Catatan Popular

Jumlah Paparan Halaman


Jumaat, 21 Ogos 2009

ULBS Bahasa Melayu

MANUAL UJIAN LISAN BERASASKAN SEKOLAH (ULBS)
BAHASA MELAYU

1.0 Latar Belakang

Sejak tahun 1994, secara purata lebih 90% murid lulus mata pelajaran Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM. Namun begitu, masih ramai murid yang tidak menguasai kemahiran bertutur dengan baik. Hal ini telah dinyatakan oleh Datuk Dr. Abdul Shukur bin Abdullah, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM) dalam kertas kerja beliau yang dibentangkan dalam Persidangan Pendidikan Kebangsaan pada tahun 1999.

Berdasarkan kajian Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dan maklum balas daripada pelbagai pihak, Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Bahasa Melayu yang dijalankan sejak 1973 secara berpusat didapati bahawa ujian lisan memerlukan perubahan, sesuai dengan perkembangan sistem pendidikan dan pentaksiran terkini.

Sehubungan dengan itu, perubahan format baharu ULBS dirancangkan dan mula diperkenalkan pada tahun 2002 kepada murid tingkatan empat. Format baharu ini mempunyai kelebihan seperti yang berikut:

1.1 Bersifat autentik kerana berupaya mentaksir kebolehan sebenar murid secara berfokus dalam kemahiran bertutur.

1.2 Menggalakkan proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran bertutur di dalam bilik darjah.

1.3 Pentaksiran dijalankan secara berterusan bermula dari tingkatan empat hingga tingkatan lima.

1.4 Menepati kehendak dan keperluan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah.

1.5 Pentaksiran dapat dijalankan dalam situasi berkomunikasi yang sebenar dan lebih daripada satu kemahiran bertutur dapat ditaksir.

1.6 Pentaksiran dapat dijalankan juga semasa aktiviti di luar bilik darjah yang melibatkan penggunaan bahasa Melayu.

1.7 Pentaksir ialah guru yang mengajar murid berkenaan kerana beliau lebih mengetahui kemampuan sebenar kemahiran bertutur murid tersebut.
2.0 Matlamat ULBS Bahasa Melayu

Matlamat ULBS Bahasa Melayu adalah untuk melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi bagi memenuhi keperluan diri dalam bidang pendidikan, pekerjaan dan urusan harian.

3.0 Objektif

3.1 Mendedahkan situasi berlisan yang sebenar kepada murid.

3.2 Membentuk kemahiran dan keyakinan diri murid untuk berkomunikasi secara berkesan.

3.3 Mendedahkan kemahiran berlisan dan memberikan pengalaman kepada murid untuk berkomunikasi dalam situasi formal dan tidak formal.

4.0 Konsep ULBS Bahasa Melayu

4.1 Ujian ini dilaksanakan berasaskan sekolah dengan kawalan langsung oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).

4.2 Pentaksir ujian ini ialah guru-guru yang mengajarkan Bahasa Melayu di tingkatan empat dan di tingkatan lima.

4.3 Ujian ini dijalankan secara berterusan dari tingkatan empat hingga tingkatan lima.

4.4 Kemahiran bertutur murid ditaksir dalam pelbagai aktiviti secara individu dan kumpulan.

4.5 Ujian ini dapat meningkatkan kemahiran berlisan dan kesantunan berbahasa selaras dengan hasrat untuk memartabatkan kedudukan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.

4.6 Ujian ini memberikan peluang kepada murid meningkatkan pencapaian dalam kemahiran bertutur. Hal ini bertepatan dengan konsep pentaksiran untuk penambahbaikan dalam pembelajaran.

5.0 Pengendalian ULBS Bahasa Melayu

ULBS Bahasa Melayu dilaksanakan berdasarkan lima model interaksi:

5.1 Aktiviti individu berdasarkan model 1, 2 dan 3.

5.2 Aktiviti kumpulan berdasarkan model 4 dan 5.

Tiada ulasan: