Catatan Popular

Jumlah Paparan Halaman


Jumaat, 21 Ogos 2009

Soalan `(PMO) unit 29 tingkatan 5

Pelajar mesti jawab dalam bentuk ayat.(wajib) m/s:210
1. Senaraikan undang-undang antarabangsa yang menjamin kesejahteraan masyarakat global.
JB;
Undang-undang antarabangsa itu ialah akta pencegahan penyeludupan, undang-undang laut antarabangsa, mahkamah antarabangsa dan undang-undang siber.
soalan 2.
Jawapan:
cara mahkamah Antarabangsa menjamin keamanan serantau ialah menyelesaikan perselisihan faham antara negara anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, memberi nasihat kepada negara yang bertelaga, menjamin kebajikan negara-negara kecil daripada dieksplotasi.
soalan 3
Kesan yang akan berlaku sekiranya tidak ada undang-undang antarabangsa ialah negra besar dan kaya akan menggunakan pengaruh untuk menindas negara kecil, perluasan kuasa oleh negara besar tidak dapat dikawal, kegiatan lanun dan penyeludupan tidak dikawal, keselamatan negara akan tergugat.
Soalan 4.
Jika penyeludupan tidak dikawal hasil negara akan berkurangan, meluasnya barangan atau produk tanpa kawalan mutu.
Soalan 5.
Kita perlu mematuhi undang-undang siber kerana mengawal perbuatan fitnah seperti menggunakan internet untuk tujuan propaganda, mengawal aktiviti fitnah dan manipulasi pihak yang tidak bertanggungjawab.

Tiada ulasan: