Catatan Popular

Jumlah Paparan Halaman


Sabtu, 15 Ogos 2009

Masalah Pengajaran Pendidikan Moral

MASALAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL
- Kekurangan Sumber Pengajaran Pembelajaran
- Kekurangan Latihan Khusus dalam Bidang
Pengajaran Pendidikan Moral
Isu-Isu Moral Semasa dalam Masyarakat/Komuniti
- Rogol/Sumbang Mahram
- Keganasan Rumah Tangga
- Gangguan Seksual
- Pornografi
- Cybercafe
Isu-Isu Moral di Sekolah
- Vandalisme
- Peras Ugut/Kongsi Gelap/Buli
Ciri-ciri Remaja Devian
Mengikut kajian Halcomb (1991), personaliti remaja
mempunyai masalah tingkah laku seperti berikut:
ı Mempunyai hubungan sentimental tetapi kasar dengan
orang lain dan selalu terlebih yakin dengan keupayaan
mereka.
ı Kehidupan harian tidak teratur dan tidak peka pada
peraturan.
ı Lebih menggemari situasi yang tidak dapat dijangka
ataupun berunsur suspens.
ı Mempunyai potensi mempengaruhi orang lain.
ı Bercakap kasar, tidak bertimbang rasa dan tidak sabar
dengan kelemahan ataupun kekurangan orang lain.
ı Berasa kehidupan keluarga tidak memuaskan, kurang
kasih sayang dan mempunyai tahap konflik yang tinggi.
ı Mempunyai kepercayaan diri yang rendah dalam
keupayaan mencapai kepuasan akademik yang baik.
ı Mengalami ketidakselarasan antara dirinya yang ideal dan
dirinya yang sebenar di mana mereka kadang-kadang
bermasalah mencapai identity yang diinginkan.
ı Kurang kepercayaan bagi mengawal kehendak-kehendak
impulsif.
Teori tentang Punca Salah Laku Remaja
(i) Teori fungsionalisme ıı Teori ini menganggap devian
sebagai tidak mempunyai peranan kepada struktur sosial.
(ii) Teori konflik ıı Teori konflik mengatakan, devian adalah
tindakan golongan tertindas ke atas pihak minoriti yang
menindas.
(iii) Teori subbudaya ıı Teori Subbudaya dan deprivasi
status pula berpendapat, devian berpunca daripada budaya
kumpulan yang berbeza daripada budaya masyarakat.
Deprivasi selalu berpunca daripada kemerosotan ekonomi
dan kelemahan sosio-emosi. Remaja terutama daripada
kelas sosial rendah yang tidak berjaya dalam
akademik mengalami kekecewaan dan tekanan serta
bertindak melakukan devian.
(iv) Teori interaksionisme ı Teori interaksionisme melihat
devian sebagai perkara subjektif dan proses sosial. Remaja
sengaja memilih tingkah laku mengikut kemahuan dan
sesuai dengan cara interpretasi mereka. Kajian Tattum
(1986) mendapati, remaja sengaja melakukan devian
sebagai teknik naturalisasi dalam interaksi mereka.
(v) Kategori Perlakuan Devian
ı Inovasi: Memenuhi matlamat dengan cara yang salah.
ı Ritual: Tindakan mengulang perbuatan.
ı Undur: Orang yang tidak lagi berminat dengan
matlamatnya lalu
melakukan alternatif lain sebagai tindakan.
ı Menentang: Menolak matlamat persekolahan dan
menggantikannya dengan matlamat lain.

Tiada ulasan: