidikan Moral
Membentuk insan yang berakhlak mulia, bertanggung jawab
dan boleh menyumbang ke arah keharmonian dan
kestabilan negara serta masyarakat global.
1.3.2 Objektif
(i) Memahami dan menghayati nilai-nilai murni masyarakat
Malaysia.
(ii) Meningkatkan amalan budi perkerti mulia.
(iii) Menyedari dan menerima kepentingan tanggungjawab
moral dan sosial bagi mengekalkan kesejahteraan hidup
dalam perhubungan diri dengan keluarga, masyarakat,
negara serta alam sekitar.
(iv) Mengembangkan dan mengaplikasikan pemikiran moral,
perasaan moral dan perlakuan moral dalam membuat
sesuatu pilihan dan keputusan yang selaras dengan nilainilai
murni masyarakat Malaysia.
Insan Moral mempunyai tiga komponen berikut:
(a) Kandungan:
ı Peraturan Masyarakat- sentiasa berfikir bagaimana
mereka sendiri mesti berkelakuan
ı Keperibadian Mulia - mempunyai keperibadian yang baik
dan mengamalkan kesederhanaan (mengikuti jalan tengah)
dan boleh dipuji.
(b) Bentuk:
ı Etika Prinsip – keadilan dan kepedulian
ı Etika Situasi - Tindakan seseorang itu dalam satu-satu
situasi mesti ditentukan sendiri berdasarkan pertimbangan
bebas dan kebebasan memilih tanpa paksaan dari luar.
(c) Dimensi:
ı Penaakulan - proses seseorang individu memperkembang
kebolehan membuat pertimbangan atau keputusan moral
yang matang dan tersendiri tanpa dipengaruhi oleh
perasaannya dan pandangan orang lain
ı Emosi - perasaan yang betul yang melibatkan percaturan
secara rasional dalam sesuatu situasi.
ı Tingkah laku - segala perkara yang dilakukan oleh
dapat dirancang dan dilaksanakan mengikut objektif-objektif
yang ditentukan.
(k) Bermoral-Seseorang guru hendaklah mempunyai tahap
kemoralan yang tinggi agar boleh dicontohi oleh pelajarpelajarnya.
(l) Toleran- Keupayaan memahami masalahmasalah
pelajar adalah penting agar dia dapat berusaha untuk
mengatasinya.
Prinsip-Prinsip Asas Kemoralan
(a) Altruisme- Apa sahaja yang guru lakukan dalam bidang
moral akan melibatkan orang lain - akan menjauhkan guru
daripada kejahatan mementingkan diri.
(b) Keadilan- Prinsip keadilan melibatkan konsep
kesaksamaan dan menghormati orang lain (yang
memastikan seseorang itu bercakap benar, menepati janji,
dan sebagainya).
(c) Autonomi-Prinsip autonomi meliputi pertimbangan bebas
dan kebebasan memilih.
seseorang individu yang berkaitan dengan peraturan moral

Tiada ulasan: