Catatan Popular

Jumlah Paparan Halaman


Isnin, 17 Ogos 2009

Masalah Penagihan Dadah di Malaysia

Masalah Penagihan Dadah di Malaysia sudah lama berlaku. Pelbagai usaha telah dilaksanakan bagi mengatasi gejala ini. Sampai sekarang masih belum ada tanda-tanda dapat dihapuskan, bahkan semakin berleluasa. Sasaran utama pengedar dadah ialah genarasi muda, terutama pelajar. sedangkan pelajar adalah tulang belakang atau harapan negara di masa hadapan. Mereka yang akan menentukan kejayaan wawasan 2020.
Bagi memerangi gejala ini, kerajaan Malaysia telah mengistiharkan 2003 sebagai tahun Memerangi Dadah Habis-habisan, pelajar digalakkan menyertai Program Sahabat Pemadam(utusan Malaysia 22 Januari 2003). Matlamat memerangi dadah habis-habisan ialah meningkatkan kesedaran masyarakt tentang bahayanya najis dadah. Pembudayaan masyarakat memerangi dan menolak dadah dilakukan secara terancang dan berterusan.
Peringkat umur yang terlibat dalam najis dadah ini, terutama di kalangan pelajar sekitar umur 9 hingga 19 tahun. Pada peringkat ini mereka sepatutnya mereka belajar di sekolah. Penglibatan mereka dalam najis dadah akan menjejaskan pelajaran mereka. Kelak mereka akan menjadi sampah masyarakat dan mereka sukar bersaing di peringkat global atau tidak dapat mengisi jawatan kosong yang ditinggalkan oleh pegawai yang sudah pencen.

Tiada ulasan: