Catatan Popular

Jumlah Paparan Halaman


Sabtu, 15 Ogos 2009

Pemupukan Kecerdasaan Moral Murid

Topik 5 Peranan Guru dalam Pemupukan Kecerdasan
Moral Murid–murid.
Kepentingan Pemupukan Kecerdasan Moral
1. Seseorang perlu mengetahui emosi dirinya terlebih dahulu
dan bagaimana mengendalikannya.
2. Seseorang perlu bijaksana mengendalikan perhubungan
(berkomunikasi) dengan orang lain.
3. Seseorang perlu berupaya memotivasikan diri secara
tegas dan yakin dengan perasaan diri, pencapaian dan
kebolehan pelajar yang mempunyai kecerdasan emosi akan
berada pada jalan kecemerlangan yang lebih jelas.
Pengertian Kecerdasan Moral
- suatu usaha untuk membentuk insan yang menyeluruh dari
segi kognitif, afektif dan psikomotor.
Nilai Asas dalam Pemupukan Kecerdasan Moral
1. Empati 2. Kesedaran 3. Kawalan kendiri
4. Menghormati 5. Baik Hati 6. Tolerasi 7. Keadilan
Aktiviti–aktiviti dan Kaedah Pemupukan Kecerdasan
Moral
(a) Pembelajaran Kolaboratif
Pendekatan ini menekankan proses penyiasatan dan inkuiri.
Dalam pembangunan moral, pelajar akan melibatkan diri
dalam aktiviti menjawab soalan terbuka supaya kemahiran
inkuiri boleh dibina.
(b) Pembelajaran Kooperatif
Pembelajaran kooperatif adalah satu pendekatan
pembelajaran yang melibatkan kumpulan atau pasukan
pelajar.
(c) Pembelajaran Theory of Constraint (TOC) dan Kajian
Masa Depan
Constraint ialah faktor yang menyebabkan sesuatu sistem
daripada mendapat keuntungan yang lebih daripada apa
yang hendak dicapai.
(d) Kajian Masa Depan
membolehkan generasi baru merancang dan mewujudkan
masyarakat Malaysia yang berwawasan, rasional, kreatif,
dinamik serta boleh menerima dan menangani segala
perubahan.
(e) Kemahiran Berfikir
Kemahiran berfikir yang juga ditafsirkan sebagai pemikiran
reflektif, kritis dan kreatif; merupakan satu proses intelektual
yang melibatkan pembentukan konsep aplikasi, analisis,
sintaksis, dan/atau menilai informasi yang terkumpul atau
dihasilkan melalui pengamatan, pengalaman, refleksi,
pentaakulan, atau komunikasi.
(f) Kemahiran Berfikir secara Kreatif
Kemahiran Berfikir secara Kreatif ialah kecekapan atau
keupayaan menggunakan minda untuk menerokai pelbagai
kemungkinan, menghasilkan sesuatu yang baru, asli, dan
bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, idea atau
gagasan.
(g) Kemahiran Berfikir secara Kritis/Kritikal
Kemahiran Berfikir secara Kritis/Kritikal pula ialah kecekapan
dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai
kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea, meneliti
kebernasan, kebaikan dan kelemahan sesuatu hujah dan
membuat pertimbangan yang wajar dengan
menggunakan alasan dan bukti yang munasabah.
(h) Kemahiran Berfikir secara Analitis
Berfikir secara analitikal ditandai oleh daya usaha untuk
melihat sesuatu itu secara lebih terperinci. Analisis ialah
proses kita memecahbelahkan masalah besar kepada
bahagian-bahagiannya yang lebih kecil supaya dapat kita
tangani. Analisis ialah proses kita mencari puncapunca.
Analsis ialah usaha kita untuk memahami situasi yang
kompleks dengan cuba melihat situasi itu melalui unsurunsurnya.
(i) Pembelajaran Kontekstualisme
Pembelajaran kontekstualisme ialah satu kaedah
pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan
pengalaman harian, individu, masyarakat dan alam
pekerjaan.
(j) Konstruktivisme
Konstruktivisme bermaksud suatu proses pembelajaran
yang mana pelajar tidak lagi dianggap belajar daripada apa
yang diberikan guru atau sistem pengajaran tetapi secara
aktif membina realiti mereka sendiri dan pada masa yang
Kurikulum berkisar dalam bentuk tugasan, permasalahan
dan projek yang dijalankan oleh pelajar dalam kumpulan
yang mengandungi berbagai tahap kebolehan.
(b) Berfikir Secara Kritis dan Reflektif
membuat pilihan dan keputusan berlandaskan sebab-sebab
yang rasional serta justifikasi.
(c) Pengembangan Kreativiti
berfikir secara logik, membina daya imaginasi dan boleh
memberi pandangan
(d) Kemahiran Generik
Kemahiran-kemahiran generik boleh guna dapat
menyediakan tenaga pekerja yang mahir, cekap dan
berketrampilan di tempat kerja dan alam
pekerjaan.
(e) Multilinggualisme
Arus globalisasi dan ledakan maklumat memerlukan
kebolehan pelbagai bahasa untuk Rakyat Malaysia perlu
menguasai dua bahasa atau lebih
(f) Patriotisme dan Ketatanegaraan
Kesinambungan pembinaan semangat patriotisme dan
identiti kebangsaan dilanjutkan. Kebudayaan nasional,
ideologi dan aspirasi nasional akan dapat mengukuhkan lagi
identiti kebangsaan dan membentuk bangsa Malaysia
yang berwibawa dan bermoral tinggi.
(g) Penghayatan Nilai-Nilai Murni
Pemupukan dan penghayatan nilai murni masyarakat
Malaysia dilanjutkan di samping nilai-nilai baru masyarakat
moden.
(h) Pelbagai Kecerdasan
Setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolahan yang
berbagai. (Multiple Intelligences) iaitu verbal-linguistik,
logiko-matematik, muzik, spatial, bodily-kinesthetic, interpersonal,
dan intrapersonal diberi tumpuan. Ini dapat
melahirkan individu yang holistik dan seimbang.
(i) Kemahiran Belajar Untuk Belajar
Kemahiran membaca pantas, mencari dan memilih
maklumat, merujuk, membuat nota, menulis ringkasan,
bercakap di khalayak ramai dan sebagainya
1.3.1 Matlamat Pendidikan Moral
Membentuk insan yang berakhlak mulia, bertanggung jawab
sama mengubahsuai realiti tersebut.
Penglibatan , penjelajahan , penerangan , penghuraian,
penilaian.

Akan bersambung …….

Tiada ulasan: