Catatan Popular

Jumlah Paparan Halaman


Sabtu, 15 Ogos 2009

Guru Pendidikan Moral

PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL
2.1.1 Penyampai Ilmu Pendidikan Moral - Peranan utama
guru-guru Pendidikan Moral dalam memastikan
perkembangan moral para pelajar adalah dengan membantu
mereka membentuk satu pandangan moral yang
menyeluruh dan relevan bagi kedua-dua institusi, iaitu
rumah dan juga sekolah.
- Dalam kemahiran belajar, terdapat beberapa kemahiran
kecil seperti mengesan balik maklumat, menginterpretasi
bahan, membuat catatan, membuat rujukan, menguruskan
masa dengan baik dan menggunakan pusat sumber.
- Seseorang guru terpaksa memainkan pelbagai peranan di
sekolah. Dia adalah pengajar, ahli metodologi, kerani,
penyebar nilai masyarakat, penasihat kelab, pengadil,
penilai, pendisiplin dan kaunselor. Ketika memainkan
peranan sebagai pendisiplin, guru hendaklah bersifat tegas
manakala ketika berfungsi sebagai kaunselor, dia hendaklah
bersifat mudah dihampiri.
2.1.2 Teladan Insan Moral
(a) Ramah-memudahkan guru memahami masalah pelajarpelajarnya.
(b) Adil- membolehkan guru menjalankan pemeriksaan
latihan dan penilaian tugasan pelajar-pelajar secara objektif.
(c) Fleksibel- mengubah bahan pengajaran mengikut
keupayaan dan keperluan pelajar-plajar.
(d) Tegas- dapat menjamin aktiviti pengajaran dan
pembelajaran berjalan dengan teratur.
(e) Gemar berjenaka- dapat mewujudkan suasana
pengajaran dan pembelajaran yang riang,tenang serta
menyeronokkan.
(f) Utuh-Keutuhan merujuk kepada ketekalan tingkah laku
seseorang gurumembolehkan setiap kegiatan akademik dan
kokurikulum dijalankan dengan teratur serta memenuhi
objektif-objektif yang ditentukan.
(g) Berdedikasi- kerap kali bekerja mlebihi apa yang
diharapkan daripadanya.
(h) Peka-Guru yang berkesan hendaklah peka terhadap
minat, kebolehan serta keperluan-keperluan pelajarnya.
(i) Inovatif-sentiasa memperkenalkan sesuatu strategi atau
bahan pengajaran yang baru.
(j) Berwibawa-Seseorang guru yang berwibawa dapat
memastikan segala aktiviti di dalam dan di luar bilik darjah.

Tiada ulasan: