Catatan Popular

Jumlah Paparan Halaman


Sabtu, 15 Ogos 2009

Tanggungjawab Guru Pendidikan Moral

TANGGUNGJAWAB SEKOLAH DAN GURU
BIASA
Penilaian Formal yang Dilakukan oleh Guru Pendidikan
Moral
(i) Pentaksiran Iltizam
Pentaksiran iltizam adalah untuk mentaksir pengalaman,
penghayatan dan keterlibatan yang bersungguh-sungguh
serta penuh tanggungjawab dalam aktiviti berikut:
ı Tugasan Harian
ı Kerja Amal
(ii) Folio
Satu folio adalah kompilasi dokumen-dokumen berikut:
ı Penulisan (Tugasan Harian)
ı Laporan Aktiviti yang telah disertai
ı Maklumat dan dokumen sebagai bukti aktiviti-aktiviti yang
telah disertai seperti gambar, sijil, surat akuan, penghargaan
dan lain-lain bahan yang boleh dijadikan bahan bukti.
Pendidikan Moral Secara Tidak Formal di Sekolah
- Projek moral sekolah adalah penting dan mempunyai
falsafah dan orientasi tersendiri. Ia akan memberikan
sesuatu sekolah itu identitinya.
- laporan sahsiah dijalankan secara tidak formal untuk
melaporkan tentang sahsiah pelajar terhadap pemupukan
dan penghayatan amalan nilai murni yang berterusan dan
keharmonian hidup mengikut norma masyarakat Malaysia.
- Kokurikulum ialah satu saluran pembelajaran yang
berasaskan gerak kerja yang tersusun dan terancang yang
sebahagian besar aktivitinya dilakukan di luar bilik darjah.
SOKONGAN KOMUNITI TEMPATAN
- Persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) merupakan entiti
penting dalam sesebuah sekolah, penubuhannya yang
termaktub dalam Akta pelajaran 1961, membuktikan PIBG
ialah rakan kongsi sekolah dalam menyelesaikan pelbagai
masalah dan isu menjadi wadah forum dan khidmat bakti
untuk kemajuan pelajar di sekolah berkenaan, disamping
membantu melengkapkan keperluan kebendaan serta
membolehkan para ibu-bapa dan guru-guru berkongsi dan
bertukar pendapat dan maklumat mengenai pendidikan dan
cara-cara meningkatkan lagi prestasi akademik dan ko
kurikulum pelajar.
- SALAM menganjurkan programprogram perkhidmatan
sukarela dalam berbagai bidang dengan tumpuan
khususnya terhadap pendidikan, kesihatan dan kerja
pembangunan komuniti.
- Majlis AIDS Malaysia adalah satu pertubuhan yang
berkomited untuk membuat satu persekitaran yang bebas
daripada impak negatif HIV/AIDS untuk Malaysia dan semua
rakyatnya.
- PEMADAM adalah singkatan dari Persatuan Mencegah
Dadah Malaysia. Ia adalah satu pertubuhan sukarela yang
ditubuhkan untuk menolong mereka yang bermasalah
berbangkit daripada penggunaan dadah, untuk memberi
tunjuk ajar kepada orang ramai mengenai bahaya-bahaya
penggunaan dadah dan juga untuk mendapat kerjasama
orang ramai dalam usaha membasmi dadah.
- MERCY memberikan bantuan kemanusiaan dan sehingga
kini, ia telah memulakan projek dan program dalam bentuk
latihan vokasional, penggalian perigi, bantuan makanan dan
sebagainya.
Topik 5 Peranan Guru dalam Pemupukan Kecerdasan
Moral Murid–murid.
Kepentingan Pemupukan Kecerdasan Moral
1. Seseorang perlu mengetahui emosi dirinya terlebih dahulu
dan bagaimana mengendalikannya.
2. Seseorang perlu bijaksana mengendalikan perhubungan
(berkomunikasi) dengan orang lain.
3. Seseorang perlu berupaya memotivasikan diri secara
tegas dan yakin dengan perasaan diri, pencapaian dan
kebolehan pelajar yang mempunyai kecerdasan emosi akan
berada pada jalan kecemerlangan yang lebih jelas.
Pengertian Kecerdasan Moral
- suatu usaha untuk membentuk insan yang menyeluruh dari
segi kognitif, afektif dan psikomotor.
Nilai Asas dalam Pemupukan Kecerdasan Moral
1. Empati 2. Kesedaran 3. Kawalan kendiri
4. Menghormati 5. Baik Hati 6. Tolerasi 7. Keadilan
Aktiviti–aktiviti dan Kaedah Pemupukan Kecerdasan
Moral
(a) Pembelajaran Kolaboratif
Pendekatan ini menekankan proses penyiasatan dan inkuiri.
Dalam pembangunan moral, pelajar akan melibatkan diri
dalam aktiviti menjawab soalan terbuka supaya kemahiran
inkuiri boleh dibina.
(b) Pembelajaran Kooperatif
Pembelajaran kooperatif adalah satu pendekatan
pembelajaran yang melibatkan kumpulan atau pasukan
pelajar.
(c) Pembelajaran Theory of Constraint (TOC) dan Kajian
Masa Depan
Constraint ialah faktor yang menyebabkan sesuatu sistem
daripada mendapat keuntungan yang lebih daripada apa
yang hendak dicapai.
(d) Kajian Masa Depan
membolehkan generasi baru merancang dan mewujudkan
masyarakat Malaysia yang berwawasan, rasional, kreatif,
dinamik serta boleh menerima dan menangani segala
perubahan.
(e) Kemahiran Berfikir
Kemahiran berfikir yang juga ditafsirkan sebagai pemikiran
reflektif, kritis dan kreatif; merupakan satu proses intelektual
yang melibatkan pembentukan konsep aplikasi, analisis,
sintaksis, dan/atau menilai informasi yang terkumpul atau
dihasilkan melalui pengamatan, pengalaman, refleksi,
pentaakulan, atau komunikasi.
(f) Kemahiran Berfikir secara Kreatif
Kemahiran Berfikir secara Kreatif ialah kecekapan atau
keupayaan menggunakan minda untuk menerokai pelbagai
kemungkinan, menghasilkan sesuatu yang baru, asli, dan
bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, idea atau
gagasan.
(g) Kemahiran Berfikir secara Kritis/Kritikal
Kemahiran Berfikir secara Kritis/Kritikal pula ialah kecekapan
dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai
kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea, meneliti
kebernasan, kebaikan dan kelemahan sesuatu hujah dan
membuat pertimbangan yang wajar dengan
menggunakan alasan dan bukti yang munasabah.
(h) Kemahiran Berfikir secara Analitis
Berfikir secara analitikal ditandai oleh daya usaha untuk
melihat sesuatu itu secara lebih terperinci. Analisis ialah
proses kita memecahbelahkan masalah besar kepada
bahagian-bahagiannya yang lebih kecil supaya dapat kita
tangani. Analisis ialah proses kita mencari puncapunca.
Analsis ialah usaha kita untuk memahami situasi yang
kompleks dengan cuba melihat situasi itu melalui unsurunsurnya.
(i) Pembelajaran Kontekstualisme
Pembelajaran kontekstualisme ialah satu kaedah
pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan
pengalaman harian, individu, masyarakat dan alam
pekerjaan.
(j) Konstruktivisme
Konstruktivisme bermaksud suatu proses pembelajaran
yang mana pelajar tidak lagi dianggap belajar daripada apa
yang diberikan guru atau sistem pengajaran tetapi secara
aktif membina realiti mereka sendiri dan pada masa yang
sama mengubahsuai realiti tersebut.
Penglibatan , penjelajahan , penerangan , penghuraian,
penilaian.

kebernasan, kebaikan dan kelemahan sesuatu hujah dan
membuat pertimbangan yang wajar dengan
menggunakan alasan dan bukti yang munasabah.
(h) Kemahiran Berfikir secara Analitis
Berfikir secara analitikal ditandai oleh daya usaha untuk
melihat sesuatu itu secara lebih terperinci. Analisis ialah
proses kita memecahbelahkan masalah besar kepada
bahagian-bahagiannya yang lebih kecil supaya dapat kita
tangani. Analisis ialah proses kita mencari puncapunca.
Analsis ialah usaha kita untuk memahami situasi yang
kompleks dengan cuba melihat situasi itu melalui unsurunsurnya.
(i) Pembelajaran Kontekstualisme
Pembelajaran kontekstualisme ialah satu kaedah
pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan
pengalaman harian, individu, masyarakat dan alam
pekerjaan.
(j) Konstruktivisme
Konstruktivisme bermaksud suatu proses pembelajaran
yang mana pelajar tidak lagi dianggap belajar daripada apa
yang diberikan guru atau sistem pengajaran tetapi secara
aktif membina realiti mereka sendiri dan pada masa yang
sama mengubahsuai realiti tersebut.
Penglibatan , penjelajahan , penerangan , penghuraian,
penilaian.

Akan bersambung

Tiada ulasan: